Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Provos UiTM Segamat

PROVOS UiTM KAMPUS SEGAMAT



PROF. DR HAJI MOHD SAHAR SAWIRAN
PhD (Quantitative Analysis)(Wales, UK) (1988)
Fellow of the Royal Statistical Society (UK) (1982)
MBA (Quantitative Methods & International Business) (Leuven, Belgium) (1980)
B.Econ. (Hons)(Statistics) Universiti Malaya (1975/76)
Cert. in Education, Malayan Teacher's College, Penang (1970)

Prof. Dr. Hj. Mohd Sahar sudah berkhidmat dengan UiTM lebih daripada 24 tahun. Minat dan kepakaran beliau tertumpu kepada bidang Quantitative Analysis/Statistics, Operation Research and Multiple-Criteria Decision Making dan Input-Output Analysis. Beliau telah menghasilkan enam penyelidikan dan telah menerbitkan lebih daripada 40 penulisan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kepakaran beliau mendapat pengiktirafan pelbagai badan profesional. Di antaranya, beliau pernah dilantik sebagai Council Member pertubuhan Management Science & Operations Research Society of Malaysia (1988-1994), sebagai pemeriksa Malaysian Association of Certified and Public Accountants dan Editor Malaysian Journal of Management Science.

Beliau dilahirkan pada 8 Julai 1947. Sebelum berkhidmat dengan UiTM pada Ogos, 1976, beliau pernah bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Inggeris Dungun pada tahun 1971. Peningkatan kerjaya beliau amat cemerlang. Beliau pernah dilantik sebagai Dekan Kajian Sains Matematik pada bulan Julai 1992. Beliau telah dianugerahkan gelaran Profesor pada Januari 1996. Hasil perkahwinan beliau dengan Hajjah Fuziah bt. M. Amin telah dikurniakan dengan empat orang cahayamata.

Beliau boleh dihubungi melalui e-mail atau alamat berikut:

E-mail:Provos UiTM Segamat

Provost
UiTM Kampus Segamat
Beg Berkunci 527
85009 SEGAMAT
MALAYSIA

Tel: (6)07 9325504
Fax: (6)07 9325517

Laman Utama HEA UiTM Kampus Segamat