Aku


@Buku Tamu
@1,001 cerita

Pesan


Kronizz


@fajar
@idzwan
@syafali
@nettbiru
@tomei sensei
@arief jaka
@zikri
@kanot
@honeybiru
@jaja
@knockturnal
@sakuraku
@wanie
@miss thumbellina]
@op
@yasir_tamizi
@erhan
@cekya
@aniey.kid
@Zue

Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com

"Do you realise.. I would have gone through life half awake..
If you'd had the decency to leave me alone?" - Clive Durham

"I was yours 'til death
if you'd have cared to keep me once.." - Maurice Hall

"We shan't never be parted.." - Alec Scudder


16 September 2008

Wuhuu!

Tengahari tadi berjaya jugak aku hantar draft paper untuk publication. Hantar kat supervisor aku aje, bukannye hantar ke editor journal lagi. Draft yang aku buat ni pun dah entah draft ke berapa dah, tak sanggup lagi aku nak mengadap.. Huhu..

So disebabkan tengahari tadi dah hantar, terasa macam satu burden yang sangatlah berat dah tak ditanggung lagi. Hehe. Tu baru paper untuk publication tu. Belum final thesis lagi.

Jadi sekarang ni boleh la berseronok-seronok kejap.. Sebelum hari baru bermula dan kerja-kerja lain yang bersusun tu kena dibereskan..

Anyway.. Ada juga perkara lain yg buat aku gumbiraaa.. Ada hint sikit kat bwh ni..

Hohoho Merry Christmas ehhh silap.. Balik kampung..

Ciao!


29 Ogos 2008

Pagi tadi aku jogging sebelum pergi lab. Masa aku on the way dah nak balik tu, dekat dengan stesen minyak Sainsbury's ada la satu kereta tu tak nak berhenti bagi laluan kat aku yang nak melintas walaupun dah sah-sah aku patut diberi keutamaan kan.

Yand drive tu, dua whites umur dalam early 20s. English la kot. Beberapa meter di depan aku, tiba-tiba yang dekat passenger seat tu jenguk kepala dia keluar, pandang aku and said something.

Something la. Aku tak sure. Abuse kot? Aku tengah dengar MP3 masa tu.

Ini bukan kali pertama. Last summer masa aku tengah naik basikal balik dari Medical Library dekat Addenbrooke's Hospital, ada la satu group whites naik kereta dari arah bertentangan jerit something kat aku yang aku 99% sure abuse. Tapi aku buat derkk aje masa tu.

Pagi tadi pulak, aku pun tak sure kenapa aku dengan secara refleksnya membuat isyarat tangan kat mamat tu. Tiba-tiba kereta tu stop..

Ahh sudah. Dah la masa tu pukul 6.30 pagi. Jalan aku jogging tu memang jalan sibuk, tp pagi-pagi buta mana la sibuk benar kan.

Dia buat isyarat tangan balik.

Then aku buat isyarat balik yang bermaksud "OK, OK I'm sorry, my mistake" - aku rasa laa.. Kene le mengalah. Tempat dia kan. Kalau kena pukul tak pasal aje. Yang aku sure lepas tu dia jerit "Run! Run!" encourage aku lari lagi. Hehe tapi aku rasa aku boleh aje outrun diorang kalau diorang decide nak keluar dari kereta dan confront aku tapi rumah aku jauh lagi la pulak.

So peristiwa pagi tadi membuatkan aku berfikir sepanjang hari. Why I did that, why am I doing here, whether really that was racially motivated or just jeered by some bored unemployed GCSE-failing yobs who should have been given ASBO a long time ago.

*ASBO - Anti Social Behaviour Order. Kalau kau mengganggu ketenteraman awam, dapat la title ni yang biasanya akan menngganggu masa depan kau masa kau nak mintak kerja nanti.

Anyway, itu le yang banyak berlegar dalam kepala aku sepanjang hari tadi. Sampai satu point aku rasa macam takut pulak dengan orang putih kat sini, sama macam aku rasa lepas ada orang mabuk tak pasal2 nak hantuk kepala dengan aku tahun lepas (rasanya aku pernah cerita asal tu dalam blog ni). Masa tu aku rasa takut gila dan amik masa seminggu dua nak percaya balik kat orang putih.

Tapi masa aku balik dari lab tadi, satu benda yang totally opposite pulak yang berlaku. Aku keluar lab pukul 7 dan masa aku naik basikal menuju ke gate ada la dua orang mamat whites nie stop kan aku. Dengan tin Carling dan Strongbow-nya (arak), rupa pun memang menacing gila la. Aku dah cuak bagai dah sebab area tu pun takde orang sangat.

Excuse me, have you got a ciggie or two?

Cis mintak rokok rupanya. Lega aku.

Sorry mate, I don't smoke..

Oh, alright then. Have a good evening then!

Encounter terbaru ni menyebabkan aku berfikir panjang masa tengah kayuh basikal balik (sempat lagi tu!). Entah lah. Kadang-kadang orang yang rupa macam terpelajar tapi perangai macam hape aje. Ni orang yang muka pecah rumah, group yang tidur kat homeless shelter malam2 pun perangai lagi baik. Siap wish good evening yang tak tahan tu.

Hehe apa-apa hal pun aku dah ok dah sekarang.

Esok nak pergi London. Cari barang sikit. Wuhu! (Kerja banyak tak siap, sempat pergi London lagi. Suka-suka hati aje.


13 Ogos 2008

Menghapdet blog ni nampaknya dah jadi acara sebulan sekali. Huhu.

Aku pun tak tau kenapa. In fact, aku pun kadang-kadang dah tak sure dengan apa yang aku nak dalam hidup ni. Kadang-kadang tu pulak, aku tersangat la sure dengan plan hidup aku.

Entahla. Tak tau nak cakap macamana. Macam aku punya taste lagu agaknya. Varied. Ada hari yang hidup aku macam lagu Better Together dari Jack Johnson.

"There's no combination of words I can put on the back of a postcard
No song that I could sing but I could try for your heart.."

Ada hari pulak aku terasa macam Bad Reputation dari Joan Jett.

I do't give a damn about my reputation
Oh no. Not me. (lepas tu jerit 'yeargghhhhh')

Entah apa yang aku merepek entah.

US trip tak hapdet pun.

Euro trip pun tak update.

Ps: singgah aje le Facebook aku. Hehe.

Umur pun dah menginjak setahun lagi. Tak tahulah - have I more wisdom? Become wiser?

Awal minggu baru-baru ni aku rasa paling tak best lagi. Banyak sangat distraction. Banyak sangat benda yang aku tak paham. Sampai aku rasa aku tak sure aku boleh habiskan pengajian ni dalam masa 3 tahun. Tenggelam aku dalam data sampai aku tak tahu nak buat apa.

Tapi hari ni dah ok sikit. Lepas dah selesaikan separuh (separuh aje) daripada equation untuk mathematical modelling untuk data aku. Algorithm untuk visual system. Habis aku conteng white board dalam lab tu.

Entahlah.

Aku pun tak tahu nak tulis apa lagi.

Jumpa lagi.

Bulan depan? Hehe


23 Julai 2008

Lamanya tak hapdet..........

BIzi gile ah aku sekarang nih. Balik aje dari Euro trip haritu, terus sambung buat segala eksperimen dengan pembetulan untuk paper yang aku tulis tu.

Itupun lepas 2x langgar dateline. Isnin haritu dari malam sampai ke pagi merepair paper tu, lepas tu terus aku submit (walaupun aku tau supervisor aku takkan baca tengah malam tu jugak..). Sebenarnya text untuk paper tu dah betulkan lama dah, tapi nak repair segala graphs, betulkan statistics segala, itu yang tak tahan tu.

Aku baca Utusan online tadi. Katanya pasal UK nak kenakan visa untuk pelancong dari Malaysia. FYI sebelum ni Malaysians boleh datang UK sebagai pelancong selama 6 bulan tanpa visa. Aku dah verify info ni dekat website Home Office, and soheh la pasal tu.

Dulu ada aku dengar kat BBC pasal nak pendekkan tempoh 6 bulan tu jadi 3 bulan. Ini yang terbaru kena apply terus pulak. Tak best aa gini. Kalau ikut website Home Office tu, Kerajaan Malaysia diberi tempoh sampai hujung tahun nie untuk upgrade security features of our passport.

So kerajaan Malaysia, sila buat something ye. Jangan asyik nak bercakar aje.

Risau pulak aku kalau decision UK ni nanti diikut oleh seluruh EU. Susah la nak berjalan2 lagi. Huhu.


13 Jun 2008

Akhirnya...

Seminggu yang banyak kerja, tapi paling tak produktif aku rasa. Bak kata aku (kata aku!) kat Monika, "This is the slowest, most unproductive week ever,"

Ye la. Biasanya kalau minggu tu tak produktif, bila sampai hari Jumaat aje, mesti terasa, eh dah Jumaat dah? Biasanya aku terasa macam tu kalau minggu tu aku buat apa-apa sangat.

Minggu ni takde pun buat ape sangat (selepas tulis draft untuk publication, prepare presentation bagai), tetap terasa lambat aje. Mengira hari aku.

Mungkin sebab...

Selepas presentation, meeting, pasang komputer, meeting lagi sekali, akhirnya...

Eurotrip!

Cerita pasal US trip pun tak habis lagi, nak buat trip baru pulak kan.

Jumpa in two-week's time!

Wassalam..


6 Jun 2008

Paper yang aku kerjakan selama seminggu setengah..

Ini la sikit hasil kerja tahun pertama aku. Untuk publish kat mana-mana journal yang berkenan nak publishkan.. Huhu. Saje je aku ambik gambar nie. Masa nie journal nie baru aje lepas print, suci bersih lagi. Aku dah submit kat supervisor aku as first draft, so nak tunggu aje le macamana rupanya lepas Sarah dah baca.. Macam akan penuh dengan correction aje..

Aku rasa macam banyak aje yang boleh betulkan dalam first draft aku tu. Tapi aku cakap kat Sarah, aku tak larat dah nak mengadap paper tu.. Take it or leave it.

Hehe tipu aje. Takde le aku cakap take it or leave tu.. Tapi aku submit aje le dan cakap kat dia yang I need a break from the paper and sambung kutip data.. Huhu..

Some pics from my conference..

Dengan Sarah.. Lalalala.. Hehe. Beberapa minit sbelum start poster presentation session aku..

Laut! Setahun tak jumpe..

Old Town Nales, Fl. Macam Bandar Baru Senawang aje. Kaler warna warni bagai..

Aku amik gambar nie dekat Philadelhia. Masa Sarah tengok gambar nie, dia ada la cakap something tapi aku tau al dia tak sokong Obama. Tapi aku tak sure la dia sokong Hillary atau McCain.

Nasib baik dia tak tau aku sokong Obama. Kut tak mau pulak aku start bertekak dengan dia. Huhu.

The worst thing to be against your supervisor is to support a different US presidential candidate - eventhough it has nothing to do with BOTH of you..

Pape tah. hehe.


1 Jun 2008

:: Lari kejap - updated::

OK, nal lari topik kejap. Bincang isu semasa la pulak - sebab dah asyik merapu pasal hidup aku aje. Lagipun aku dah boring dah menulis journal paper yang aku plan nak publish.

Dah tak upaya dah aku nak mengadap paper tu. Esok nak submit first draft aku kat Sarah, tapi macam confirm aje banyak kena betulkan (macam masa buat proposal dulu, ada la dalam 5 kali betulkan.. Huhu..)

OK, meh kita serius sikit. baru-baru ni kan Nepal dah jadi republik. Walaupun aku takde kena mengena dengan Nepal selain daripada kenal sorang budak postgrad kat tempat aku, aku tetap sedih dengan the abolishment of the monarchy institution.

Kawan-kawan aku yang paling rapat dengan aku mesti tau aku adalah antara orang paling tak gembira bila monarki dimansuhkan kat Nepal. FYI, aku ni sangat la pro-monarki. Royalist. Nak terang macam mana pun tak tau. Tapi kawan-kawan terdekat aku faham.

I cannot imagine if Malaysia ever became a republic. I think I would go as far as moving out rather than living in a republic Malaysia.


Aku ni tengah tengok dokumentari dekat channel 4. Pasal reigh of Queen Victoria, sebelum tu pasal Charles Albert.

Kenapa la dekat Malaysia tak banyak (atau takde) dokumentari pasal keluarga diraja dekat ek. Aku rasa banyak aje isu yang menarik untuk buat dokumentari. Bukan setakat yang ada dalam buku teks sejarah aje, yang tak masuk dalam buku teks pun banyak. Mungkin kalau yang sejarah yang lama-lama tu tak ada banyak rekod bertulis, tapi banyak jugak kisah dan konflik yang latest dan ada rekod.

Ada kisah Tengku Ampuan Negeri Sembilan (so obviously perempuan) yang memerintah masa dispute jawatan Yang DiPertuan Besar sekitar 1800-an. Ada pasal Sultan Selangor yang dilantik oleh Jepun, lepas tu diturunkan takhta lepas perang. Menarik kalau buat dokumentari tu. Ataupun pasal Sultan terakhir dari keturunan Bendahara Johor yang jajahan takhluk hanya sekitar daerah Kesang.

Atau asal Kuala Terengganu dibedil kapal perang Inggeris. Korang tau tak pasal tu? There must be a record somewhere.

Lebih terkini, pasal dispute Sultan-Kerajaan Negeri dekat Perak, Negeri Sembilan dengan Perlis. Boleh buat thesis aku rasa pasal peranan insitiusi raja dalam abad ke 21 di Malaysia. Kalau kat UK nie dah jadi dokumentari dah kat TV.

OK. Makin aku bercerita kat sini, makin aku terasa yang aku dah tersasar dari passion sebenar aku. Mau pulak aku tukar Major aku karang.

Kembali pada psychohysics - sekarang!


27 May 2008

:: Update (akhirnya!)::

PS Aku nak update dgn gambar, tp delay dulu lah... Takde software yang sesuai nak kecikkan gamabrk at PC lab aku nih. Kalau kecikkan pun gambar jagik semacam aje. So takde gambar la ye..

Phew! Akhirnye dapat jugak courage dan kekuatan untuk update.. Hehe. Banyak la punya kekuatan..

So in first update lepas aku balik bersukaria-konferens segala bagai. Macam-macam aku experience. Problem dekat immigration la, terlepas flight la, mandi laut la (setahun tak mandi laut ooo... England sejuk sangat!).

Tidur dari bilik semewah-mewahnya dekat Naples, sampailah bilik sehabis basic dekat New York (walaupun beza harga bilik tu adalah dalam US$20 aje).

Disebabkan aku tau aku memang dah makin malas nak hapdet, nasib baik la aku dah mengamik inisiatif menaip apa yang aku terfikir nak taip on a day-to-day basis.. Sebab kalau tulis semua sekali serentak, nanti tak best sebab aku tau aku takkan cerita apa perasaan aku on that particular day, sebab aku dah fikir masak-masak (kononnya lah). So bila aku menulis day-to-day basis ni, lebih jujur lah kiranya. Hehe. Banyaklah jujur.

Jap nak carik mana aku save entri aku kejap...

*******************

8 May 2008

Update ni dibuat sebagai draft dalam email system aku. Takde la pulak aku bawak pendrive nak mengapdet hari2.

OK.. Hari first kat US. Waaa penatnyeee... Tensen tertekan semua ada. Tapi setakat pagi ni, aku dah pulih seperti sekali sekala. Sebabnya, bila difikir-fikir balik semua mishap yang berlaku semalam, terasa OK aje. Biasa, la asam garam bila berjalan. Tak semua yang kita rancang akan terjadi kan, tak ksiah la macam mana sekalipun kita dah buat persiapan.

Ni nasib baik aku menulis masa dah pagi, dah breakfast, dah pulih balik kesihatan mental aku ni. Kalaulah aku menulis entri ni malam tadi, sure confirm update ni dah penuh dengan sumpah seranah segala bagai.. Hehe.

OK, mari mula bercerita. Overall perjalanan semalam dari aku keluar rumah kat Cambridge, sampailah jejak hotel kat Naples cukup 24 jam! Pukul 6.30 pagi aku dah keluar rumah dah sebab bas aku ke Heathrow gerak jam 7.10 pagi. Leaps 3 jam bas tu pusing merata-rata, sampai la dekat Heathrow. Check-in, security segala bagai, masuk la kat departure lounge. OK, mishap 1st dah berlaku. Flight aku sepatutnya, berlepas jam 1.05, tapi delay dekat 40 minit. Dah la aku ada 1 jam 55 minit aje untuk kejar connecting flight aku dekat Philadelphia. Buleh tak, flight tu delay sebab flight crew tak lepas security check. Sabar aje le.

Sepanjang perjalanan aku semalam, semua orang yang aku jumpa (dalam kapal terbang) ramah tamah belaka. Aku duduk aje kat seat aku, orang sebelah aku terus aje: "Hi! I'm Janet! How are you?!" Ye, tanda-tanda seruan tu betul ye. Akak Janet tu bercakap dengan aku dengan girang sekali. Dia baru balik dari trip kat UK, melawat anak dia yang study dekat France. Sembang punya sembang, rupa-rupanya dia ada PhD. Dalam spiritual enviroment ape tah. Pasal hubungan environment-based ancient religion macam Celts dengan macamana old Christian believers perceived and rejected them, dan macamana the new generation of Christians have the tendecy revive the spiritual connection with the environment based on this old believe. Lebih kurang macam tu la. Tak tau pulak ada orang buat PhD pasal tu.

Overall, flight yang aku naik tu boleh la tahan. Biasa-biasa aje US Airways ni. Ye le dah bayar dirt cheap untuk transatlanctic return flight, takkan nak cakap banyak pulak. Berapa kali makan pun aku tak tau. Penat aku. Tapi makan pun makan orang putih la, nasik konpem la takde. Aku rasa kan, pilot kapal terbang tu speeding gile. Kitorang delay 40 minit dari London, tapi sampai Philadelphia on time. Masa nie aku dah gumbira dah, sebab kononnya pulih la harapan aku nak kejar connecting flight aku ke Fort Myers.

OK.. misery berlaku lagi masa immigration dengan security check. Mula-mula dah dekat sejam berdiri untuk jumpa first stage immigration officer dia. Sampai aje turn aku kan, officer tu belek-belek pasport aku. Lepas tu dia asyik tengok aje one particular page dalam pasport aku. Aku dalam kepala dah ingat - ah sudah.... Red flag dah raised... Tau sebab apa? Sebab ada visa umrah Arab Saudi dalam pasport aku. Aku daripada mula-mula apply visa kat London dah tau dah, that particular page would definitely cause problem to me, as long as the pasport is still valid and used. Banyak pulak soalan dia: Bila pergi Arab Saudi? Kenapa pergi sana? Buat apa kat sana? Lepas tu officer tu hantar aku pergi 2nd security stage (tak semua orang kena pergi stage ni, mostly akan lepas 1st stage tu).

Dekat dua jam aku kena tahan kat situ. So guess what? Miss flight la pe lagi... Tensennye pakcik... Aku dok mengharap la dia panggil nama aku untuk clear kan passport aku. Flight aku pukul 6.05, masa jam pukul 6 aku masih mengharap lagi kot-kot flight delay ke. Tapi bila dah jam 6.30 pun tak panggil lagi, berhenti berharap aje le...

Dah lepas tu, terus aku berlari tak ingat dunia pergi check-in counter US Airways. Nasib la akak kaunter (buleh kot guna term ni utk US.. hehe) tu agak baik. Dia bagi aku 2 choice: A) direct flight ke Fort Myers untuk hri tu dah habis, so aku kena kejar flight ke Charlotte, North Carolina, then naik lagi satu flight ke Fort Myers. Tapi aku ada 15 minit aje untuk make it to the flight, dan aku belum go through security check lagi. B) naik next earliest available flight ke Fort Myers keesokan harinya. Bermakna aku kena tidur dekat Philadelphia Airport malam tu.

Problem dengan option A adalah kaunter untuk check-in luggage dah tutup, so aku kena bawak beg aku as hand luggage. Aku rasa dekat Malaysia sama je peraturan dia kot, tak boleh ada lebih 100ml liquid dalam hand luggage. Makanya, ke tong sampahlah segala deodoran, minyak rambut, toothpaste, sunblock, after sun cream segala.. (sunblock kan, kat Malaysia dulu haram tak pernah pakai). Habis berpound-pound sterling gitu aje. Mula-mula aku dok tefikir-fikir nak buang ke tak, tetiba akak tu jerit kat aku What are you waiting for? The flight'll be gone in 15 minutes! Go go go!

Iye le makcik...

So, berlari-lari la aku mengejar flight.. Aku dah la dapat flight tu under standby. Tak tau dapat seat ke tidak (kalaulah tak dapat, sia-sia aje aku campak buang botol2 liquid tu). Dekat tiket aku, ada dia print 'SSSS', siap highlight lagi. Aku ingatkan sebab aku under standy - tapi bila aku sampai aje kat security, makguard tu cakap: 'Sir, you have been selected to undergo through extra security check, which subject you and your personal belongings need to be checked throughly. Male inspector needed! (jerit dia dekat kawan dia)'. Aku rasa SSSS tu bukan standy. Super-duper-high-security-alert-sebab-mamat-ni-pernah-pergi-Arab-Saudi kot.. Pasrah je le.

Dan, flight tu delay sejam sebab ada seat confusion. Mengamuk-ngamuk sorang passenger tu sebab dia akan miss flight ke Paris dari Charlotte. Tapi yang aku respect tu, akak-akak US Airways tu cool aje.. Dah biasa kot dengan passenger2 mengamuk nie. Atas fligh Philadelphia-Charlotte ni pun, akak sebelah aku ramah jugak. Kali ni kulit hitam pulak. Next flight yang aku kena kejar berlepas pukul 9.55, tapi aku sampai pukul 10. Pilot kata sebab rush hour traffic, masa kitorang taxi ke runway pun, kitorang turn nombor 10. Aku tengok kat tingkap pun, tudia belambak lagi kapal terbang beratur kat belakang. Aku masa ni dah pasrah dah nak tidur kat Charlotte airport.

Sampai aje kat Charlotte, rupanya dia guna flight ke Fort Myers dari Charlotte tu guna kapal terbang yang sama. Sudah masuk balik pulak.. Yang bagusnya, sure konfirm la aku tak miss flight tu kan, sebab dah guna kapal terbang yang sama. Hehe. Akak US Airways nama Sonia kat kaunter tu baik betul. Kesian dia aje kat aku. Aku Charlotte, aku jumpa sorang peserta konferens aku nak pergi tu. Macamana aku kenal? Alah, kalau bawak poster tube tu lepas tu naik flight menuju ke bandar konferens tu, sah-sah la nak pergi konferens kan.

Anyway, dipendekkan cerita, sampai la dekat Naples. Naik teksi dah $94, nasib baik kongsi 4 orang dengan sorang lagi VSS attendee dengan mak dia yang ikut bercuti. Aku dah book dah teksi dari UK lagi (dan dah bayar pun US$25), so burn la kan. Sampai aje hotel - bilik dia humang aiii... Besar nak mati. Aku tempah studio suite, so ada la dapur sekali. Melampau gila. Untuk $89.99 satu malam, memang puas hati gila la (lagi best sebab bukan aku yang bayar, hehe).

*********************

Kut nak kira, ini le dugaan paling besar.. Masa aku lepas aje Security dan all the immigration kan terus aku decide that this is going to be my first and last time dekat US. Tapi sebenarnya, real hassle dekat point of entry aje. Time nak masuk aje. Lepas aje Immigration, semua jadi smooth.

Overall aku enjoy sebenarnye dekat US. Hehe. Dan dah merancang pun nak pergi lagi sekali (mula-mula ingat nak cari dirt cheap ticket ke New York). Last week pulak dah diskas dengan supervisor aku - macam ada peluang aje lagi untuk ke konferens tahun depan.. Hehe.

OK nanti aku copy-paste lagi bahan-bahan repekan aku. Sekarang tengah menaip paper untuk publish maaa. Kena siapkan sebelum aku berjalan cari pasal lagi next month. Heh.

7 May 2008

::Mari berjalan-jalan menghabiskan duit sponsor (bukan kementerian tau) membuat pembentangan di konferens!::

OK. Ini entri last aku kot sebelum aku pergi konferens esok. Bila aku tengok balik, kali last kau update mende alah ni adalah dalam sebulan lepas. Sibuk tak aku? Tapi memang sibuk gila lah menyiapkan poster untuk konferens ni. Dua poster pulak tu! Tapi satu is not part of my thesis, tapi takpelah.. Buleh masuk dalam publication list untuk CV aku nanti.. Huhu.

Lepas berhempas pulas, semalam settle dah printing poster aku. Sebelum tu buat statistical analysis la, construct (dan constrict) ayat la. Ada satu hari Jumaat tu, aku berjaya jugak menghasilkan satu functional model untuk menerangkan result aku (hehe, bangga sekejap), selepas dekat 3 jam brainstorm sorang-sorang. Selama ni berbulan-bulan tak pernah cuba pun nak fikir (adalam ertikata lain, aku malas). Menyesal pulak tak fikir awal-awal.

Paling best model ni tak kena reject langsung dengan Sarah (selalunya adaaaa aje yang tak kena). Semalam dah settle printing + laminate. Sepanjang hari ni pulak sibuk fikir nak pakai apa kat Naples nanti. Iye le tu, bukannya fikir nak cakap apa masa presentation nanti. Ini aku dok pening-pening kepala nak pakai apa masa flight, masa gala dinner, masa presentation, masa tak buat presentation i.e. melarikan diri berjalan-jalan tanpa di-detect Sarah. Hehe.

Time balik nanti, singgah Big Apple kejap 2 hari aje.. Hakimi dah bagi aku dah tempat-tempat yang best untuk menghabiskan US dollar aku tu, tapi tak dapat le pergi semua sebab macam tak sempat aje.. Ye le nak meninjau-ninjau lagi, nak shoping sakan lagi. Anyway, hotel aku book to dekat Upper West Side Manhattan, sebelah Central Park. Location cerita Friends la kununnye...

So kat bawah ni 2 poster yang Sarah dengan aku dah macam nak mati dah buat. Kena la menayang, kut tak ape guna buat poster ye tak. Bak kata satu orang tu, "Publish - or die!" Hehe.


5 May 2008

My plan in May:

And, my plan in June.. Hehe..


10 April 2008

Set to English mode:

Lots of things happened these past few weeks (as always).

Last two weeks we had the Second Annual Student Conference. I got a poster put up, under my own name. I could still remember working like hell finishing it, due to the restricted number of words (just 300 for a scientific poster!). It was a university-wide thing, so the audience ranged from one extreme field to the other - so the words needed to be tweaked a little to cater for the audience.

Yeah honestly I did had high hopes of winning any of the prizes - best abstract or poster, considering how much effort and time I had had to put in - even re-analyzed all the data and re-plotted everything. But ah well, in life you will win some, and you will lose some - and I extremely not very keen of losing.

Well, things have passed - and I am perfectly OK with it, eventhough their selection of winners could still be questioned :p


I went to London on Monday - for my US visa interview. One lesson that can be learned here is that no matter how many convincing (and true) paperworks with you, don't expect everything will be smooth sailing. Well basically my application is pending - it will we abother 3 weeks before I know whether they will grant me a visa or not - and VSS conference is exactly one month from now. I don't know why my application didn't get through as smooth as I thought it would be. My guess is that they probably have a list of conferences that people always apply a visa to go to, and whenever the Consular Officer mentioned the word 'Vision Sciences Society' (the conference that i intend to go to), she put up this weird face, as if VSS is a terrorist camp or something. Obviously neither the Saudi Arabian nor Indonesian immigration stamps on my passport helped, I suppose.

At the moment, my stand is that I will still work on stuff that I want to present in VSS - and I don't care whether I can go to the US or not. I am just too tired of thinking and preparing, and getting nothing out of it. I have already told Sarah about it, and we might avoid US altogether and focus on conferences in Europe instead.

Monika and I looked at it yestarday - and next year there will be a conference in Bavaria - so Germany here we come!!! But I need to prepare stuff to present first I suppose...

But it wasn't that bad though in London. I found a DVD that I have been trying to watch for a year - 1987's Maurice. It was the best movie ever, set in the Edwardian era. Can't get over it though, and I have been watching the movie every single day since I bought it (well, it was three days ago, let's see whether I will watch it tonight when there is a paper that I will have to present tomorrow!).

Ah, bought The Simpsons Movie too.Kelakar macam celaka. At least all my anguish after the row in the US embassy (and with the National Express driver. Yes, I did have a row with a coach driver over my coach ticket before coming back to Cambridge. What a day!) softened a bit, followed by the extremely moving Maurice..

"Do you realise.. I would have gone through life half awake..
If you'd had the decency to leave me alone?" - Clive Durham

"I was yours 'til death
if you'd have cared to keep me once.." - Maurice Hall


26 Mac 2008

Aku mula-mula dengar lagu Carla Bruni kat BBC. Masa slot berita. Terasa macam menarik pulak.

Kenapa masa slot berita? Sebabnya, dia nak datang UK. Dia kan Carla Bruni a.k.a. Madame Sarkozy.

Still can't get it? Google le ape lagi..

Anyway, aku spend this whole day in my lab doing my work while listening to her songs.

There is something in her music I think, that affected my work.

a) aku berjaya buat eksperimen tanpa henti

b) tulisan aku jadi lawa. Hehe.

So, apakah point entry kali ni?

Well, saja aku nak berkongsi my new list of favourite songs (iye, selepas McFly la, The Feeling la, Mika la, tiba-tiba beralih ke Carla Bruni pulak kan).


22 Mac 2008

Aku ingat aku nak review filem lah kali ni.

(Dah lama tak update, tiba-tiba nak review filem pulak kan).

Dua hari lepas aku tengok cerita The Other Boleyn Girl. Cerita ni based on novel by Philippa Gregory. Casts include NAtalie Portman, Scarlett Johannson & Eric Bana.

Tak tau la pulak kalau filem ni tayang dekat Malaysia atau tak. Last time aku check kat TGV, macam takde. Tapi takpe, ada trailer filem ni dekat YouTube:

So basically, this film is about two sisters - Anne & Mary Boleyn berebut cinta Henry VIII. Here is the part about how unconventional I was (or am). Henry VIII berkahwin sebanyak 6 kali dan filem nie berkisar zaman transition antara isteri pertama dia, Katharine of Aragon dengan one of the rwo sisters (takleh la cakap siapa, nanti tak saspen dah).

Aku sebenarnya tak baca lagi novel tu, tapi aku tau the story inside out. Aku kan history freak (who's doing a PhD in physics of the visual system).

Teringat pulak masa aku sekolah menengah dulu. Masa aku form 2 & 3, aku dah habis baca setiap buku tulisan Haji Buyong Adil pasal sejarah setiap negeri Melayu, dan buat salasilah Raja-raja Melayu bagi setiap negeri termasuk dari Merong Mahawangsa sampailah trace balik keturunan Raja-raja Pasai, Demak dan Jambi (Gile tak).

Aku rasa mungkin dah boleh buat dissertation pasal the formation and decline of Kerajaan Johor-Riau-Lingga-Pahang!

Aaanyway, masa aku form 4, interest aku dah bertukar ke European monarchy. Hehe. Masa tu aku in charge English noticeboard kat kelas aku. Habis aku letak artikel pasal six wives of King Henry VIII, senarai Engish kings and queens dari tahun 1066. (Dan sampai sekarang aku rasa takde sorang pun yang baca artikel yang aku buat tu, huhu).

OK, berbalik pada filem. Cerita ni taklah historically accurate. Namanya pun historical fiction kan. Macam cerita titanic la. Zaman dia betul, watak-watak dia wujud, cuma mungkin nak menyedapkan cerita (Hollywood la katakan), ada la tambah sana sini sikit. Cerita dia penuh dengan scheming plot to raise to power.

Film ni is all about men (and women) doing everything that they could to achieve whatever they want - power, wealth, position, and even sex. And as a lesson for men - think with your brain, not your testicles, hehe. Henry VIII broke away from the Catholic church semata-mata nak kahwin dengan one of the two sisters (sebab in Roman Catholic, dia tak boleh ceraikan Katharine of Aragon, first queen dia). Yes, the Catholic Church may be corrupt at that time, and mungkin it justifies the break away and creation of Protestanism. Tapi the creation of Anglican (English) church, semata-mata nak memenuhi nafsu? How weird is that?

Anyway, orang putih sekarang mungkin tak kisah dah, cakap lah alasan tak valid macam mana sekalipun. Pasal some of them pun tak ambik tau pun pasal religion, jadi nak kata apa lagi kan.

Boleh tak ek kalau buat PhD in history, walaupun sekarang aku dalan Science stream? Hehe.

In a way, aku rasa bagus jugak yang aku tahu all about this scheming of power. Benda ni bukan berlaku zaman dulu aje, sekarang pun ada jugak. A few years back, ayah aku ada dapat offer untuk install something for free kat rumah aku. By that time, he was a person in high position (yes, he was). Aku ada cakap kat ibu that he shouldn't take that offer. History has shown us time and time again how such offer or circumstances can be seen as an opportunity for any opportunist to topple him.

True enough, someone riffled some feathers a few years after that. Aku pun tak ingat how he got over that, sebab masa tu aku dekat universiti.

See how history makes you think further, and take appropriate action in the future? Who says that history is just a reminiscence of th past and should be regarded as holding us back from the future? Eat your feet laa..

Ewah, cakap orang putih pulak. Hehe.


I have just read an article in UK's GQ - 'are you man enough for a bromance?'

Now that explains everything..

I feel better now.. :)


29 Februari 2008

::Lowest point - ever..::



27 Februari 2008

::The story of a very, very long day...::


Today has been a long day..

