Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

SENAMAN

Senaman Membantu Membaiki Kecacatan di dalam Postur

Senaman boleh juga membantu memperbaiki kecacatan di dalam postur. Antara senaman yang boleh kamu lakukan ialah:

(a) Senaman menguatkan otot otot tengkuk

Cara ini baik untuk orang yang lama duduk bekerja. Tangan diletakkan di belakang kepala. Tekankan tangan ke arah depan manakala kepala ke arah bertentangan.

(b) Bangkit Tubi

      

Cara ini mewujudkan abdomen yang lebih rata disamping menguatkan otot abdomen.

 

Seterusnya kamu boleh melakukan senaman berikut untuk memperbaiki bahagian pinggang dan kaki.

 

(c) Angkat Silang Kaki Berbaring

( i ) Baringkan badan kamu dan rehatkan seluruh badan kamu. Kamu akan melakukan dan mengakhiri senaman dengan menarik nafas yang panjang.

( ii ) Tegangkan dan kendurkan otot otot punggung kamu, kemudian angkat sebelah kaki. Lakukan pergerakan ini sebanyak empat kali.

( iii ) Kedua kedua kaki diangkat serentak. (jangan lakukan senaman ini sekiranya anda merasa sukar)

 

(d) Angkat Silang Kaki Meniarap

( i ) Sekarang, cuba kamu meniarap dan angkat kaki dengan lurus dari posisi ini. Angkat sebelah kaki sahaja dahulu, kemudian diikuti oleh kaki yang sebelah lagi.

( ii ) Angkat pula kedua dua belah kaki. Jika kamu merasa sakit atau otot otot kamu merasa sakit, rehatkan badan kamu.

( ii ) Bagi menguatkan kaki dan pergelangan kaki, pusingkan pergelangan kaki kamu, mula mula ke kanan dan kemudian ke kiri.

 

Senaman amalan baik untuk kesihatan. Amalkan senaman dengan cara yang betul dan kerap melakukan senaman untuk menjamin kesejahteraan hidup di masa hadapan.

 

 

 

<< BACK  HOME  PROFILE   POSTUR   YAHOO  GooGLe  UPM

Hakcipta terpelihara Aleena aSbi 2004

Sebarang masalah mengenai laman ini sila email kepada : Suke_sangat@hotmail.com

last update : 06 Feb 2004