Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Penanggal

written by [M][a][h][a][g][u][r][u]

          Kisah benar terjadi di sebuah desa di Jawa Tengah. Desa itu dikejutkan dgn kejadian kejadian misteri dan pembunuhan yg kejam. Mangsa mangsa yg menjadi korban terdiri daripada suri rumah suri rumah yg ingin melahirkan anak pertama.

        Ramai suri rumah di saat mereka ingin melahirkan anak didapati mati berserta dgn anak di dlm kandungan mereka. Seorang bidan yg pada ketika itu ingin menyambut kelahiran tiba tiba ditolak dengan gugusan angin yg tiba tiba menerpa masuk kamar di mana kerja pembidanan akan dijalankan. Bidan yg separuh pengsan itu melihat seekor lembaga yg tidak berbadan berlegar legar di ruang kamar. Kelihatan kepala dan tergantung kepadanya jantung dan usus perut terapung apung memerhatikan suri rumah ug pada masa itu didlm kesakitan untuk melahirkan. Mukanya hodoh, rambutnya panjang mengurai. Kepala itu dgn tiba tiba membenamkan mulutnya yg bertaring ke rahim suri rumah tersebut. Dia menyedut segala apa yg ada di dlm perut wanita itu. Bercucuran darah jatuh ke lantai papan kamar itu. Lembaga itu juga mengunyah dan membaham bayi yg belum sempat lahir dgn lahapnya  sebelum berlegar keluar melalui tingkap.

        Hasil dari siasatan menunjukkan bahawa kepala itu terbang ke satu pondok usang dipinggir desa itu sebelum masuknya waktu subuh. Kepala itu masuk ke dalam tempayan khas. Hampir setiap mlm selepas maghrib kepala atau lebih dikenali sebagai penganggal, keluar dari tempayan untuk mencari mangsa seterusnya.

        Penduduk kampung menjadi gusar dan takut dgn peristiwa itu, lebih lebih lagi suami suami yg mempunyai isteri yg sedang sarat hamil. Hingga pada satu hari ada seorang ulamak di kampung itu mendapat jln bagaimana hendak menghapuskan penanggal itu. Beliau dan beberapa penduduk kampung bersembunyi di balik semak menanti penanggal keluar dari tempayan. Setelah hantu itu keluar, beliau pun terus meletakkan duri duri tajam di sekeliling mulut tempayan itu. Tak lama kemudian kelihatan penanggal itu pulang semula untuk mesauk ke dlm tempayan itu. Memandangkan ada duri di mulut tempayan, penanggal itu tidak dapat masuk ke dalam. Dia berlegar legar disekeliling tempayan itu mencari jalan bagaimana hendak masuk kedalam tanpa jantung dan usus perutnya tersangkut ke duri duri tersebut. Lama kelamaan azan subuh berkumandang...penanggal itu menjerit dgn satu suara yg sangat mengerunkan. Dia terbakar dan rebah ke bumi.

        Begitulah kisahnya...sama ada betul atau tidak..Wallahu "alam.

 

 

CONTENTS/HOME

Copyright [m][a][h][a][g][u][r][u] 2000-2002. All Rights Reserved