Well, a long day not in kinda bad way - because peole always associate the term long day as something bad happens after one another. Cuma long day bagi aku in a good way. Many good things happen in a day perhaps? Hehe

Tengahari tadi aku bagi talk for my first ever scientific seminar. Masa sebelum sesi presentation tu, kadang-kadang rasa cool, kadang-kadang semacam aje rasa. Sampai termimpi-mimpi aku malam tadi - bagi seminar tapi audience sibuk nak bagi seminar jugak. Apa punya mimpi le.

So, semuanya berjalan lancar - setelah 3 sesi mock presentation dengan supervisory team aku. Biasa la kan, as a research student, aku membawak reputasi supervisor aku sekali. Kalau hampeh seminar aku, habis la tarnished nama baik dia.. Aku rasa laa..

Satu bende yang aku suka dalam academic setting kat sini adalah biasanya audience akan berminat untuk bertanya pada presenter masa sesi Q&A (mostly by Caucassians or UK-born non-Caucassians).. Minda lebih inquisitive kot.. Takde la aku buat generalisation ke apa, cuma sangat berbeza la dengan seminar yang aku attend sebelum sampai sini, yang biasanya during Q&A session, audience lagi banyak merenung tembus dinding/lantai.. Kalau bertanya pun orang yang sama aje. Biasanya lah.

Masa Q&A session aku, tu dia berminat sungguh diorang dengan apa yang aku merapu> present pasal research aku. Lepas sorang, sorang angkat tangan. Nasib baik dah prepare, siap ada emergency slides pasal stimulus calibration segala, kot-kot la ada orang bertanya pulak kan. Hehe.

Ekceli tarikh aku seminar ni the adalah the exact date that I arrived and registered in Anglia Ruskin. Aku pulak sebelum start seminar pasang video promo Visit Malaysia, saja takde kerja kan. AKu cakap kat Sarah saje aje aku pasang video tu to calm my nerves, padahal dari tahun lepas aku dah rancang dah... Promo Malaysia free la kononnya.

Masa presentation aku tu jugak, programmer aku (Dr Laura) bersusah payah datang keluar office hour dia sebab nak dengar seminar aku. Terharu sekejap. Dah le semalam spend 3 jam dari 6 petang sampai 9 malam buat computer programming session dengan aku.. Free pulak tu. Kalau kat luar berapa la kena charge agaknya.

Satu perkembangan terbaru jugak - Sarah ajak aku pergi Starbucks minum kopi. Sebabnya sebelum-sebelum ni, tak pernahnya dia nak ajak aku pergi makan sekali ke apa. Maybe that I have passed the 1-year mark, so I am now eligible to sit in a dining table with my supervisor perhaps? Rasanya laa.. Sebelum ni kalau duduk semeja pun kat ofis Sarah, tu pun bincang pasal research la ape lagi..

Dan satu bende lagi yang terjadi.. Dalam pukul 11 aku dok la practice presentation aku.. Tiba-tiba..

Ping! New mail!

Nota kaki: kat sini nama bapak aku dah jadi surname aku - belasahhhhh aje lahhh...

Nota kaki: masa nie aku dah berlari ke bilik Sarah dah ni nak bagitau dia - sebab kitorang baru je mengumpat bercerita pasal grant ni 10 minit sebelum aku dapat email nih

Nota kaki: Experimental psychologist? Experimental psychologist pun experimental psychologist lah... Apa aku buat sekarang dalam research aku ni pun dah ke arah tu dah... Hehe.

So ape lagi aku buat hari ni ye yang membuatkan dia jadi panjang? Lepas all the happening (!) events, ada experimental session dengan Monika, lepas tu dengan Kimie, lepas tu pergi gym berlari-lari membakar 500 kJ kalori (kJ ke kcal? Aku pun tak sure unit kat treadmill tu..)

Dan sekarang aku dekat library, menganalisa data. Dan sekarang dah pukul 11, dan mata aku pun dah berat..

So, that's the story of my very-very long day today..


25 Februari 2008

So. Hari ni 25 Februari. Dah 11.30 malam dah pun. Apa signifikannya tarikh ni ye?

Well, hari ni, cukup la setahun Masihi aku dah tinggalkan Malaysia.

Aku mula-mula teringat pasal dah setahun aku kat sini masa aku naik basikal pergi Fakulti 2,3 hari lepas - daffodil dah berbunga kembali.

Setahun dulu, masa aku dah nak datang sini, aku ada la seriau sikit-sikit. Sampai termimpi-mimpi tarik luggage sorang-sorang kat Hearthrow. Dah la punya banyak halangan nak datang sini - tiket habis la, surat kementerian lambat la (tapi ok la sebab semuanya setel setelah berdesup ke sana ke mari. Aku rasa orang tol pun boleh kenal aku sebab masa tu sehari sampai 3-4 kali berulang KL- Putrajaya - Seremban..). Hehe.

Sehari sebelum berlepas, masa tu department aku buat dinner anniversary. Habis pukul 12 malam ,terus aku balik Seremban. Ye lah, takkan la malam terakhir aku dekat Malaysia taknak balik rumah bapak aku pulak kan. Komitmen kerja, komitmen kerja jugak, tapi kena jugak jaga hati bapak aku ye tak.

Siangnya pulak, hari terakhir aku tu, ayah buat kenduri dia selamat.. Tudia satu kampung datang (banyak aku tak kenal - sebab bukan kampung aku pun.. aku sah-sah menumpang aje - panjang citernye).

Pecayo yak ini khemah kenduri den nak poei sambung belaja? Sumo kawan den yang dah tengok gamba ni semuo ingat den nak menikah! Hehe. Maunya tak. 3 bulan sebelum aku pergi ayah aku dah canang satu kampung. Nak tanak terpaksa pergi sambung belajar jugak.. Chewwah..

Yang pastinya, malam tu memang aku penat gila. Duduk atas kapal terbang, tak sempat nak habis take off aku dah tidur dah. Tak salah aku, masa tu kapal terbang masih ascending lagi. Masih condong lagi tengah mendaki langit (ewahh) dan aku dah selamattt mimpi. Aku terjaga lagi sekali masa flight attendant hidang supper (gilo apo pukul 12.30 malam nak makan apo lagi).

Hmm.. Dah setahun dah dekat sini. Dah setahun dah tinggalkan Malaysia.

Kadang-kadang, rasa nak balik sangat-sangat. Kadang-kadang pulak aku terasa dah adapt pulak dekat sini. Macam Sabtu haritu, aku naik basikal merentang Parker's Piece (salah satu padang besar kat Cambridge ni) pukul 12 tengahari. Kat Malaysia, mau pengsan rentas padang tengahari buta macam tu..

Buat masa sekarang ni, I think I'll live my life here to the fullest first. Dah habis stadi karang, tah bila lagi le nak datang sini lagi ye tak (walaupun aku pernah cakap aku bercita-cita nak migrate.. hehe). Tapi migrate tu nanti-natilah. Kena habiskan stadi yang dok depan mata ni dulu.

Masa aku mula-mula sampai dulu, musim bunga baru nak start. Daffodil merata-rata.

Dan sekarang, daffodil dah berbunga kembali.. Tanda setahun dah berlalu, dan musim bunga kini kembali..

Dah usia aku pun dah beranjak... (ke 18.. Hehe)/


Ps: K.Own, aku tak mengundi la. Daftar pengundi pun tidak. (Tapi berangan nak undi Democrats kat US. Macamana tuu?)


24 Februari 2008

I have got my own seminar this Wednesday!

Jumaat haritu dah practice dengan supervisory team aku.

Kena repair sikit lepas tu, biasa la.

Esok kena present lagi dengan supervisory team aku.

Hadoi.. Ini baru nak buat departmental seminar nie. Kalau buat seminar untuk proper confrence tah macamana la gamaknya.

Oh ye... Last week aku berjaya jugak mendapatkan signature Prof JOhn Mollon (aku try-try gak cari kat wikipedia, tapi takde la pulak). Dia ni prof kat Cambridge University, dan aku perlu dapatkan signature dia untuk approve application travel grant aku.

Dipendekkan cerita, dapat la jugak signature dia walaupun (setelah aku prepare segala abstract, proposal semua, kot-kot la dia nak bersoal jawab pulak pasal research aku..)

So kalau ada rezeki, dapat la lima ghatuih pound untuk den bawak poei jalan-jalan konferens kek plorida..

OK.. Kena sambung tengok presentation slides aku ni.. Puas dah meng-adjust, kalau kena betulkan lagi tak tau le.


14 Februari 2008

Yeay!

I got this just now:

OK. Sekarang nak kena fikir apa nak present (gila kan tak conclude lagi nak present apa).

Lepas tu nak kena fikir mana nak cekau duit nak pergi berjalan-cari-pasal-lalala scientific conference.


12 Februari 2008

Aku tengah belajar ini sekarang:

Yup. Quickstep!

Dan Waltz. Jive. Cha cha cha. Social foxtrot.

Just something I thought that I should learn, dah terlanjur kat sini.

Aku suka ballroom, tapi nampaknya sekarang ni aku lagi terer menari latin macam Jive dengan Cha Cha Cha.

Quickstep aku paling suka sekali, tapi setakat ni aku rasa itulah yang paling susah. Huhu.

Slow, quick-quick-slow. Slow, slow, quick-quick-slow.

Step dia. Hehe.

Yeehaaaaa!!

Hehe.


6 Februari 2008

Saya dengan ini secara rasminya menyokong Barack Obama sebagai calon Democrats untuk White House.

Motif?? Hehe.

Tak duduk pun kat US. Warganegara jauh sekali.

But come to think of it, kalaulah someone on the other side of the atlantic can influence me to believe in him, believe in his promise of change, then isn't he great enough?

Pada pendapat aku, media UK ni lebih berat pada Puan Clinton itu. Mungkin masih tak boleh terima kot, someone from ethnic minority is a contender for presidency of a country that they once colonized partly? Tengok berita pun rasa menyampah.

Barack Obama mula-mula tarik perhatian aku masa dia menang dekat Iowa election - a state that is 90% whites. Makcik Clinton dapat nombor tiga aje.

Then sebelum causus dekat New Hampshire (second state to vote), Obama led - tapi aku rasa Makcik Clinton main strategi air mata. Masa malam sebelum pemilihan tu bila aku tengok berita, makcik tu tengah menangis pulak - terus aku terfikir - habislah Obama...

So, Makcik Clinton itu pun menang keesokan harinya dengan senjata air mata dia. Kesimpulannya adalah: New Hampshire Democrats Preseidential Election = X-Factor audition session. Menangis merayu-merayu nak dapat undi. Bwahahaa... Magik tak, ada 11 ramalan based on random sampling, semua kata Obama akan menang dekat New Hampshire tu.

Masa aku menulis ni, Super Tuesday baru lepas - hari di mana 22 negeri kat US mengundi. Tak salah aku, Obama menang di lagi banyak negeri berbanding Makcik Clinton, tapi dia kurang sikit dari segi bilangan pencalonan (polisi Demokrat adalah bukan siapa paling banyak menang state tp siapa menang paling banyak pencalonan - jangan risau, aku pun pening dengan diorang nih).

Lagipun kan, aku tak suke betul tengok muka Makcik Clinton tu. I can see evil in her eyes and her face.. Haha jahat tak. No lah, honestly I think she'll be a puppet. At least, almost all political analysts (yang aku tengok kat tivi lah) said that. A dynasty of scandal and corruption.

I think one thing that people forget is to look at the future aftermath of these presidential candidates election.

Bayangkan, kalau undi Democrates terbahagi dua - untuk Obama dan Makcik Hillary, masa final stage nanti senang-senang aje calon Republican, John McCain boleh dapat undi sebab dia tak ada saingan sengit dari dalam Republican sendiri.

So ada kebarangkalian yang selama ni orang berdegar-degar cakap Democrats akan kuasai White House, tengok-tengok Republican yang retain kuasa. Tapi kan aku rasa, paling penting orang US nak George W Bush to be as far away from White House.

Selamba je ada rakyat marhaen cakap macam tu dekat national tv tadi. Ah, the freedom of speech...

Ewah. Jadi penganalisis politik US pulak aku kali ni.. :p


4 Februari 2008

I just received a phone call from Ayah.

Masa tu pukul 4.10 petang tadi waktu sini. So pukul 12.20 tengah malam dekat Malaysia.

Ayah mintak tolong - dia bukak Microsoft Word dan tak jumpa formatting bar - alah, bar yang ada font type, font size, paragraph alignment tu.

Tak, aku tak terasa nak gelak langsung. Series tak.

It's just - weird, since a call has been made over two different countries, two different continents that are thousands of miles apart.

Bukannya apa, cuma satu dua perkara dok bermain-main dalam fikiran aku. Pertama, I am sooo worried that ayah has reached the phase where it's your parents turn for attention and affection from you. Aku tak kisah sebenarnya kalau ayah call, cuma calling in the middle of the night to ask about where the bloody hell is the formatting bar?

Kedua, what are my two brothers doing??? Yes, they have their own family, their own matters - but THEY ARE IN MALAYSIA, for God's sake.

Makin aku fikir benda ni, makin apparent pada aku yang no matter what, ayah will turn to me to seek help. Cuba kau fikir, kalau your own parents need assistance from you even when you very far away, even when there are other alternatives - have my brothers been too busy, and ayah has been pretty much neglected? Bile fikir-fikir balik, aku rasa aku yang banyak spend masa dengan ayah (through talktime), walaupun aku duduk jauh teramat.

Last week aku bagi green light kat ayah (chewwah) to buy a new, powerful laptop and set up internet connection dekat rumah through my expenses. It's OK, as long as itu yang ayah nak - walaupun jauh kat sudut hati aku, aku tau ayah lebih nak berhubung dengan cucu tiri dia dekat Dubai nu.

Nak harap cucu sendiri.. Ada kenduri baru lah dapat jumpa. Sekalitu diorang pergi melawat cucu baru, itupun aku yang jauh ni kasi duit minyak & tol.

So sekarang dah takde alasan aku nak rebel-rebel macam zaman dulu. Huhu.

Sekarang zaman untuk menjaga ayah, walaupun aku jauh di mata...


12 Januari 2008

2,3 minggu ni aku asyik dok mimpi Malaysia aje.

Segala macam mimpi ada. Tapi semua ada kaitan dengan Malaysia.

Malam tadi aku pergi dinner dekat rumah Vineela kat Coleridge Road. Carmen pun ikut sekali pasal dia kerja esoknya, so malam ni dia setinggan kat rumah Vineela la. Biasanya dia ulang alik London-Cambridge hari-hari pergi kerja (gila!).

So Carmen ni minah Spain yang grad aritu. Time makan-makan tu, macam-macam cerita la keluar. Pasal time susah senang masa dia buat PhD dulu la, sampai la cerita susu 4pints kat al-amin lagi murah dari dekat Co-Op (Carmen kita itu conversation housewives!).

Aku rasa macam terkesan pulak lepas sembang-sembang dengan Carmen ni. Dah petang pukul 4 ni bari terkesan kan, pagi tadi dok melagha lagi. Bukan apa, bila Carmen cerita pasal student experience dia, teringat pulak minggu ni aku takde la buat apa2 sangat dengan research aku. Tak boleh jadi ni.

So hari ni, petang ni, aku dah set satu target. Aku akan bekerja keras amat - hehe - dan target untuk balik raya tahun ni. Ada target, baru ada drive untuk berusaha kan?

Tambah pulak semalam, ayah call aku. Dia cakap nak hantar gambar dia pakai MMS tapi henpon aku manelah ada mende alah tu. Sampai dia cakap dah setahun tak tengok aku. Time nie ter-struck pulak aku rasa.

Waaa nak balik kejap... Boleh tak ek..

OK.. kena list kan kerja ni... Poster untuk student conference - setengah setel. Presentation untuk stage 2 training - setel.. Seminar jabatan - tak setel lagi.. Poster US konferens - tak setel lagi... Kena start buat draft untuk 2,3 thesis chapter ni...

Banyaknyer kerjaaa...

Takpe nak balik kampung punya pasal..


31 Disember 2007

So.

Today's the last day in 2007.

One thing which is quite difficult for me here is, to mingle with everybody, socially, but at the same time preserve whatever I believe in.

You know what I mean.

The values.

Well, I am not saying that I have more values than everyone else, but.. You know what I mean. How you perceive the notion "values" may differ with everyone else, but it is mine that I 'd like to preserve while not offending anyone. And myself.

Ape la yang aku merepek ni..

Well, hari ni New Year's Eve. Roberto tanya aku kalau aku buat apa-apa hari ni, aku cakap le takde ape-ape.

Dia ajak aku pergi rumah kawan dia untuk celebrate New Year. Countdown la kiranya. Bila dia kata kawan, aku assume perempuan Perancis yang selalu datang rumah kitorang tu. Tak ingat pulak nama dia.

"Kawan" ni aku berprasangka baik aje le. Sebab aku tau awek Roberto ni orang Jepun yang tinggal di Jepun - tapi pompuan Perancis ni semanjang kat rumah aku - kat bilik Roberto le. Bermalam. God knows what happens - and you don't have to be God to guess.

Aku takde la nak protest - bukan rumah aku pun, so aku menentang dalam hati aje la, setelah aku cakap kat Roberto that I frown on premarital sex. Huhu.

Berbalik kepada isu sambutan New Year. Tadi Roberto call aku, cakap parti tu kat mana. Aku suspek kat rumah kawan Perancis tu, sebab aku boleh dengar suara dia kat belakang.

Dia cakap there would be some food to eat.

OK.

And there would also be non-alcoholic beverages.

Still OK.

"And if you have any female friend that you fancy to bring over, you two are free to come," Dan dia ulang dua kali. Bawak female friend.

Hey, I may be a Muslim and brought up in a socially-conservatice society, but I am aware of what will happen. Or what always happen on such occassion.

Susah kan - nak satisfy my social needs (?), nak try not to offend - but at the same time not plunging myself into such thing. Time ni aku dah rasa malas dah nak pergi, tapi si Roberto tu dah beria-ria dah ajak. Aku rasa ramai orang tahu apa yang berlaku kat New Year's party. Tak payah pergi mana-mana negara Barat, kau tengok TV kat Malaya pun dah cukup. Cuma sekarang ni aku boleh experience first-hand. All the binge drinking, countdown, and finishing it off with kissing and smooching (well, the smooching part may be exaggerated), and then God knows what.

I am not the kind of person who believe in the bullshit notion of "well the most important thing is you can think for yourself, and it is all up to you to choose blah blah". Nonsense. Don't tell me that you will stay the same when everything and everyone around you is doing the opposite. Samalah macam bila orang kata "oh, what I wear is not reflecting my faith - yang penting hati dan niat I baik," Kalaulah semua orang kat dunia ni boleh berfikir dan membuat keputusan dengan baik, takde la segala caca merba yang ada kat dunia sekarang.

Ok. Sekarang ni nak kena fikir nak pergi ke tak. Nak cakap apa kat Roberto kejap lagi..

by the way, selamat tahun baru!


29 Disember 2007

Kalaulah berblog ni kerjaya bergaji, dah mati mati kelaparan dah aku. Lama jugak tak updet - dua kali sebulan update ni pencapaian terbaru nie.

Sekarang ni kan cuti Krismas - sampai new Year. Semua-semua sekali 2 minggu. Kalau ikutkan to-do list aku, memang panjang berjela, tapi tak sentuh apa-apa pun lagi (mampus pakcik!). Universiti pun tutup sampai tahun depan, jadi sumber internet free aku tertutup sama sekali. Ini pun aku ye ye la berusaha pergi internet cafe.

Satu bende yang aku suka bila Christmast holiday season kat sini ialah time hari Krismas, semua kedai tutup. And when I say semua, it means SEMUA (at least dekat Cambridge lah. Tak tau la pulak kat tempat lain - takde kerja la pulak aku nak check semua kedai satu UK ni samada diorang tutup ke tak). Semua tutup. Kedai biasa ke, Chinese takeaway ke, kedai kebab ke - tak kira, nak tutup jugak.

In a way, I like this trend. It's like the whole nation just stop, and everybody just take a rest and be at home. Kalau kat Malaya, lagi cuti lagi laaa nak bukak. Aku kerja kat kedai dulu terasa betapa rimasnya kerja in days that were meant to be holidays - and the fact that I did not like that job, so what to expect kan.

Aku takde la join all the shopping frenzy sangat. Time aku keluar pekan (City centre le) masa hari Sabtu 3 minggu sebelum Krismas, orang gile ramai yarabbi... Macam tak cukup tempat nak berdiri. Mana la diorang dapat duit bebanyak bershoping nie. Tapi bak kata Roberto, housemate aku - orang kat sini live on credit. Tak berhutang, alamatnye tak hidup la. So takde la aku intimidated sangat tengok orang dengan shopping bag banyak-banyak - semua berhutang aje tuuu..


Well, it is a bit weird when even blogging can't let you express yourself like it used to do.

Lots of things happen in between the last time I updated and today.

Si John budak bilik sebelah aku sekarang dah jadi EX-housemate.. Huhu. Lepas dia blah baru aku tau sape yang dok rajin bersihkan dapur (selain aku.. hehe). Selama ni aku ingatkan Roberto yang rajin mengemas dapur tu. Bila John chow aje, bersepah dapur! Well, bende-bende macam ni kerjanya sukarela aje. Kalau tak suka, suka-sukakanlah diri mengemas dapur tu.

Ini masa aku terserempak dengan John kat pekan sebulan lepas. Saje je tempek gambor nih kat sini, kira tribute la sebab ni pengemas dapur yang cemerlang. Nak aje aku pujuk dia pindah balik rumah ni. Jaket yang aku pakai tu kena simpan la gamaknya - semalam dengan hari ni aje aku dah nampak 3 orang pakai jaket yang sama. Ini sale punye pasal la ni abis sumorang pakai baju sama..

Aku dapat gak kad raya dari John - raya Krismas la tapi..


Hehe.


Oh ye, sebelum cuti Krismas start aritu, yang puas dah ditunggu-tunggu dah tiba...


Sebelum Krismas aritu pun, aku, Iskandar, Amat dengan sorang lagi kawan Iskandar dari India pergi jalan-jalan carik pasal kat Porstmouth. Kononnye saje la nak pergi berjalan, lagi pun si Iskandar ni ada kereta, so belasah aje la kan.

Bayangkan punye la jauh berjalan, tol cuma £1 aje! Kalau kat Malaya mampuih dah kena bayar berhengget-hengget.

Asal plannya, saje la nak berjalan memandangkan dah bercuti kan. Tapi seperti yang aku cakap kat atas nu, kat sini semuanya bercuti ye - termasuk la hotel sekali! Apa kes pergi berjalan tapi tempat kau pergi tu semuorang bercuti, termasuk la kedai-kedai semua. Hostel yang Amat tempah tu pun sebenarnya tak bukak, tapi sebab Internet site tu dah book so dia kena terima gak kitorang. Hehe sian tuan hotel balik beraya lambat.

Portsmouth kira lawa la. Walaupun dia tepi pantai, tapi bukan pantai tempat mandi manda tu. Just bandar pelabuhan, tapi aku rasa pace of life is a little bit slower here (which I like). Esoknye kitorang naik hovercraft ke Isle of Wight, saje la nak pi melepak kan. Dan seperti biasa, semuanya ditutup.. Huhu.

Ada sekali tu kitorang plan nak gi satu castle ni, dah naik bas baru nak bukak brochure. Sekali brochure tu cakap castle tu tutup during Christmast Eve dengan Christmas Day. Last-last tengok dari luar aje.



Kalau aku banyak duit, gerenti aku beli rumah kat Isle of Wight takpun Portsmouth ni. Tapi duit tak banyak so pasrah aje le.

Oh ye. I just got myself a McFly Greatest Hits CD few days back - and the tracks are definitely awesome.

I think I have found my genre - after years of experimenting and searching...

OK. Itu aje untuk kali ni, Jumpe lagi tahun depan kalau umur panjang...


5 Disember 2007

Semalam aku pergi dengar talk dari Dr Jane Goodall.

Sapa tu?

(Alah, boleh aje kalau nak Google nama dia).

Dulu masa aku duduk dan sekolah kat Alor Setar, aku paling suka hari Khamis. Sebab hari Jumaat cuti! Hehe. Dan Khamis malam tu kat TV3 ada dokumentari National Geographic. Aku rasa aku la antara tak ramai budak-budak sezaman dengan aku yang excited tengok National Geographic nih. Paling aku suka kalau dokumentari tu pasal sejarah (paling best pasal Nicholas II The Last Russian Tsar), takpun kalau ke Afrika dekat Serengeti ke, Masai Mara ke.

Ekceli persepsi aku masa sekolah dulu lain sikit - aku rasa laa.. I was totally against installing Astro in our house (and I still am). I remember Adik was a bit bengang because I objected the idea when we talked about it with Ibu. To me, you are just letting yourself immersed in hedonistic values. If we are afraid of outside influence towards our family, then why do we bring it in our living room?

Mungkin orang lain ada pendapat lain - such as: having Astro can also watch documentaries what? Yeah right. Like 90% of you watch documentaries 90% of the time. It's like saying: what's more important is confessing faith in your heart, your action comes second. That's totally rubbish, isn't it? Setakat kat heart sapa-sapa boleh buat. Ayah pasang Astro kat rumah pun masa aku kat 2nd year universiti, itu pun menggunakan kuasa veto tanpa apa-apa pengumuman. Tau-tau aku balik bercuti dah ada. But the good thing is he only subscribed to News-Education-Sport, not all those MTV crap.

Macam yang aku dengar kat talk Jane Goodall tu, when you have a stand, it doesn't mean that you are telling people that you are a saint (or the more popular term now, holier than thou). I admit that I do watch Astro programmes when I was back in Malaysia, but my way of controlling it is not to have Astro of my own! Tengok kat kafe ke, atau bile balik Seremban dua kali sebulan ke. Better than having it in my living room, become a potato couch and immerse in whatever rubbish they throw out of the screen. Takde la aku nak duduk kat kafe sepanjang hari menengok Astro ye tak.

Ehh mana pergi tah cerita Jane Goodall tadi? Hehe sebenarnya, Jane Goodall ni adalah antara pioneer dalam kajian chimpanzee dekat Tanzania. This reserach is the longest unbroken study of animals in the wild - dalam 60 tahun tak salah aku. So dia kongsi la pengalaman dia dengan kitorang, and do you know that she's now 73, and just came back after 3 months living on a suitcase? Talk dia memang best dan mengkagumkan, no wonder Kofi Annan dulu lantik dia jadi salah satu Ambassador UN untuk environment. Dan aku pun banyak tengok documentary pasal dia dan research dia masa kecik-kecik dulu, so bila poster pasal dia nak datang universiti aku keluar bulan leaps, terus aku teruja nak pergi. Iye le, bile lagi nak jumpe ye tak. Nak harap dia datang Malaysia macam takde harapan aje. Nak harap aku pergi UK or US semata-mata nak dengar talk dia, lagilah takleh harap.

Actually, chimpanzee adalah the closest relative among the Great Apes dengan manusia - kata dialah. Boleh buat blood transfusion dengan darah chimpanzee kalau darah kau match. Dan sumbang mahram hampir tak berlaku yee ('extremely rare' kata dia) dalam komuniti chimpanzee. Dan, chimpanzee jugak ada ability untuk develop simple tools to help them in everyday lives. THey have their specific language through howling to say their name, say hello, etc. Giler ahh.

Dia pun cakap pasal climate change. Dia observe everything that happened across her lifespan, and she blamed herself for leaving such a stricken world for her granddaughters to live in. Every individual can change, and change in every individual is what makes the world a better place, kata dia. So dia punya ala-ala Yayasan Jane Goodall ni promote a better and paceful life among humans, animals and the environment.

Actually, apa yang dia cakap tu sangatlah sama dengan tugas manusia sebagai khalifah Allah. I learnt that in school, and my ex-KJ kat UKM always repeat that again and again. Take care of your yourself, your fellow human beings, and the environment. We learnt this concept in school, cumanya tak ramai yang apply - what is schooled, is left in school..

Dari talk ni jugak aku rasa aku paham kenapa orang putih ada perception yang kita belajar masa sejarah sekolah menengah - 'Beban Orang Putih' - White Man's Burden. Mungkin ada yang kata, it's the developing nations' right to develop themselves and developed nations (yang biasanya orang putih) shouldn't stop them by imposing enviromental laws, etc. Daripada 200+ orang yang datang, aku nampak yang muka Asia yang datang adalah dalam 9 orang. Yang banyak datang - whites. Not even Asian British. Tiket free. Tak kuasa kot nak mendengar pasal climate change dan extinction of wildlife.

Sebenarnya banyak sikap orang sini (whites) yang aku suka. Tapi aku takde la tulis sangat kat sini, sebab view aku terhad kat Cambridge aje. Karang kalau aku tulis mana la tau ada perangai teruk gile kat tempat lain kan (tapi kalau tengok kat berita macam banyak yang teruk - tapi berita mana-mana negara pun sama aje lebih kurang).

Bergambor la apa lagi! Selalu tengok kat tivi aje, ni depan mata pulak.

And what makes me prouder is, I did not found her on TV on MTV channel, but on TV in the jungles of Africa.

Dah, nak balik masak!


2 Disember 2007

Hari ni Ahad - dan aku dekat library.

Terpaksa la hari ni duduk kat library - dah semalam aku berpoya-poya sesuka hati. Tak pergi mana pun, cuma duduk rumah main game.

Iye la, all week aku all out. Gile la penangan nak berkonferens ni. Ini baru konferens, nak mengejar deadline dia. Belum nak submit paper ke, nak viva ke. Mau jadik gile aku lama-lama gini.

Aku ni pun banyak kali nak update tapi tak sempat. gambar dah banyak yang aku resize untuk di-upload tapi tu lah. Tak sempat. Lain la kalau ada private secretary nak uruskan bende-bende ni.

Berbalik kepada cerita hari Ahad aku di library, setelah berjaya menepis cabaran tivi dan game kat laptop aku pagi tadi. Sekarang ni pening gile kepala aku memikirkan abstract ni. Nasib la ni baru aje siap, dan baru lepas email kat Sarah. Nasib baik organiser conference tu lanjutkan deadline sampai Selasa ni. Sebenarnya sampai Isnin aje, tapi dia ikut US Pacific time so aku ada la advantage 13 jam. Hehe. Ini la untung duduk UK, kalau konferens kau kat US.

Ada sekali tu, aku dengan Sarah bincang satu paper heavy gile. Lepas dua jam, aku memang dah biol dah, dah tak boleh masuk apa dah. tapi Sarah ni selamba aje dia maintain bukak paper baru yang aku print kat lab. Aku ni kaki print aje, bacanya belum tentu serta merta. Alih-alih dia pulak dah habis baca lagi awal dari aku. Pastu sibuk la bertanya-tanya aku macam-macam pasal paper tu.

Tak tau nak takut ke nak kagum. Huhu.

Kadang-kadang tu, time aku turun ke dapur rumah aku malam-malam, dalam kegelapan tu (chewwaahh) aku terfikir pulak. Apa laaaa yang aku buat kat sini. Sampai satu tahap tu aku rasa macam blank sangat dan tetibe rasa nak balik aje sekejap. Kalau mimpi toksah cerita la, semua kawan-kawan aku dah keluar dalam mimpi aku gamaknya. Agaknya sebab lama tak jumpe orang bercakap Melayu kat sini, mimpi aku pun dah cakap omputeh dah sekarang.

OK.. Abstract dah siap. Kepala dah pening merefer macam-macam paper. Campur tengok thesaurus nak cari perkataan yang sedap sikit didengar dan profesional sikit ditengok - professional looking - hehe. So hopefully Sarah OK dengan abstract aku (walaupun gerenti ada yang kena ubah punyalah). Perut pun dah lapar.

See ya. Wassalam.


Macam-macam pulak yang berlaku kat Malaysia ni. Takut aku.

Semalam aku cakap dengan Huda.. Dia kata semua bende naik. Minyak, gula, tepung segala bagai.

Terpaksa kuatkan semangat untuk duduk sini lebih lama lagi. Iyele, smapai abih stadi.


27 November 2007

Malam tadi aku tidur lambat. Menyiapkan abstract untuk konferens. Konferensnya bulan 5, tapi dateline saje je kan letak bulan 12. Sajeeee je organiser ni.

Mula-mula dah siap satu. Pastu aku macam tak konfiden aje dengan result eksperimen aku dalam abstract tu, so aku pun tengok la segala mak nenek data dari point of view yang lain, dan menghasilkan lagi satu abstract yang kononnye bakal meletup masa konferens nanti.

Dan pagi tadi, aku bangun dengan sakit tengkuk yang amat. Ekceli time menaip mende alah ni pun dok menahan sakit lagi ni.

Dipendekkan cerita, aku pun sampai la kat lab. Pukul 9. Lambat gile nih - bagi aku la. Sarah, supervisor aku tu dah tercongok kat lab depan experimental komputer.

Setelah dialihbahasakan:

Awat hang lambat? Aku ingatkan hang sakit ka, apa ka. Selalu hang mai awai dari aku, on komputer segala?"

So aku explain la aku sakit tengkuk (ada kene mengena ke dengan datang lambat? Huhu.

Tu ka? Takpa laa nanti pi amik ubat naa. Eh, hang dah analisis ka data slope of the dipper functions? For everyone, and then average them all? Pastu compare dengan their threshold counterpart?

Belum.

Belum. Belum dan belum.

So apa lagi? Pi la buat. Cek pukui 3 ni kena balik, nak pi tengok anak cek main piano kat konsert sekolah dia, anak cek sorang lagi main ragbi petang ni kena pi tengok blablabalabalabalaaaaa.....

..so buat semua, satni cek nak tengok naaaa...

