AHLI-AHLI DEGENERATION-X
Atas dari kiri : X-PAC, HUNTER HURST HEMSLEY, CHYNA Bawah dari kiri : 'BAD @$$' BILLY GUN dan 'ROADDOG' JESSE JAMES
DEGENERATION-X adalah kumpulan gusti dalam WORLD WRESTLING FEDERATION (WWF) yang aku minati. Dia orang ni terer betul. TRIPLE H tu dulu pernah dapat gelaran 'KING OF THE RING 1997' dan merupakan pemegang tali pinggang'WWF EUROPEAN CHAMPION'. Manakala NEW AGE OUTLAWS iaitu 'ROADDOG' JESSE JAMES dan 'BAD @$$' BILLY GUN pulak merupakan 'WWF TAG TEAM CHAMPION'. Namun, kehebatan dan kelawakan yang dibuat oleh mereka sungguh.....apa kata orang...BEST!
X-PAC pula merupakan anggota DEGENERATION-X yang terkecil. Bukannya kecil macam budak-budak, tetapi dari segi fizikalnya, dia tidak dapat atau layak menjadi seorang penggusti. Tetapi dia merupakan pemegang tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri Karate-Do dan Teakwan-Do. Dahulunya (sebelum menyertai DX) dia dikenali sebagai 123 KID. Kemudian berhijrah ke WORLD CHAMPIONSHIP WRESTLING (WCW) dan menyertai pakatan NEW WORLD ORDER (NWO) yang diketuai oleh HOLLYWOOD HOGAN (dahulu dikenali sebagai HULK HOGAN). Lalu menukarkan namanya kepada SYXX.
CHYNA? Siapa dia CHYNA? Kalau kau orang nak tahu, dia sebenarnya adalah seorang wanita. Tetapi, dia bukannya seorang wanita yang manis, cantik dan lemah lembut, dia adalah seorang.....macam mana nak jelaskan.....Ha! Dia adalah seorang 'bodybuilder'. Dia merupakan 'bodyguard' kepada TRIPLE H. Korang tau tak? Dia ni boleh dikatakan sekuat lelaki. Mana taknye, dia pernah memukul refree sampai pengsan. Gilo dia ni!