Pengenalan
Kolej TNB merupakan salah sebuah dari 14 buah kolej yang terdapat di kampus ini. Pada awalnya, kolej ini dinamakan Kolej Kedua tetapi pada tahun 1992 kolej ini telah dinamakan Kolej TNB mengikut nama-nama korporat dan kekal sehinggalah sekarang.
Ianya ditadbir oleh seorang Pengetua dan 4 orang Felo dalam menguruskan aktiviti dan disiplin pelajar manakala dalam bidang pentadbiran pula, Pengetua dibantu oleh seorang Penolong Pengurus Asrama, seorang Penyelia, 2 orang Kerani, seorang jurutaip dan 4 orang Pekerja Rendah Awam.
Misi Kolej TNB dalam memberikan penginapan kepada pelajar adalah dengan menyediakan penginapan yang kondusif dan selamat. Visi Kolej pula adalah untuk membawa pelajar ke arah kecemerlangan baik dengan memberikan sebanyak mungin peluang kepada pelajar dalam menjalankan aktiviti samada bercorak sosial, ilmiah ataupun sukan.
Kemudahan di Kolej
Dalam usaha memberikan ruang pembelajaran yang selesa kepada penghuni, pihak kolej sedaya upaya memberikan perkhidmatan yang bersesuaian dengan kehendak penghuni. Sehingga kini sebanyak 10 buah bilik bacaan/study telah disediakan di kolej.
Selain dari itu, surau di setiap blok turut disediakan sebagai kemudahan kepada pelajar beragama Islam. Terdapat 2 buah Kafeteria dan Food Court dengan berbagai menu pilihan. Kemudahan perhubungan seperti telefon awam disediakan di setiap blok dan kedai runcit untuk keperluan harian juga disediakan.
Bagi pelajar yang tidak memiliki komputer, kemudahan makmal komputer disediakan kepada mereka. Gelanggang permainan untuk riadah dan bersukan di waktu lapang juga tidak ketinggalan disediakan.
Jawatankuasa Pembangunan Pelajar Kolej atau JPPK turut dilantik dikalangan pelajar kolej ini untuk memainkan peranan penting dalam membangunkan kolej dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dalam bentuk kerehatan minda atau ilmiah dan membawa kolej ke arah kecemerlangan.
Menjadi harapan pentadbiran kolej agar Kolej TNB terus maju dalam pelbagai bidang sesuai dengan motto kolej “menjana sahsiah demi kecemerlangan sejagat”.
Pejabat
Pejabat Kolej TNB
Universiti Utara Malaysia
06010 Sintok
Kedah Darul Aman
Tel : 604-9285586
Faks : 604-9285585
Pengetua
Dr Mohd Azhar Haji Mohd
Harif, C.A (M)
Tel(P) : 604-9285588/5245
Tel(R) : 604-9285530
Emel :
amyazhar@e-web.uum.edu.my
Felo
Hadibah Md. Isa
Tel(P) : 604-9284521
Tel(R) : 604-9285533
Emel :
hadibah@e-web.uum.edu.my
Azizah Md Yusof
Tel(P) : 604-9283545
Tel(R) : 604-9285561
Emel :
azizah@e-web.uum.edu.my
Mohamad Tarmidi Mahli
Tel(P) : 604-9284663
Tel(R) : 604-9285564
Emel :
mdtarmidi@e-web.uum.edu.my