Maka dengan sakit tengkuknya, aku pun menganalisa la segala data dari pagi tadi. Aku rasa macam aku dah buat analisis dah semua yang dia cakap tu. Tapi banyak bebenor le lately benda yang aku nak kena cover sampai aku pun dah tak ingat apa yang aku dah atau belum buat.

Dan buat pertama kalinya, aku tak sempat nak surf-surf benda-benda lagha sebelum start buat kerja. Huhu. Biasa kalau sampai awal, sempat jugak aku baca paper online ka, chat sepam dua dengan orang Malaysia ka. Dah tu pulak, Sarah buat eksperimen kat belakang aku aje. Gile ape nak surf-surf internet kalau supervisor dok belakang kau. Meja aku kat lab ni 3 meter aje dari experimental computer.

La ni supervisor pu lunch. So sempat la aku menghapdet. Itupun sebelum pergi lunch, sempat gak bagi aku tugasan eksperimen jangka separa panjang. Semalam macam nak gila aku habiskan 4 experimental runs untuk dapatkan sekeping graf (nasib baik graf tu bermakna), hari ni tambah lagi.

Yeay! (sambil memgang tengkuk, kesakitan..)


20 November 2007

Aku rasa entri kali ni panjang.


Lab member aku. John, Ebi, Vineela, ehem ehem, Monika dengan Sarah.

Hampeh pulak kualiti gambar ni bila kecikkan. Nanti balik aku kecikkan pakai software lain lah.


Malam tadi aku tengok cerita 'The Beach' kat iTV1. Tak tau la kalau orang alin ingat lagi filem ni ke tak, tapi filem ni keluar sekitar 1999 - 2000 dan Leonardo DiCaprio berlakon cerita. Filem ni keluar selepas Titani, tapi takde la meletup sangat. Biasa-biasa aje macam takde apa-apa yang berlaku.

Aku pun tak pernah tengok filem ni masa dia keluar dulu. Yang aku ingat, kerajaan Thai marah kat produser filem ni sebab katanya shooting tu merosakkan alam sekitar. Itu aje yang aku ingat. Huh tak signifikan langsung.


Sumber: Wikipedia le mana lagi

I think this is one of the most depressing movies I have ever seen. Probably the most. Ever. Dia bukan macam cerita sedih lara mara yang buatkan kau sedih sekali ke apa. Tapi ada satu scene tu si encik DiCaprio ni stranded sorang-sorang dalam hutan dan start imagining things, aku rasa aku pun terasa gak nak jadi gila macam dia. Padahal aku elok-elok aje bawah duvet berlingkar kat bilik.

Aku tak tau le nak puji ke atau nak pukul scriptwriter filem ni.

Cerita ni sebenarnya pasal Richard ber-backpacking ke Thailand. Orang putih ni ada satu benda yan dia suka buat - ambik Gap Year. Gap Year ni istilah yang diorang guna bila diorang ambik cuti setahun untuk jalan-jalan pusing dunia, biasanya lepas exam besar macam GCSE (ala-ala SPM kita la) sebelum masuk universiti. Tu yang banyak kita jumpa orang putih berbackpacking kat Malaysia kot.

In one way, aku rasa ambik gap year ni memang bagus. Mungkin memang dah budaya orang kita kat Malaysia, abis SPM berdesup masuk matrik. Pastu berdesup masuk universiti. Pastu berdesup kerja (kalau dapat). Kan lagi best kalau dapat tinggalkan sekejap hal-hal mehnah sekeliling kau, lepas tu berjalan tengok dunia tambah pengalaman. Contoh terbaik gap year ni adalah masa Huda dengan kawan dia datang Cambridge haritu. Masa kitorang naik berpunting kat River Cam, si punter tu cerita la pasal plan dia nak pergi Gap Year lepas Krismas ni. Dia amik open round-the-world ticket. Basically, tiket ni valid untuk one year, dan kau boleh pusing the globe dengan beberapa kali stop, dengan syarat tak boleh patah balik bila kau dah sampai kat satu-satu tempat. Misalnya kau gerak dari London ke US, so ko hanya boleh gerak ke arah tu aje. Takleh la nak gerak dari US ke Afrika pulak sebab tu dah kira patah balik. So mamat ni plannya dari London ke Afrika, lepas tu ke Thailand, Bali, turun ke Australia dan New Zealand, ke US lepas tu balik UK.

Tak ke gempak tu.

OK berbalik ke cerita The Beach ni pulak. Richard dan kengkawan dia pergi la ke Siam dan dapat satu peta untuk ke satu pulau rahsia ni. Orang putih kan gila pulau. Dipendekkan cerita, sampai la diorang ke pulau tu yang ada satu group hippies duduk kat situ jugak.

Nak dijadikan cerita, kat pulau tu pun ada la jugak segala pengganas bersenjata tanam marijuana segala. Maka banyak la konflik yang berlaku. Sesama hippies la, konflik bersenjata la. Tertekan aku tengok cerita ni.

Tapi akhirnya dia pun berjaya balik ke US dengan selamatnya selepas konflik itu.... Nak tau apa yang berlaku, sila sewa DVD cerita ni ye.. Hehe.

To me, actually it's worth it to watch, eventhough The Mail film guide just gave it a rating of 3 out of 5. Kut tak, takde la aku berjaga sampai 1.30 pagi tengok cerita yang yang mampu mendepreskan ye tak.


Tadi aku pergi dengar talk pasal Experimetnal PSychology dengan Monika dekat Cambridge University. Sebelum masuk lecture room tu, aku cakap la kat Monika:

Aku: Mintak-mintak la diorang sedia kopi. AKu dah la tidor lambat malam tadi, tengok TV.

M: Ceh! Ingatkan stay up baca research paper!

Ye le. Kerje baca research paper aje le kan. Tapi memang itu sepatutnya kerja aku pun...


Rasa macam banyak lagi aku nak tulis tapi dah kurang semangat pulak. AKu even plan nak tulis pasal dipper function, adaptation and masking. Tapi nanti ada pulak orang orang tertidur kalau baca blog aku.


17 November 2007

Dua hari lepas, aku punye proposal and ethics application dah lulus. Wahahaaaa.. Satu step telah lepas. Sekarang boleh la concentrate sepenuhnya untuk research pulak. Lepas macam-macam halangan dan perangai nak meluluskan dua-dua benda tu, akhirnya lepas jugak..

Hmm semalam macam banyak aje idea aku nak menulis untuk blog ni. Tiba-tiba hari ni lupa pulak apa yang aku pikirkan semalam. Biasa la, idea nak membebel kat blog ni datang masa tengah buat eksperimen la, masa supervisory meeting la, masa journal club presentatation la. Bila dah mengadap pc ni mula la tingtong tak ingat apa-apa.


Ahad lepas disebabkan takde kerja sangat (bukan takde kerja, tapi saje-saje membuang masa di hujung minggu, aku masak la rendang daging.

Yup, rendang daging! Bukan yang peket tau, ini masak real punya, dari scratch.

AKu pun tak sure aku masak sempena apa. Nak kata Deepavali, dah sah-sah orang tak makan rendang masa Deepavali (dan dah sah-sah aku tak sambut Deepavali!). Nak kata masak untuk raya, Ahad tu dah 1 Zulkaedah dah. Tapi belasah aje le..

Rendang in progress...

Tadaaaa..

Makan dengan nasik aje. Tak kuasa aku nak buat nasik himpit. Ketupat jauh sekali. Nak menggiling bahan tumis dengan membuat kerisik aje dah berjam-jam. ALmaklumla mana la aku ada batu giling dengan lesung kan. Blender pun takleh harap.

Yang penting, pakcik tak miss rendang tahun ni.. :)


14 November 2007

Spice Girls-Tesco TV ad for Christmas 2007. Lawak giler.

Tak pasal-pasal Tesco dapat iklan free kat sini kan.


Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Part of 'Bonda'. M. Nasir.


8 November 2007

Semenjak dua menjak ni, makin malas pulak nak hapdet. Sibuk tu dah satu hal, bile time yang tak sibuk sangat, aku jadi malas pulak.

Maka jadilah entri kali ni entri yang takde hala tuju. Huhu.

Minggu ni bermula dengan dapat surat dari Faculty Research Ethics Committee (kalau zaman dulu-dulu berblog ni, gerenti aku amik gambar surat tu pastu letak kat sini). Katanya, ethics application aku deferred pasal beberapa faktor dan mesti dibetulkan untuk dapat kelulusan.

Ethics ni, kena lulus sebab research aku ni libatkan human subjects. Banyak la kriteria nye nak dapatkan kelulusan ethics tu, naik pening kepala aku. Sarah punya ethics application pun deferred gak, hangin satu badan dia.

"Aku buat research kat Australia, Kanada, US, tak pernah kena deferred pun ethics aku. Alih-alih korang sesenang defer application aku pulak ye.. Amboiiiii..." Gitulah lebih kurah Sarah membebel (selama setengah hari!) setelah dialihbahasakan. Tukang mendengarnye - pakciiiiikk jugak, sapa lagi.

Actually aku dapat surat pasal defer tu sehari sebelum Sarah, so aku ada sehari la untuk cool down. Sarah nampak aku cool aje, padahal semalamnye tu puas dah aku merapu-rapu. Malam kena defer tu, kitorang keluar pulak beramai-ramai pergi dinner, lepas tu tengok bunga api kat Midsummer Common. Bunga api ni fireworks lah, yang macam kita tengok tiap-tiap Hari Merdeka tu. Tiap-tiap tahun pada 5 November, satu England buat pertunjukan bunga api sempena mengingati sorang mamat nama Guy Fawkes. Si Guy ni adalah orang yang cuba nak letupkan Westminster (parlimen Britain) tahun 1605, tapi dia kantoi, dan kena hukum. So sebagai mengingati dia, tiap-tiap tahun ada fireworks display satu UK, lepas tu diikuti dengan dummy burning. Gitulah lebih kurang cerita dia.

Semalam pulak Graduation Day dekat Cambridge. So ramai la orang-orang yang berjubah antara universiti aku dengan City Centre, sebab graduation buat kat situ.

Tahun ni Carmen grad. Best pulak tengok (tak sabar pulak nak grad!). Aku siap dah berangan-rangan nak pakai sut baju melayu time aku grad nanti. Hehe. Tapi uni aku katanya nak pindah venue grad ke London, lagi grand le nanti gamaknya.

Dengan Carmen. Dok dalam khemah banquet untuk graduan aje tapi aku berjaya menyelinap masuk dengan kuasa kad faculty member. Hehe.

Turut berjaya menyelinap adalah Stephanie and Rupal. Kitorang tak grad lagi tapi suka-suka hati makan-makan dalam tu.

Dengan Houssam. Rajin datang lab aku ni menyembang sebelum dia habih exam dulu. Katanya budak ni bermasalah sikit, tapi dengan aku OK aje. Kisah apa aku. Anak dia yang umur 4 bulan tu comel nak mati. Terpaksa nak anak jugak. Huhu.

Itulah sikit-sikit kisah aku sepanjang seminggu tak hapdet ni. Banyak lagi yang berlaku sebenarnya, tapi takkan nak cerita semua ye tak. Tak payahlah cerita kisah aku mengajar, bukan menarik pun.

OK. Jumpa lagi di next update.

Wassalam!


30 Oktober 2007

Eh, lama pulak tak hapdet.

Semalam time aku tengah masak dinner, si Roberto masuk dapur. Dia pun nak masak jugak.

Hmm, kalau ikut jam, time tu memanglah waktu dinner. Dalam pukul 7 malam. Tapi sekarang ni, matahari terbenam dalam pukul 4.40 petang. Kadang-kadang sakit jiwa pulak aku rasa. Pukul 7 tu memang dah gelap gelemat, tak feeling macam pukul 7 pun.

Motif nak feeling-feeling.

OK berbalik kepada cerita Roberto tadik. Roberto ni orang Italy. Setelah dialihbahasakan, ginilah lebih kurang conversation kitorang.

Roberto: Aku ingat nak masak kari malam ni lah. Aku beli yang instant aje kat Asda. Ko masak ape tu?

Aku: Aku masak spaghetti aje.

Lepas tu, aku pandang Roberto, Roberto pandang aku. Hampir serentak kitorang pun berkata:

This is not normal!

Get it? Apekehalnye orang Itali ni sibuk-sibuk nak masak kari, aku pulak dok masak spaghetti.

Apa kes?


Tadi baru lepas meeting dengan Sarah. *Seronok betul bila semua result yang aku usahakan selama berbulan-bulan ni dah converge. Cuma tinggal nak kuatkan lagi jadi kena run eksperimen sikit lagi. Dah Lepas tu target nak submit abstract untuk VSS.

*Seronok? Seronok buat research? Aku dah rasa semacam dah ni..

Harap-harap la ada funding untuk pergi VSS tu. Haaha tak sabar-sabarnya. Si Cib pulak asal aku text dia pasal lokasi VSS aje, tak abis-abis ingatkan pasal naked beach kat situ.

Hmmm kat mane tu? Hehe.

Ada ke? Aku pun tak pasti.


17 Oktober 2007

Why do we always see other people's achievement, and then we look at ourselves, thinking what went wrong and why are we not as successfull?

Oppss.. Let me rephrase that...

Why do I always see other people's achievement, and then I look at myself, thinking what went wrong and why am I not as successfull?

This is sooo me..

I have this rather peculiar habit of making someone else's achievement as a benchmark, and then frown at myself for not being as successful as they are, or at least as what I expect.

This is not about jealousy or anything like that, serious. (Hey, isn't that the usual phrase jealous people always use?)

Banyak pulak cakap omputeh hari ni ye.

Kat sini dah pagi petang siang malam dengar orang cakap omputeh, maunye tak ade pengaruh ye tak. Cuma 2,3 hari ni aje aku banyak dengar Era online sempena raya ni, jadi aku masih sedar diri lagi la. Hehe. Kat sini aku dok dengar British English aje, kalau aku tengok TV talk show yang ada American guest, mesti aku berkerut-kerut kejap nak paham American accent tu. Pelik tak. Tapi kalau tengok fully imported American TV show, OK aje.

Dah mengarut pasal accent la pulak kan.

Sebenarnya tadi aku terserempak pulak dengan website sekolah lama aku. Biasa la aku kan, mula la mengimbau kenangan-kenangan lama la kononnya.

Satu benda pasal aku ni (yang aku pun tak suka), aku suka sangat rasa inadequate bila bandingkan dri aku dengan orang lain. Mesti la aku banding diri aku dengan orang yang aku rasa lagi berjaya dari aku kan. Pada aku,

16 Oktober 2007

SELAMAT HARI RAYA! (lagi!)

Hari ni Selasa, aku pun dah masuk lab balik dah semalam. Iye la takkan nak raya lebih-lebih pulak, kena la sedar diri sikit ye tak.

Hari Ahad haritu aku pergi rumah terbuka anjuran Kimie and wife dia, Lin. Gila awal aku sampai. Iye le kata lepas Zohor, aku pun sampai le tepat-tepat lepas Zohor. Sekali aku orang first pulak. Hehe.

Ini la antara beberapa kerat orang Melayu kat Cambridge ni. Sumer aku baru kenal, kecuali Kimie. Takde dalam gambar adalah Dr Wan dengan Mohamad, sebab masa ni diorang masih menjamu selera tak hengat kat masjid Cambridge.

So, kenal-kenal la jugak aku dengan komuniti dekat sini. Muka masing-masing series aje kan. Muka tu dok tahan matahari sebenarnya, sebab nak background pokok oversea gitu.

Dan seperti biasa, makanan memang tak ingat dunia laa. Ber-round-round (bukan aku aje, sumorang sekali OK).

Gambar makanan yang dibungkus bawak balik. Kena ambik gambar ni, buat kenang-kenangan. Ye la, macam tahun depan aje baru jumpa balik sate goreng ni. Paling awal pun raya haji nanti, tu pun kalau ada yang sudi nak anjur open house. Huhu.

Sorang student yang aku baru kenal, Iskandar duduk satu jalan dengan aku rupenye. Tapi dia duduk dalam sikit la. Tudia la kan, duduk tempat dengan poskod yang sama tapi tak tau pun. Yela, aku yang rakyat marhaen ni bawak basikal aje, dia naik kereta. Mana nak jumpa.

Esoknya, Kimie talipon aku.

"Izzud, OK tak?"

"OK ape? Biasa-biasa aje,"

"Ada sakit perut tak?"

"Errr.. Ada, malam tadi la tapi,"

"Tu la, rasanya santan yang buat rendang ayam semalam tak elok sangat la. Sakit perut lagi tak? Nak pil chi kit teck aun tak?"

Patut le malam tadi 5 kali aku pergi toilet!

Anyway, I had a really great time masa dekat open house tu. Hopefully it will the starting point of a life-long relationship with everyone, after months of being alone.


12 Oktober 2007

OK update terbaru.

Raya hari ni!

Cisss raya hari ni rupenye. Mati-mati aku ingat esok!

Aktiviti aku hari ni bermula dengan bersahur. Tudiaa laaaa gigih bangun sahur kan. Sembang-sembang dengan Roberto kejap, dia pun baru balik hantar awek (?? <-- ada cerita di sebalik ni. Tapi taknak la ngumpat raya-raya ni).

Lepas sahur, mandi, semayang subuh gitu, aku pun pergi la lab dalam pukul 7.30. Sampai lab, aku pun saja2 la bukak website Cambridge Muslim.

Tiba-tiba....

Tu dia laaaaa.. Gelabah terus aku! Benda pertama aku buat adalah talipon Kak Wan kat Bristol, nak konpem raya hari ni ke.

Aku mati-mati la ingat diorang tengok anak bulan kan. Dah sekarang ni asyik mendung aje, aku bajet tak nampak la anak bulan malam tadi. Makna katanya, raya Sabtu la.

Sekali tengok-tengok dia ikut Arab Saudi!

Maka jadual aku hari ni adalah seperti berikut (di edit dari jadual dalam entri pagi tadi yang aku taip lepas sahur - sahur pun tak valid!)

Kena prepare experimental computer, lepas tu prepare computer tu untuk Sarah buat eksperimen pulak. Lepas tu pergi masjid semayang raya, lari balik lab, lari balik rumah tunggu parcel, datang lab balik sebab ada paper presentation, dapatkan toner untuk printer research group aku, lepas tu hantar borang untuk Ethics application sebelum pukul 2 petang.

Jadi itulah aktiviti hari raya pertama saya ye.

Dan parcel dari ayah dah sampai! Ada la kuih tunjuk 2,3 balang, serunding dengan rendang Brahim's 2 peket. Jadilah. Walaupun ayah aku takde effort pun nak buang tanda harga kat balang biskut tu, tapi tak kisahlah. Hehe. Asalkan kuih raya, dan aku pun jamu la sikit supervisor aku tadi dengan biskut raya masa presentation tadi.

Kena la beli jiwa sket.

Kat semayang raya tadi pun aku jumpa gak 5,6 orang Melayu Malaysia. Terkejut aku. Ramai jugak rupenye orang Melayu kat sini.

Kat Cambridge ni, 5,6 oang tu kira ramai la. Takdela macam dekat Bristol sampai seratus lebih.

Dan dah bonded pun dengan sorang brother ni. Kimi nama dia, wife dia buat PhD. OK gak la dia, terus aku dapat invitation untuk rumah terbuka Sabtu dengan Ahad ni. Hehe.

Jadi, bukan aku la yang mengasingkan diri ke apa. Memang tak ramai orang Melayu kat sini. Even ada dua orang lagi yang aku jumpa baru sampai sini 2,3 bulan pun rasa heran sebab puas jalan-jalan kat bandar, sorang Melayu pun tak jumpa! Kat sini aku rasa kalau kau outside Cambridge University, memang rasa macam takde orang Melayu la.

Anyway, selamat hari raya!

Dah pukul 2.45 dah ni. Cukup la tu raya kat lab.

Maaf zahir dan batin!


Esok raya!

Seperti tahun-tahun lepas, sehari sebelum raya adalah antara hari yang aku paling sibuk sekali.

Kalau kat Malaysia, sehari sebelum raya biasanya dah siap dah baju semua. Tinggal nak beli benda-benda peripheral macam sandal ke. Jadi hari ni lebih kepada menyibuk di dapur atau kemas-kemas rumah.

Tahun ni sibuk gak. Tapi lain sikit sibuknya. Kena prepare experimental computer, lepas tu buat eksperimen, prepare computer tu untuk Sarah buat eksperimen pulak. Lepas tu jadi subjek untuk eksperimen Raju, dapatkan toner untuk printer research group aku, balik rumah tunggu parcel, datang lab balik sebab ada paper presentation, semayang Jumaat, lepas tu hantar borang untuk Ethics application sebelum pukul 2 petang.

Tadaaa! Amacam jadual sehari sebelum raya aku? Pasrah aje kan.

Bercakap pasal parcel, semalam ada orang delivery tinggalkan surat sebab dia nak hantar parcel tapi takde orang kat rumah. So hari ni, kena balik rumah kejao untuk pastikan parcel tu sampai.

Ni yang brdebar sikit ni. 2 orang hantar aku parcel untuk raya ni. Cib hantar Ujang dengan Apo? edisi bumper raya, bapak aku pulak hantar kuih muih raya raya segala.

Aku bagitau kat Cib pasal ni.

Dia cakap balik kat aku, makan hati lah kalau parcel majalah dia yang sampai.

Mana taknya, kalau bukan bapak aku punya parcel yang sampai, alamtnya 1 Syawal aku beraya dengan Ujang aje le. Tak pernah dibuat orang. Huhu.

Time bermesj-mesej dengan Cib tadi, sempat aku ajak dia gi Masjid India. Shoping di masjid India ni lah annual event aku dengan Cib, kadang-kadang ada orang lain sekali. Time ni la bershoping, ada satu tahun tu siap sempat singgah berurut kaki. Tapi takpelah tu kisah lama. Malas la pulak nak kenang-kenang.

Anyway, tahun ni beraya di perantauan. Berpuluh dah lagu raya aku donlod. Donlod gak takbir raya.

Dengar takbir raya ni kan, lain pulak ceritanya. Aku selalu anggap aku boleh survive raya kat sini. Well, aku ni biasanya boleh aje survive, campak kat mana pun (setakat ni lah). Tapi dengar sekejap takbir raya tu, terus rasa tak best. Nasib la tak dengar sampai habis kut tak tak jadi kerja aku kat lab.

Anyway, selamat hari raya Idul Fitri. Nak sambung baca paper yang nak present satgi.


10 Oktober 2007

Talipon aku bunyik.

Orang Employment Office telefon semalam.

Gini la lebih kurang perbualannya.

Would you like to involve for the University Open Day this Saturday?

Mmm Sori la I have plan already lah...

Sabtu ni ada Open Day lagi. So diorang nak aku jadi ala-ala Optometry Ambassadaor le lebih kurang macam haritu.

Sabtu ni raya kannn???

Gilo apo nak kojo time raya-raya ni. Tak kuasa aku.

Walaupun aku sesak sikit sekarang ni sementara menantikan next biasiswa, tapi aku tak kisah kot upah £30 tu. Huhu. Takpe la raya lagi penting walau aku dok sensorang.

Royal Mail ni pun satu, time nak raya ni lah time nak buat boikot. Minggu lepas boikot 48 jam. minggu ni boikot lagi 48 jam. Lepas tu dengar khabar nak boikot lagi minggu depan.

AKu rasa macam lepas raya aje baru sampai Ujang edisi raya (terima kasih Cib sudi kirimkan) dengan kuih-muih raya yang ayah aku kirim tu.


9 Oktober 2007

Malam tadi aku sibuk. Sibuk pack barang, macam-macam. Adik nak ikut aku pergi Cambridge.

Banyak barang yang dibungkus malam tadi. Setakat yang aku ingat, bukan setakat beg, malah periuk pun ada. Dan, aku tak lupa, cili kering blender yang aku suka tu pun ada jugak.

Ibu yang bungkuskan. Ibu nak hantar aku balik UK. Ibu nampak gembira dapat hantar aku akhirnya.

Aku rasa ibu gembira. Aku yakin. Sebab akhirnya aku jejakkan kaki ke lluar negara, walaupun bukan bidang sebenar yang ibu harapkan.

Rasa bersalah pula bila aku quit proses offer untuk Medicine enam tahun lepas. Dan juga keluar dari Dentistry setahun lepas tu.

Tak apalah, yang penting sekarang aku dah nampak ibu gembira. Dan ibu senyum malam tadi.


Itu mimpi aku malam tadi.

Somehow, it almost feels like Ibu do not want to miss the chance to send me to the UK.

I know she wanted to see me succeed so much, and I turned her down a couple of times.

And now, I am finally here, and I am more than happy eventhough Ibu can only help me packing in my dreams last night.

Harap-harap bertemu Ibu lagi.

Setiap hari.


8 Oktober 2007

::Mimpi::


Malam tadi aku tertidur pukul 10 malam, depan televisyen yang terus menyala, dan lampu yang tak ditutup.

Jam 1.30 pagi, aku terjaga.

Bangun, gosok gigi, turun ke dapur dan cuci pinggan makan masa berbuka tadi.

Sampai bilik balik, aku termenung. Dan bertanya pada diri sendiri: "Apa yang aku buat dekat sini?"

Ya. Occasional depression aku kembali.

Tak boleh tidur aku malam tadi. Tiba-tiba datang dalam fikiran aku - yang aku tak tau apa sebenarnya aku buat kat negara orang ni. Bermula dengan aku yang tak buat apa-apa cuti hujung minggu ni, sampailah aku ke fasa bengong sekejap. Terkebil-kebil aku atas katil, dengan jantung berdegup kencang dan hati yang teramat resah.

Akhirnya, aku tertidur jugak.

Dan aku gembira dengan tidur itu.

Kerana ibu datang dalam mimpi aku.

Orang kata, mimpi tu kadang-kadang bisikan syaitan. Tapi kalau mimpi di bulan puasa, apa pulak maknanya ye.

Tapi aku tak kisah. Yang penting, aku berjumpa dengan ibu malam tadi.

Berbicara. Dan settingnya pun bulan Ramadhan juga, sebab aku masih ingat dalam mimpi tu, ibu dan aku sama-sama tunggu waktu berbuka.

Aku rindukan ibu.

Rindu teramat dangat.

Tekanan perasaan malam tadi berakhir setelah aku bertemu ibu.

Harap-harap ibu terus datang dalam mimpi aku.


6 Oktober 2007

OK. Gordon Brown tak jadi nak buat pilihanraya umum.

Lepas Labour keluarkan manifesto dua minggu lepas, Labour lead dalam opinion poll sebanyak 11%.

Semua orang cakap (orang sini la) yang Mr Brown kena buat pilihanraya musim luruh ni, memandangkan Labour dah mencanak-canak glamernya lepas pembentangan manifesto tu.

Minggu lepas kat Blackpool, David Cameron (Ketua Pembangkang, Conservatives) pulak bawak keluar manifesto dia. Antara yang menarik adalah ucapan dia yang tak guna teks selama 67 minit. Dan penghapusan Inheritance Tax yang menguntungkan rakyat.

Sehari lepas manifesto Conservatives keluar, opinion poll menunjukkan Conservatives dengan Labour sekarang neck-to-neck dari segi populariti.

Hari ni, Conservatives lead 6% dekat opinion poll.

Dan malam ni jugak, Mr Brown kata takkan ada snap election. Tidak sehingga at least 2009.

"He does not dare," kata sorang pengundi dekat kawasan atas pagar, Chesham.

Haha menarik menarik.


Kat Cambridge ni, Ahli Parlimen dia dari Parti Liberal Democrat.

City Council pun dikuasai Liberal Democrat, kecuali kawasan Timur, dipegang Labour. City Council ni kiranya macam kawasan DUN la kalau dekat Malaysia.

Isu yang aku rasa menarik dekat sini, walaupun kawasan parlimen Cambridge dengan City Council ni dipegang LibDem, tapi takde pulak aku sebagai residen kawasan ni rasa kurang diberi perkhidmatan oleh kerajaan pusat.

Orang dekat sini kalau mengundi untuk pilih kerajaan, diorang mengundi berdasarkan cara wang cukai diorang dibelanjakan untuk manfaat diorang.

We pay our taxes, so we want to choose a Government that can manage the taxpayers' money well.

If you can't, out you go. No threat can influence our votes.

Kat sini yang aku nampak, kerajaan yang memerintah dipengaruhi oleh undi rakyat.

Bukan undi rakyat yang dipengaruhi kerajaan yang memerintah.


4 Oktober 2007

Mula-mula aku ingat nak tulis pasal snap election yang mungkin berlaku dalam bulan depan. Perkembangan menarik dan baru ni.

Tiba-tiba aku hilang mood pulak.

Nanti-nantilah aku cerita.

Aku takde mood lah.


3 Oktober 2007

Plan asalnya, minggu ni aku start mengajar dekat lab untuk modul Vision Science. Dah namanya mengajar kan, so kena la pakai smart2 sikit. Takkan nak pakai jeans lak ye tak.

Slack dah ada. Kemeja dah ada. Kasut lak takde. Takkan nak pakai loafer dengan slack? Takkan nak pakai kasut yang macam kasut hiking tu dengn slack ye tak.

So beli la kasut kulit baru. Tengok dekat River Island, cari style yang berkenan, pastu cari rupa yang nak dekat-dekat sama dekat Sports World. Baru £19.99. Jimat aku £20. Hehe.

OK, pakaian dah lengkap. Smart gile ni. So masuklah lab tadi.

Rupe-rupenye, hari ni introductory session aje.. Dalam jadual 2 jam, tapi sebab sesi intro ni ala-ala sesi ramah mesra aje, makanya jadi setengah jam aje.

Adoi. Penat pakcik fikir-fikir nak pakai apa la, nak ajar apa la. Siap refresh semua ilmu di dada, kot-kot nanti ada undergrad tanya soalan maut ke.

Nak kena pikir pulak ni minggu depan nak pakai apa. Takkan nak pakai kemeja kaler sama ye tak.


1 Oktober 2007

Selamat bulan Oktober! Hehe.

Semalam masa aku jalan-jalan kat City Centre, nampak la satu job ad kat kedai buku Hallaway & Porter. Setiap Sabtu, 9 pagi sampai 5 petang.

Tiba-tiba dapat pencerahan agung (banyak la pencerahan agung).

Teringin lak nak mintak. Gaji minimum kat UK ni £5.35 sejam. Kalau aku kerja seminggu sehari ni pun dah dapat dalam £40. Lebih dari cukup belanja grocery aku ni. Tambah-tambah pulak pendapatan bawah £100 seminggu tak kena cukai kan, lagi sakan laaa.

Semenjak dua menjak ni rase boring lak duduk rumah hujung-hujung minggu. Dulu Sabtu dengan Ahad pun aku datang lab, sekarang Sabtu dengan Ahad kalau dengar perkataan 'lab' pun aku nak muntah. So disebabkan aku rase bosan hujung-hujung minggu ni (kat rumah pun bosan, kat lab pun bosan) baik aku kerja ye tak.

Dipendekkan cerita, aku baru aje setkan interview untuk dapatkan National Insurance number. Kat sini, kalau nak kerja kena ada NI number, melainkan kalau pendapatan kau termasuk dalam pendapatan yang tak kena cukai, Antara sebab kau kena ada NI number ni adalah dia nak tax pendapatan kau. Keji tak. Hehe taklah. Aku rasa ok aje. Teratur sikit sistem nak dapat kerja kat sini bila ada sistem tu.

Sebenarnya kalau ikut kehendak aku nak kerja sekali aje seminggu ni, tak payah ada NI number pun takpe. Dapat pun dalam £40 aje seminggu. Tapi sebab budak-budak ni cakap susah nak dapat kerja kat luar kalau takde nombor alah tu, aku pun bantai aje la mintak. Dan dah set appointment pun untuk interview. Punya la berjela dia punya proses nak dapat itu nombor.. Kerjanya belum tentu dapat lagi tu.

Semalam pun dah keluar iklan untuk Christmas job kat Royal Mail. Ala-ala asing-asingkan kad krismas la lebih kurang. Universiti pun tutup 3 minggu masa Krismas, jadinye baik kerja ye tak.

Buleh la pasang Sky TV pasni.

Hullalaaaaaaaaaaaaa...


28 September 2007

Gile laaaa lame tak updet..

Bizi nak mati ni. Minggu depan aku dah nak kena hantar proposal jadi banyak la terkejar-kejar. Semalam ingat nak update lepas aku present paper. Sekali lepas present aje, terus Sarah kasik 2 paper kat aku.

"Kite bincang paper ni pulak esok ye," kata dia.

Pasrah aje aku. Well, such is life (kata-kata favourite dia jugak ni).

So hari ni, selepas 4 jam bermesyuarat gitu-gitu, barulah aku dapat mengapdet. Kut nak ikutkan boleh aje updet sebelum meeting dengan dia, tapi tak sedap hati la pulak nak menaip bende-bende merapu ni sedangkan research papers tak habis baca lagi (tapi buleh pulak surf-surf internet sebelum meeting).

Hmmm nak cerita apa ek. Semalam dah ada plan benda yang nak ditulis, tapi dapat aje paper extra kena baca terus berderai otak aku. Secara magik pulak lepas sahur pagi tadi aku tekun membaca sampai 7 pagi. Selalunya kalau tak tidur balik, mesti baca dua tiga paragraph pastu tidur. Tambah-tambah sekarang ni dah nak masuk musim luruh, jadinya memang sejuk le. Dah keluar dah balik scarf dengan glove yang simpan berbulan-bulan masa summer aritu.

Ramadhan tahun ni magik sket sebab aku tak beli makanan kat luar langsung. Ye la mana ada orang menjual-jual juadah macam kat Malaysia. Setakat nak beli ayam kat Chicken Cottage yang suka-suka hati dinaikkan harga tu, time bukan Ramadhan pun boleh beli.

