Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!



Kamel Taufiq Abdul Ghani
Ketua Kursus
Diploma in Business Studies

Dip. In Hotel Cat. MGMT. (ITM) (1985)
B.Sc (Marketing (USA)(1988)
MBA (Marketing)(USA) (1989)
Ext: 2645

Diploma in Business Studies 

 

 

 

 

 


Diploma Pengajian Perniagaan (BM111) atau 'Diploma in Business Studies' merupakan salah satu daripada pelbagai kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Perniagaan dan Pengurusan di peringkat Diploma. Kursus ini mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek pengurusan perniagaan seperti pengurusan, pemasaran, kewangan, operasi dan yang berkaitan. Pelajar akan didedahkan kepada pelbagai teori pengurusan perniagaan di bilik kuliah serta pendedahan dari aspek praktikal menerusi program simulasi, seminar, ceramah, lawatan akademik ke organisasi dan pelbagai aktiviti persatuan. Kursus yang ditawarkan ini selaras dengan keperluan semasa industri dan pelajar yang lulus berpeluang memegang jawatan penting di organisasi. Peluang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda juga amat cerah bagi mereka yang berminat.

 

 

Lulusan Diploma Pengajian Perniagaan boleh mengisi kekosongan di sektor awam dalam jawatan sebagai Pegawai Rendah Pemasaran, Pegawai Rendah Akaun atau Pegawai Rendah MARA. Mereka juga boleh berkhidmat sebagai Eksekutif Pemasaran Rendah atau Pembantu Akauntan di syarikat-syarikat swasta. Graduan boleh juga melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda di Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, UiTM yang menawarkan pelbagai kursus pengkhususan dalam perniagaan. Graduan Diploma Pengajian Perniagaan juga boleh melanjutkan pelajaran di mana-mana pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara.

SYARAT KEMASUKAN

Lulus Sijil Persekolahan Malaysia (SPM/SPMV) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Senat dengan mendapat kelulusan berikut:


Kepujian dalam Bahasa Melayu/Malaysia
Kepujian dalam Bahasa Inggeris
kepujian dalam Matematik
Kepujian dalam dua mata pelajaran yang lain

PENGAMBILAN

Dua kali setahun iaitu pada bulan Disember dan Jun.

Jika anda berminat atau ingin maklumat lanjut sila hubungi:

E-mail:Pertanyaan DBS

atau menulis kepada:

Ketua Kursus DBS
UiTM Kampus Segamat
Beg Berkunci 527
85009 Segamat
Johor Darul Ta'zim

Tel:07 932 5527
Fax:07 932 5517

Laman Utama HEA UiTM Kampus Segamat