Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KAJIAN PERAKAUNAN

DIPLOMA IN BANKING



Kamal Bahrin bin Mohamad
Ketua Kursus DIB

PENGENALAN

Kursus ini ditawarkan di beberapa kampus cawangan yang terdapat di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Tempoh pengajian adalah selama tiga tahun. Kursus Diploma Pengurusan Bank (DIB) merupakan salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Perniagaan dan Pengurusan dengan matlamat-matlamat berikut :


Menyediakan eksekutif yang terlatih dan berdisplin.
Untuk menjana kemahiran perniagaan dan pengurusan kepada pelajar-pelajar yang berpotensi.
Untuk melahirkan usahawan muda dan seterusnya membentuk masyarakat perniagaan bumiputera Malaysia.

SYARAT KEMASUKAN

Lulus Sijil Persekolahan Malaysia (SPM/SPMV) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Senat dengan mendapat kelulusan berikut:


Kepujian dalam Bahasa Melayu/Malaysia
Kepujian dalam Bahasa Inggeris
kepujian dalam Matematik
Kepujian dalam dua mata pelajaran yang lain

PENGAMBILAN

Dua kali setahun iaitu pada bulan Disember dan Jun.

 

GRADUAN DIB

Pemegang Diploma DIB berpeluang meneruskan pengajian di peringkat ijazah di UiTM atau di IPTA yang lain. Lulusan DIB layak mengisi jawatan di sektor awam ataupun di sektor swasta dalam bidang pengurusan sebagai Pegawai Rendah Pemasaran, Pembantu Akauntan serta Eksekutif di Institusi Perbankan dan Kewangan.

Jika anda berminat atau ingin maklumat lanjut sila hubungi:

E-mail:Pertanyaan DIB

atau menulis kepada:

Ketua Kursus DIB
UiTM Kampus Segamat
Beg Berkunci 527
85009 Segamat
Johor Darul Ta'zim

Tel:07 932 5527
Fax:07 932 5517

Laman Utama HEA UiTM Kampus Segamat