Jadinya tahun ni pakcik banyak memasak. Terima kasih tummytrim Mesra.net kerana telah menjadi sumber resipi pakcik. Stakat kari ayam tu dah biasa sangat takde hal punyer. Aku juga telah berjaya buat masak lemak cili api, ayam grill dan juga almond london! Cuma salut coklat aje bersepah sket pasal aku tak reti camne dia dip kuih tu bagi salut lawa.

Tapi yang peliknya, kalau aku masak 1st time biasanya jadi, bila masak 2nd time mesti tak jadi. Haritu buat masak lemak telebih serbuk kunyit. Hambik kau rasa macam apa je. Pungent gile. Terpaksa aku tambah garam banyak-banyak nak cover rasa kunyit terlebih tu.

Dah topik pasal memasak pulak. AKu rasa kalau aku start letak gambar, musti dah jadik macam blog Wani. Dia dulu rajin letak bende-bende dia masak, tapi setelah berkerjaya full time dia dia tak letak dah. So aku saspek dia beli aje makanan dai hari-hari. Hehe.

OK kena chow dulu. Ingat nak letak gambar masa gi London aritu tapi dalam laptop la pulak. Nanti senang aku letak.

Salamzz..


13 September 2007

updated 10.40am

I used to like Cambridge a lot.

Used to.

I don't know. Since I got back from London and Coleraine, I feel that there is a distance between people here in Cambridge.

I never realised this before. You know what, I got more smil from people with 90% Caucassian population in Coleraine than here, the so-called international city of Cambridge.

Actually I am a bit pissed of by someone who is supposed to manage the registration of new students. I think he stupidly regards everyone foreign-looking as know-nothing international students and herds everyone like cattle. Doesn't he know that my £9000 annual fee pays his salary? Moron.

Anak kau kalau nak belajar pun bayar £2000 setahun aje tau tak. Boleh pinjam bank lagi. Lagi nak cakap banyak pulak.

He's been doing like this since I meet him yesterday. To everyone. Sat in front of the building, read newpapers and looked suspiciously at anyone with a foreign face and started interrogating. My salary is used to pay him for sitting down! It's another story if he's helping people, not barking mad and gone berserk.

I purposely write all this down in English so that everyone can read it, and it's a thing I do if I want to express my anger quickly. And I don't intend to hide it, I simply hate the maagement and everything here.

I get more smiles and hellos in Coleraine and in London than here, and I smile more at people there.

Something must have gone wrong with Cambridge while I was away.

Alien invasion?


updated 9.45am

OK. Hari ni dah gain momentum balik. Berkat Ramadhan kot. Aku biasa la, tiba-tiba ada acute depression kan.

Lagipun semalam aku tengok cd cerita cerekarama Lorong Neraka yang Huda bagi. So insap la kejap kan.

Dah insap lebih kurang, sambung buat PhD la ape lagi!


12 September 2007

new update 6.36pm

Alamak.

I am terribly homesick right now.

Lepas seminggu bergembira, jumpa orang Malaysia, makan makanan Malaysia, aku teramatlah homesick sekarang.

Esok puasa. Aku pulak gatal pasang lagu nak puasa la, lagu raya la.

Lepas tu tengok gambar-gambar lama pulak.

Lagi parah homesick aku.

Sekarang ni aku memang dah hilang momentum untuk buat PhD. Jangan la hilang lama-lama!!!

Aaaa homesick gile la. Huda dengan Nunu atas kapal terbang sekarang ni tp aku tetap mesej diorang gak suruh diorang patah balik ke Cambridge..


new update 3.05pm

Ok update! Hehe.

Penat le. Aku ni baru bangun tidur ni lepas balik dari hantar Huda dengan Nunu naik bas. Kiranya tidur ganti la kononnya, lepas dah berapa hari entah tak tidur dengan tenteram sebab dok berjalan ke sana ke mari.

Ok meh mula cerita. Sabtu lepas aku gerak ke London dari Cambridge, nak jumpa Huda and Nunu yang dah gerak dari Aberdeen. Aku ni nama aje dduk sepelaung dari London, tapi haram tak pernah singgah pun. Harapkan orang lain nak datang sekali baru nak pergi berjalan kan.

Huda ni dah habis dah Masters dia, lagi 2 minggu balik Malaysia. Sakan la dia kan, balik pun tepat-tepat nak raya kan. Tiket balik dah tentu le disponsor, tinggal la aku terkulat-kulat kat sini tak pasal kan. Aaaaanyway, berbalik pada cerita ke London ni ha. Seminggu sebelum aku datang London, Huda bagitau aku macam susah aje nak dapat bilik kat Mesia Hall. Katanya sebab takut ramai student baru datang untuk this September term, so sape cepat dia la dapat bilik (huh?? Bukan sem bukak lagi 2 minggu ke? Sapa la yang kemaruk nak sampai awal bona ni?).

Anyway, aku ni kan jenis mudah cuak kan, so aku pergi la booking bilik kat hostel backpackers. Teringat zaman-zaman hippies mase gi Indonesia dulu (hippies la sangatt). Sampai aje kat Mesia Hall, hmm ada aje bilik kosong sebenarnya. Ye yela aku booking kat bilik kat hostel lain kan. Kat Mesia hall £15 semalam dah dapat bilik single en suite, hostel yang aku book tu £18 untuk dorm share 4 orang. Mula-mula ingat nak stay aje hostel tu sebab aku dah bayar deposit £5, tapi pikir2 balik, ni aje chance aku nak stay kat Mesia Hall and atas semangat keMalaysiaan yang tinggi, aku pun burn aje le deposit tu. Lagipun kat Mesia Hall ada restoran yang ada proper masakan Melayu, so sape taknak kan. Ada sambal belacan tak tahan tu!

OK, first stop kitorang pergi - British Natural History Museum. Masuk free, so pergi aje la kan (aku nak tengok dinosour sebenarnye). Kitorang sampai 15 minit sebelum muzium bukak, tapi dia punya line beratur nak masuk yarabbi punya panjang... Macam nak masuk tengok konsert pulak. Kalau ko ada anak kekecik sesuai la bawak berjalan sebab banyak gak info dia pasal benda-benda hidup dalam dunia ni. Aku rasa kalau ko bawak budak SPM belajar biologi dalam muzium ni pun dia boleh pass dengan kredit aku rase, sebab punyela banyak info dalam mende alah ni.

Dari Natural History Museum, pergi la ke Royal Albert Hall (lalu depan aje, tak masuk pun), Kensington Gardens, pastu naik bas ke Harrod's. Besar nak mati siot. Pengsan nak berjalan dan lagi best dari Berjaya Times Square. Nasib baik aku miskin.

Kat depan Harrod's tu ada la satu kumpulan manusia ni dok sebar-sebar leaflet jangan beli barang kat kedai Encik al-Fayed ni sebab dia jual jaket bulu binatang kan. Omputeh biasa la kan, kan memang selalu dia piket benda-benda gini. Aku ni ye ye amik leaflet boikot Harrod's lepas tu terus straight masuk dalam bangunan kan. Penat je dia kempen kat aku. Nasib baik tak kena ketuk dengan sepanduk.

So disebabkan aku menyokong kempen tu dan aku ni pun miskin, maka aku pun takde la membeli apa-apa kat Harrod's tu. Mahal siot. Dari situ kitorang ke Covent Garden. Kat sini kira macam area kat Central Market tu la. Segala bagai benda ada. Lepas tu pergi tengok teater lord of the Rings. Budak-budak ni ha nak tengok sangat, semua minat bagai nak mati kat LOTR. Aku ni seperti biasa bukan hingin sangat, tapi sebab aku tak pernah tengok teater so bantai aje la.

Tapi not bad la pasal muzik denga pentas dia best la, ok la bayar 20. Pengarah muzik pun K Rahman kan (tak kenal sape K Rahman? Gi carik!). Seperti dalam movie dia, lepas sejam pertama aku dah berpinar-pinar dah. Macamana la orang boleh tahan tengok 3 movie LOTR yang dikompress kat teater ni. Nunu kata dia dah ubah sikit jalan cerita LOTR ni. Aku tak perasan pun pasal aku pun tak ingat jalan citer sebenar kan. Paling tak tahan scene bercinta-cinta pulak si Arwen dengan hero LOTR yang king tu. Banyak pulak bercinta-cinta kau ye. Anyway, aku bejaya gak menghabiskan 3 jam teater tu. Akhirnya!

Dari teater kitorang balik ke Mesia Hall. Check in lepas tu jumpa kengkawan Nunu kat situ. Dirong ni doktor kat Southampon, so naik la ke London nak jumpa Nunu. Aku tumpang sekaki aje. Malam first, berjalan ke Tower Bridge.

Alamat penat la pulak bercerita. Nanti aku sambung la kot. Aku ni bukan boleh percaya sangat. Dalam blog ni tah berapa kali dah cakap nak sambung cerita tempat2 aku gi berjalan, last-last tergantung gitu aje. Huhu.

Tengok gambar dulu aje la ye.


New update 11.15am

Uih.

Lamanye tak update. Aku baru balik Belfast, conference aritu. Lepas tu lepak jap, terus ke London pulak dengan Huda and kawan dia, Nunu. 3 hari kat London, berdesup pulak balik Cambridge, bawak diorang pusing2 kat sini pulak.

Tadi aku baru hantar Huda dengan Nunu naik bas untuk ke luton. Balik Aberdeen dah diorang hari ni.

Aku ingat nanti aku update lagi. Penat gile siot. Baju bertimbun. Ni baru donlod waktu bukak posa. Esok nak posa dah! Sukasukasukanya. Tapi posa sensorang yang tak best ni. Hmm.

Ok chow dulu. Balik rumah kemas apa yang patut. Nak kena bayar lesen TV gak. Dah kena detect lak. Hampeh betul.

Kejap lagi aku sambung cerita. Kalau aku datang balik ke lab la. Tah bila wireless router kat rumah aku tu nak dibetulkan pun tak tau.


30 Ogos 2007

Aku sekarang tengah concentrate baca journal neurophysiology. Bidang aku ni ada banyak approach, dari segi psikologi, fizik, neuro, fabrikasi logam. Eh taklah, yang last tu tipu aje. Hehe.

So, neurophysiology ni side yang melihat fungsi visual system kita ni dari segi single-cell recording. Kalau kitorang punya bidang ni rekod respons dari subjek secara non-invasive.

Non-invasive ni macam bagi kau tengok stimulus, pastu kau kene la detect stimulus tu. Kitorang nanti ubah la ciri-ciri stimulus tu, kontras ke, rupa dia ke. Pastu kitorang rekod la respons kau pastu boleh develop mathemathical model utk predict apa yang berlaku dalam bahagian otak kau yang proses penglihatan masa kau tengah tengok stimulus tu.

Dalam neurophysiology ni dia belah terus otak kau pastu tengok macam mana otak kau respon. Specifically, dia inject otak kau dengan penanda (tracers), contohnya macam cholera toxin B atau biotinylated dextran amine (chewwwaaaahh!), kiranya nak label la saraf tu. Pastu dia drill dasar tengkorak ko, letak wayar-wayar segala, lepas tu kau tengok stimulus tu. So, sel yang memberi respon pada stimulus tu akan aktif la dan dapat dikesan dengan tracer yang diinject tadi. Kira-kiranya macam sadis sikit la. Habis tu, kau akan di-sacrifice, brain ko will be dissected and flattened between glass slides dan kemudian diperatikan la menggunakan kaedah peroxidase-antiperoxidase dan cell staining dilakukan dengan cytochrome oxidase...

Tu diaa blog aku jadik educational sekejap. Hehe.

Tapi takde la dia belah otak orang. Gile ape. Biasanya dia belah otak monyet. Dulu-dulu diorang belah otak kucing (sebab kucing murah dan senang dapat). Tapi bile penemuan dah makin advance, otak kucing ni lain sikit dari otak manusia so tak tepat sangat la kalau nak banding proses yang berlaku dalam otak kucing dengan dalam otak manusia. Makanya dia pun konsentret la kat monyet... (Sesetengah spesis monyet ada lebih kurang 90% DNA yang sama dengan manusia).

So, berbalik kepada cerita aku yang tengah baca journal belah-belah otak monyet ni. Aku cakap kat Sarah haritu, macam best aje neurophysiology ni, and I wouldn't mind to be in one of these lab and to do it on my own. It seems fun, really.

Tudia fun la kan belah-belah monyet ni.

Sarah cakap kat aku, kalau ada chance, gi la US. Buat post-doc. Buat research neurophysiology of the visual system. Hmm macamana la aku nak buat. Dah sah-sah aku kene balik mengajor kan. Balik mengajar, pastu ada income, kerja stabil, memang tipis la harapan nak pergi buat reseach placement kat mana-mana. Duit lagi pulak tu.

Anyway, tujuan aku merapu bukan pasal nak pergi buat post-doc sebenarnya. Dah panjang dah tersasar. Aku kalau cari paper neurophysiology kat internet, mesti la taip nama researcher yang femes-femes kan. So semalam mase dok search tu, jumpe pulak satu website. Website menentang kajian monyet ni. Ala-ala Greenpeace la, tapi memperjuangkan kebajikan monyet-monyet ni. Antara ayat-ayat dalam website tu:

"...does similarly horrible vision studies with marmoset monkeys"

"...his current studies involve strapping primates into chairs and cutting into their brains. At the end of his pointless studies he kills most of his subjects. His past useless studies have involved sewing kittens' eyelids shut"

"...these are people who blindly follow authority figures who have told them that it is acceptable to use these highly intelligent and emotional animals in their barbaric experiments"

Tak tau nak gelak ke tak bila baca tulisan kat website ni. (Tulisan seterusnya kena guna Bahasa Malaysia. Karang tulis omputih, takut diorang jumpal ak site ni. Abis kena bom pulak karang!).

Aku tak rasa pun benda-benda ni pointless. Atau barbaric. Untuk orang yang tak biasa memang la rasa barbaric. Cuba baca research papers dulu tengok, baru nampak tang mana pointnye. Tapi aku bet mungkin diorang tak paham pun kalau baca research tu. Shutting kittens eyelid membolehkan kita tau bahagian otak mana yang penting dalam perkembangan penglihatan kanak-kanak. Bila dah tau, baru la kita boleh develop rawatan kalau ada kanak-kanak yang ada struktur anatomi mata tak normal contohnya.

Pada aku kalau Greenpeace tu lain sikit, sebab biasanya dia menetang projek komersial yang menjejaskan alam sekitar dan opponent dia biasanya konglomerat kapitalistik gitu. Kalau yang memperjuangkan kualiti hidup tenaga buruh dari negara dunia ketiga tu tu OK lagi sebab itu pun menentang oppression kapitalis dalam memenuhi permintaan pelanggan di negara-negara maju. Tapi bila research on animals ni aku rasa tak boleh la nak samakan perjuangan di atas, sebab overall kebaikannya untuk manusia sejagat. I mean, kita tau pasal the the galaksi kita ni lagi awal dari kita tau apa yang berlaku dalam badan kita sendiri secara detail. Kalau tak buat research, tak tau la macamana proses yang berlaku. Kalau tak tau proses tu berlaku macamana, kalau ada masalah, tak boleh selesai la kan. Lain la kalau ada drug company bayar kau suruh kau puji produk dia itu dah tak ethical la kan.

Anyway, dah lain macam dah aku rasa entri kali ni. Tapi aku suka, daripada dok merapu tak tentu pasal, baik guna otak ni untuk berfikir ye tak. Yang taknak guna otak tu (macam mat-mat rempit tu), buleh la derma dekat lab untuk buat kajian.

Tiba-tiba masuk bab mat rempit pulak kan.


29 Ogos 2007

OK. Sekarang aku officially dah ada 4 orang anak sedara. Adik baru dapat sorang lagi anak.

Tibe-tibe kan, aku rase semacam. Lain macam aje.

Adakah aku terlalu mengejar cita-cita aku? (Heck, I don't even know if this is what I really want. I am just here just because I have already started this, so I may as well go on).

Dah empat orang. And I barely see them, even when I was back home. Gosh, I can't even remember the name of one of them. Diorang lagi lah, entah kenal aku ke tak.

Well, such is life.

Aku dah kat sini. Masa aku kat Malaysia dulu pun, aku banyak bawak diri sendiri. Aku rasa, ada satu point dalam hidup kitorang adik beradik yang membuatkan kitorang bawak haluan masing-masing. Atau, aku sorang aje kot?

I miss the times when we used to go out and play together. All three of us. I miss the times when Abang always forced me to be his badminton partner. We parted ways when we had a big fight in 1996. I can still remember that, and we almost never talked since. Amazing kan, gaduh masa umur aku 13 tahun dan sampai sekarang we haven't really got together like we or any normal brothers use to?

It was at that time that I have the power and determination to keeping silent to whoever I have disputes with.

So. Eleven years of silence.

I miss the times when Adik and I were in a world of our own. Masa-masa kitorang skip mengaji, pergi main video games dekat dengan Sekolah Tun Tuah. Dan kitorang balik lambat, by the time kitorang passed through surau, ayah dah ada kat gate surau tu, mungkin tengah wonder agaknya apsal anak dia tak balik-balik lagi. So, as usual, ayah mengamuk (surprisingly, ayah masih ingat lagi benda ni!). Aku tak tau adik ingat lagi ke tak, dia selalu keri (carry) aku naik basikal, lepas tu kitorang akan main-main kat rumah kedai dekat-dekat Goldwell sambil imagine basikal tu kereta Ford Laser (Ford Laser popular masa aku masih kat Melaka dulu). Aku pun selalu aje hang out dengan kawan-kawan sekolah dia, sampailah time duduk kat Langkawi.

Then the culprit came. Boarding school. It was the boarding school that parted us. He had his lives and his circle of friends, and I had mine. I guess it's like what you see in TV shows when an older sibling becomes too embarrased to be seen with his or her younger one.

And, I got to a boarding school too. The gap grew larger. So we parted ways.

1999 - I got to boarding school. Our family of five but each and every one of us in five different places.

And they got married (every male member in the family got married but me). So everyone has their own lives. Ayah, abang and adik. Me? Well, I am still alone since 2003, the darkest year in my life. I know Ayah tried to merge me with his new family which I resisted in the earlier years and I seeked refuge with somebody else's family. But that too has gone. I become more lenient now, accepting his brand new family bit by bit, but still I have this 'unfit' feeling.

Tudiaaaa entri merapu kan. Takpe la sekali sekala merapu pasal hati dan perasaan katanya.

Jadinya, semua orang dah ada hidup sendiri. I have my own. I'll live my own if I have to.

And Adik still haven't reply my text about the baby.


28 Ogos 2007

3 hari aku bertungkus lumus menyiapkan proposal. Masuk hari ni dah hari keempat. Journal yang aku baca dulu-dulu yang haram sepatah aku tak paham, tetibe paham pulak dek kerana nak menyiapkan proposal ni.

Aku mula-mula macam risau jugak, ye la dah 6 bulan kat sini takkan tak hantar-hantar lagi proposal kot? Bukan kat Malaysia aritu dah buat ke? Ekceli, sistem kat sini proposal mesti dihantar dalam masa 6 bulan lepas mendaftar. Kalau belum hantar tak semestinye ko takleh buat eksperimen or kajian kau. Macam aku ni proposal tak hantar lagi, tapi gigih tak sangka laaaa buat first eksperimen aku. Dah boleh tulis paper dah (kalau nak).

Kat Malaysia dulu memang la dah buat proposal, sebab kalau nak lulus cuti belajar wajib kena ada proposal. Aku dulu main taram je buat sebab bende yang aku buat sekarang ni takde orang buat lagi kat Malaysia. Aku rase takde orang Malaysia baca pun. Yang baca research journals pun tak ramai, inikan pulak orang nak baca pasal non-linear processing mechanisms in processing second-order visual information ye tak.

Tu diaaa mula dahh research diaaaaa....

Anyway, proposal yang aku buat kat Malaysia dulu takde sape baca pun. Yang baca aku sorang dengan Prof Sharan, itu pun sebab dia memang dalam bidang psychophysics ni walaupun research direction dia lain sikit aku rasa. Optometrist lain pegang proposal aku, selak-selak kejap, muke konpius pastu jadik gile. Hehe. Ekceli psychophysics ni best sebenarnya, imaginasi kene tinggi sebab nak kena speculate macamana otak kau proses bende yang kau nampak. Atas sebab inilah aku pun kadang-kadang psycho jugak.. Huhu..

Mase aku meeting untuk kelulusan cuti belajar dulu lagi la. Ada sorang colleague aku, Kak Farah. Proposal dia pasal stem cells. Punya la banyak soalaaaaaannn.. Semua bende nak tanya. Significance of research la, itu la, ini la. Proposal aku lepas gitu aje sebab aku rase diorang tak paham pun aku nak buat. Tapi ada sokongan dekan dengan ketua jabatan kan sebagai bidang tujahan kritikal. So orang-orang Bangi pasrah aje la kot.. Hikhik.

Aaaaanyway, berbalik pada kerisauan tak hantar lagi proposal. Sistem kat sini memang soh hantar proposal dalam 6 bulan lepas mendaftar. Lagipun, meeting untuk luluskan proposal pun 6 bulan sekali, kau meradak2 siap awal pun bukannye jadi ape pun. Kena submit 5 Oktober, tapi sekarang ni dah kena siapkan. Sebab memang aku jangka akan ada loooooong process of correction dengan Sarah. Biasa la, dia nak semua perfect. Apalah sangat proposal aku ni nak lepas sekali je tapisan dia ye tak. AKu pun rase mesti dia nak tambah-tambah lagi punya, aku tak kisah pun. Pasal aku pun tak larat dah nak pikir nak tambah apa dah.

Hari-hari bawak balik dua file dengan berpuluh-puluh research papers. Memang la tak baca semua, tapi kalau bawak balik sikit-sikit, karang yang aku nak baca dan rujuk, yang tu lah tertinggal kat lab. Senang cerita aku bawak semua terus ke hulu ke hilir. Puas hati aku.

Haahahahaaa. AKu nak jadi psycho kejaplah.

Blah dulu. Roger and out.


20 Ogos 2007

Aiyohhh pening kepala pakcik.

Aku dah plan dengan Huda nak ke London bulan depan. Agenda: jalan-jalan carik pasal. Tiket bas semua dah beli dah. Lengkap semua dah, beria-ria betul ni. Sehari lepas aku dah selesai beli tiket bas semua, aku call la rumah. Rumah Mesia la. Sekali dapat tau, parents aku nak melawat Abang Noris seminggu sebelum puasa sampailah minggu kedua puasa. Kat Dubai! Waaa nak piii..

Nak tunggu balik raya, memang takde harapanlah sebab mase raya tu memang bizi macam lahanat kat sini. Kut nak balik time cuti panjang pun masa Raya Haji, tu pun sebab kat sini cuti Krismas panjang. Masalahnye pulak, parents aku pergi haji! Ape kejadahnye aku balik kalau takde sapa kat Malaysia ye tak?

So aku pun ushar-ushar la tiket katebang ke Dubai dari Londang ni. Ehhh London. Dapat la yang murah giler babet, cuma £250 aje naik Alitalia. Sekali tengok-tengok aku ada teaching training pulakkk...

Teaching training ni latihan wajib untuk student postgrad kalau nak mengajar undergrad. Dapat la berpound-pound sterling sejam kalau mengajar. Tapi tu la, tarikh start training tu dekat sangat dengan tarikh aku balik dari London. Gap 5 hari. Maknenye dalam masa 5 hari tu kena naik katebang, gi Dubai, bergumbira (eh bulan puasa, takleh bergumbira tak tentu pasal) pastu balik sini, pastu zaaasssttttt pergi training. Dah la katebang tu nanti singgah Milan segala. Pecah kepala otak aku.

Disebabkan bertindih dengan tarikh training tu la aku terpaksa melepaskan tiket £250 tu.. Huhuuuu apasal la katebang tu takde tiket lagi awal dengan harga yang sama. Untuk tarikh yang bersesuaian dengan jadual, harga tiket paling murah £289, naik Royal Brunei.

Hmm.. nak pergi Dubai ke taknak ek? Rase naaaaakkk sangat.. Tapi tu la. Training lagi. Hantar proposal dah la minggu first Oktober. Tu tarikh submit tu, maknenye nak bincang, draft, re-draft proposal dengan supervisor aku mau makan sebulan. Hm, macam tak pergi Dubai aje aku ni.

Teringin pulak nak puasa kat Dubai. Yang penting nak jumpa parents aku.

Takpelah. Balik Easter tahun depan kot. Dalam bulan Mac macam tu. Time tu cuti gak kat sini, tapi takde mende la kat Malaysia. Tak pergi Dubai kot, tapi ke Malaysia terus. Dubai lain thaun pergi. Tu pun kalau abang Noris still kerja kat situ.

Takpelah. Nanti kalau aku nekad gak nak pergi Dubai, aku betau. Haha. Bukan boleh kira sangat aku ni.


13 Ogos 2007. 1.10 am

Just finished my second abstract for BCOVS.

Yup, my second.

Remember my previous entry, where I had to write another different abstract for differnt conference?

Anyway, it is done now. Just have to email it to Sarah in the morning and get her feedback.

And get a poster planned and done by Friday!


12 Ogos 2007. 11.50 pm

A card from Lee and Monika.

A bag of cookies from Sarah.

Never felt better. :)


I've removed the entry of 4th August 2007.

For those of you who managed to read it, it was the entry about how I, emotionally balanced, defended myself about the being a so-called true Malaysian issue.

I can't believe I just caved in, just because a fat-ass did not like my comment in somebody else's blog.

I thought I would feel better if I give a lengthy explaination about the issue. Well, apparently not. In fact, I feel better now after removing the entry and call the one who proclaim herself a true Malaysian a fat-ass.

Ahhh I AM feeling better now..

I always get what I want. I work for it, and it has always been that way.


10 Ogos 2007

Just added this one. Bloody awesome!

The story begins in the fifties.
When a group of young men and women
went on a journey of 8,000 miles. to a place called Kirkby.

Faced with the unknown,
braving the unfamiliar,
they were the pioneers of an idea that had never been tried
anywhere else in the world

a college set up in a foreign land
to train those who'd be the foundation of a country's future
And it was here Tunku Abdul Rahman first announced
the date when our country would truly become ours.

Coming home,
they spread to every corner of our land
Shaping minds,
teaching our young
and setting the trail for all our chilfren to follow

On this, the 48th year of our independence
even as we celebrate how far we've come
we also remember the spirit of adventure
that started so long ago

We're proud to have been a part of this
And all of Malaysia's stories
where men and women
had spread their wings to the world

Selamat hari merdeka Malaysia
wherever you are

Ps: This wonderful ad was made two years ago.
I wonder why I haven't seen them before?

9 Ogos 2007

Saw this ad on YouTube a few days back. Meremang bulu roma den tengok ad ni. Hmm.. A constant reminder of what I really, really want to do.

Nope, I don't want to be a steward or flight attendant.

Somewhere in the past I did mention that I had applied for cadet pilot, at the same time I applied for tutor. Somewhow somewhere, my application probably got buried or missing. No luck there.

If I was not doing whatever I am doing right now, I would probably be involved in creative media. Film studies. Or creative technology. Whatever you call for a field which you produce something like in the vid.

It has always been interesting for me to be involved in something, producing creative ads. You know that you have got your message across, if your audience shiver and stay in silence while watching. Same like this ad, at least to me.

Hell, back in 1997, I even dreamt of owning an airline company. I guess becuase I liked the corporate feel, which I still do now. See how professional the video is? It is so.. corporate. Has its own unspeakable luxurious (is this the right word? Well, whatever - you know what I mean) influence coming right at you.

Well, whatever it is that I am doing right now, I am going to do it properly. I was born to accomplish something, and I'll do it nearest to perfection.

OK udah mengarut. Takde mende pun tetiba terasa nak ngapdet. Dah, sambung kerja pulak.


8 Ogos 2007

Mula-mula aku dah taip something kat sini. Tapi pikir-pikir balik takpelah, lain kali je lah. Aku masih boleh berfikir sebelum bertindak dan berlata-kata. Haahaaa misteri kannn??

Aaaaaanyway, aku pun tengah banyak kerja nie. Nak siapkan abstract & poster untuk BCOVS (British Congress of Optometry & Vision Science. Tahun ni buat dekat Belfast. Yuhuuuu berjalan! Takde la berjalan, tapi naik katebang. Pakai duit sendiri ye, funding takde. Yillek. Takpelah, lagipun aku spend untuk konferens gini bukannya pergi meraban tak tentu pasal. Takpelah ikat perut sikit lepas ni.

Haritu dah buat draft untuk abstrak, tapi kena ubah pulak sebab nak dekat sama dengan Sarah buat untuk ECVP. Abis dah itu aje yang kitorang bincang selama ni, so aku pun ter-duplicate la idea tu untuk poster ni. Ethically, seseorang researcher tu tak boleh present benda yang sama dalam dua konferens yang berlainan. Kena la sesuatu penemuan atau terokaan yang baru dan bukan duplicate. Dalam erti kata lain, aku kena buat la buat balik. Lagipun den punyo konferens ni peringkat kebangsaan Britain yo, Sarah poei peringkat dunio. Sapolah den nak melawan supervisor den.

Ahha, yang lagi best tu, balik dari Belfast nanti Huda turun dari Aberdeen dan kitorang nak jumpe kat London. Punye la excited, tiket pergi balik pun dah beli dah tadik. Kat sini beli tiket awal boleh dapat murah, aku beli tadi pun singgit aje (singgit = £1 ye. Tapi kire murah nak mati la tu kalau standard sini). Aku ni name aje dah berjanggut kat sini, London pun pergi setakat stesen ketapi Liverpool St aje. Huda yang duduk hujung Scotland tu pun dah berjalan merata dah. Gigih betul dia. Aku lak gigih dalam lab semanjang.

Ahhahahha tak sabarnya tak sabarnyaaaaa..


2 Ogos 2007

Dua hari lepas, Sarah bawak anak dia datang lab. Jadi, berkenal-kenalan la aku dengan diorang.

Sarah cakap kat anak dia yang umur 5 tahun tu, "This is Izzu. Izzu is working very hard for mommy,"

Tau ape anak dia jawab?

" I don't care,"

Alahaaaiiii.. Nasib baik omak kau supervisor den. Kut tak mau den tangan-tangankan'eh budak ni.


Kat tempat aku tinggal ni, ada satu kedai runcit jual barang dari Singapura dengan Malaysia. Kat kedai ni bukan setakat daun pandan, belacan dengan pekasam pun ada. Gempak betul.

Semalam aku pergi la kedai ni. Dah kenal la jugak dengan tokei kedai tu, 2 nyonya adik beradik dari Setiawan. Sambil membeli tu, bergebang la.

Nak dijadikan cerita, keluar la topik pasal berhijrah ke sini. Ye ye nyonya tu cerita pasal dia dan betapa seronotnya berhijrah ke sini. Pujuk-pujuk aku suruh bayar balik aje biasiswa lepas habis PhD dan terus stay kat sini.

Well, to be honest, aku memang ada sedikit intention untuk stay kat sini. Or the Continent. But I feel like betraying my country if I just pay everything back after 3 years without serving my country at all. Ye la, mungkin negara asal kita ada kekurangan dalam beberapa hal kalau nak banding dengan negara maju. Abih tu macamana nak atasi kekurangan tu kalau warganegara yang expert semua lari pergi oversea ye tak? Sebab tu la gomen buat RMK9, hantar orang belajar satu dunia - sebab nak menambah kepakaran dalam negara la! (ewahh rasa macam politikus pulak. ahaks!)

Aku tak nak la jadi macam ada sorang manusia kat tempat aku tu. Orang hantar gi belajar luar negara dengan harapan dapat la berkhidmat balik lepas tu. Rupenye dia amik kesempatan cari ruang lepas tu habis aje belajar, terus bayar balik biasiswa dan blah macam tu aje. Bak kata KJ aku, memang la tak salah kalau nak bayar, tapi bende-bende macam ni mengganggu perancangan jabatan/fakulti/universiti la kan. Bertahun-tahun orang tunggu ko balik, alih-alih angkat kaki gitu aje. Sape tak frust kan.

Pada aku, tak kisah la aku betul-betul nak migrate ke tidak, the most important thing is for me to serve my country. Kalau kontrak aku cakap aku kena berkhidmat 7 tahun, 7 tahun la aku stay. Pastikan local expertise dah established. Lepas tu baru fikir nak maintain atau cari peluang baru di benua lain. Alah, kerja melambak kat sini untuk kelulusan aku. Takde masalah punya. Rezeki datang bergolek kalau ikhlas dan buat baik dengan orang.

I don't want to betray my country. Even thinking about it make me feel like stabbing myself right through the heart.


23 Julai 2007

OK, I admit it - I am totally amazed on how people, doing a doctorate research could find the time, sometimes up to 3 to 4 days, to roam around, sightseeing and doing things other than research.

Well, I might sound like a research freak, but I can't help to wonder whether they are not occupied at all their research? I am totally, totally occupied. Lots of things to be done. And I am not ashamed to admit that my research IS fun. It's exciting. It really makes me think of how things work inside ourselves.

Some people might say, it's not always that you are in a foreign country, so this is the only opportunity for you to go sightseeing here and there (thus putting research waaaaayyy out of the to-do list) because we might not have the chance to come here anymore in the future.

Honestly, that's bullshit.

First, I am happy with the way I work right now. Yes, it's definitely tiring, working in the weekends, 12-13 hours a day. But the exciment that one can get, the discovery of the knowledge is beyond comparison. If people can say, there's so much out there to be seen, well, to me, there's so many things inside my lab waiting to be discovered.

