Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

PENGENALAN

 

Fakulti Perakaunan telah ditubuhkan dalam tahun 1956 dengan tujuan membangun dan memajukan program perakaunan di peringkat separa profesional dan profesional selaras dengan keperluan negara.Program-program yang ditawarkan adalah Diploma Perakaunan (DIA) dan Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)  (BAcc).

 

SARJANA MUDA PERAKAUNAN (KEPUJIAN)

 

Program BAcc yang  diperkenalkan pada tahun 1981 bertujuan melahirkan akauntan bumiputera bertaraf profesional. Tempoh pengajian ialah 2 tahun untuk pelajar-pelajar sepenuh masa. Bagi pelajar-pelajar separuh masa, tempoh  pengajian ialah 3 1/2 tahun.

 

 

PENGAMBILAN

 

Dua kali setahun iaitu pada bulan Disember dan Jun.

 

 

SYARAT KEMASUKAN

 

Lulus Diploma Perakaunan daripada UiTM atau institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf dengan mendapat Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG)  sekurang-kurangnya 2.5.  Sekiranya HPNG kurang dari 2.5, pemohon mestilah mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan selama sekurang-kurangnya 1 tahun. Fakulti Perakaunan juga menawarkan program Pra-BAcc yang mengambil masa 6 bulan, bertujuan untuk memberi peluang kepada lulusan diploma bukan dari bidang perakaunan melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda. Lulusan Dengan CGPA melebihi 3.50 layak memohon terus ke program Sarjana Muda. Pemohon yang mempunyai CGPA kurang dari 3.50 tetapi berpengalaman kerja dalam bidang perakaunan melebihi 5 tahun juga dikecualikan dari mengikuti program Pra Bacc

 

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

 

Lulusan Sarjana Muda juga boleh melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi seperti:-

 

·        Sarjana di universiti-universiti tempatan dan luar negara

·        Program profesional seperti MACPA, ACCA CIMA dan ICSA dengan pengecualian di dalam beberapa mata pelajaran.

 

PENGIKTIRAFAN

 

Program BAcc diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai kelayakan profesional dalam bidang perakaunan setaraf dengan Sarjana Muda (Kepujian) dari universiti-universiti tempatan.

 

PROGRAM KHAS

 

Lepasan Ijazah berkaitan dari dalam dan luar negara boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program BAcc dengan  beberapa pengecualian mata pelajaran berdasarkan kelulusan masing-masing.

 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh diajukan secara bertulis kepada

 

Provos

Universiti Teknologi Mara

Kampus Segamat

Beg Berkunci 527

85009 Segamat.

Johor.

 

Tel:  (07) 9325527

Fax: (07) 9325517

 

atau melalui telefon kepada

 

Encik Arun Mohamed

Ketua Program

Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)

Universiti Teknologi Mara

Kampus Segamat

 

Tel: (07) 9202653