|
Bagaimana hendak ke UiTM Kampus Segamat......(Peta adalah hasil lakaran Zin Ibrahim) Dari Kuala Lumpur Cara terbaik ialah melalui lebuhraya Utara - Selatan. Keluar di Persimpangan Tangkak dan sentiasa menuju ke arah Segamat. Anda akan melalui Bandar Tangkak, Sagil, Paya Jakas, Jementah sehinggalah bertemu papan tanda UiTM. Jarak perjalanan antara Tangkak dan UiTM (masih menggunakan logo lama) adalah 45KM. Berhati-hati dengan jalan yang berliku.
Dari Johor Bharu Laluilah lebuhraya Utara Selatan. Keluar di persimpangan Yong Peng dan menuju ke Bandar Segamat. Anda akan melalui Labis, Chaah dan Bandar Segamat. Ikut arah jalan yang menunjukkan Jalan Muar sehingga bertemu papan tanda UiTM (masih menggunakan logo lama). Jarak perjalanan daripada Bandar Segamat ke UiTM adalah 18 KM. Jalan terbaik dengan menggunakan lebuhraya Tun Abdul Razak (Kuantan - Segamat). Keluar di persimpangan Segamat-Gemas dan menuju ke Bandar Segamat. Ikut arah jalan yang menunjukkan Jalan Muar sehingga bertemu papan tanda UiTM (masih menggunakan logo lama). Jarak perjalanan daripada Bandar Segamat ke UiTM adalah 18 KM.
|
Laman Utama HEA UiTM Kampus Segamat