Going for sightseeing can wait. I know what should take precedence. I totally object the idea that we should spend our time seeing places just because we might not have the chance to come again. That's so lame. I don't mind, since I know and I have the target that I'll be rich enough to come visit this place over and over again.

Hubel & Wiesel made a discovery in the 60's when they did research on how cells in various parts of the visual system, especially in the visual cortex respond to certain visual stimuli. Quoting from their book , Brain & Visual Perception:

While never denying the importance of luck, we would rather say that it was more a matter of bullheaded persistence; a refusal to give up when we seemed to be getting nowhere.

If something is there and you try hard enough and long enough, you may find it; without the persistence, you certainly won't.

To those who are doing research out htere, my countrymen or not, good luck guys. :)


14 Julai 2007

Lame pulak tak mengapdet. Biasa la, bizi. Ini betul-betul punya bizi ni, bukan alasan aje. 3.4 minggu ni kerja aku dok analyze data, re-analyze dan reanalyze lagi, sambil cuba untuk membuat kesimpulan tentang result eksperimen aku. Bab ni yang payah sikit.

Kalau sempat habiskan analisis dengan data collection ni, boleh la nama aku masuk untuk poster kat ECVP (European Convention of Visual Perception) hujung bulan lapan ni. Kat Arezzo, Italy tuuu.. Kalau aku tak pergi pun tak kisah, asalkan dapat hantar poster. Boleh berlagak sket pasni dah ada poster. Hehe.

Sekarang nak target untuk present kat VSS summer tahun depan. So kene kerje keras lagi. Abih beruban betul la aku lepas ni.

VSS. Dekat Sarasota, Florida.

Florida here I come!

(As long as ada meaningful results!)


25 Jun 2007

::Gigih!::


Jam 8.40 malam. Dekat lab. Haha.

Dah dekat 2 minggu aku stay back rasanya. Kadang2 kat lab, kadang2 kat library. Biasanya pukul 4 - 5 petang aku balik rumah kejap, mandi, masak, melantak dan bergumbira sebelum datang ke lab balik. Tadi masa aku sampai ke fakulti, dekat tangga terselisih dengan Monika. Monika ni senior lecturer kat dept aku tapi tersangatlah muda dan tersangatlah baik. Haha aku sukaaaaaaaaaa sangat kat dia sbb dia sporting. Ahaks!

Dia nampak aje muka aku, terus dia cakap, "Turn back! You've gone the wrong way! Turn back home!" Haha dia tau aku ada so-called shift malam kat lab sekarang, tu yang dia suruh aku balik tu. Yo-oh-oh je.

Oh ye. Aku dah pindah rumah baru Sabtu lepas. Best gile laaa... Sangat la bersih. Sangat la berperaturan (sebab aku rasa semua dalam rumah tu sangat la matured dan dah bekerja). Kalau rumah lama aku, sume housemates aku budak undergrad jadi perangai tau tau je la kan. Rumah baru ni ada peraturan bila nak memasak, bila masuk/keluar rumah, peraturan guna broadband, peraturan kat bilik air untuk kencing pun ada (tak payah la aku cerita ape peraturan kencing tu ek).

Ada sorang Italian tu, Roberto nama dia. Aku rasa dia ni ala-ala macam head of the households sebab nampak macam paling tua and paling banyak wisdom dalam rumah tu. Siap tanya aku lagi, how's your first night la, if everything's fine la. Best best. Aku siap ada ambik2 gambar lagi tapi tak sempat nak transfer. Yang lagi bestnya rumah ni, sebab dia sangat la bersih walau ada 5 lelaki dalam tu. Jadi bila dah bersih, aku pun automatik terjadi pembersih. Ye la kalau kat dapur tu setitik air pun takde lepas orang lain masak, takkan aku nak buat kecah pulak ye tak.

Sedar tak sedar dah empat bulan aku kat sini ek. Tak sangka pulak. Apa yang aku dah dapat dalam 4 bulan ni ye? Kepala dah makin sarat. Research papers dah berjela-jela. Dan lepas 4 bulan, aku dapat graf yang makin membentuk research aku.

Mula-mula ingat nak letak graf tu kat sini. Nak tunjuk yang graf yang membuatkan aku rasa sangat teruja sekarang ni. Tapi pikir2 balik, tak jadilah. Banyak pulak info dalam graf tu. Bidang aku ni cepat sangat evolve, nanti tak pasal2 ada orang lain nampak, 2-3 minggu lagi keluar pulak paper dengan result macam result aku. Tak ke nangis dibuatnya. (Buat yang tak tau, bidang research ni mementingkan keaslian/ke-original-an research. Kalau orang lain publish benda yang sama yang kau buat, maknanya bende kau tu dah tak original walaupun kau tak pernah jumpa orang yang publish lebih awal dari kau tu. Rasa nak tumbuk aje dia kan?)

OK lah. Lepas ni nak baca paper lak, lusa kene diskas dengan Sarah. Sementara aku masih teruja ni baik aku pergi baca apa yang patut dulu.

Salamzz#


23 Jun 2007

::Gigih!::


Gigih gila laaa... Masa aku duduk kat Alor Setar dulu, kalau orang cakap kat kau "tu dia..gigih tak sangkaaa laaa.." maknanya kau terlebih rajin dan orang tu mengata kau sebenarnya.

Dan sekarang ni aku rasa aku berada dalam fasa yang teramatlah gigih. Cumanya kat sini, aku rasa best sebab takde sape nak mengata. Lantak la kalau orang nak mengata pun, asalkan tak mintak duit aku, sudah.

Tadi ada Vision Journal Club meeting. Lepas tu lari-lari pergi masjid untuk solat Jumaat. Dan lepas dinner seawal 5 petang, aku pun mula la meng-konsentret tahap cipan. Fasa kedua research aku - interpret dan analyse data. Uhuhuhuhu.

Meja yang berselerak rabak. Mana pernah kemas pun. Kalau kemas, tak nampak la macam banyak kerja ye tak? Meja Sarah lagi horror. Tiap kali nak cari satu-satu journal paper, tiap kali tu lah kena punggah.

Pindah data dari komputer eksperimen. Arrange. Sort. Feed into IGor. Generate graph. Modify. Dan modify. Dan modify. Tadaaaa!!!!!

Close up graphs. Nampak macam best je kan? Tapi chi square value besar nak mati. Takkan tak valid kot... Macam nak mati aku buat eksperimen. Ini baru analyse data yang aku rasa konfiden reliable ni. Kalau dengan yang aku tak konfiden reliable tu entah macamana la agaknya.

11 malam, maka terpaksa memulangkan diri ke rumah. Sebelum kepala aku keluar air. Atau sebelum security guard hambat aku balik. Tak pasallll..

Oh ye. Tadi dah pergi jumpa landlord baru. Habis bayar deposit. Nak kena pindah rumah baru ni. Hahaha best best best. Tapi Sebastian takde... Haha motifff?!


22 Jun 2007

::Perpisahan::


Tadi, aku ingatkan aku tinggal sorang-sorang aje kat rumah.

Lepas azan Maghrib tadi (azan pakai software aje), ada orang ketuk pintu bilik aku. Sebastian.

Dia nak balik esok. Malam ni dia tidur rumah kawan sebab nak kejar train ke Stansted Airport esok.

Terharu kejap. Sempat dia jumpa aku sebelum balik ye. Huhu. Sembang lama jugak. Dia bagi email address semua. Siap suruh aku ulang sebut takut-takut nanti salah.

Aku cakap la kat dia, memandangkan dia orang pertama yang aku kenal kat rumah ni, aku nak bagi dia something. Aku bagi name card holder yang aku dapat masa 25th Optomery UKM Celebration (mati aku kalau Dr Bariah tau aku bagi cenderamata tu kat orang!). Sebastian nampak aje, dia menjerit kesukaan, "Petronas Twin Towers!" Ada la ukiran KLCC kat namecard tu dan dia kenal. Yang tak tahan tu, dia siap peluk aku lepas tu. Haha teruja benar..

So sembang-sembang. Pasal dia belajar nanti dekat Berlin. Dan berjanji akan jumpa semula tahun 2010. Jemput aku ke Berlin dan Bradenburg. Pasal ke California.

Hmm. Sedihnya sedihnya. Terharu sekejap. Tetibe teringat lagu Anuar Zain tu. "Perpisahan". Tak pasalll..

PS: Eh, dia nampak tak ek wallpaper laptop aku? Huhu

Sebastian and Alex. My two very good housemates. Huhu.


19 Jun 2007

::Kantoi!::


Quote entry 18 Jun 2007:
Kesudahannya, harini aku melantak tidur dalam lab. Ape pun tak buat. Eksperimen ke mana, jernel ke mana. Haha. Nasib baik hari ni aku sorang2 je dalam lab so takde la kantoi.

Yeaaa aku kantoi sebenarnya yea.. Kantoi dengan supervisor lak tu. Ciss camne Sarah boleh datang lab pulak hari Isnin. Selalunya Isnin full day dia dekat Addenbrooke's Hospital. Tu yang aku konpiden tidur tu. Tetiba hari ni dia menjenguk lab pulak.

Nota: Dialog di bawah dialihbahasa untuk sebab-sebab keselamatan.

Sarah cakap, "Tu la nak habaq mai... Cek mai jengah lab kemarin, tengok hang dok elok aja ataih khusi tu. Sekali cek mai dekat, dok lena ghupanya! Dengan ketaih jernel dok merata, komputer dok on. Cek ingat nak kejut tapi tak sampai hati cek. Cek tau Izud dok keje keghaih nak buat research ni semua... Takpa la nooo..."

Nasib baik aku tidor masa baca paper. Dan masa paper dok bertimbun atas meja. So nampak la rajin tahap dewa dewi sikit kan? Haha.

Apa-apa pun, nasib baik dia tak masuk masa aku tidur bawah meja later that day. Kut tak lagi haru. Huhu.

Anyway dah kantoi. Tapi jadik bahan gelak pulak. Hampeh tol. Tapi masa semalam dicuri kembali dengan pergi library sampai 11 malam. Lagi efektif dari dok rumah. Boleh dijadikan amalan seharian ni.

Tak lama lagi jadi robot la akuuuu...


18 Jun 2007

Baru kejap tadi sembang panjang dengan Sebastian, housemate aku tu. Jumaat ni dia nak balik Jerman dah. Lepas 3 tahun baru datang sini balik untuk final year.

Waaaaa sedihnya sedihnya sedihnya.

Eh, bukannya sedih apa. Sedih sebab sorang demi sorang housemates aku dah balik. Alex dah balik Norwich. Milan dah balik Serbia (aku rasa dia orang Serbia). Esok yang budak China tu pulak balik. Aku takde la rapat sangat dengan diorang tapi ada la sekali sekala bergaul mesra. Paling tak best sebab aku paling last sekali keluar. Macam sunyi je rasa.

Oh ye dapat gosip baru. Si Milan tu hisap cannabis ghupenye. Patutle dok bau semacam jer. Sebastian terkejut pulak sebab aku tak tau pasal ni. "Where have you been all this while?" siap terbeliak-beliak mata.

Mana la aku nak tau. Takkan aku nak bertandang ke bilik orang lain tak tentu pasal ye tak. Bau cannabis pun aku tak kenal. Mmm takesahlah. Yang penting dah ada kawan yang bakal tinggal di Berlin sekarang untuk diperguna dan diperkuda-kudakan. Haha. Ceh, aku ni cakap je lebih. Kawan satu Europe ada dah tapi bila ada opportunity banyak lak alasan tak leh pegi. Nanti la masa next year's summer kot. Dah secure subjek and proposal baru konpiden sikit nak pergi berjalan ye tak.

::Basikal::


Semalam hari Ahad, keluar jalan-jalan naik basikal bersukaria. Aku rasa ada lebih 15 batu aku naik basikal semalam follow River Cam. Kesudahannya, harini aku melantak tidur dalam lab. Ape pun tak buat. Eksperimen ke mana, jernel ke mana. Haha. Nasib baik hari ni aku sorang2 je dalam lab so takde la kantoi.

Naik basikal semalam menyusuri river Cam ikut National Cycle Trail (iye kot namanya ni). Jalan ni memang dikhaskan untuk orang naik basikal cross country. Kalau kau ada peta yang lengkap, secara teknikalnya dengan naik basikal, kau boleh kayuh sampai Scotland. Tak ke gempak tu.

Pergi naik basikal lalala ni dengan Lee. Lee ni lecturer dekat department aku, dan dia orang Malaysia sebenarnya. Kiranya berhijrah la. Seronok mengacau si Lee ni sebenarnya. Hehe. Mula-mula naik sampai kat satu tempat nama Waterbeach. Aku rasa macam pekan, sebab besar. Tapi Lee insist tempat tu taraf kampung sebenarnya. Kalau kat Malaysia dah lagi grand pada pekan dah aku rasa. Gambar takde pasal aku tak suka gambar2 yang ambik kat sini. So nasib la kan. Haha.

Menyusuri River Cam ni turut melewati kelab orang-orang kaya Cambridge. Tu yang ada yacht segala tu.

Sebenarnya River Cam ni bukan sungai asalnya tapi terusan. Masa zaman dulu-dulu diorang buat sebab kawasan ni dulu paya sebenarnya. Bila dah ada terusan, diorang pun keringkan la dan tanah ni dijadikan kawasan tempat tinggal dan pertanian. Terusan ni pun kira amat la signifikan, sebab jadi jalan perdagangan untuk bawak kapas ke kawasan timur England untuk industri tekstil. Itu yang sampai sekarang ada lagi orang tinggal kat boathouse, sebab nak tunjuk punya pentingnya jalan pengangkutan air ni. Sekarang semua orang naik ketapi jer. Huhu.

Fakta di atas ada la aku baca somewhere. Tah betul tak tidak. Betul kot. Percaya la cakap aku.

Makanya terus la kami menyusuri sungai ni. Ada banyak pintu air sebenarnya kat sini. Ala, macam pintu air kat bendang sawah padi kat Malaysia tu. Punye la banyak sebab nak kawal aras air kan. Karang tak pasal jadi paya balik Cambridge ni.

Setelah berbasikal berpelaung-pelaung jauhnya, balik la jugak kitorang. Penatnya yarabbi.... Dah la time nak balik siap sesat-sesat semua. Tah mana-mana tah aku sampai.

Jadi, itulah justifikasi kenapa aku tidur satu hari dalam lab hari ni...


14 Jun 2007

Entri kali ni panjang berjela. Aku pun tak tau kenapa rajin pulak tetiba. Sebenarnya banyak kali dah cubaan dibuat untuk cerita tapi aku malas nak transfer & resize gambar. Tetibe malam ni dapat pencerahan agung pulak. So enjoy!

::Makan::


Baru kejap ni balik dari dinner dengan Kak Intan & Fendi. Dekat Kohinoor. Fendi ni dulu antara orang pertama yang aku email sebelum datang sini. Konon nak cari housemates Malaysians la sebelum terbang sini la kan. Sekali amik ko - Cambridge ni lain ye. Anyway aku rasa ok gak sebab kekurangan orang Malaysia dekat sini buat aku boleh la berdikari lebih sikit. Ye la sampai bila nak bergantung kat orang ye tak? Nasib baik la ada Kak Intan yang jemput aku dulu.

Ni kira first time aku luangkan masa dengan Fendi. Dulu ada la jumpa sekejap masa pergi Oxford dulu tapi tak sempat nak cakap panjang. Harini ambik ko. Macam-macam cerita keluar. Fendi nak balik dah awal bulan depan. Bestnya! Tapi aku setuju jugak dengan dia - seronok jugak dekat sini sebenarnya. Bila sampai masanya rasa sayang pulak nak tinggalkan. Ye la kat sini tanggungjawabnya belajar aje, tak payah nak pikir yang bukan-bukan. Agaknya la.

Makan!

Hanya dengan £9.95, boleh dapat Thursday night special - starter, main dish, side dish, rice dengan naan. Mula-mula nampak nasik sikit aje. Sekali tak larat nak makan pulak. Naan pun aku tak sempat sentuh.

Macam-macam cerita keluar. Seronok jugak keluar dengan Malaysians ni. Ye la, berapa kerat aje yang ada kat sini. Bila jumpa mestilah tak ingat dunia sekejap. Yang tak tahan tu, dapat complimentary wine semua cukup. Waiter tu cakap sorry. Tapi takleh tukar pulak kopi yang kitorang order tu jadi complimentary. Cisss...

So, bil pun datang. Semua sekali £36.35. Kitorang bagila £46.35. Berjanggut pulak tunggu baki. Lepas tu boleh pulak waiter tu cakap, "Oh, I thought the £10 was a tip,"

Banyak cantik!

Akhirnya sebab kesian dan rasa bersalah kitorang tinggalkan dia £5. Eh, bukan kitorang, Kak Intan denga Fendi aje yang chip in, Aku tumpang kesian aje. Hehe.


::Rounders::

Semalam aku ada game rounders. Ekceli game ni friendly match antara faculty staff Cambridge Campus. Kononnya untuk release stress la, sebab katanya banyak pensyarah ni yang tensi-tensi sebab nak kejar deadline untuk submit markah.

Mula-mula game tu ok la. Tapi bila dah nak habis tu dah makin bengong. Siap ada orang mabuk mana tah join pukul bola sekali. Yang tak tahan tu, pukul kena & dapat habiskan satu round & dapat point sekali! Umpire pun takleh pakai.

It turned ugly in the end. Biasa la, bila adrenaline, testosterone, estrogen segala dah penuh satu badan. Bertumbuk la pulak. Berdarah-darah membuak-buak semua cukup. Terasa macam flashback World Cup haritu pulak. Bermula dengan perang mulut (dipercayai ada unsur racist) sampai la penumbuk naik memecah hidung. Bestnya bestnya suka suka suka (dah bukan aku yang kena).

Aku rasa bermula haritu, team aku - Science & Technology akan ada sworn arch enemy (team aku la yang terlibat dengan gaduh ni!). Dengan fakulti mana kitorang bertumbuk pun kitorang tak tau. Main belasah aje. Hehe.

Malam lepas match tu aku tidur lambat. Sebab masih excited kot. Dan of course la bangun pun lambat kan. Jalan ke fakulti pun menonong aje. Orang bawak kereta sorong baby pun senang-senang je potong aku tadi.

Aku bagitau Sarah pasal gaduh ni masa dia jenguk ke lab pagi tadi. Dia kira-kiranya terkejut la. Masa nak keluar dari lab tu dia cakap - "Well, I need to go now and spread the gossip!"

Bangga aku ada supervisor gitu. Hehe.

::Fair::


Dua minggu lepas pergi ke Strawberry Fair kat Midsummer Common dengan Vineela, sorang lagi budak postgrad kat lab aku.

Awat tak tau. Hehe

Masa tu dah boring-boring kat lab buat eksperimen dari pagi kan. So gi la berjalan kejap. Strawberry Fair ni annual event kat Cambridge, sejak 35 tahun lepas kot. Antara acara utama adalah piknik-piknik dan bersuka ria menikmati matahari. Tapi bersukaria ni bersukaria versi orang putih la. Aku rase panas nak mampus haritu tapi diorang suka. Nak buat macam mana.

Ada band, kedai makan-makan, gerai-gerai jual barang merepek-repek, kiranya macam-macam adalah. Seronok bebenor orang sini dengan summer. Sebenarnya diorang cakap, Strawberry Fair ni asalnya untuk famili datang berpiknik, sambil menikmati strawberry (udah name pun Strawberry Fair. Kalau nama dia Durian Fair, makan durian la pulak). Tapi diorang cakap semenjak beberapa tahun lepas, tujuan dan halatuju fair ni dah macam terpesong sikit. Ada anasir-anasir luar dah masuk. CD pirate pun boleh jumpe kat sini ye. Kagum aku. Ingatkan kat UK takde!

Jadi, kalau nak bayangkan fair ni, senang aje. Ko bayangkan Karnival Jom Heboh.

Dapat?

OK, buang sign TV3. Gandakan kemeriahan dengan 10 kali ganda. More exposed skin, less clothes on. Dan tambah beer dua tiga belas lori. Dan selepas 6 petang, boleh tambah cannabis dan marijuana.

Dapat bayangkan? Dasat tak?


13 Jun 2007

Haritu masa tengah buat eksperimen, aku tiba-tiba teringat kat Shya, ex-classmate aku.

Hari ni lagi best.

Masa tengah buat eksperimen, tiba-tiba aku sibuk berfikir nak pakai baju apa masa kahwin nanti.


11 Jun 2007

updated 16 hours later

Nak kata takde kerja, kerja melambak. Tapi dah 3 kali update. Macamana tu?

Tadi jumpa Alex. Housemate aku. Lagi dua jam nak balik Norwich. Summer vacation dah mula kan, seronok la budak-budak undergrad. Tinggal la aku terkulat-kulat. Tak best betul.

Aku dah tengok-tengok brochure pasal nak travel ke mainland Europe. Macam best pulak. Teringin la pulak nak backpacking.

Opsss sabar.. Jangan lupa tujuan ke sini. Nak menikmati: dah habis segala urusan yang perlu baru menikmati. AKu tak dibayar dengan duit pembayar cukai untuk dihabiskan sesuka hati. Dah habis belajar nanti, pusinglah puas-puas, tak siapa nak larang.

Cheewwaaah!


updated 7 hours later

Kuala Lumpur banjir teruk lagi. Same thing happened about exactly four years ago, and I was there.


Empat tahun lepas, di kampus, kelas abis awal. Hujan lebat. Tp aku dah merancang nak ke Spital Putrajaya. Nak tgk ibu sebab 2 hari sblm tu ibu collapse kat Masjid Putrajaya.

Empat tahun lepas, aku naik STAR dekat stesen Bandaraya. Hujan masih lebat, tren lambat sbb dia stop tgh jalan. Dapat tren, aku naik sampai Bandar Tasik Selatan. Kat situ, aku naik pulak KLIA Express sampai Putrajaya. Semata-mata nka jumpa ibu. Hujan lebat. Sampai situ ayah aku ambik & terus pergi spital.

Empat tahun lepas, aku pergi wad 4B. Hujan lebat. Kat situ, aku jumpa ibu.
Sembang-sembang.
Pimpin ibu gi tandas.
Ibu ajak kongsi dinner dgn dia.
Makan anggur dgn ibu.
Pukul 8, waktu melawat tamat dan aku kena balik.

Empat tahun lepas, banjir kilat berlaku sampai jem gile.
Empat tahun lepas, itulah kali terakhir aku jumpe ibu.
Empat tahun lepas, itulah kali terakhir aku mkn dgn ibu.
EMpat tahun lepas, itulah kali terakhir aku cium ibu...

Sayang ibu.

10 jun 2003.hospital putrajaya

11 jun. Selamat harijadi ibu.


9 Jun 2007.

Izzud Online Journal kini berusia empat tahun.


4 Jun 2007

Nak melankolik kejap la. Boleh tak?

Pagi tadi dok buat eksperimen kat lab, tetibe teringat kat Shya.

Ada ke tetibe teringat kat x-coursemate time tengah buat eksperimen. Gile ape. Kalo dok tengah belek2 gambar lama, takpe la jugak, ini tengah tengok skrin komputer gambar menatang ape tah (well, ekceli bukan menatang, tapi first-order target embedded in modulated dynamic noise. Haaa amik ko sekali aku cakap pasal research!)

So abis eksperimen, aku pun gigih la menalipon si Shya ni. Mule-mule tak kenal suara aku. Ye ye la cakap tak kenal. Bile aku cakap "ni orang jauh talipon ni..."

Baru kenal. Diikuti gaya-gaya suara. Dan aktiviti hampir terbabas (sebab dia tengah drive mase tu, dan dia melatah kejap. Terbabas la tu

kot).

"Eh, hang tak balik ka??"

"2010 nanti aku balik la,"

"Abih hang tak balik kawen kaa??"

"Awatnya? Balik 2010 nanti aku kawen la. Baru umoq 27 masa tu,"

"Hmmmphh lambat la lagu tuu..."

Hmmm. Banyak yang aku tertinggal. Kioq dah kawen. Moli dah kawen. Shya dgn mamat tu (hehe) tah bile tah.

"Tu la dia kena buat correction mau makan lagi 6 bulan. Habih tu makin lambat la aku nak kawen,"

"Tu la pasai. Baik hang tunggu aku. Tah tah aku siap lagi awai dari dia,"

Hehe. Lawak ni hanya difahami oleh orang-orang yang bergelumang dengan research postgrad. Sori aaa Shya's Mamat.

Kejap tadi pulak aku ter-come across something kat internet. Jumper Frenster kengkawan aku. Ekceli aku ni tak penah ade frenster pun walau pun sumorang dulu gile frenster. Aku lak gile blog. Tetibe sekarang sumorang gile blog pulak. Terpakse aku cari gile lain pulak agaknya.

Anyway, banyak la perkembangan kengkawan aku. Tetibe kat sini jadik melankolik sekejap. Sedey je rase. Aku pun tak tau nak cakap macamana.

Yele. Kawan2 yang aku kenal semua dah ada life sendiri. Life lain. Aku lak tetibe dok tang ni.

Anyway aku kena selalu ingatkan diri sendiri. Dah selalu sangat aku pandang ke belakang.

Orang lain semua maju kedepan. Walaupun pace kita tak sama dan arah kita berlainan - satu bende pasal aku, aku tetap rasa sukar nak terima perubahan.

Paling tak best mase nampak gambar Tomen. Gambar macam dia tunaaaaaang aje. Bukan aku kecewa dia tunang, tapi cam takbest sebab tak tau dia tunang.

Dulu sebelum datang sini, aku siap ada warning lagi sesetengah kawan2 aku, sesapa nak kawen sila kawen sebelum Februari 2007. Kalau tak, kawen 2010 lepas aku balik.

Suka suka hati aku aje.

Hmmm... Tahlah. Oh ye. Carmen baru lepas viva tadi. Giler ahh celebrate tadik. Dia lepas dengan jayanya dan hanya kena buat super duper minor correction.

Aku tumpang gumbira la kejap. Dapat la semangat sket. Balik bilik terus melepak.

Agaknya aku kena forever disable wireless kat laptop aku. Huhu.


28 May 2007

Takde ape yang menarik. Kehidupan masih macam dulu.

Aku ingat lepas big blow last week, something different akan jadi. Or at the very least, aku akan feel something different. Tapi takde mende. Macam tu jugak.

Penat ah.

Nak cerita pasal hujan pulak.

Kat sini dah beberapa hari dah hujan. Haritu panas semanjang. Aku baru jer cakap kat ayah last week, ada satu hari tu panas sungguh, rase macam kat Malaysia pulak. Tup-tup seminggu hujan.

Ramalan cuaca untuk seminggu.

Ramlan cuaca untuk the next 24 hours pulak.

Ah! Musim tengkujuh di musim bunga!

Semalam aku jadi bengong kejap. Pukul 8.30 malam aku keluar jalan2 kat Mill Road tengah hujan lebat and angin menggila. Saje takde kerja. Jalan-jalan menenang fikiran kononnya. Nasib baik tak merokok, kalau tak tipikal aku jadinya.

Sudahnya, pening kepala otak aku hari ni.

Hmm.. Trauma 3 hari lepas dah abis dah. Banyak lagi aku nak fikir daripada mengingatkan mat salleh mabuk bodoh yang carik pasal dengan aku.

Yang ada dalam kepala otak aku sekarang ni, studi. Seriously. Studi and nothing else. Well, what can I do kalau orang lain pun tak hingin kan?

Kadang-kadang aku buntu kejap. Aku dah tak tau macamana lagi nak cakap. Berlapik sudah, direct to the face pun sudah. Hasilnya jangan harap nak adalah.

OK. Aku tak larat nak merepek dah. Kalau aku merepek melebih-lebih pun, bukannya kornag paham kan? Kalau ada yang rasa-rasa macma paham tapi buat-buat tak paham, lagi parahlah. Tapi lantak. Whatever.

I prefer to be quiet. Aku cakap lelebih, aku pulak yang salah balik.

Aku rasa nak mencarut. Tapi aku tau aku bukan jenis mencarut. So aku akan baca jernel.


20 May 2007

Tadi gi library. Duduk. Pastu buang mase sejam belek-belek pamplet and brochure aku dapat semalam. Haha.

Ekceli aku ni ada hobi pelik sikit - suka order apa-apa yang free dari internet ke, mailing ordr ke. Ye la, nak harap orang kirim surat kat aku, memang takde harapan la. So untuk mewujudkan perasaan surprised dan gumbira bila mendapat surat, so aku pun memulakan la hobi ni. Masalahnya yang aku order aritu brochure untuk buat home makeover. Mampus aku Khamis aritu orang kompeni tu tepon aku siap nak datang rumah, nak ukur bilik aku, generate plan 3D and nak bagi quotation harga kalau nak makeover rumah. Tulah menggatal sangat order brochure. Nasib baik lepas aku nak pindah rumah dah. So bole la aku menghilangkan diri. Atau tukar nombor tepon. Cilakak betul.

OK. Berbalik cerita library tadi. Lepas belek-belek brochure, aku pun teringat tak print out proposal draft lagik. Esok ada training kat Chelmsford so kene bawak proposal tu. Hmmm naik train lagik. Nasib baik free. Sampai-sampai lab, ada pulak minah lab partner aku ni. Terbang mood aku.

Bercerita pasal minah ni, semalam aku jadik lebey kurang macam pemudah cara la untuk Open Day kat U aku. Biasa la universiti swasta kan, kena la aktif buat acara-acara umum ni untuk pancing bakal student. So dan dua orang lagik minah postgrad bertugas kat klinik Optometri untuk bawak prospective students tengok-tengok fasiliti. Motif kitorang jadik PC, kalau takleh praktis optometri kat UK?? Nasib baik dia bayar £6 sejam, dapat la £30. Oooo kat sini £30 bley beli macam2 ooo... Kalau gi supermarket boleh beli barang makan 2 bulan. Cube ko bawak RM30 pergi supermarket Mesia, alamat cukup-cukup untuk 3,4 hari makan jer..

OK, motif cerita ni adalah, aku tak paham betul la minah ni. Aku tak paham betul apa yang ada dalam kepala otak dia. Nak bawak pelawat tour pun nak berebut dengan aku. Kompetetif tak kena tempat. Bukannya dapat upah lebih pun, tapi saje hasad lahanat tak tentu pasal. Orang lain semua pakai kemeja, blazer segala, dia melenggang pakai jeans dengan blouse pakai 10x seminggu tu. Pakai kepala otak la, ko tu nak jadik PC, kena la amik tau nak pakai ape. Nasib baik la aku kamcing dengan sorang lagi PC tu, so kitorang buat port la mengumpat lab mate aku tu. So takde la boring sangat. Haha. Tapi minah tu memang annoying gile la. Aku rasa satu jabatan dah tau dia dapat kerja part time. Alaaaaa macam dia sorang la takde duit, miskin, bengong segala. Padahal makbapak tokey stesen minyak kannn... Sarah lak dok percaya la kat dia, bagi muka, tips nak kerja segala.. Bila la minah ni nak kantoi..

So lepas ke lab, print proposal sumer, aku pun balik la ke library. Letak proposal elok-elok atas meja, lepas tu... Tengok DVD! Haha. Hampeh tul. Sia-sia datang library hari Ahad ni. Ekceli library aku ni aku collection DVD (dab video tape biasa tu! Oh masih wujud lagi ghopenye!) so sesapa buleh amik and tengok kat stesen flat screen. Melampau kan U aku?

Aku tengok citer nih:

Aku perasan poster ni mase aku tengok Titanic dulu. Tahun '97 dulu... Punya la lama. Tapi tak pernah pulak terpikir nak tengok. AKu rasa antara sebab filem ni takde la meletup sangat sebab dia kuar time Titanic yang meletup gile babi kedebabooommm.

Tapi best citer ni sebenarnya. Pasal sorang researcher (Jodie Foster) yang teramatlah gigih mencari signal dari makhluk-makhluk asing bertamadun dari angkasa lepas. Sampai la dia berjaya dan memulakan usaha untuk meyakinkan US Government untuk sediakan research funding untuk dia. Dan yang bestnyer, signal yang dihantar makhluk asing tu sebenarnya instruction untuk manusia bina satu transport untuk pergi ke tempat diorang, Vega. Tak ke kagum tu.

So dia berjaya tak bina transport tu?
Sampai tak?
Ada orang sabotaj tak?


Haha takleh cerita lelebih. Kena tengok sendiri. Tapi sebagai sorang yang telibat dengan research ni, aku rasa teruja la. Semenjak dua menjak dalam research ni, aku suka bebenor dengan perkara-perkara melibatkan penemuan terbaru dunia sains ni. Kononnya mengaplikasi konsep utama dalam membuat research ni: the search for knowledge. Takut pulak aku dengan ke-enthusiastic-an aku yang makin menjadi2 nih.

Ok nak tido. Esok pagi2 buta nak kejor ketapi ke London lak. Tak bangun sok tak pasalll je.


15 May 2007

::A Chat with Alex::


Back in my country, we do have the FHM magazine. But with different contents though.

What? You mean none of these girls?

Well, the girls are still there. But not in such pose. And with more clothes on. I mean, that's probably why movies like Sin City never made it to Malaysia.

Why? Nothing's wrong with that right?

Well, there's nude woman walking around the room...

Oh yeah, Jessica Alba was in it. Gosh, I can't live without these, man.

Yeah, and when the first time I was here. Where you used to put The Sun on the kitchen table. The content of the third page....

Oh, the page with the nude girl? What's wrong with that? We were all born nude right?

Well.. All I can say is that part of the world is a bit conservative. If an FHM mag with such content is on the shelves for sale in my country, it'll be burnt and banned. They'll even argue against it in the parliament.

. I guess I'll put the mag somewhere else then. Gosh.. This is the first I heard about this I didn't know that you can't have this everywhere.
How about Japan then?


