Kelab Setia
S M K Subang Utama

Latar Belakang
Kelab Setia Ditubuhkan Oleh Jabatan Perkhidmatan
Penerangan Dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Pada Tahun 1995. Pada
Peringkat Awalnya Sejumlah 121 Kelab Setia Telah Ditubuhkan Dengan Keahlian
Seramai 12,576 Pelajar.Sehingga Bulan April 2002 Terdapat Sebanyak 242 Kelab
Setia Di Seluruh Negara Dengan Keahlian Seramai 17,281 Orang.
Projek Printis Kelab Setia Telah Dilaksanakan Oleh Jabatan Perkhidmatan
Penerangan Negeri Sembilan Yang Telah Dilancarkan Oleh YB Menteri Penerangan
Pada Disember 1995 Di Seremban,Negeri Sembilan
Visi
Sebagai Saluran Komunikasi Yang Unggul Dan
Berwibawa Kepada Generasi Pelapis Yang Setia,Bersemangat Patriotik,Berdaya Saing,
Serta Bertanggungjawab Dalam Membantu Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia
Bagi Memasarkan Maklumat Kenegaraan Dan Dasar-Dasar Kerajaan Secara Tepat,Betul
Dan Berkesan.
Misi
Menterjemahkan Dan Mewujudkan Perkongsian Pintar Antara Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia(JPPM) Dengan Jabatan Pendidikan Dalam Merealisasikan Dasar Pendidikan Negara,Rukunegara,Wawasan 2020 Serta Dasar-Dasar Kerajaan Demi Membentuk Generasi Wawasan 2020 Yang Seimbang Dan Cemerlang.
Objektif
A-Untuk
Mewujudkan Satu Pertubuhan Di Sekolah-Sekolah Bagi Melatih Penuntut Ke Arah
Melahirkan Semangan Cintakan Negara Dan Memahami Aspirasi Dan
Kehendak Kerajaan
B-Membentuk Generasi Yang Cintakan Perpaduan Dan Keharmonian.
C-Mendedahkan Penuntut Sekolah Terhadap Sistem Dan Amalan Demokrasi Berparlimen.
D-Membentuk Dan Melatih Ahli Tentang Kaedah-Kaedah Dan Teknik Berkomunikasi
Bersemuka Serta Teknik Berpidato Yang Berkesan.
E-Menarik Minat Pelajar Untuk Menyertai Aktiviti-Aktiviti Anjuran Jabatan
Perkhidmatan Penerangan.
F-Melahirkan Generasi Pemimpin Yang Pro-Aktif Dan Berkebolehan Yang Akan
Menerajui Negara.
G-Melahirkan Generasi Yang Berkualiti Yang Sedia Menyahut Seruan Cabaran Negara
Dan Cintakan Kepada Agama,Bangsa Dan Negara.