Memang best juga lah tinggal di tempat mana macam-macam barang boleh di beli, kereta yang lalu pun, mewah-mewah semua. Makan bermacam2 boleh di dapati, sedap lagi tu. Cendol dia cukup rasa santan dan gula melaka, keropok lekor dia, mmmmm..... baru original... Tempat sini, memang bersih, ada berberapa orang sapu di sekitar pangsapuri ini. Sini ada 3 buah block, satu block ada 18 buah pangsapuri, dan setiap block ada 11 tingkat, setiap block ada 3 lift yang boleh muat kira-kira 15 orang naik ataupun turun dalam satu masa. Setiap pangsapuri ada 3 bilik, 1 dapur, ruang makan dan tamu, bilik mandi 1 dan tadas 1, di sini ada juga tempat untuk membasuh dan menjemur kain yang sudah di cuci. Di tingkat 2, atas tempat letak kereta di block 3 ada 2 buah kolam rengang. Satu untuk buduk dibawah 12 tahun dan yang satu lagi untuk orang dewasa. Memang best lah tempat ini, ada juga taman bunga dan pokok-pokok di sini, terdapat juga tempat BBQ, mmm.... Saya memang minta berbarbecue, kalau geng-geng semua ada lah, tapi di sini, kami 3 orang anak beranak saja. Tidak Best lah.
Tapi dalam best best nya di sini, ada juga yang tidak best dia, Yang meyakitkan hati saya, ialah, sisa makanan yang di buang begitu saja, saya merasa tidak puas hati kerana membazir sangat lah, kalau di sana, semua sisa-sisa makan memang di habiskan oleh, kucing2, anging2 dan ayam, lepas tu, kalaupun masih ada tinggal sisa sisa yang lain, kita tau biawak atau semut mesti habiskan sisa sisa yang tinggal, orang yang tinggal di pangsapuri tidak hargai atau appreciate recycling mereka memang galakan kitar semula, tapi cara mereka ia lah membuang kedalam tong tong yang di sediakan. Saya suka membuang sampah sebelah malam, (pukul 2.00 -3.00 pagi. Biasa lah!!) dan apa yang saya pernah nampak pasu bunga yang masih ok lagi, Cuma pokok dia sudah layu, alala... sedihnya saya, ada setengah orang buang, tilam, meja, semua saya rasa masih boleh di gunakan. Kalau di tempat kita, memang kita gunankan sehingga ianya betul2 tidak boleh di gunakan lagi.
Ada kesah neri yang terjadi minggu lalu di sini, se orang wanita Indonesia telah terjatuh daritingkapnya di tingkat 11, dia terjatuh id atas bumbung tempat letak kereta, bumbung itu pecah lalu dia terhempas mati di atas bumbung kereta, isk nerinya malam ini, takut2 juga hantu dia berjalan-jalan dekat dekat di sini, sekarang ni, saya 1 orang saja, Nana and Sasa, dua-dua kerja malam...... mmmmm Ok... then sampai di sini saja, My regards to Mydotcom.... Baik baik kamu di sana ya! Bye...... see you again soon.