12 May 2007

Hari ni Sabtu. Selalunya aku berlingkar aje kat bilik. Tapi hari ni aku dah 4 jam dah kat library. Migrain kepala otak aku.

Anway, nak buat cemaner. Kena la berusaha keras. Sarah ni aku tengok dah semacam aje. Idea untuk research dia punyalah banyak. Aku takut kalau banyak sangat nanti, satu ape pun tak terbuat. Yelah, dah sibuk nak buat semua. Abih melencong dah direction aku. Tak boleh jadi nih. Kena buat sesuatu nih.

Semalam gi ushar bilik baru. Alah dekat je dalam 100m dari rumah aku sekarang. Tapi bilik tu memang cool giler. Untuk £315 sebulan, memang puas hati. Ada wireless broadband, washing machine, back garden pun cantik giler. Dapur jangan kira lah, 10 kali ganda lagi elok dan bersih dari dapur rumah aku sekarang. Ahh bahagianya kalau dapat bilik tu! Udah le besor buleh aku smuggle sesapa. Hehe. Nak smuggle konon. Sesapa pun takde...

Masalah problemnya sekarang, termasuk aku ada 4 orang lain yang berkenan. Dan tuan bilik tu cakap diorang buat sistem vote di kalangan ahli rumah untuk pilih housemate baru. Berdasarkan berita yang aku terima, undian pusingan awal memihak pada aku (atas usaha aku memujuk dua ahli rumah untuk mengundi aku masa aku gi tengok bilik tu semalam. Hehe). So vote pusingan kedua akan ditetapkan tarikhnya. Keputusan pilihanraya akan diumumkan SPR Isnin minggu depan. Huhu.

Mintak-mintak la dapat... Amin..


Masa aku gi tengok rumah tu semalam, sekali lagi aku jumpa orang yang surprised dengan my Asian ability to communicate in English. I mean, come on, what is there to be surprised about? Kalau aku cakap omputeh, so what? Housemate aku yang sekarang ni pun masa mula-mula jumpa aku macam terkejut lak aku buleh converse. Abih tu nak aku buat apa? Diam terkulat-kulat?

Paling best masa aku baru dapat result IELTS dulu. KAwan aku si Huda tu cakap kat aku, "Tak sangka lak ko score. Aku tengok asyik dengar lagu Melayu aje,"

So?


10 May 2007

::Freak on the making::


OK. Sekarang aku admit yang aku semakin ke arah menjadi seorang freak. Tolong!

Pagi tadi sampai uni, terus pergi library. Check-check email kejap, lepas tu terus menelaah. Huhu. Ambik ko. Selepas empat jam, settle baca, paham dan buat summary satu paper.

OK, kita melencong kejap. Mula2 aku macam tak puas hati gak. Paper yang aku baca pagi tadi, asalnya lab mate aku (minah bengong tu) yang request kat Sarah. Ye la, mesti dia rasa interesting kan, sebab tu dia request kat Sarah. Sarah ni ada access untuk dapatkan jernel 1970-an. Yang aku tak puas hati tu, kalau dah minah tu yang beria-ria nak sangat jernel tu, kenapa aku pulak yang nak kena present? Esok dia kena present paper yang simple giler. Paper yang aku punya pulak adalah satu benda yang totally baru dan tak kena sangat dengan scope research aku.

Anyway, aku puas hati. Pasal aku berjaya faham. Paper tu memerlukan imaginasi yang tinggi untuk paham, dan, haha, aku faham and I am sooo ready to discuss about it tomorrow. I wanna see the look in her face. Dah la last week masa presentation dia screw up. Last-last bukan dia yang present, tapi Sarah pulak yang terangkan dari mula sampai habis.

OK, berbalik kepada cerita freak tadi. Tengahari tadi aku pegi seminar dekat Psychology Department Universiti cambridge. Masa baru sampai tu, jumpa la sorang prof ni. Monika introduce dia as Marina Danilova.

Aku pun terus macam - "Danilova? As if Danilova in this 1996 research paper?" Excited gila aku. Jumpa someone yang menulis paper yang aku tengah baca (bukan paper yang aku dah baca pagi tadi, tapi satu lagi paper yang aku kena present esok gak. Huhu). Sembang-sembang la kitorang dengan gumbiranya.

OK. Here's how I began to feel like a freak. Ye la. Jadi excited semacam pulak jumpa researcher yang femes, yang aku tengah ikut perkembangan diorang. Rasa macam jumpe artis pulak, nasib baik tak mintak autograf. Bukannya apa, bukannya aku kata salah ke kalau excited jumpa orang2 yang femes dalam bidang research aku. Memang as a research student aku patut excited. Kadang-kadang rasa macam dah terlalu involve pulak dengan bidang ni. Yeah, it's a good thing, but I am still coping to make myself feel normal (and look normal in the eyes of other rakyat marhaen. Haha).

Wokehlah. Freak or not, I don't care. Yang penting sekarang kena habiskan baca paper Danilova tu. Huhu. Esok nak present!

Chaiyok!


9 May 2007

::"Pakcik kau dah poei dulu,":


It's raining outside as I am writing this.

A few minutes ago, I received a text from ayah. Pakcik Hamdan passed away. 1.00am Malaysian time.

It was 6.00pm here.

I talked to ayah. Talked to Etek. She was sobbing. Griefing. Well, all of us are. I was the first of not-by-the-bedside to call. I could hear Ayah said that in the background. Probably because I was well in my waking hours.

The last time I saw Pakcik Hamdan was when he came with Etek one day before my departure to the UK. He was very fond with UKM, serving past his retirement age. I could see myself continuing our family's legacy and tradition in higher education. I could see it in his eyes.

He was the person who supported our flights ticket back to Alor Setar when ibu passed away. To me, he has always been supportive of our family. Either him, or through Etek. Ayah has always been Etek's little brother.

Turbulances do happen in every family. But I don't mind that because I have always admired Pakcik Hamdan's family in their heydays.

It's still raining outside. After a long time of dryness. And it rains in my heart too.

These past few years, one after another, our relatives had passed away. Yeah, it's God's fate. Seems like the line of the most senior generation is slowly fading away. Soon, it will be the next generation's turn. Mine. Or, I may skip the order, who knows?

It's still raining outside. And I am still stuck in the library with tons of research papers.

AlFatihah buat Pakcik Hamdan.


Tadi pergi Addenbrooke's Hospital. Saje (baca:dipaksa) cari backdate research journals untuk diskas Jumaat nie. Kat hospital ni ada Medical Library University of Cambridge. So memang impressive la. Mula-mula masuk tu memang excited giler. Journal banyak nak mati! Aku rasa dalam enam ke tujuh kali ganda lagi banyak dari koleksi jernel Perpustakaan Perubatan UKM (itupun kalau ada yang survive dari kebakaran aritu).

Mula-mula rasa excited tengok jernel. Lepas tu tersedar, eh, terasa macam geek/freak pulak. Yelah. Gumbira benar tengok jernel. Gile ape. Tapi memang mengabih duit betul. £3.20 untuk return journey, £5 untuk photocopy card. Huhu. Kena claim nih.

Tapi memikirkan aku spend £15 last week untuk dinner + coffee + wayang, terus tak jadi komplen. Berhibur tau lak tak berkira. Kena panah petir karang tak pasal jer..

Oh ye. Biasiswa dah masuk! Tapi takleh enjoy sangat. Kena cari bilik cepat. Deposit bilik aje nanti dah £600-£700. Kalah Bukit Bintang. Lagi takleh enjoy sebab Jumaat ni kena present dua research papers dan untuk paham kedua-duanya, kena baca satu bab buku dulu. Dengan seminar lagi esok. Gilo apo! Eksperimen lak kena siap by Monday.

Tak lama lagi beruban la aku.


8 May 2007

Aku datang jumpa Sarah pagi ni. Nak tanya pasal satu paper tu. Diulang, nak tanya. Sambil-sambil bertanya khabar pasal cuti panjang haritu. Kesudahannya, dari tujuan nak tanya pasal satu paper yang aku baru baca mukasurat pertama, aku balik ke lab dengan sekurang-kurangnya 6 research papers baru dalam senarai pembacaan aku! Waaa sedihnyerrrrrrr....

Hmm, dah aku yang pilih jalan ni, nak buat macam mana. Of course there is no turning back. Bak kata Kak Padil haritu, bila dah meletakkan dua belah kaki dalam bidang ni, pasrah dan tabah ajelah. Sebenarnya Kak Padil kata tabah aje, aku yang memandai tambah perkataan pasrah tu. Huhu.

Dua tiga menjak ni aku rasa macam perasaan agak bengong sikit. Haritu cuti 3 hari, so masa aku dipenuhi dengan aktiviti makan tidur. Aku berjaya jugak mengeluarkan satu research paper dari beg pada hari ketiga - dan aku tak berjaya menghabiskan walaupun abstrak. Aduh. Pagi tadi lak, masa tengah gelap gelemat tu aku terbangun. Entah apa mimpi aku terasa nak bawak kereta ke kampus, siap bertanya pada diri sendiri: Eh, kenapa dah lama aku tak bawak kereta ek? Aku ingat lagi ke tak ek macamana nak bawak kereta?

Rupa-rupanya aku terlupa yang aku dah dua bulan setengah berjalan kaki. Bawak kereta apa kejadahnya kat Cambridge ni? Mana aku nak cekau kereta? Nasib baik aku cepat dapat senses aku balik. Haritu lagi best. Mimpi bagi kuliah dalam kelas subjek Light Perception. Nampak sangat tak sabar-sabar nak balik.

Hm. Nampaknya bukan aku sorang yang berperasaan celaru. Lab mate aku yang aku dok ngumpat tu nampaknya lagi bercelaru daripada minggu lepas. Lantak la. Rupanya banyak rahsia dia sebenarnya yang aku baru tau. Ada sumber yang bagitau aku yang dia ni memang fake. Haha tepat tekaan aku. Dia ni banyak masalah remaja (konon) sebenarnya. Masalah nak pindah rumah la, duit la, itu la, ini la. So what? Orang lain ada masalah gak, takdela tunjuk kat orang, pronounce kat semua orang masalah dalam hidup diorang. Dia pulak terhegeh-hegeh. Aku dengan sumber aku tu buat kesimpulan yang dia ni memang jual story kat Sarah. Mentang-mentang la Sarah ni cepat kesian, terus dia reka-reka cerita masalah hidup dia. Aku siap sound (chewwah) Sarah lagi, aku pun kena pindah rumah jugak, tapi aku takdela gila-gila nak tunjuk kat orang yang aku depress segala. So what? It's a part of life, so live with it. Tak guna nak marah-marah, bukannya membantu pun. In the end kena pindah jugak kan?

Sekarang ni minah tu dah hilang ke mana tah tak nampak. Biar la aku tak rugi pun.

Oh ye last Saturday aku kuar dengan Monika, Baskar, Lee and boifren dia tengok wayang. Spiderman Tigo. Aku takdela fan spiderman benar tapi sebab nak keluar so belasah je la. Macam tak percaya aje keluar dengan Baskar. Dulu aku macam tak suka sangat dengan dia sebab dia ni kalau bercakap macam dia aje yang tau semua benda. Tapi lepas aku dah sedar ada lagi orang yang lebih menjengkelkan (minah tu la sapa lagi), terasa macam Baskar ni OK jugak sebenarnya. Biasa la first impression. Bukan selalunya betul.

Sebelum tengok wayang gi dinner kat mane tah tempat tu. Restoran Malaysia and Singapore. Ada la sate semua tapi tak halal. So amik seafood jer. Pinggan dia besor yarabbi. Abih makan tu takleh bergerak aku. Gambar takde pulak pasal aku rasa hobi aku mengambil gambar dah hilang. Dah makin tak berminat aku dengan fotografi ni. Nanti minat aku datang balik aku lekat la gambar dua tiga keping kat sini.


Something happened.

And as a result, I have decided to be more vocal. I want myself during my matric back. Where I can freely voice whatever I have inside my mind, instead of sitting down and just listening. I am tired of treating myself, and being treated like this.

I'll be more vocal from now on. Watch out.


25 April 2007

::Depression Phase:


No elaborate entry. The entry title tells it all.


21 April 2007

OK.. Kes terbaru..

Tak tau la. Sekarang dalam lab, dah ada jadual untuk giliran guna komputer untuk eksperimen. Research collegue aku cakap, Sarah suruh kitorang buat jadual untuk bergilir-gilir guna equipment.

Sebelum ni, aku yang banyak guna (hence aku ada 11 kali ganda data dari minah tu). Sebenarnya research aku ni, kalau nak dapatkan reliable data, kena buat awal pagi. Masa fresh lagi. Kalau buat lambat-lambat, nanti kita dah penat so data akan screw up. The thing is, aku memang seorang morning person. Hari-hari aku datang dalam pukul 8.00 am semata-mata nak buat eksperimen tu. So sebab tu, data aku banyak, berbanding data minah tak sedar diri, tak reti bangun pagi tu. Aku tak tau la, tapi dari cara Sarah cakap kat aku, as if aku yang conquer lab equipment sorang-sorang, tu yang data aku banyak. As if aku tak bagi minah gile tu buat eksperimen. Ni yang aku hangin satu badan ni.

Macam mana nak dapat data? Aku pagi-pagi buta datang, collect data. Dia karang pukul 10, 11 baru nak nampak muka. Paling awal kol 9.30. Tu pun karang cek email dulu takpun chat sepam dua. Pastu dok depan lab equipment 20 minit, dah give up, sambung chat balik. Abih camnerrr??? Alah, aku pun bukan suka dia datang pun. Time dia datang je, aku mula la rasa takbest. Tapi kejap je la. Takde la gila-gila tak suka sampai taknak bercakap langsung. Cuma aku prefer kalau dia senyap, tak memekak kat telefon, dan tak bertanya soalan-soalan bodoh yang undergrad pun boleh jawab.

Semalam Sarah cakap kat aku: Yeah, you should make a timetable so that @"$£% will have the opportunity to collect data. Aku cakap balik kat Sarah: Fine, kitorang dah buat timetable. Now bergantung pada @"£$% la nak datang pagi untuk siapkan data collection dia.

Ko tau apa jadi: Hari ni, Sabtu, a ku datang lab. Nak ambik bank card sebenarnya. Hari ni turn minah gila tu buat eksperimen. Aku sampai dalam 11.45. Minah tu dah ada kat kat lab. Tau tak tengah buat apa? Chat. Aku tanya dia, hari ni turn dia buat eksperimen kan? Boleh dia kata dia takde mood nak buat hari ni!

Tang ni memang aku rasa nak terajang. Dah la mengadu segala, bila dah buat timetable, tak nak ikut! Bodoh ke apa?? Ke tak reti bahasa? Ke taknak buat research langsung, datang UK ni bercuti melancong saja-saja?? Cilake betul la minah ni. Nak aje aku pelempang. Sekarang ni aku pandang dia keciiiiikkk aje. Awal minggu aritu masa kena basuh dengan Sarah, bukan main kecewa lagi. Nak balik tanah air la, depres la itu la ini la. Dah aku bagi chance, buat taik pulak. Siap mengadu tak tahan tu. Ikutkan hati kau nak aje aku cakap hobi dia yang bergayut tak reti nak berenti tu. Heiiii geramnye pakcikkkk!!

Dahlah. Baik aku gi library. Semalam masa discuss dengan Sarah, macam nak berubah je direction research aku ni. Hmmm.. Penat kepala otak aku memikirkannya. Daripada aku dok risau2, geram2 kat minah tak reti bahasa ni, baik aku baca something kat library. Ada gak pekdahnye.

Ps: KO tau, aku ajar dia cara nak COPY-PASTE. Dia amik masa DUA MINGGU nak paham! Tu tak masuk lagi banyak bende lain pasal IT yang sangat la simple... Nanti lain kali aku citer.


19 April 2007

Masalah besar banget aku sekarang ni. Tak study! Tolong!

Aku rasa pelik betul aku ni. Kalau kat lab bukan main lagi. Study sampai migrain. Takut orang lain tengok aku manage data eksperimen.

Sampai aje kat bilik - terus lalalala bersuka ria. Bukan ada apa kat bilik pun, TV pun takde. Tapi dok baring-baring, golek-golek, surf internet kejap, dengar lagu, tengok video - haha. Gile betul. Macamana nak habiskan studi dalam masa 3 tahun nie.

Oh ye. Sarah dah balik dari bercuti sakan kat Australia. Balik kampung dia. Biasa la kan, dah jadi grad student ni, kalau supervisor balik kena la tunjuk (atau buat-buat busy) segala kerja yang dah dibuat.

Sebelum ni aku tak cerita pulak pasal sorang research colleague aku ni. Dia kongsi satu lab dengan aku. Tapi tak tahan betul dengan perangai dia. Aku pun tak paham apa ada dalam kepala otak dia. Asyik bertanya aje. Bende yang simple pulak tu. Bende yang sepatutnya dalam undergraduate punye syllabus.

Sikit-sikit, "Can you explain to me what u understand about the concept of wave? Spatial frequency? Classic receptive field? Brightness? Contrast?"

Aiyo, tertekan kuasa dua aku dengan soalan-soalan macam tu. Sebelum ni banyak lagi soalan-soalan bodoh yang dia tanya, cuma aku tak tulis kat sini aje. Kali ni aku jawab, "Go read the textbooks," Haha. Ingat aku kamus berjalan ke asyik-asyik nak tanya. Dia ni kalau print journals dari internet bukan main lagi, siap sorok segala. Entah baca entah tak. Masa mula-mula aku sampai dulu, bukan mail lagi bercerita pasal research undergrad dia. Tajuk research mengalahkan PhD. Tapi aku rasa betul la macam Kak Anim kata, entah-entah research dia tu doktor yang buat. Dia jadik tukang ambik data dengan analyse aje. Aku rasa laaa..

OK. Berbalik cerita supervisor aku. Aku rasa dia kena brainwash dengan Sarah la. Amik ko. Sebab tak buat kerja la tu. Banyak kali dah aku cakap, buat eksperimen, baca jernel. Ini tak, degil. Sikit2 chat dengan bergayut kat telefon. Eksperimen buat ciput aje. Bile buat eksperimen je, 15 minit dah give up. Abih camner nak siap. Aku yang menumpukan sepenuh perhatian sampai stress, depress pun tak habis semua. Bayangkan dalam masa 3 minggu, aku berjaya siapkan 11 runs, dia 1/2 run pun tak sampai aku rasa.. Depan Sarah bukan main lagi. Fake giler. Menunjuk-nunjuk data dia yang sekeping tu. Sekali dah jumpa fac to face, hah, sekeping data tu aje la yang dia ada.

Sebenarnya aku curik-curik dengar sekejap masa dia kena brainwash tu. Sembunyi dalam bilik printer. Hehe.

Lepas kena basuh tu, terus dia depress sekejap. Siap nak quit postgrad. Aku tak kate apa la. Sebab aku memang dah ada timeframe untuk siapkan research. Kena la ada determination nak siapkan on time, kalau tak macamana nak pakai Kia Sportage, ye tak? Hehe. Overall aku rasa puas hati la jugak melihat hasil aku dalam masa tiga minggu. Takde la nak bangga sangat, tapi sekurang-kurangnya aku takde la berlakon depan Sarah. Dan macam best aje bila selamba aje bincang journal-journal yang famous. Walaupun aku rasa dah start jadik macam GEEK bila hanya bercakap perkara academia sepanjang masa. AAAAhhhhhh!!!!!

Tengok. Kan dah melalut. Sebenarnya aku nak review journal tadi, tetiba ter-update blog pulak. Tak pasal...


17 April 2007

I hope you don't mind
I hope you don't mind that I put down in words
How wonderful life is while you're in the world

Anyway the thing is what I really mean
Yours are the sweetest eyes I've ever seen


11 April 2007

Satu perkara yang aku dapat setelah aku ada kat sini adalah kita (baca: di UK), walaupun dari pelbagai keturunan, latar belakang, tetap boleh hidup sama-sama. Aman damai, harmoni segala.

Masa aku sekolah rendah kat Melaka dulu, aku kawan dengan semua. Aku ada kawan Melayu, India, Cina. Naik basikal sama-sama, main sama-sama. Carefree je rasa.

Makin lama, aku rasa situasi keliling aku dah macam makin race-isolated. Terutamanya bila dah masuk universiti. Well, ini apa yang aku nampak dan alami masa zaman bachelor's degree dulu. Melayu buat hal Melayu, Cina dengan Cina, India dengan India (cuma India aku nampak dia belasah aje campur dengan semua, no hal). Tak bercampur. Kalau bercakap pun, cuma casual gesture aje. Nak bermesra jauh sekali apatah lagi nak ada nombor telefon melainkan kalau super duper important penting.

Kadang-kadang aku terfikir- kenapa ada segregasi kaum sampai macam ni sekali ek? Apa akan jadi dalam masa 10, 20 tahun lagi kalau segregasi terus dibiarkan?

Bila aku tengok cara masyarakat kat sini hidup, aku terasa macam dapat semangat baru. Nak buang semua prasangka yang aku ada terhadap orang Malaysia yang tak seketurunan dengan aku (aku pun tak tau macamana perasaaan ni buleh ada!). Sebab kat sini, people respect you if you work your way to it. They wont look down at you simply because you are not one of them, and a person's place in the society depends on his or her hardwork. Bila ada kesedaran macam ni, aku terasa nak berubah. Terasa bila balik Malaysia nanti, pemikiran ni boleh diterapkan/dicanai/whatever untuk mewujudkan satu masyarakat yang lebih baik. Aku nak bergerak biarpun sebagai seorang individu. Setiap langkah pun bermula dari satu kan? Sebab kalau sendiri tak terasa nak berubah ke arah yang lebih baik, lancar 10 ribu kempen muhibbah pun tak jadi apa.

Itu masa aku baru mula-mula dapat semangat.

Tadi terbaca pulak sesuatu. Pasal usul pemecatan Mufti Perak. Oleh Gerakan. Tiba-tiba, aku rasa kecewa. Surf. Jumpa pulak blog yang ada macam-macam pendapat tentang perkara ni. Tambah kecewa.

Entahlah. Aku tak dapat bayang senario bila aku masuk ke era produktif nanti. sebenarnya banyak lagi isu, tapi isu usul memecat sesuka hati ni yang paling bizarre sekali aku rasa.

My personal opinion is, we have always not trusted each other. We look at each other with annoying look, which is terribly disgraceful. I do have sentiments sometimes, and I believe all of us need to get it rid out of us.

Kadang-kadang aku terfikir nak lari. Malas nak fikir dah pasal kemelut & situasi di tanah air sendiri. It's nothing personal, just a thought from present sheer madness. Lari from my own contry. Not now. In some time. Something like retiring somewhere else. Been thinking about Middle East. Damascus. Marrakeesh. Madinah.

Advance kan aku? Belum apa-apa dah nak merancang pasla retirement.. Boleh masuk dalam list perkara pelik ni. Haha.


9 April 2007

::Dia datang lagi!:


Dia datang lagi.
Sakit kepala yang mencanak-canak.

Dulu aku sangat la bergantung kepada mefenemic acid. Tiap-tiap hari kena makan. Kalau tak migrain.

Setelah berbulan-bulan... Hari ini dia datang lagi. Dah 4 dos paracetamol aku telan.

Masih sakit lagi. Tak cukup kuat kot.

Menyesal pulak tak beli ibuprofen tadi. Kuat sikit.

Adusss... Seksanya..


8 April 2007

Sebenarnya, aku nak cerita pasal eksperimen aku. Aku nak cerita pasal results dan graf aku yang agak bengong sikit. Aku nak cerita pasal minah research colleague aku yang aku-tak-suka-dan-pemalas-yang-amat tu. Aku nak cerita pasal budak-budak ca-ya-nun-alif yang bising memekak kat library (ya, aku ke library. Aku tak selebret Easter) dan perangai sama dengan sedara-mara diorang kat Mesia (hey, aku bukan racist, cuma aku tak suka perangai diorang). Aku nak cerita pasal aku makan-makan dan melepak di Parker's Piece petang-petang. AKu nak review pasal movie yang aku tengok last week..

Tapi bila aku sampai depan laptop, aku jadik tak tau nak taip apa. Aku rasa malas. Malas nak menaip. Cerita-cerita tu tak terkeluar.

Mungkin aku nak bercakap dengan orang. Dengan sesorang. Entahlah. Dekat sini aku rasa, kalau aku kumpul-kumpul masa aku bercakap tu, aku rasa tak sampai 1 jam sehari aku peruntukkan untuk bercakap.

Ahh boleh jadi gila aku...


Oleh sebab itu, masa aku dihabiskan dengan membuat aktiviti tak berfaedah seperti di bawah:

Aku ada terbaca tadik pasal Qatar Airways launch flight ke Bali via Kuala Lumpur. Memandangkan aku sangat la takde kerja, dan tersangat la sangap cuti-cuti Easter ni, aku pun menghabiskan masa la buat perbandingan harga-harga tiket katebang...

Ewahh mentang-mentang la suke tengok Amazing Race, asyik bukak website kompeni kapal terbang je aku ye. Siap tempah-tempah tiket lagi. Suka-suka hati aje. Haaa untuk pengetahuan semua, antara satu lagi sifat pelik aku adalah suka tempah tiket kapal terbang online walaupun aku takde nak pergi mana-mana pun. Last week aku tempah tiket dari Dar Es Salaam, Tanzania ke Warsaw, Poland. Ni kes nak tiru Episod 7 Amazing Race la ni.

Hmm. Terkejut gak aku bila dah buat perbandingan harga ni.

Kuala Lumpur International Airport - Ngurah Rai International Airport, Bali.
Departure: Wed, 11 Apr
Returning: Fri, 13 Apr

Malaysia Airlines - MYR 1,233.00
Qatar Airways - MYR 738.00!!

Tak ke jauh beza tu. Mula-mula aku heran gak. Selama ni aku ingat MAS mahal sebab dia 5-star airline. Tapi Qatar Airways ni 5-star jugak apa. Beza lima ghatuih tu.. Sapa nak bagiii...

Pastu aku check pulak:
Singapore Airlines - MYR 1375.00

Kesimpulannya, tak payahlah pergi Bali. Bercuti je la dalam Malaysia.

Haha - satu lagi perangai pelik aku - aku suka mendaftarkan diri dengan kelab-kelab frequent flyer. Ala, yang kalau terbang dengan satu-satu airline, ko dapat kumpul mata yang boleh di-redeem tu. Selain MAS, setakat ni aku dah jadi ahli kelab frequent flyer untuk Qatar Airways, KLM Royal Dutch dengan Air France. Tah bile aku nak naik katebang diorang pun aku tak tahu. Suka-suka hati je mendaftar.

Ok.. Lepas ni nak check harga tiket katebang ke Istanbul, Kaherah dengan Barcelona pulak. Kalau ada rezeki esok pergilah. Kalau rezeki minggu depan, minggu depan lak gi.

Chiow..


5 April 2007

::A Day Out:


Went to see Becoming Jane last night.


1 April 2007

God, tak buat ape-ape pun weekend nih. Busan yang amat hidup aku ni. Sekarang ni dah start Easter Break, semuorang balik kampung. Tinggallah aku terkulat-kulat sensorang kat sini.

Yarabbi busannye hidup!

Pilot eksperimen dah siap 2 runs. Setiap ciri ada 125 trials. Baru siap 2 runs dalam masa seminggu. Ada lagi berpuluh-puluh runs lagi. 102, to be exact. Eh, tadi aku kira balik, banyak lagi rupenye. Aku cuba taip balik, tapi aku tak tau nak explain camner. Aku pn dah naik confuse. Dan naik hantu pulak sekejap lagi.Kesimpulannya, kalau kena buat eksperimen on both eyes, maknanya jumlah trials semua sekali 2 eyes x 2 targets x 9 flankers separations x 3 flankers contrast x 6 run x 125 trials. Ada la dalam 10 juta trials semua sekali (Macamana la mamat ni buleh terlepas buat PhD!).

Ingatkan nak buat 2250 trials sehari. Tapi aku tak larat. Penat macam shillake merenung skrin komputer. Masuk trials yang ke 1250, kepala dah berpinar. Mata dah melilau. aku dah tak tau apa yang aku nampak. Attention span zero. In the end, result tak valid. PC buat hal. Kena restart. 3 kali. Shillake.

Sudahnya, aku menghabiskan masa menonton The Amazing Race: All Stars dekat YouTube. Haha. Ada pulak mamat baik hati dari Australia yang rajin bebenor upload.

Dan hari ini, Ahad, aku tidor sepanjang hari. Bangun, makan, tengok video, tidor balik, pastu makan lagi. Ahad minggu lepas aku aku baik pulak, stadi kat library. Ahad minggu ni berlingkar.

Elok lah tu.


Last week aku dah mula British Summer Time. Jam kat UK dah dicepatkan satu jam.

Selalunya, pada jam 8 pagi, aku antara orang yang terawal sampai kat uni. Ya, lebih awal dari receptionist! Haritu bile aku sampai jam 8.15 pagi (jam aku), aku tengok sumorang dah ada.

Terus terdetik dalam hati: ape ke rajin bebeno diorang ni sampai awal? Terus check jam kat henset (masih setting jam Malaysia). Hmm, bile ditolak waktu meridian Greenwich (chewwah), betul la jam aku.

Selidik punya selidik...

Oh, dah 9.15 sebenarnya. Jadinya aku la yang terlewat.. Hehe.


26 Mac 2007

::Pertama::


Baiklah. Aku nak membalas tag Wani. Aku jawab tiga dulu. Tak sempat nak jawab yang lain lagi. Nanti-nantilah bila ada kesempatan.

Aku adalah seorang Optometris yang pemalas jumpa patient. Haha. Bukanlah pemalas dalam ertikata sebenar, cuma kalau aku nak mula jumpa patient, aku mesti tarik nafas panjang-panjang. Lepas tu mengeluh. Ambil fail patient, tarik nafas dalam-dalam lagi. Dari zaman masa pra-siswazah lagi. Entahlah. Takut buat salah, mungkin. Dulu pernah tak berjaya diagnos keratokonus. Terus depres secara akut selama seminggu. Ya, memang aku ada expectation yang tinggi terhadap diri sendiri. I like to plan and I like to see my plans work.

Yang kedua ni mungkin pelik dari norma masyarakat Malaysia. Aku tak suka ambil plastik bila aku beli barang dari kedai. Dan aku tak peduli kalau cashier pandang pelik dekat aku kalau aku tak nak ambil plastik (di UK ni aku ada ramai kawan sebab ramai orang tak nak/guna plastik seminimum mungkin :) ). Kalau guna plastik pun, itu yang aku bawa dari rumah. Kiranya kitar semulalah. Aku percaya langkah untuk kita mewujudkan dunia yang lebih baik bermula dari setiap individu. Dan, aku akan simpan sampah dalam poket sampai aku jumpa tong sampah. Kalau aku jumpa orang buang sampah merata-rata, kemungkinan untuk aku suruh orang tu kutip balik/baling sampah tu kat dia adalah tinggi.

Ketiga: aku menyokong Jerman dalam Perang Dunia Kedua.

Eh. Terasa series pulak entri kali ni.


25 Mac 2007

Yeah, right.

WHATEVER.


24 Mac 2007

::..........::


Ummi yaa lahnan a’syaqohu
wanasyidan dauman ansyuduhu
Fikulli makanin adzkuruhu
wa-azhollu azhollu uroddiduhu

Ibu senandung laguku
kunyanyikan selalu untukmu
engkau penyejuk hatiku
tanpamu tiadalah aku

Ummi yaa ruuhi wa-hayati
yaa bahjata nafsi wamunaati
Unsi filhadhiri wal-ati…
Unsi filhadhiri wal-ati…

Ku selalu kumohon doamu
bahagia hidup matiku
ibu kaulah harapanku
tanpamu tiadalah aku

Allohu ta’aala aushoni
fissirri walau fil i’laani
Bilbirri laki wal-ihsaani…
Bilbirri laki wal-ihsaani…

Syurga di telapak kakimu
redha Allah dengan redhamu
begitulah sabda nabiku
tanpamu tiadalah aku

Ismuki manquusyun fi qolbi
Hubbuki yahdini fi darbi
wadu’a-i yahfazhuki robbiy…
wadu’a-i yahfazhuki robbiy…

Ibu perisai hidupku
pertaruhkan nyawa bagiku
cintamu terangi jalanku
tanpamu tiadalah aku

Saat ini, saya masih lagi termenung dan menahan perit. Ibu ketahuilah, anakmu ini amat rindukan pelukanmu, tawa manjamu.

Saat ini, saya amat rindukan belaian ibu….


22 Mac 2007

::Tagged!::


Alamak - sekali sudah kena tagged da.. Dengan Tomei lak tu. Anyway aku bangga kerna aku jadik orang 1st dalam senarai tagged dia. So untuk tak menghampakan Tomei, aku pun respon la.. Karang Tomei fire aku karang, tak pasall...


Kenapa saye suke rimau??

Sebab saya Leo.. Saya suke Tigger kawan Po-oh tu. Dan penselbox saya masa form4 ada gambar Tigger.. Melambangkan saya takesah ape orang nak kate asalkan saya ade penselbox. Harhar. Dan juga, saya suke membuat bunyik2-bunyik rimau ketika bermanja-manja.. Ahaks..

Kenapa saya bagi nama Igor?

Kalau saya bagi nama Tigger, orang cakap saya tiru. Nak letak nama orang paling saya sayang, nanti satu dunia tahu lak. Bahaya - kihkih. Jadik saya letak la nama Igor - sempena nama software yang akan saya guna untuk menganalisa data dan meng-generate fungsi psychometric, seterusnya memberikan purata nilai ambang pada kadar keterimaan 75%, khas untuk thesis saya. Sekian terima kasih.

