Kamel Taufiq Abdul Ghani Ketua Kursus Diploma in Business Studies Dip. In Hotel Cat. MGMT. (ITM) (1985) B.Sc (Marketing (USA)(1988) MBA (Marketing)(USA) (1989) Ext: 2645 |
Diploma Pengajian Perniagaan (BM111) atau
'Diploma in Business Studies' merupakan salah satu daripada pelbagai kursus
yang ditawarkan oleh Fakulti Perniagaan dan Pengurusan di peringkat Diploma. Kursus
ini mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek pengurusan perniagaan seperti
pengurusan, pemasaran, kewangan, operasi dan yang berkaitan. Pelajar akan
didedahkan kepada pelbagai teori pengurusan perniagaan di bilik kuliah serta
pendedahan dari aspek praktikal menerusi program simulasi, seminar, ceramah,
lawatan akademik ke organisasi dan pelbagai aktiviti persatuan. Kursus yang
ditawarkan ini selaras dengan keperluan semasa industri dan pelajar yang lulus
berpeluang memegang jawatan penting di organisasi. Peluang melanjutkan
pelajaran di peringkat Sarjana Muda juga amat cerah bagi mereka yang berminat. Lulusan Diploma Pengajian Perniagaan boleh
mengisi kekosongan di sektor awam dalam jawatan sebagai Pegawai Rendah
Pemasaran, Pegawai Rendah Akaun atau Pegawai Rendah MARA. Mereka juga boleh
berkhidmat sebagai Eksekutif Pemasaran Rendah atau Pembantu Akauntan di
syarikat-syarikat swasta. Graduan boleh juga melanjutkan pelajaran di peringkat
Sarjana Muda di Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, UiTM yang menawarkan
pelbagai kursus pengkhususan dalam perniagaan. Graduan Diploma Pengajian
Perniagaan juga boleh melanjutkan pelajaran di mana-mana pusat pengajian tinggi
dalam dan luar negara.
|
Kepujian dalam Bahasa Melayu/Malaysia
|
Dua kali setahun iaitu pada bulan Disember dan Jun.
Tel:07 932 5527
UiTM Kampus Segamat
Beg Berkunci 527
85009 Segamat
Johor Darul Ta'zim
Fax:07 932 5517
Laman Utama HEA UiTM Kampus Segamat