Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
DIPLOMA IN INVESTMENT ANALYSIS

DIPLOMA IN INVESTMENT ANALYSIS



Ja’affar bin Mohamad
Ketua Kursus DIIA
ADBS (Fin.)ITM (1992)
MBA, USM (1995)
Ext: 2624

PENGENALAN

Universiti Teknologi MARA merupakan satu-satunya Institusi Pengajian Tinggi tempatan yang menawarkan program Diploma Analisis Pelaburan. Program ini mula diperkenalkan pada bulan Julai 1981, bertujuan untuk melatih dan mengeluarkan lebih ramai professional bumiputera dalam bidang pelaburan dan sekuriti.Tempoh program DIIA ialah tiga tahun (6 semester) dan hanya ditawarkan di UiTM Kampus Segamat. Ianya di bawah kendalian Jabatan Kewangan dan Insuran, Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, UiTM Kampus Segamat dan pada masa ini program ini dijalankan sepenuh masa.

KAEDAH PEMBELAJARAN

Sepanjang tempoh pengajian, pelajar-pelajar dididik untuk menjadi seorang penganalisis pelaburan yang mahir dan berketerampilan. Kebanyakan subjek yang diajar adalah berkaitan dengan pelaburan sekuriti. Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan bagi memantapkan ilmu pengetahuan pelajar-pelajar seperti Perpustakaan, Metastocks, AIQ, Pusat Komputer & Internet dan lain-lain.Disamping itu juga pelajar-pelajar digalakkan menganjurkan lawatan akademik ke Bursa Saham Kuala Lumpur, Bursa Komoditi, Firma-firma sekuriti dan sebagainya. Beberapa tokoh korporat dan penganalisis-penganalisis sekuriti terkenal dijemput untuk memberi ceramah dan bengkel kepada pelajar-pelajar.

PENGIKTIRAFAN

Program DIIA telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Am pada 8 Mei 1986. Universiti-universiti tempatan dan luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia & New Zealand juga mengiktiraf program ini.

SYARAT KEMASUKAN

Lulus Sijil Persekolahan Malaysia (SPM/SPMV) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Senat dengan mendapat kelulusan berikut:


Kepujian dalam Bahasa Melayu/Malaysia
Kepujian dalam Bahasa Inggeris
kepujian dalam Matematik
Kepujian dalam dua mata pelajaran yang lain

PENGAMBILAN

Dua kali setahun iaitu pada bulan Disember dan Jun.

PELUANG KERJAYA

Graduan DIIA mempunyai peluang yang pelbagai bidang tidak tertumpu di dalam bidang pelaburan semata-mata. Pelbagai organisasi dan syarikat menyediakan peluang pekerjaan. Para lulusan DIIA mendapat perhatian daripada firma-firma sekuriti, bank saudagar, tabung amanah syarikat perunding pelaburan dan sebagainya. Kebanyakan mereka terlibat di dalam bidang penyelidikan dan penganalisaan sekuriti tempatan dan antarabangsa.Para lulusan DIIA juga mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah. Ini kerana program DIIA mendapat pengiktirafan dari universiti tempatan dan luar negara.

Jika anda berminat atau ingin maklumat lanjut sila hubungi:

E-mail:Pertanyaan DIIA

atau menulis kepada:

Ketua Kursus DIIA
UiTM Kampus Segamat
Beg Berkunci 527
85009 Segamat
Johor Darul Ta'zim

Tel:07 932 5527
Fax:07 932 5517

Laman Utama HEA UiTM Kampus Segamat