Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Pemikiran Kritis

Definisi
 

Matlamat
Asasnya, Pemikiran Kritis menjadikan kita lebih terbuka dalam menerima sesuatu, di samping cuba mempertimbangkannya semula, menganalisa secara kritis dengan mengambilkira pelbagai sudut. Ia juga memungkinkan pencernaan beberapa idea dan konsep baru.

Ilmu Pemikiran Kritis juga membolehkan selain menganalisa hujah (hujah yang kuat atau lemah, teori berguna atau menyangkalnya), kita juga berupaya berhujah dengan berkesan sekali. Hakikatnya ia mampu membuatkan kita berhujah dengan baik atau menganalisa hujah dengan lengkap.

Pemikiran Kritis menjadikan kita lebih kritis dan peka dalam mengkaji sesebuah hujah ataupun penyataan yang dikeluarkan secara pengucapan ataupun penulisan. Ia dapat menyedarkan kita bahawa sesebuah penyataan itu tidak semestinya benar walaupun konteks struktur penyataannya adalah betul.

Pemikiran kritis juga mampu membuka minda kita agar lebih menerima berbanding terus menolaknya secara falasi kejahilan. Kita akan lebih berkeyakinan dalam menangani permasalahan serta jelas dalam melihat sesuatu fenomena.

Secara kesimpulannya, pemikiran kritis adalah sebuah kemahiran hidup yang amat penting. Ia pada dasarnya mampu membantu kita ketika

TEORI
 Fenomena Pemikiran Kritis

Beberapa Konsep Asas

Hujah Deduktif


Sesebuah hujahitu dianggap sebagai hujah deduktif berasaskan pertalian antara premis-premis dengan kesimpulannya (premis mengimplikasi kesimpulan). Umumnya, ia ditanggap,spesifikasi kepada general (dominan - jika terdapat 'kalau').  Dengan kata lain sesebuah hujah deduktif yang sah, premis-premis hujah itu mengimplikasikan kesimpulannya.

Hujah Induktif


Hujah ini pula, kesimpulannya mempunyai maksud yang lebih luas dari  premis-premisnya.Jadi, maksud kesimpulan melebihi maksud premis-premis. Generalisasi kepada spesifikas i(yang bukan universal sebenar 'sebahagian besar', 'kebanyakan', atau 'sehingga kini'). Ini bermakna kesimpulannya boleh jadi tidak benar (mampu menjadi benar atau tidak benar) walaupun premis-premisnya adalah tidak benar.

Penyataan


Suatu ayat atau sebahagian dari suatu ayat yang benar atau tidak benar, ataupun ia adalah suatu ayat yang boleh dibuktikan sebagai benar atau tidak benar.Walau bagaimanapun dia bukan suatu ayat seruan, soalan, dan suruhan.

Premis


Merupakan sebab-sebab yang diberi untuk menyokong kesimpulan sesuatu hujah


HAK CIPTA @ANIS

KEMBALI KE LAMAN UTAMA