Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

                BAB 10: EKOSISTEM TERANCAM.....

        PENGENALAN

        ANCAMAN TERHADAP
           EKOSISTEM

        JENIS DAN PUNCA            PENCEMARAN

        KESAN RUMAH HIJAU

        PENIPISAN LAPISAN
           OZON

        PENGURUSAN DAN
           PEMBANGUNAN EKOSISTEM

        BAHAN RUJUKAN

        PENGHARGAAN

ANCAMAN TERHADAP EKOSISTEM
    Dalam keghairahan manusia mencapai pembangunan, pelbagai aktiviti telahpun dijalankan yang telah membawa impak negatif kepada ekosistem. Pembangunan yang tidak terancang ataupun tidak diurus dengan baik membawa pelbagai kesan negatif seperti hakisan tanah, banjir kilat, tanah runtuh, pencemaran, pemanasan global, penipisan lapisan ozan, perubahan iklim, dan kepupusan hidupan.


      Buka/Tutup

Tanah runtuh yang darsyat

    Hakisan Tanah

  • berlaku apabila penyahhutanan dijalankan dan tanah didedahkan kepada air hujan dan tiupan angin. Butiran tanah akan dipecahkan dan ditiup ke kawasan lain ataupun dimendapkan di dasar sungai, tasik atau kolam oleh air hujan.

    Tanah Runtuh

  • berlaku apabila tanah menjadi semakin longgar dan menyebabkan berlakunya pencetekan sungai dan banjir kilat.

Ais di kutub melebur

    Pemanasan Global

  • merupakan fenomena kenaikan suhu bumi apabila gas seperti karbon dioksida, metana, kloroflurokarbon, dan oksida nitrus dilepaskan ke atmosfera dan memerangkap haba yang dipantulkan dari permukaan bumi.


Gambar Lubang Pada Permukaan Ozon

    Penipisan Lapisan Ozon

  • berlaku apabila lapisan ozon yang melindungi Bumi darpada sinaran ultralembayung dimusnahkan .(terutamanya oleh klorofluorokarbon)

Beberapa Kawasan Diseluruh Dunia Mengalami Kenaikan Suhu

    Perubahan Iklim

  • penambahan bahan pencemar dalam ekosistem telah menyebabkan penambahan dalam suhu bumi serta perubahan dalam taburan hujan di sesetengah tempat. Perubahan pada pola iklim juga disebabkan oleh penipisan lapisan ozon, pemanasan global, dan penyahhutanan.

Kematian ikan paus ini disebabkan oleh pencemaran

    Kepupusan Hidupan

  • pelbagai flora dan fauna semakin terancam dan mengalami kepupusan sedikit demi sedikit setiap hari akibat kegiatan manusia. Pencemaran dan penyahhutanan memusnahkan habitat semulajadi dan sumber makanan flora dan fauna menyebabkan pelbagai spesies terpaksa menghadapi ancaman kepupusan.

TOPIK SETERUSNYA