Kaler kelabu??

Ekceli saya tengah kesejukan sekarang. Sebab, heater rumah saya rosak dari semalam dan tiada siapa yang datang untuk membaiki walaupun saya dah email. Jadi saya tak dapat berfikir dengan baik lantas memilih warna ini. Ia mungkin juga disebabkan saya sudah tak mandi lebih dari 36 jam kerana air panas takde. Hampeh.

Sekian sahaja untuk kali ini. Saya tak sempat nak fikir nak tag siapa. Sebab, jari-jari saya dah kebas sebab kesejukan. Ini menyebabkan saya tak mampu untuk terus menaip. Huhu.


20 Mac 2007

Before I came here, I've read about British weather. Basically, it's crazy. But I never thought that it is THIS crazy.

When I was outside just now, it was sunny. Then I went inside, entered my lab - then it was snowing. Blizzard, to be exact.

At the moment I am typing this, the blizzard is over. And it's sunny again. Sheeeessshhh.

Tak sempat nak kumpul ais buat ABC.


19 Mac 2007

::Bangga!::


Tadi aku masak kurma ayam. Kurma ayam lagi! Nak setiap hari aku masak kurma ayam. Habis, nak buat macam mana, duit tarak. Kalau perencah kurma dah habis, baru la aku beli perencah lain pulak. Huhu.

Tadi aku masak dalam pukul 6. Sekali si Alex, housemate aku tu baru bangun tidur. Aku ni kalau orang dah nampak aku masak, takkan nak buat bodoh. Jadi sebagai seorang berbangsa Melayu yang berbudi pekerti, aku cakap la memang aku masak ekstra untuk dia makan malam sama.

Tapi, dia jual mahal aku cakap kau.. Tak tau la jual mahal ke, segan ke. Tapi ye ye Alex cakap tak nak. Tak ape lah, nak rasa satu sip aje lah. Kononnye nak masak spaghetti bolognaise malam ni. Dia siap bawak keluar spaghetti, potong bawang, tomato dalam tin semua. Konon nak masak sendiri la tu.

Saje je aku tunggu dia lepas masak tu. Dia cakap nak pergi buat laundry dan suruh aku makan dulu. Aku yang baik hati ni makanlah dulu, dan tinggalkan dua ketul ayam kurma dengan separuh periuk nasik sementara dia pergi buat laundry.

Dua jam lepas tu, aku turun dapur balik. Aik - tak berusik pun bahan-bahan nak buat spaghetti mamat ni. Tadi beria-ria defrost daging. Tengok-tengok - laaa habis licin kurma ayam dengan nasik aku si Alex ni kerjakan! Tadi ingatkan si Alex ni jual mahal taknak makan, tu yang aku turun balik kot-kot ada lagi, buleh aku melantak sekali lagi. Siap basuh susun elok cantik-cantik periuk aku. Haha baru ko tau macamana orang Melayu masak. Tak bersisa langsung!

Bangga sekejap. :)


18 Mac 2007

::Biar Beribu::


Walaupun aku beribu batu jauhnya dari Malaysia, aku masih mampu menonton Akademi Fantasia.

Akademi Fantasia. Mungkin tak ramai yang nak mengaku suka menonton. Ego la tu konon. Tak macho la. Tapi whatever la. Cube aku campak ko kat sini, cerita Melayu separuh siap pun kau rasa sedap. Dah hari-hari dengar orang cakap omputeh.

OK, sambung balik pasal kemampuan. Terima kasihlah kepada yang menyetap (men-set-up) utube dan pihak-pihak yang teramat rajin mengupload klip-klip AF ni. Tak jemu sungguh. Hehe. Actually aku takde la minat sangat nak menengok konsertnya. Aku lagi suka tengok tirai Akademi Fantasia dan yang paling best, Fail Sulit AF. Aku paling suka tengok Sarimah Ibrahim mengacara. Totally impressing!

Oh ya. Rizal AF5 tu, bekas staff aku kat Menara Senawang dulu. Aku sempat kerja dengan dia dalam sehari dua sebelum aku berhenti kerja. Hebat sungguh Menara Senawang ni. Sorang pergi buat Masters-PhD, sorang masuk AF5. Elok sangat la tu. Kalau nasib aku baik, dia ingat la lagi aku sebagai bekas Manager dia lepas dia keluar/dikeluarkan/ menang dari AF nanti. Hikhik.

Kadang-kadang aku rasa tak aci pulak. Aku belajar macam nak mati, pergi jauh beribu batu, tak femes pun. ini dia tak pasal-pasal dah nak femes satu kepulauan Nusantara. Tapi bila fikir- fikir blik, setiap orang ada saluran rezeki yang Allah dah tentukan. Macamanapun aku merungut dan membebel, dah Allah tulis rezeki aku macam ni, rezeki (?) dia macam tu. Si Rizal tu aku dengar antara top seller sunglasses kat cawangan aku dulu. Sweet talker kot, and obviously sweet looking in person. Mungkin pihak atasan Menara boleh jugak buat syarat baru dalam mengambil pekerja selepas ni. Tak boleh berhenti untuk memasuki rancangan realiti TV. Ye lah, aku dulu nak berhenti untuk menyambung pengajian pun banyak pulak ceritanya. Atau pun menara dah ikat kontrak siap-siap untuk menjadi duta kedai spek tu? Kita tunggu dan lihat. Haha.

Hm. Aku rasa macam Universiti ni tak bayar bil gas jer. Heater rumah aku tak berungsi hari ni. Air pun tak panas. Tak mandi aku (nasib baik hari ni Ahad. Haha.) Sejuk nak mati! Hari ni kat sini, kejap-kejap mendung, lepas tu cerah, mendung balik, berangin, dan salji turun! Baru berangan nak buat ABC, tiba-tiba matahari keluar balik. Gila betul British weather ni. Dan petang dekat senja tadi, salji turun balik pulak. Kali ni lama sikit, lepas tu tak turun dah. Tunggu Krismas nanti kot.

Ps: Ingat nak tulis pendek aje. Tetibe terpanjang pulak. Nampak sangat aku tengah boring.



17 Mac 2007

::Catatan Aku Yang Sedang Boring Tahap Gaban::


In entri aku yang kedua hari ni. sebenarnya aku dah hapdet pagi tadi. Tapi disebabkan kebosanan yang amat melampau, aku hapdet lagi 12 jam kemudiannya. Yarabbi boring gila laa... Tivi pun takde. Mati akal dah aku. Mula-mula rasa macam menyesal lak tak bawak DVD - kononnya tak nak mengganggu study. (Eleh, tak bawak pun, tetap tak studi gak!)

Hmmm apa nak merepek ek. Ha, tau tak, kadang-kadang, aku teringin sangat nak jadi macam penulis blog lain. Yang tulis apa-apa ilmu pengetahuan yang diorang ada, untuk dibaca sesiapa dan untuk mendidik masyarakat. Kalau doktor tu, dia cerita la pasal bidang kedoktoran dia ke, apa ke. Tapi bila aku nak menulis bidang aku, aku rasa macam mati idea lak. Terasa macam cukuplah sepuluh jam sehari aku menghadap segala hal mak nenek optometri ni. Takkan kat jernel ni (yang merupakan suatu eskapism - chewwah) aku nak bercerita pasal optometri jugak.

Korang nak baca ke cerita pasal facilitatory effects of strong signal flanking Gabor patches on contrast discrimanation of similar patch in a controlled noise background? Takpun pasalcrowding as an effect of the presence of flanking bars around a Landolt C optotype?"

Nak? Nak? Aku pun taknak. Kalau aku dah taknak, korang pun tak boleh tau jugak pasal aku tak kuasa nak bercerita. Kalau nak tau jugak, mungkin boleh tanya supervisor aku. Dan atas sebab itulah, aku rasa aku tak berupaya nak bercerita tentang ilmu-ilmu optometri di jernel ini, lantas mengambil keputusan untuk merepek tentang kehidupan harian aku instead.

Maaf kalau anda penat membaca ayat-ayat di atas. Sesungguhnya aku sedang dan teramatlah bosan..

OK. Mari mengumpat housemates aku pulak. Rumah sewa aku ni dua tingkat. Luarnya batu, tp kat dalam, lantainya kayu. Entah kayu gred apa yang dia guna, bila pijak ayik berkeriut aje. Housemates aku ni dah la aktif satu macam. Sikit-sikit gedegung gedegang bunyi hempas pintu. Lepas tu kejap-kejap terasa bergegar rumah ni. Nak aje aku turun bawah mencarut cakap Melayu. Tapi bila aku turn pergi kencing tadi, takde orang pulak. Magik sungguh. Sekejapan aje dah hilang.

Satu lagi perangai diorang ni - cukup malas basuh pingan mangkuk. Ada la seminggu sekali. Cara basuh lak - rendam dalam air sabun, pastu kuis-kuis sikit, terus keringkan. Wahhh bijak betul. Aku ni tadi dah rimas sangat, terus basuh segala macam hamjadah dalam sinki tu. Pastu saje aku sembunyikan (simpan) pinggan diorang dalam almari. Kuali semua aku gantung bagi nampak teratur. Ala-ala teguran berhikmah la. Role model gitu. Siap bersihkan stove lagi. Dua jam lepas tu - garam bersepah atas meja, sudu dah pakai bersepah. Mungkin aku perlu letak notis. Atau aku bakar rumah ni.

Bakar? Teringat pulak. Sejak aku ada jernel ni, entah berapa juta kali aku cakap nak membakar sesuatu sebagai tindakan melepaskan geram. Contoh tempat-tempat yang aku pernah nak bakar termasuklah CC kolej aku. Haha. Dan bilik housemate aku akan tersenarai. Oh ya, library perubatan di fakulti aku tu bukan aku yang bakar ye. Dia terbakar sendiri.

Baru aku tau. Saiz ayam di sini berkadar langsung dengan saiz penduduknya ye. Besar gila. Mula-mula aku beli terasa menyesal. £3.62 untuk dua keping breast (huh?). Tapi bila balik rumah - bila pegang - wuih buleh tahan besarnya! (ayam tu). Isinya tebal. Ada 2 lapisan lagi. Dah guna sekali pun tetap tak luak.

Aku beli (bahagian) breast. Besar sungguh. Kalau mengikut teori ayam UK aku tu, bermakna... ...hmmm ia pun besar jugak!

Ah, maafkan aku. Mungkin aku dah terlalu banyak membaca karya Saharil. Huhu.


::Tea Party::


Ini la gambar sebahagian pelajar pascasiswazah kat jabatan aku. Sebenarnya kitorang ada ala-ala tea party semalam. Hehe. Tu yang berkumpul reramai tu.

Belakang kiri si Stephanie, postgrad 2nd year. Sebelah dia Holly. Holly ni nak pergi Botswana (kalau tak salah) minggu depan, untuk program Africa Vision Aid, so tu yang ada tea party tu.

Tang depan kiri sekali tu baru 2 minggu jadik student postgrad. Hehe. Sbeelah aku nama dia Carmen Gonzales Ferrera (kellas nama dia kan?). Dari Spain. Cakap English seksa nak paham. Sebelah tu Baskar dan Vineela dari India.

Ok. Cukuplah pasal tea party. Nak dijadikan cerita, lepas minum-minum (teh) tu, aku dah tetinggal kunci rumah dalam bilik diorang. Telefon la si Carmen. Dia cakap depa dok melepak tang SU BAR kat bangunan sebelah, kalau nak kunci mai la amik (dalam Bahasa Inggeris, of course).

Gulp. Bar? Lepas berjaya amik kunci tu, diorang paksa aku lepak sekali pulak dahhh.. Minum beer segala. Aku gi la kat kaunter tu, cakap nak coke. Pastu minah tu isi dalam satu gelas. Besar. Tapi gelas macam rupa gelas beer yg melambak-lambak diorang ada tu.

Do you have any unused glass? I mean any glass that has not been used to fill any alcoholic drink in it? Like the small glass that you put plain water in it? Banyak benar soalan.

Hmm.. I'm afraid not. Even the small ones we use to put spirits and certain liquors. Waaaa.
Well let me check at the back if there's any new ones,"

Nasib baik ada.

So do you want a new drink in it?

Yes please! Huhu taknak aku minum coke dari gelas beer tu. Huhu. Pasrah aje la.

Lepas insiden tu, aku pun lepak-lepak la. Bau beer kuat betul. Lemas aku. Macamana la diorang boleh tahan. Aku minum Coke pun dah terasa kemban-kembang dah lubang hidung sebab gas dia tu.

Holly nak balik lepas tu. So sumorang pun bangun, peluk -peluk dia, cium-cium laga-laga pipi segala. Aku sorang je tak bangun. Amboi, si Baskar pun tak sedar diri peluk-peluk segala.

sampai kat turn aku (aku yang last sekali) - Holly cakap - "Oh.. well I'd kiss you too..."

Dan berlakulah aktiviti melaga pipi pertama seumur hidup aku dengan perempuan... Ah tidak! Keterunaanku!


13 Mac 2007

::Bank, masak dan bar::


Nasib baik aku berjaya meng-sense something. Bahawa aku bakal ada masalah kewangan kalau tak berjaga-jaga (sape tak, ye tak?). Ada ke patut cek yang aku dapat dari A*ffin Bank tu cek tendang! Nak marah la pakcik nih. Udah la aku depositkan sampai £1,000. Gilo apo kono tondang. Kalau kat sini dah boleh beli satu Mercedez second hand tau.

Dah email dah kat bank tu. Siap quote "I am TERRIBLY UPSET". Tau pulak dia terguling-guling mintak ampun kat aku.

Disebabkan sedar yang aku kena berjimat, semalam menapak la aku ke Asda yang jauhnye macam nak mati dari universiti aku tu. Asda ni ala-ala pasaraya besor la, segala bagai ada kat dalam tu. Tapi kan, memang gila jimat. Aku beli 4kg beras, 2liter minyak masak, bawang besor, bawang putih, dvd bawang putih bawang merah pisau, telur 6 bijik, 2 sardin berenang-renang bersama sos tomato dalam tin - dengan hanya £5.17! Lebey kurang RM35. Aku rasa kalo kat Mesia pun, dengan RM35 pun macam tak cukup jer nak beli barang-barang sebanyak tu. Tapi kat Asda ni, makanan mentah murah la. Nak beli barang lain, jangan harap. Sudu garpu satu set aje dah £7. Ape makan garpu ke apa omputeh ni. Harga pinggan sekeping pun dah mengalahkan stok makanan aku seminggu setengah ni.

Hmm.. Nampaknya selepas bershoping kat Asda nih, kena tukar gaya hidup makan di luar nih. Kalu aku makan beriyani, at least £6 kena spend. Nak makan nasik punya pasal. Sekarang dengan nilai yang sama, aku dapat makan 10 hari. Tak ke jauh beza tu.

Dan untuk melengkapkan misi menjadi chef nih, tadi gi beli cooking utensils. Untuk 3 periuk pelbagai saiz dan satu frying pan, hanya perlu bayar £7.99! (Dalam hati - jangan convert - bayangkan aku hanya kuarkan RM7.99). Hehe rase macam promoter lak.

My first nasik & lauk.. Telur masak kicap. Harhar jadilah.

Lauk kedua - sardin masak sambal. Siap luka-luka tangan tercucuk pisau. Huhu. Telur tak nampak pasal dok bawah nasik. Lauk aku sumbat aje semua dalam tupperware. Nak guna pinggan hosmet aku, waswas la pulak. Tah segala macam bacon dia dah letak dalam pinggan diorang. Takkan aku nak samak pulak. Sebab tu la aku beli pisau & periuk-periuk sendirik. Oh ye, kelihatan ada garpu plastik di situ ye. Sebab, aku rasa mahal benor nak beli sudu kat UK nih. Kalau nak murah, kena beli 1 set lengkap. Memang la harga £2.99 aje, tapi takkan la nak ada sampai 24 sudu, garpu, pisau segala. Tapi takpe, esok boleh cilok banyak sikit sudu garpu dari kafe universiti. Haha.

Ok la. Nak tidor. Kekenyangan. Haha.

Oh ye. dah berjaya streaming Era. Leganya dengar orang cakap Melayu! Telinga ni dah berkulat-kulat dengar cakap omputih semanjang...


Oh ye. Jangan risau. Aku tak pergi pun bar tu. Aku semunyik dalam bilik lepas balik dari universiti. Haha taklah. Aku dok baca buku ajer. Supervisor aku dah mengeluarkan taringnya. Nak bagi test impromptu this week.

Diorang pergi bar Jumaat malam. Hari Sabtu pukul 7 pagi, dengar suara pompuan gelak-gelak. Pompuan sesat mana pulak dalam umah aku nih. Setelah skodeng lebih kurang, nampak la pompuan tu. Dari bilik Alex. Pakai sweater yang jenis labuh ke lutut tu, kaler hijau - SAHAJA.

Hmmmm sah-sah dah si Alex ni...


8 Mac 2007

::Segalanya bermula::


Ok. At the moment, I am giving up programming.

Gila apa. Aku spend 4 jam belajor C++. Ikut instruction dia step by step. Bila nak execute, sana sini error keluar. Huh. Tak kuasa aku nak mengadap benda nih. Baik aku baca textbook ke, journals ke dari mengadap menda alah nie. Bukan major aku pun.

Oh ye. Hari ni aku balik awal. Makan dinner kat Chicken Cottage dengan Kak Intan pasal dia nak balik Malaysia esok. Dua bulan lak tu. The good thing is, dia nak bagi kat aku roti, tuna dan sardin dia yang tak abes. Haha ye la kan, dari dia simpan dua bulan, baik dia sedekah jer kat aku kan? Kenyang and jimat - eleh, itupun kalau berjaya bertahan lama makanan tu. Aku ni bukannyer boleh percaya sangat.

Oh ye. Udah balik awal ni, maka aku pun sampai rumah awal. Mandi-mandi lebey kurang, pastu jumpa la mamat-mamat ni. Housemates aku. Huhu baru nak nampak muka! Dah dekat dua minggu aku dok sini, jangankan batang hidung, bulu hidung pun aku tak pernah nampak. Tapi time jumpa diorang tadipun, takdepun aku nampak bulu hidung diorang. Ha, mula merepek la tu.

Yang berdiri sebelah aku tu nama dia Alex. Dari Suffolk. Budak Sports Psychology. Baik gile la. Soft-spoken je. Tersangat la baik, sampai dia rasa sebab dia terlampau baik la awek dia tinggalkan dia. Appara. Dalam dok citer2 tu, ada la dia ajak aku pergi sekali ke Student Union (SU) Bar kat university malam esok.

"It's great. U should go, really. Get drunk once in a while,"

Gilo apo. Tapi dia memang ngaku la memang dia drink a lot. Siap respek giler kat aku sebab aku tak minum. Haha. Bangga sekejap.

The one in the red shirt - Sebastian dari Bradenburg, Jerman. Amik International Business. Setahun jer kat sini sebelum balik Jerman. Aku siap dah bagi hint-hint dah nak pi Jerman, memandangkan dah ada kawan (dia la, sape lagi). Harap-harap dia paham. Hehe. Dah lama dah aku teringin nak pi Jerman nih.

And sorang lagi - Daniel. Jerman gak. Business Admin. Tak dok umah aku pun tapi saje mai melepak bilik si Sebastian. Aiyo, diorang ni tak abis2 citer pasal pub la, girlfrens la. Nak cakap pasal pub, tak pandai lak aku. Sekali aku bukak topik pasal German Politics. Haha - nampak sangat tak berfikiran muda remaja aku nih. Tapi at least aku takde la depress putus cinta sampai minum macam nak rak macam si Alex tu. Haha ngumpat dah...

Basically, apa yang kitorang buat? Masak pizza. Appara diorang, masak pizza pakai oven pun boleh rentung. Sorang makan satu pizza agak-agak sederhana besar lak tu. Aku tanya Alex, ada apa atas pizza tu. Dia cakap, ada meat dengan ham. Lagi nak offer aku pulak pastu. Nak ketuk je kepala mamat nih, masalahnyer dia dah la lagi tinggi dari aku. Karang aku pulak yang kena ketuk balik. Pastu melantak aiskrim vanilla. Tang ni aku berani la sikit makan kot. Diorang lak makan macam nak mati. Tak reti-reti kenyang tol.

Agenda seterusnya adalah mengumpat gelfren masing- masing. Siap gelfren si Daniel text dia, merajuk pasal tak wish for International Women's Day. Siap dah kena call Jerman, pujuk2 nak beli bunga, dinner segala. Teruk gak kalo pompuan omputeh merajuk. Pastu ngumpat gak pasal budak Cina hosmet kitorang yang aku tak pernah jumpa tu. Diorang cakap dia memang dok sorang-sorang and tak bergaul sangat dengan orang. Alex pun siap nak ajak budak Cina tu balik rumah dia masa Krismas aritu tapi tak dan. Haha macam dah tau je ke mana aku boleh pergi Krismas nanti - hehe. Kena berbaik-baik betul dengan Alex nih.

Hmm.. Kesimpulannya fun la kenal diorang. Takde la aku ngadap lab, pastu balik rumah mengadap dinding. Walaupun memang aku boleh terasa culture kitorang berbeza. Diorang asyik cakap pasal pub & hot girls. Girlfren pun semuanya kenal kat kelab. Bertukar-tukar pulak tu. Nadine la, Leah la. Tapi at the moment aku boleh gak masuk sikit2.

Hmm.. Esok malam macam dah kena ajak pergi SU Bar. Aku nak je ngelak. Cuma aku cakap, make sure aku hanya minum Coke or something.

Alex cakap, "Sure. Don't worry, I'll watch over you,"

Sebastian pulak cakap kat aku, "No, no, he'll get drunk. YOU need to watch over Alex,"

Huhu.


7 Mac 2007

::Segalanya bermula::


Hmmm.. Dah mula dah terasa kepayahan membuat PhD. Semalam spend beberapa jam dengan Sarah untuk memenuhkan borang Skills Diagnostic.. Punyelah banyak skill yang aku masih kurang.. Tu yang banyak merah-merah tu. Have to do this, do that..

Dan, memang tak salah la apa yang aku dengar masa phone interview dengan supervisors aku dulu... aku kena belajar programming.. Kan dah kata..

Last week aku ada bagitau Veena dengan Venilla (dua orang budak postgrad lain) pasal aku kena belajar programming ni. Diorang tak caya. Diorang kata tak mungkin la kena belajar programming. Entah-entah aku yang salah dengar, mana la tahu sebenarnya supervisor aku nak aku buat join special postgraduate programme ke apa ke. Sekali betul - computer programming.. Amik kau (amik aku sebenarnya. Huhu).

So. Seorang postgrad optometry, belajar C++. Tu la gatal sangat taknak buat research clincial optometry, nak sangat buat research vision science. Amik ko.

Tapi takpelah. Sekurang-kurangnya aku akan gain new skills, yang akan bantu aku dalam future research bila balik Malaysia nanti (ayat nak menyedapkan hati). Lagipun, aku hanya (hanya?) perlu spend masa dalam lab, depan PC membantu aku mengajar diri sendiri. Itupun kalau si Veena tu tak sibuk-sibuk nak ajak aku pergi sana la, sini la. Mintak kerja la, apa la. Tak masuk habit membeli-belah dia tu.

Kat blog ni kena banyak tulis Melayu. Tulis BI nanti, buatnye diorang terjumpa blog aku, tak pasal pulak diorang tau aku ngumpat diorang. Haha.

Wassalam dulu. Kena baca dan summarise at least satu jurnal setiap hari ni.
Kononnya la.


7 Mac 2007

::A Walk at the Park::


Well, pics can't tell everything.
A smile can hide anything that is inside.
These are just some snaps of yesterday.


5 Mac 2007

::Nun Jauh 2::


I know. I know I shouldn't be saying this.

I have promised. But I can't help it.

I am emotionally impaired...

3 Mac 2007

::Nun Jauh::


So.. Inilah entri pertama aku di bumi orang.. Dah dekat seminggu rupanya aku kat sini daripada touch down kat Heathrow haritu. Perasaan? Macam-macam... Alhamdulillah sekarang ni aku boleh la sikit-sikit adapt dengan cuaca.

Aku ingatkan sejuk biasa-biasa aja kat Cambridge ni. Walaupun sebelum datang dah tengok yang suhu around 8 Celcius, masih lagi ingat boleh selamba aje. Turun-turun coach (bas) - sejuknya yarabbi! Menyesal pulak tak beli kot yang lagi tebal dengan sarung tangan. Hmmppphh sape tah yang cakap tak payah beli kat Mesia? Nak mati beku dah aku!

Sampai aje, terus pergi phone booth nak telefon Kak Intan. Kak Intan ni study dekat Universty of Cambridge, dah arrange dengan dia dah untuk dia jemput aku dekat stesen bas. Sekali call tak dapat. Dua kali call tak dapat. Sudah. Udah le bila masuk voice mail aje, terus dia charge 40p. Kesudahannya, 1 pound lesap kat tepon! Udah le tak dapat cakap! Macam tak boleh bayang aje, RM7 abis kat telefon tapi tak dapat cakap pun dengan orang yang ko tepon. Haha tapi kat sini, kalau taknak terasa sengkek dan miskin, jangan sekali-kali convert pound ke RM bila nak beli barang. Alamatnya mati tak makan la kau. Anggap aje 1 pound tu RM1. Baru tak terasa sangat duit yang keluar dari poket. Huhu.

Dengan sejuknya, dengan tak dapat call Kak Intannya, aku dah terasa nak balik Malaysia time tu jugak. Nasib baik tak jumpa bas balik airport. Setengah jam lepas tu, Kak Intan pun sampai.. Kredit to Kak Intan, punyalah baik dia, sebaik-baik Malaysian aku pernah jumpa (kat UK) - dia sorang aje aku pernah jumpa lagi pun. Abis satu City Centre dia bawak ak pusing. Market square, Jesus' College, supermarket murah Salisbury's, ajar naik bas, belikan simcard, ajar bukak akaun bank, belanja makan beriyani - segala-galanya yang best!

Dua malam first aku stay kat Youth Hostel. Nak murah, kena la kongsi bilik dengan orang lain. Udah le orang katil sebelah aku tu, tengah-tengah malam mengigau. Tumbuk-tumbuk katil, mencarut segala. Pastu bangun, tau pulak cakap dengan diri sendiri yang dia mengigau. Tak lama lepas tu dia ngigau balik, terus aku baring jauh-jauh sikit. Ditumbuknya aku karang tak pasal..

Hebat jugak penangan jet lag ye. Dah la flight 13 jam setengah, time difference Malaysia dengan UK dalam 8 jam. Aku amik masa 4 hari nak adapt. So dalam 4 hari ni la, pukul 7 aku dah lelap, pastu 3,4 pagi aku dah terkebil-kebil atas katil. Tak tau nak buat apa.

Hari kedua kat UK aku dah daftar kat Anglia Ruskin University. Daftar sehari awal sebab aku memang tak tau nak buat apa. Boleh tahan gak uni ni. Takde la koman. Orang siap berkerut-kerut dengar nama uni aku. Tapi series best. Walaupun tak besar sangat, tapi environment dengan facilities dia best sangat. Si Ania Sarka, orang International Admission Office gumbira gila bila aku daftar. Ye le, udah seminggu menyusahkan dia sebelum aku datang sini. Sikit-sikit email, mintak itu ini. Lawa pulak minah Ania Sarka ni. Aku ingatkan kalau kerani universiti ni macam makcik-makcik aje.

Hari first masuk research lab, jumpa 2 orang student postgrad lain. Dua-dua dari India, Vineela dengan Veena. Jenuh aku mengapal nama diorang. Hari 1st daftar, dah dapat 3 jernel untuk dibaca, jadual untuk kelas statistik esoknya dekat kampus Chelmsford, pergi buat student ID, daftar National Health Service..

Dan dah jumpa jugak supervisor aku, Dr Sarah. Baik gila la dia. Aku rasa takde supervisor sebaik dia dekat Malaysia. MAsa nak dapatkan meja untuk aku duduk kat research lab tu, dia siap telefon dan dapatkan komputer baru untuk aku satu. Pastu siap lapkan meja aku, panjat meja nak betulkan blind kat tingkap aku.. Yang best tu, semalam dia ajak aku masuk stor, ambik apa saja dan berapa saja stationary yang aku nak yang boleh membantu aku dalam research aku! Walaupun dia ni macam kelam kabut sikit, dengan bilik bersepah, kejap kejap gigit kuku. Pastu karang pensel terlepas dari tangan la, garu kepala la, angkat kaki naik atas kerusi sebelah la. Tapi kepala otak memang penuh dengan ilmu..

Setakat ni aku rasa setiap hari aku berjalan tak kurang 3km. Tu baru pergi balik uni. Tak masuk kalau jalan kaki pergi City Centre ke, Grafton Mall, Asda Mall & railway sation. Malam tadi lepak & makan dinner kat bilik si Veena. Udah le jauh nak mampus, nak patah balik ke rumah aku dengan hujan angin ribut segala. Lepas 3 tahun, kalau aku tak kurus, mesti kaki aku tercabut hilang tah ke mana. Sedar-sedar je dah takde dah.

Setakat ni kalau nak makan sedap-sedap, aku jadualkan selang sehari aje. Sedap-sedap tu macam ayam goreng ke, beriyani ke, pasal harganya 3 pound ke atas. Hari yang berselang tu, makan la aku biskut Salisbury's yang harga 27p sepeket tu...

Waaaaa kurus pakcik...


25 Februari 2007

::Hari Terakhir::


Jiwa aku kacau. Kalut. Kusut.

Aku risau. Bukan setakat butterflies, segala mak nenek dah ada dalam perut aku sekarang ni.

Lagi beberapa jam before departure. Yet aku masih selamba ke Senawang untuk mengupload. Walaupun aku tau berapa kerat jer yang kesah dengan bebelan aku kat sini, aku tetap nak upload. Nak luah seala perasaan yang bercampur baur ni.

Aku risau. Risau. Dan risau lagi.

Suatu dunia asing menanti...


24 Februari 2007

::Sabtu Terakhir::



21 Februari 2007

::Rabu Terakhir::


Hmmm. Penat betul harini. Pagi tadi pergi matikan setem untuk Perjanjian UKM. Terbang RM40.

Aiyo. Macam-macam betul dugaan menimpa aku dalam proses nak pergi sambung belajor nih. Ekceli, Jumaat lepas aku jumpe ada satu incik kat Bangi, orang yang tempah tiket kapal terbang. Mas tu pukul 4.40 petang (highlight: nak abis waktu pejabat). dia dah tempah tiket aku, flight malam. Kira nak sampai subuh la, so ada full day ahead senang aku nak wat kerja aku. Sekali tengok-tengok dia salah eja nama aku. Dia cakap takleh amend gitu aje, kena cancel pastu rebook. Takpe la, aku harap dia buat petang tu jugak la.

Sekali- rupa-rupanya tak. Sudah.... Menunggu pulak opis bukak ari ni. Cuti panjang kan. Sebenarnya hari-hari aku cek website MAS. Saje nak pastikan ada seat ekonomi kosong untuk flight malam tu. Start malam tadi, dah takde seat. Pagi tadi pun takde. Bile aku call incik tu, dia cakap seat flight malam dah takde. Dia book flight tengari. Aku teerkejut gile la. Nightmare aku come true pulak! Kalo flight siang, abis kenduri aku camner? Orang lain makan kenduri, aku terkedek-kedek nunggu katebang??

Nasib la aku berusaha tak jemu untuk check flight tu kat internet setiap 10 saat. Sekali dalam pukul 11, lepas aku refresh, ada seat kosong untuk flight malam! Terus aku talipon incik tu. Dipendekkan citer, aku berjaya gak dapat seat tu... Tapi aku bukannye nak pecaya sangat. Selagi flight ticket takde dalam tangan aku, selagi tu aku tak senang duduk. Huhu. Ape ke penuh benor flight ke London malam tu? Ramai sangat ke orang nak gi London malam tu. Naik la katebang lain. Huhu..

Setel hal tiket, gi Putrajaya pulak. Biasa la, pergi Kementerian Pengajian Tinggi. Tak sudah-sudah. Esok pergi lagi! Tapi pergi esok dapat cek, so tak merungut la. Haha.

Petang tadi gi amik visa kat Brritish High Commission, Jalan Ampang. Visa ni kite boleh cek online, nak tau dah siap ke belum. Tapi dia nyer ayat doubtful betul. Dah tu, dekat visa status aku, dia guna font kaler merah. Ayat berbelit (sumorang cakap macam tu). Aku pun tak sure dah siap ke tak. Udah font kaler merah, mane la tau kot-kot visa sangkut ke sebab aku buat muka dengan kerani visa aritu. Tapi last-last sumer setel la.

Huih. Penat lak menceceh. Esok aku sambung.


20 Februari 2007

::Selasa Terakhir::


Pagi tadi amik result medical check up kat hospital. Haha nasib baik takde hepatitis. Sihat walafiat aku, alhamdulillah.

Petang lak kuar kejap dengan Farid. Ushar-ushar baju dinner.

Hmmm risau betul pasal accommodation aku kat Cambridge nanti. Dapat la kontek dua orang Malaysians kat situ. Tapi senyap je. Pasrah je aku. Takkan nak paksa dorang jemput aku pulak kan?

Mula-mula aku dapat sorang budak tu. EMail first, dia reply OK la. ALa-ala ramah la. Aku cakap, university accommodation dah fully booked, and universiti aku hanya boleh bagi list Bed & Breakfast (ini lebih kurang macam hotel murah laaa). Aku pun dengan berlapiknya cakap, aku tak tau nak duduk mana, no idea (nak mintak carik hosmet Malaysian sebenarnya). Pastu dia reply balik - hmmm tak paham pulak ayat berlapik aku. Terus aku email tak berlapik-lapik dah. Cakap diect nak mintak tolong carikan hosmet Malaysian. Sekali tak balas-balas!

