Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 

  Laman web rasmi PDKTN                                            Laman web rasmi PDKTN                                        

  Profil Daerah

Laman utama | Organisasi | Profil Daerah | Pelan Pembangunan | Aktiviti | Pelancongan |   Komen dan cadangan

PROFIL RINGKAS

Nama Kinabatangan sebenarnya berasal daripada perkataan suku kaum Sungai iaitu ‘Cina batangan’ yang bererti ‘sungai cina’. Ini kerana berdasarkan sejarah daerah Kinabatangan, seorang pengembara daripada kerabat maharaja China yang bernama Ong Sung Peng telah memulakan pengembaraannya bermula dari tanah besar China hingga ke laut Sulu dan seterusnya sampai ke kawasan kuala sungai Kinabatangan pada kurun ke-16. Beliau kemudian telah membuka beberapa kawasan petempatan baru seperti Mumiang, Sukau dan Bilit (dipercayai berasal dari bahasa Cina). Walau bagaimanapun, kerajaan Syarikat Berpiagam Borneo telah menukarkan nama tersebut kepada ‘Kinabatangan’ pada tahun 1881.

Kinabatangan merupakan salah satu daerah di negeri Sabah. Ianya berkeluasan 6,605 km persegi dan terdiri daripada 78 buah kampung (yang berada dalam kawasan DUN. 47  dan DUN. 48) serta bersempadan dengan enam buah daerah. Di bahagian utara ianya bersempadan dengan Sandakan dan Beluran dan di bahagian barat ianya bersempadan dengan Ranau dan Tongod. Manakala di bahagian selatan pula ianya bersempadan dengan Tawau dan Lahad Datu. Bentuk topografi bahagian bawah dan tengah Kinabatangan terdiri daripada lembah sungai. Di bahagian utara, sebelah Barat dan Selatan merupakan kawasan yang berbukit bukau dan curam. Manakala bahagian timur (pantai dan kuala sungai Kinabatangan)  merupakan kawasan tanah rata dan mempunyai hutan paya bakau dan nipah. Sungai Kinabatangan merupakan sungai yang  terpanjang di Sabah dengan kepanjangan 560 km dan mengalir ke arah  Laut Sulu.

Menurut banci yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Sabah pada tahun 2000 (Banci Penduduk dan Perumahan Tahun 2000), jumlah penduduk di Kinabatangan adalah seramai 86,783 orang (50,394 lelaki dan 36,389 wanita). Suku kaum yang terbesar di daerah ini ialah suku kaum Sungai (satu istilah yang diberikan kepada penduduk yang tinggal berhampiran sungai Kinabatangan yang terdiri daripada kelompok Idahan, Minokok, Mangkaak, Makiang, Rumanau, Sinabu dan Pingas). Selain itu, terdapat juga suku kaum lain seperti Tidong, Suluk, Kagayan dan Bugis (suku kaum yang berasal dari negara jiran seperti Indonesia dan Filipina). Lokasi Kinabatangan dapat dilihat seperti di Peta di bawah.

 

 

Laman utama | Organisasi | Profil Daerah | Pelan Pembangunan | Aktiviti | Pelancongan | Komen dan cadangan

 

Pihak kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai laman ini? Sila e-mel kepada abmanaf@sabah.gov.my    

 
Semua isi kandungan dalam laman ini adalah hakcipta terpelihara © PDKTN
PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.