Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

                           Experience

 

 

PENGALAMAN SEMASA MENGKAJI BAHASA SLANGA

 

Terlalu banyak pengalaman yang dilalui oleh kumpulan kami semasa menjalankan kajian bahasa slanga di pelbagai tempat yang kami kaji terutamanya di kampus universiti sains Malaysia sendiri. Ada yang lucu, ada yang sedih dan ada yang geram. Perasaan yang bercampur-baur itu akhirnya diganti oleh perasaan seronok apabila kami mendapati bahawa ini adalah “first experience” kami mengkaji kepelbagaian ragam penggunaan bahasa dalam kalangan penghuni universiti sains malaysia.

Pertama sekali, kami mendapati bahawa, pelajar dan pensyarah suka mengunakan kata nama khas yang sebenarnya panjang tapi dipendekkan contohnya penggunaan kata DTSP, BT, DK, DAN KM. Perkara yang menjadi kontreversi sedikit di antara kumpulan kami adalah, penggunaan kata “lady’s”. Kami sebenarnya tidak mengetahui apakah maksud perkataan ini. Yang kami tahu sedikit, ia berkaitan dengan perempuan. Hal ini terjadi apabila seorang “orang Putih” yang jantinanya adalah perempuan bertanya “are you know where’s the ‘lady’s please?..kami saling memandang antara satu dengan lain...dalam fikiran kami berputar ligat soalan “napa plak dia nak cari perempuan?”,..isssh..tak masuk akal lansung...lalu untuk menyelamatkan keadaan saya pun berkata “sory..we dont know”...ringkas dan menampakkan kebodohan....dengan perasaan yang tidak puas hati kami lalu bertanya dengan seorang kawan yang agak pandai berbahasa Inggeris.Apabila kami menceritakan persoalan itu, kawan kami ketawa terbahak-bahak sambil menyatakan bahawa “lady’s tu...ta..ta...tan...das perempuan..hahaha..”alangkah malunya dan terpukulnya kami dengan kenyataan itu.

Kemudian mulalah pula kami mengkaji tentang ragam bahasa yang seterusnya. Segalanya berjalan lancar. tetapi apabila kami terdengar suatu perbualan yang menyatakan bahawa :

 

“kat ‘penang road’ tu tak habis-habis dengan fesyen memperagakan pakaian”,

“everyday camtu..?”,

“yelah..sempat juga aku ngorat..satu dua awek yang cun melecun..”

“memanglah..kat goergetown tu..memang dipenuhi oleh awek yang cantik”,

“hei!..bukan yang kat sanalah, maksud aku yang kat depan labry 1 tu..”,

terkedu orang yang mendengarnya termasuklah kami. Lucu tidak..sedihpun tidak..Cuma kami rasakan itulah bahasa baru yang kami dapati. Sebenarnya ‘dia’ cuba menggambarkann bahawa kesibukan di penang road tu, samalah dengan kesibukan di labry 1.

 

       Pengalaman kami yang paling melucukan dan memalukan pula, apabila kami terpaksa berjumpa dengan seorang pensyarah dan menemurahnya menggunakan bahasa formal, tapi tanpa disengajakan , seorang ahli kumpulan kami memanggil pensyarah itu menggunakan panggilan ‘kakak’. Dengan pandangan yang tajam, kawan kami itu direnung dari bawah sampailah ke atas dan membuatkan rakan kami itu berasa serba-salah. Sebenarnya rakan kami itu tidak patut dipersalahkan kerana ciri-ciri penampilan pensyarah itu amatlah selekeh dan tidak dikenali sebagai pensyarah.lalu pensyarah pensyarah itu berlalu tanpa menungguh kata maaf dari kawan kami itu.lalu kita jadilah kami menemuramah pensyarah itu dan kami pun mencari sasaran yang lain pula.

 

       Banyak lagi pengalaman lain yang telah kami lalui bersama-sama dengan kumpulan kami, tetapi oleh kerana masaa tidak mengizinkan maka cerita ini akan disambung kemudian.

 

 

SELAMAT MEMBACA!!!!!!!!     

 

      

 HOME