Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 


Mamih mula beoperasi mulai tahun 1997 dan menjadi salah satu cafe yang mempunyai makanan antara bangsa seperti masakan kitani, masakan cina, antarabangsa dan sebagainya. Dengan keadaannya yang begitu cantik ramai pengunjung-pengunjung yang berasa puas hati apabila makan di Mamih.

Dengan tukang masaknya yang begitu berkaliber, makanan makanannya dijamin sedap dan memuaskan hati pengunjung-pengunjungnya. Tukang masak mamih kebanyakannya berpengalaman dan berasal dari luar negara seperti Indonesia, Malaysia, dan Filipina.

Setiap hari Mamih akan mula buka pada pukul 7:00am dan tutup pada pukul 2:00am.


Di Mamih Cafe, awda boleh merasai Nasi Lemak Mamih yang begitu unik dan menjadi kegemaran setiap pelangan yang menikmiti nya. Ianya boleh di dapati di sana dengan harga yang memuaskan iaitu B$1.00 sebungkus. Kandungannya : ( Nasi Lemak, ayam goreng / daging / pusu, sambal Mamih )



established since 1997

 



Mamih Bunut :.
no 713 spg 709
Jln Tutong, BF1520
Kg Bunut.
Brunei Darussalam

Mamih Kiulap :.

Block C 10
Shikirin Komplex
Kg Kiulap.
Bandar Seri Begawan
Brunei Darussalam

Mamih Sungai Hanching :.

Block 1 & 2
Spg 493, Bgn. Hj Shawal
Kg Sungai Hanching
Jalan Muara
Brunei Darussalam

send short message to Mamih webpage :
 

 



Panggilan "Mamih" berasal dari panggilan emak atau ibu kepada Allahyarham Pg Hjh Zahrah bte Pg Hj Hashim, beliau di gelar Mamih bukan saja oleh anaknya malahan cucu-cucunya dan juga cicit nya.

Mamih yang pertama dibina di Kg Bunut pada tahun 1997 yang mana terletak dihadapan rumah beliau. Pada zaman hidupnya beliau selalu memasak bermacam-macam resipi dan diajarkan kepada anak-anak serta cucunya. Makanan-makanan yang beliau masak semuanya menyelerakan dan telah menjadi kenangan keluarga sepanjang hayat.

Pada tahun 1997, Mamih Bunut di buka rasmi dan bangunannya dibina bersama sama sekeluarga. Pada masa itu Mamih hanya mempunyai seorang tukang masak iaitu Jamal.

Atas kerjasama dan sokongan sekeluarga, Mamih semakin hari semakin maju dan sekarang menjadi salah satu cafe yang palng popular dan dikenali sebagai 'cool' cafe dikalangan orang Brunei.

 



this site is digitally design by SHADIO , you can visit his webstudio at SHAHSTUDIO