Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

KURSUS DIPLOMA IN ACCOUNTANCY



Norehan Mohd Tahir
Ketua Kursus
Diploma in Accountancy

ADIA, ITM (1985)
M.Sc (Acc & Fin)(UK)(1987)
Ext:2548

Ethan Frome

PENGENALAN

Fakulti Perakaunan telah ditubuhkan dalam tahun 1956 dengan tujuan membangun dan memajukan program perakaunan di peringkat separa profesional dan profesional selaras dengan keperluan negara. Program-program ini dijalankan secara sepenuh dan separuh masa.  Untuk program separuh masa, calon-calon mesti mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya satu tahun dalam bidang perakaunan atau bidang yang berkaitan.

 

DIPLOMA  PERAKAUNAN (DIA)

 

Program DIA bertujuan melatih bumiputera di peringkat separa profesional dalam bidang perakaunan.  Program ini ditawarkan di Shah Alam dan di 10 buah kampus cawangan di seluruh negara.  Tempoh pengajian untuk program sepenuh masa ialah 3 tahun manakala untuk separuh masa ialah 4 tahun.

 

 

SYARAT KEMASUKAN

Lulus SPM/SPVM atau yang setaraf serta mendapat tidak kurang daripada lima kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik dan sekurang-kurangnya lulus dalam Bahasa Melayu. Fakulti Perakaunan juga mengendalikan satu program khas, iaitu Pra-DIA untuk memberi peluang kepada calon-calon yang tidak memenuhi syarat di atas.  Pemohon mestilah lulus SPM, SPVM atau yang setaraf serta mendapat tidak kurang daripada 4 kepujian dan sekurang-kurangnya lulus dalam Bahasa  Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

 

PENGIKTIRAFAN

Diploma Perakaunan telah diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai setaraf dengan diploma daripada universiti-universiti tempatan.

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Lulusan DIA boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti berikut:

·        Sarjana Muda Perakaunnan (Kepujian) di UiTM

·        Sarjana Muda Perakaunan di universiti-universiti    tempatan dan luar negara

·        Program profesional seperti MACPA, ACCA dan  CIMA.

 

Jika anda berminat atau ingin maklumat lanjut sila hubungi:

E-mail:Pertanyaan DIA

atau menulis kepada:

Ketua Kursus DIA
UiTM Kampus Segamat
Beg Berkunci 527
85009 Segamat
Johor Darul Ta'zim

Tel:07 932 5527
Fax:07 932 5517

Laman Utama HEA UiTM Kampus Segamat