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Aku dah termimpi, sorang-sorang kat HEathrow, menarik luggage yang besar gedabak....



19 Februari 2007

::Isnin Terakhir::


Hari ni aku kat kampung. Balik beraya. Cuti raya cina kan. Ala, kira raya la tu. ORang bertandang umah nenek aku pun, nenek aku hidang limau. Dah macam raya pulak aku rasa cuma pakai tshirt sempoi jer.

Ekceli balik kampung ni pun sebab nak gak jumpe tok, pakcik, paksu, paklang, sepupu-sepupu aku segala. Nanti makan bertahun pulak nak jumpe balik. Sempat la jugak pi kubur ibu dengan tok wan. Tak sangka lak, dah 4 tahun rupenye. Tak sedar pulak masa berlalu. Dan hati ini terus kosong..

Balik ni jugak nak jumpe adik (abang aku no 2) and akak ipar aku. Nak soh jadi penjamin. Punye la seksa syarat nak jadik penjamin dalam perjanjian UKM ni. Takut benor aku lari. Kalo setakat nak sign penjamin ok lagi - ni siap nak tandatangan majikan/pegawai daerah tempat penjamin tinggal/jaksa pendamai segala. Udah le aku dapat perjanjian tu Jumaat petang - ni dengan raya cina bagai - bile pulak aku nak dapat balik?? Udah soh kak ipar aku jadik penjamin, kena la ada benda untuk dihulur. Aku belikan le body shop valentine set golden apple. Mak nyah kedai tu cakap bau tu sedap, aku bantai je la. Siap balut riben-riben, dengan tabur-tabur bunga kat dalam segala bagai.

Malam pulak jumpe sepupu-sepupu aku. Abih dah tunang segala. Siap bawak balik tunjuk kat nenek aku. Terpakse jeles sekejap. Tu belum kira anak Mak Lang aku yang jadi stewardess MAS tu. Dressing maut gile la jugak. Sekali tengok tak sangka asal Tanjung Piandang. Hehe.

OK. Malam ni balik KL. Gerak 11.30 malam. Ingat nak gerak lambat lagi, tapi mengenangkan jalan kampung aku yang gelap gelemat, tambah taknak tertido berbantalkan stereng, terpaksa gerak gak. Hmm.. Udah le sepupu aku bertahun-tahun sekali baru dapat jumpe, ini bila diorang dah balik beramai-ramai, aku pulak yang nak blah dah..


15 Februari 2007

Aiyoh. Penat gile aku hari ni. Aku punye la bangun awal. Konon nak sampai ofis awal, setelkan dokumen untuk apply visa. Siap dah buat checlist dengan ayat yang lengkap (konon taknak bagi keliru), dengan ada flow chart lagi. Step by step ape aku nak buat hari ni.

Sampai aje ofis (jam 6.58 pagi!) terus masuk ofis. Sekali - ah sudah... mane pulak fail hitam aku ni. Dah la dalam tu ada offer letter, visa application, result dengan skrol degree... Mati aku. Puas aku punggah jabatan aku. Dr Haliza siap panggil aku 'atok' lagi. Punye la pelupa..

Carik punye carik, jumpe la jugak. Dekat bilik kuliah - which was open at 8am. So, takde maknala aku datang awal kan? Huhu.

Cop cop, sign sign segala, amik itu ini (tak termasuk mase memang dah obvious gile tengah sibuk susun and isi borang sume) kena pulak suruh call publisher program book dinner la ape la.

Oh ye, lupe nak bagitau. Optometri kat UKM ni sambut ulangtahun ke 25 tahun ni. So aku ni telah berhempas pulas segala sebagai Ketua Editor untuk penerbitan buku sempena sambutan alah ni. Pening kepala otak aku. Nasib baik buku ni ada nombor ISBN semua. So sebagai Ketua Editor, makanya dapatlah aku satu penerbitan buku. Haha buleh masuk aku nyer CV nih. Buleh gak aku isi senarai penerbitan. Bangga tul baru tutor dah ada penerbitan buku. Walaupun bukan research, tapi ah lantak la! Hehe.

BUat medical check up kejap. Kat sital swasta. Huih laju betul. Beza banyak ye rupenyer antara bayar singgit (spital kerajaan) dengan bayar lapan puluh hengget. Esok terus dapat result! Kalau mase aku buat dulu, nak tunggu pergi amik air kencing pun bertahun. Sampai mogok, kencing aku taknak keluar...

Servis keta. Pastu pegi buat visa. BErtekak-tekak kejap dengan minah visa tu, balik opis pulak. Amik slip gaji. Pastu pegi lagi sekali pulak. Tak paham aku. Dah ada financial affidavit dari kerajaan Malaysia, tetap nak 3 bulan punye slip gaji. Aku rase macam nak apply kredit kad pulak. Tapi terpakse jugak la aku mengalah dengan minah tu. Karang tak ikut cakap dia, burn pulak visa fees tu. Gile betul diorang ni. Kalau application ko tak lengkap, bukannye dia bagi balik. Dia proses, reject, pastu burn duit ko RM600 lebey. Sila apply dan bayar lagi sekali ye.

OK lah. Penat dah membebel.

Wassalam.


15 Februari 2007

::hari yang penat.
kaki yang sakit.
hati yang bakal berduka...::


Cukup susah nak uruskan surat tawaran dengan surat perjanjian untuk cuti belajar aku. Dulu sekadar hello-hello di hujung gagang. Sekejap-sekejap Bangi, sekejap-sekejap Putrajaya.

Ada sahaja yang tak cukup. Ada sahaja yang hilang. Hello-hello diganti dengan faks juga. Pagi faks. Petang faks. Esok faks.

Tetap maklumat tak sampai. Ini tak boleh jadi. Terus aku isi minyak banyak-banyak, memecut (kononnya) ke Putrajaya. Kementerian Pengajian Tinggi. Cari punya cari, jumpa pun Menara PJH. Bangunan baru untuk kementerian. Semua orang sibuk pindah barang, jadinya banyak dokumen dan urusan cuti belajar tertangguh (dan di merata-rata).

Dah aku datang dari jauh, jadi aku tunggu. Mula-mula cuma ingat nak tahu status permohonan. Tapi agaknya orang tu (kredit tu staff KPT, esp Miss Wana) - tak sangka pula, tengahari tu juga siap segala.. Hmmm..

Penat menunggu. Akhirnya...

Dan ini..

Dan ini juga..

Dan senarai borang-borang yang mak nenek punya banyak...

Dan segalanya perlu diselesaikan segera. Dengan cuti yang panjangnya. Itu tak masuk perjanjian UKM lagi.

Things are flashing in front of my eyes.. And I am too tired..


6 Februari 2007

::jauh::


Terasa

jauhnya.


1 Februari 2007

::Mimpi::


hapuskanlah air matamu
redha dan teruskanlah usahamu
pasti kau akan mengerti
hidup ini putarannya tersendiri

hentikanlah air matamu
biarkanlah kisah duka itu berlalu
mendung hari takkan selalu
sinar bahagia pasti 'kan kau ketemu

Tiba-tiba aku teringat pulak zaman aku degree studnt dulu. Masa final year.

*Hmmm dah duduk sorang-sorang dalam bilik ni, mula la nak bersyahdu-syahduan. Tak kuasa aku!

Teringat pulak dulu, bagai nak mati berhempas pulas belajar. Usaha untuk mendapatkan satu ijazah sarjanamuda. Buku bertimbun-timbun. Asal nampak buku atau nota yang ala-ala menarik, terus fotostat. Baca tak baca lain cerita. Yang penting, hati senang sikit melihat bahan bacaan yang makin lengkap, walaupun akhirnya tak baca pun.

Tu la. Tadi tiba-tiba terdengar lagu kat atas tu. Firdaus - Putaran Kehidupan. Macamana aku dulu, kononnya nak kuatkan semangat yang down, jadi dengar lagu tu la.

Kononnya la. But hey, it worked for me.

Mengenangkan aku bakal sambung belajar tak lama lagi, terus aku macam kecut perut sekejap. Macamana la aku nak harungi balik kehidupan seperti dua tahu lepas?

Aku harap perkara-perkara yang menenangkan fikiran, menaikkan semangat aku masa pra-siswazah, dapat juga membantu aku masa pengajian pasca-siswazah nanti.

Harap-harap la.

Hmmm... Huhu.

Ps: Aku rasa entri ni tah hapa-hapa. Yang bukan-bukan aje dalam kepala aku sekarang ni. Tapi aku dah penat taip. Apa-apa lahhh..


31 Januari 2007

::Mimpi::


Malam tadi, aku bermimpi. Mimpikan ibu.

Dah lama aku tak mimpikan orang yang paling aku sayang dalam hidup aku.

Masa tahun-tahun pertama kehilangan dulu, hampir setiap minggu aku bermimpi. Bertambah kerap kalau nak exam.

Kalau dulu, mimpi aku sentiasa bersifat denial.
Menafikan kehilangan itu.
Dua tahun aku menafikan segalanya.
Setiap mimpi pasti berkisar tentang pakar perubatan yang tersalah diagnosis.
Aku pasti ibu masih ada. Dan ibu tidak jauh dari aku.

Bila mata terbuka dalam kegelapan malam, aku percaya pada mimpi itu. untuk beberapa ketika setelah jaga, otak terus ligat berfikir. Ibu di mana? Ibu pasti masih ada. Aku perlu bangun dan cari..

Kemudian setelah jaga sepenuhnya, baru aku sedar - ibu telah pergi jauh. Jauh. Dan takkan kembali. Dan setiap pagi seperti itu juga, aku terus kecewa dan terus kecewa.

Tetapi menurut Mak Teh, itu mungkin bisikan syaitan. Bisikan-bisikan yang mahu mengalihkan tumpuan aku dari mempercayai ketentuan Tuhan. Aku hanya mampu mengangguk. Walaupun jauh dalam hati, aku terus mengharap yang mimpi-mimpi itu benar. Mengharap yang ibu selalu ada di sisi.

Mungkin sekarang aku dah terlalu jauh hanyut. Terlalu sibuk dengan urusan sendiri. Walaupun beg duit, pejabat, bilik di rumah penuh dengan wajah ibu, tapi di fikiran aku hampir tiada. Dah terlalu jauh hati ini agaknya.

Dan kerana itu, aku sudah jarang bermimpi. Aku tak dpat ingat bila kali terakhir aku mimpikan ibu. Dan malam tadi, mungkin Tuhan hendak ingatkan aku.
Aku bermimpi lagi.

Cuma kali ini, mimpi aku berbeza. Bukan lagi mimpi menafikan.
Mimpi bertemu ibu di saat-saat terakhirnya di dunia. Terlantar di atas katil hospital. Dengan kepala berbalut atau bertudung, aku kurang pasti. Aku masih ingat dengan pandangan ibu yang lemah memandang aku. Masih jelas mimpi itu, bibir ibu bergerak-gerak seperti mahu mengatakan sesuatu..

Aku sedih. Kerana empat tahun lalu, aku tak berada di sisi ibu pada saat-saat dia memerlukan aku. Pada hari gugurnya daun tertulis nama ibu di Arasy, aku entah di mana.

Sampai sekarang aku masih sedih. Dan rasa bersalah. Kerana hati ini sering melupakan ibu.

Al-Fatihah buat ibu..


17 Januari 2007

::Kerna Dia::


Kerna Dia. Yassin
PS: Bukan kerna Yassin tau. Jangan nak memandai lak. Huhu

Yang rupawan tiada bandingan
Masyhur namanya di bibir yang bestari
Ingin kukenali
Dan ingin ku mengerti

Apa yang perlu
Agar ku dapat bersatu
Setelah kian lama
Terbiar jiwa lara

Yang hilang tercari-cari
Sang puteri semakin kenal dia
Semakin mendalam rasa
Semakin yakin dia
Luruhlah segalanya

Kerana dia kugembira
Kerana dia kubahagia
Kerna dia bermakna
Semuanya hanyalah kerana dia

Kerana dia kumabuk rindu
Kerana dia tercabar fitrahku
Kerna dia sebenarnya
Semuanya hanyalah kerana dia

<-- my hobbes, my teddy...


10 Januari 2007

::Sampai::


Tadi. Dapat surat.
Baru sampai.


Dah boleh agak isinya.
Aku pun bukak.


Hmm. Dah agak.


Unconditional offer.


Hmmm..

I wanna be with you
If only for tonight


9 Januari 2007

::Terbang!::





Pernah tak rasa gembira yang teramat?

Gembira. Gembira sampai rasa nak terbang?

Nak saja brsorak, memberitahu ke seluruh dunia, yang kau sedang gembira?

Bukanlah bermakna dah tak ada masalah.
Masalah tetap ada. Takkan lari.
Tapi dalam keadaan begini, kau bisa ketepikan masalah itu.

Masalah seolah tiada makna lagi. Dunia kau terasa dikelilingi yang indah-indah sahaja. Hidup kau bahagia.

Semuanya kerana penyebab rasa gembira itu.

:)

jikaku punya mata
nun di atas angkasa
'kan ku tengok dikau
setiap ketika
di mana saja kau berada...


21 Disember 2006

::Say-bouk Part II::


Tadi aku bukak buletin e-warga. Buletin online untuk warga UKM.

Sekali ada memo nih:

Pindaan Tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Cuti Belajar Dan Biasiswa Bil.1/2007 [atas]

Dimaklumkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Cuti Belajar dan Biasiswa Bil. 1/2007 yang akan diadakan pada 4 Januari 2007 dipinda kepada 15 Januari 2007 (Isnin) atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Masa dan tempat mesyuarat adalah tidak berubah.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Tel: 03 -8921 5008 / 5089 / 4458 / 3060

(ewarga/bul/bil.22122006-36)

Admission ke universiti aku 29 Januari.

Tak tau nak kate ape.

Sedih. :(


20 Disember 2006

::Say-bouk Part II::


Hmmm.

Berkejar-kejar aku 2, 3 hari nih. Semalam dengan hari ni, aktiviti dipenuhkan dengan aktiviti mengemaskini proposal (lagi!) dengan penuhkan borang permohonan cuti belajar. Adaaa aje yang tak lengkap. Gambar la, tandatangan KJ la.

Semalam dah hampir-hampir nak pergi Bangi. Nak submit dokumen untuk cuti belajar. Dah kalut-kalut dah, sampai aku rasa satu opis tau aku nak pergi Bangi. Macam aku sorang aje nak pergi cuti belajar dalam dunia ni. Huhu. Fikir-fikir balik, malu la pulak *menyorok bawah meja*

Akhirnya, tak jadi ke Bangi. Sebab tak ada gambar. Balik rumah, aku periksa balik satu-satu dokumen aku. Tengok-tengok, banyak lagi yang maklumat tak diisi. Borang JPA pun KJ belum tandatangan. Nasib baik tak pergi Bangi, kalau tak sia-sia aje.

So pagi-pagi buta tadi, aku dah tercongok kat jabatan. Tunggu KJ. Yang masuk pukul 11. Waaaa! Tapi salah aku gak. Siapa suruh tak periksa betul-betul semalam. Aku rasa dah 10 kali aku ulang alik mintak signature dia. Mau kena baling dengan stamp pad kalau aku mintak lagi sekali. Huhu.

Dapat aje sign, terus berdesup ke Bangi. Sampai sana, kakak Unit Latihan - Puan Intan yg sangat sporting tu.. Kredit to her :) - cakap, "Wahh Kejap dah sampai? Terbang ke apa?" Hehe. Nak buat camner. Karang kalau lambat, mau lepas lunch hour baru aku dapat jumpa dia.

Dia tengok la semua dokumen aku. Dia tengok offer letter. Lepas tu dia tanya, "Universiti apa ni? Tak pernah dengar ponnn..."

Hmmmphh.. Soalan yang selalu sangat aku dengar. Tak gemar betul pergi universiti yang kurang tersohor ni. Malas la pulak aku nak menjawab. Sengih aje la, apa lagi.

"Ini akak tak tahu boleh dapat ke tak tau,"

"Tak dapat apa? Universiti tu ke?"

"Ha'ah,"

"Takpe la, asalkan dapat masuk meeting JKCB. Pasal universiti tu nanti lain cerita," *JKCB - JawatanKuasa Cuti Belajar

Dah nampak alamat macam nak kena tukar universiti aje aku ni. Kena ada back up plan dah ni.

"Masuk bile? 29 Januari tahun depan? Mintak tangguh la. Bulan Februari ke, Mac ke. Tak sempat ni nak uruskan biasiswa,"

Adoi. Adoi.

Dipendekksn cerita, baliklah aku ke KL. Kena tulis surat. Surat justifikasi kenapa universiti amendeeee la yang ko pilih ni aku pilih universiti tu. Sebab firasat akak tu macam hampir tak dapat je.. Huhu.

Dah la bapak aku dah canang satu kampung kata aku nak pergi bulan depan. Mampus.


19 Disember 2006

::Say-bouk::


Aiyo. Sibuk gile aku sekarang. Pening kepala otak aku.

Ingatkan student cuti semester ni, rilek la sket (walhal student tak cuti pun, aku takde la sebizi mane sangat).

Nak siapkan proposal for PhD (proposal lagi!). Kena siapkan dalam minggu ni jugak. Nak kena submit. Kalau nak masuk meeting biasiswa dengan VC pada 4 Januari. Sehingga jam 3 petang tadi, dah siap satu setengah mukasurat. Sekarang dah pukul 4 setengah, kursor tu terkebil-kebil tunggu aku menaip. Sebab aku banyak berangan kot?

Nak siapkan bahan untuk buku sambutan 25 Tahun Optometri UKM. Tah mane tah aku campak enam keping gambar konvokesyen batch pertama tahun 1986. Mati aku. Jumaat ni dah nak kena present material pulak.

Bermula hari ni jugak, aku kena conduct intensive clinical training untuk sorang student tahun dua yang fail clinical exam aritu. Sampai la bukak semester baru bulan depan. Huhu..

Tu belum campur dengan panggilan-panggilan telefon yang nak menetapkan clinical appoinment peribadi dengan aku. Nak tolak, tak sampai hati pulak.

Pening!

Nasib ada mefenemic acid.

Dan... :)


17 Disember 2006

::Dia dah sampai!::


Semalam.

Aku gi opis. Tapi aku cuti.

Sampai opis, aku ngintai kat pigeon hole aku.

Eh, ada sampul. Besar.

Aku bukak. Dalam hati, aku mengharap yang aku dapat apa yang aku harap..

Yup. Dah sampai!

Thank you for you application to study.. blablabla ... I am pleased to inform you that you have been made an offer to study as a research degree student...

So?

Surat dah sampai.

Siapkan proposal la apa lagik! Baru nak bukak balik segala scientific journal yang dah berabuk aku tinggalkan.. Berkawan balik dengan buku la aku lepas ni... Huhu...


6 Disember 2006

::Cerita 1::


Petang semalam. Aku pergi KLCC. Tengok Cinta!

Dah dah. Jangan nak buat muka. Biar la aku nak tengok citer apa pun.

Aku tak tau macamana nak describe dengan kata-kata tentang perasaan aku mengenai cerita ni. Aku ni tak le pandai bebenor nak bermain dengan metaphore segala, orang tu lain la.. (Orang tu: jangan marah.. hehe).

Dalam kesemuanya, aku paling sula kisah Rashidi Ishak dengan Rita Rudaini. Meruntun perasaan sangat (jiwang ke aku?). Paling suka scene masa Rashidi pandang segala benda yang ada dalam kamar tidur dia, segalanya membuatkan dia teringat saat-saat indah dalam hidup dia. Dalam selimut, dalam bilik air; rasa macam shot dari citer overseas pulak.

Dalam filem ni, of course elemen utama dia adalah keagungan cinta. Bersulamkan lawak, sedih; terbuai perasaan kala kau menyelusuri jalan ceritanya. Juga watak Lis - anak kecil yang perlu hidup dalam perpisahan ibubapanya..

"Dia kata dia sayangkan aku, tapi dia cintakan orang lain," Sigh.

So, nasihat aku - pergi la tengok! One added bonus, sinematography dia lawa sangat. Aku ni memang la tak pandai sangat nak menulis, kalo ko jumpe perkataan-perkataan bombastik dalam entri aku kali ni, maknenye aku cilok dari paper la tu.

Itu maknenye, aku setuju dengan review diorang tentang cerita ni.

So, happy watching! Dan, bersedia dengan tisu. Mana tahu ada air mata yang akan tumpah..


::Cerita 2::


Pagi pulak, aku gi satu event. Ulangtahun ke lima Unit Tutur. Unit nih basically satu unit kat Jabatan Audiologi and Sains Pertuturan kat fakulti aku, yang mana diorang ni banyak membantu dari segi therapy untuk kanak-kanak (dan dewasa) yang ada masalah pendengaran dan pertuturan.

Biasanya, orang yang bermasalah pendengaran, akan mengalami jugak masalah pertuturan.Sebab, bila seorang kanak-kanak tu tak dapat mendengar, dia tak tau macam mana satu-satu perkataan tu disebut. Kalau boleh pun, tak dapat sebut dengan betul. Makanya, dia jugak akan mengalami maslah pertuturan.. Dan akan meruntunlah jiwa raga dan perasaan ibu bapa, melihat anak yang dikasihi tak seperti kanak-kanak yang lain...

OK. So, apa pulak aku buat kat event tu?

Ekceli, aku just ganti KJ aku je. Hehe. Semenjak aku jadi tutor ni, ada la beberapa kali dah ganti KJ. Sampai meeting dengan Datuk PEngarah HUKM pun, aku gi ganti jugak. Nasib baik la aku tak melopong je masa meeting tu, sebab prof aku ada sekali, so trpakse la jugak kau mengeluarkan komen-komen bernas dan menusuk hati dekat datuk pengarah.. Oppss terlaser kejap dalam meeting tu..
Hehe..

Tapi kan, tengok budak yang ada masalah pendengaran ni,sumer comel-comel belaka. Tengok diorang happy sangat. Tapi kalau diperatkan, masing-masing kat telinga ada satu device. Been put there to aid them in hearing. In speaking.

Kite takde cacat cela ni, memang la tak rase apa-apa. Tapi, pernah terfikir tak kalau kita ni tak pernah mendengar sebarang bunyi dari kecik? Tak tau macamana bunyi segala-gala yang kita dapat dengar hari ni? Dan, tak dapat bertutur? Pernah terfikir?

KAdang-kadang, terlalu banyak nikmat tuhan yang kita terlupa.


5 Disember 2006

::Untuk Awak::



4 Disember 2006

Hari ni. Isnin.

Masuk ofis. Duduk. On PC. Punch in.

Termenung kejap.

Mengelamun.

Terkenang.

Dekat...

Hmm.. Apa dia buat sekarang ek..


30 November 2006

::Wuiyo!::


Wuiyo! Wuiyo!

Dah berape lame aku tak update ek?

Macam lame je. Bukan macam. Memang lama pun. Lame. Lame gile. Bersepah-sepah, bersawang-sawang. Sampai aku pun malu nak masuk. Lariikk!!

Well, anyway, dah letak update pun. Puas hati aku. Dulu mase undergrad, tak update sehari pun rase macam tak lengkap jer idup rasenyer. Ni dah kojo ni, internet ada 8 jam sehari, 5 hari seminggu pun aku buat derrkk jer. Huhu.

Anyway.. Nak citer pasal ape ek? Banyak sangat bende yang berlaku dalam idup aku nih. Dari kete rosak, sampai la kerje yang bertimbun2. Tp yang bagusnyer, setakat nih keje aku nih tak melibatkan aku bertumbuk dengan sesapa lagi. At least, not yet la. Tapi, insya allah aku rase takkan bertumbuk kot. Suasana academician ni lain sket. Sumorang professional (ye ke sumer?) sket, so paling kuat pun kate2 belakang jer, pastu senyum kat depan. Hahaha..

Aku nih pun baru balik BTN nih. Biro Tatanegara daaa. Kursus kenegaraan untuk pelajar Masters/PhD ke luar negara. Wah, macam grand jer bunyiknyer kan? Kursus nih kira salah satu requirement la kalo nak masuk jawatankuasa biasiswa nanti, selain dari pergi kursus kaedah penyelidikan (dah pegi) dan amik English Test IELTS (dah amik. Dan dapat 8.0/9.0. Kombang idung den!).

Macam2 la aku dapat belajar kat kursus nih, selain dari politics (very sinonim la dengan BTN) ~ atau bahasa lebih sedapnyer - memahami perjalanan politik negara.

Selama nih aku just involve around dengan orang2 line aku ker. Medicine and health sciences. Paling jauh pun, ada la kenal orang2 engineering sket. Accounting sket. Setakat buat pharmacology, toxicology, medicine specialist, veterinar ke, tu biasa la

Sekali masuk dorm aku - brader tu nak buat PhD Visual Art. Ala, yang lukis2 orang yang jadik model naked tu. Kalo model lawa, payment per hour mahal sket; kalo buruk, murah la sket. Nih dia yang citer, aku tulis balik jer tau.

Sorang lecturer, bidang dia piano performance. Masters tuu..

Tu belum masuk ada sorang tu wat research pasal penteluran kambing! Well, bukannya nak suruh kambing tu bertelur, tp nak bagi kambing induk tu produce ovum yang gile-gile best supaya anak kambing yang lahir tu, akan gagah perkasa dan berdaging sedap. Errr, macam tu la agaknye kot. Aku rase la. Kalo salah.. Emm, anggap je la betul. Eheheh...

Bercakap pasal dorm- well, dorm. Imagine jer dorm macam kat sekolah dulu. Dengan katil double decker besi. Pastu kene pakai uniform. Kemeja short sleeve kaler putih dengan slack gelap. Betul2 macam sekolah. Tapi really, it was fun. Sangat la best! Pastu bilik air lak, takde shower. Ada satu kolah besar, so sumorang mandi pakai gayung ramai-ramai!

Tapi ok la. Kat dorm dapat kawan lain. Dalam group ceramah kawan lain. Group LDK kawan lain. Surau pun kawan lain. Kat padang riadah kenal orang lain. Paling best, dalam bilik air pun dapat kawan lain!

Masa mula-mula sampai tu, sumorang memang nampak bersikap professional la. Ye le, lecturers la katakan. Masing-masing dah ada at least Masters, berapa kerat jer yang muda remaja macam aku, baru ada degree tapi dah berangan nak wat Phd. Yang dah kawen beranak pinak pun ramai. Tapi yang profesional tu kejap jer. Masuk hari ketiga, sumorang dah macam - whatever-lahhh... Hehe. Sumer dah balik perangai giler-giler. Tetambah budak dorm aku! Kalau tengok perangai yang dah gile nie, tak sangke pulak diorang dah beranak-ranak segala kat umah!

One damn good thing yang aku belajar kat sini - knowledge is universal. Dulu aku sering diterapkan yang the only way you build up your career is through health sciences or engineering.

Rupe-rupenye, aku silap. Banyak orang silap.

Banyak yang aku tak tau sebenarnye. Lagi banyak bergaul, lagi banyak bende yang aku dapat belajar dari diorang nih.

Ingatkan dalam visual perception optometry je ada pasal spatial frequency. Rupenye dalam imaging technology pun ada jugak. Tak gitu bro? Hehe.

Kalau dia soh dok sebulan kat BTN tu pun aku sanggup. Suruh aku lari 2km tiap2 hari pun takpe. Well, I finished fourth dengan masa 10 minit 35 saat - what to say, hehe. Aku rindu suasana macam tu. Where I feel carefree. Tak perlu risau bende2 yang memeningkan kepala di fakulti.

Tapi aku tau, itu tak mungkin.

Macam kata-kata seseorang, dulu dia selalu ingatkan aku - kite tak boleh asyik mengenang masa lepas. Kalau asyik kenang, bile pulak kita nak maju ke depan. Sedangkan, ke depan itu matlamat kita.

Ke hadapan. Matlamat aku.

PhD.

Proposal tak siap lagik! Mampuih!


19 Julai 2006

::Tak Ada Logika::


Semalam aku gi meeting dengan dekan. Ada la sumer sekali tutors and lecturers yang belum ada PhD. Bincang pasal perkembangan penyambungan stadi memasing (sambil minum teh, makan goreng pisang, dan bergelak ketawa lalala)..

Meh aku nak citer pasal penyambungan stadi dulu.

Ekceli nak wat postgraduate ni banyak gak citernyer. Aku kena check universiti tu ada tawar postgraduate optometry atau tak.

Kalau ada, kena tau gak bidang research yang ada tu sesuai dengan jiwa aku ke tak (atau jiwa jabatan - kena pakse buat kat bidang yang manpower dia kritikal - huhu). Aku nih minat ke arah ke Low Vision @ Penglihatan Terhad & Teknik Rehabilitasi. Jabatan cakap better aku buat Binocular Vision - istilah mudah paham ialah kaedah membetulkan and merawat orang yang ada masalah muscle mata @ juling.. Masalahnya setiap kali aku jumpa patient binocular vision, mesti aku jadi migrain sebab memikirkan camner nak diagnos and manage patient tu. Abih camner aku nak wat postgrad aku?!

Kalau dah jumpa bidang yang sesuai, kena check gak potential supervisor. Dia nak ke wat dengan aku? Nak ke amik aku jadi student PhD dia? Best ke dia? Kalau jenis helpful takpe la. Kalau jenis yang tinggal ko sorang2 wat kerja, tau2 research siap jer. Tak ke jenuh tu.

Tu belum kira kalo buat research melibatkan patient. Kalo setakat duduk dalam lab buat eksperimen, tengok mikroskop, cepat la abis ikut masa yang ditetapkan. Macam aku jenis nak jumpa patient, nanti mula la patient tak datang appointment la, requirement research tu nak beratus-ratus subjek la. Ada potensi nak extend aku nyer PhD tu.

OK la. Dipendekkan citer, aku dah dapat tempat and potential supervisor. Memang dah semangat giler nih.

Masa meeting aku bagitau. Tempat: University of Manchester, untuk program MSc/PhD in Occupational and Rehabilitation Optometry. '

So jawapannya: Tak boleh gi anywhere near Manchester. And Leeds. Sebabnyer: Malaysian population kat saner penyokong PAS.

Aku jadi macam- Oh my God! Kalau JPA kata kena ban sebab universiti tu tak best ke, research dia azab ke takpe la bleh gak terima. Tapi kena ban sebab political intervention.

Shhh. Ridicolous jer aku rasa.

Terpaksa kau start cari tempat belajar baru, research interest baru, supervisor baru.

Phew.

|


11 Julai 2006

::Pakcik yang ponek!::


Penat.
Penat nak mampos semalam.

Dari kol 8 sampai kol 5, aku rehat 20 minit untuk lunch, 10 minit untuk solat.

Dah la pagi-pagi nak kono handle klinik. Ekceli klinik Low Vision kat bawah tu baru lepas renovate, tapi kontraktor tak kemas pulak. Terpakse lak aku jadik buruh kasar kejap. Nasib baik datang gak kontraktor tuso aku naik la pangkat dari buruh kasar kepada mandur. Lalalala

Pastu handle klinik. Hehe. Aku sekarang nih jadik supervisor klinik. So student final year yang ngecheck patient and aku ngechek ape yang student tu buat. So sementara tu sempat gak mengumpat sepam dua dengan Pn Norliza. Hehe.

Kol 11 lak lari-lari naik atas. Bertukar tugas pulak jadik tourist guide untuk student 1st year. Oh ye. Semalam la 1st day student baru masuk. Muke hijau-hijau je. Abih satu klinik dengan jabatan aku bawak pusing. Abih jadi tourist guide, lari masuk klinik balik pulak!

Break lunch, pastu kul 1 sampai 5 jaga klinik simulasi 2nd year pulak!

Tapi takpe. Ari ni rilek sket. Petang ni supervise klinik final year jer. Pagi nih aku free.

Hmm.. Ari ni kat TGV morning show ada citer aper ek? Lalalala

|


5 Julai 2006

Bizi.

Bizi siot sekarang. Masa awal2 masuk dulu, buleh la ala-ala honeymoon.

Next week student masuk. MAsuk sampai sumer empat batch skalik plak tue.

Sume tengah pening. Lecturer2 lain aku tengok macam tensen sampai nak hantuk kepala kat dinding jer menyiapkan jadual kuliah, lab, klinik dengan posting.

Dulu masa aku undergrad, kitorang sesuka hati jer nak tukar jadual. Bebudak pompuan nak tengok last episode citer Sepanyol pun kalo bleh nak anjak sumer kuliah haritu. Kalau lecturer tak bagi, mula la tarik muka.

Dah jadik lecturer nie, baru tau pening kepala yer nak nyusun jadual.

Huhu..


11 Jun 2006

So.

Semalam dah melapor diri kat UKM Bangi.

Maka bermulalah kehidupan aku sebagai penjawat awam.
Kojo gomen. Huhu..

Semalam aku settle kat Pejabat Pendaftar sumer dalam kol 9 pagi. Sekali nak buat kad pekerja, gambar takde pulak. Akak tu cakap, kalo buat kat Bangi, dalam sengah jam je siap. Aku pun gi la cuci gambar. Kol doblas gambar tu siap, aku pun terus la nak wat kad matrik.

Akak kad tu cakap "Ala dik, mesin kite rosak la. Adik tunggu Isnin depan ye,"

Sengah jam? Huh!

Last2 sampai kampus aku pukul satu tengari. Jumpe Prof Norhani Ketua JAbatan aku, dia cakap kol 2 ada Faculty Meeting. Semua academician kena datang. Haha. Baru 1st day masuk dah kena gi miting. Dalam bilik miting tu aku jadik jakun lak kejap. Ye la, pelik la kan, doktor2, prof2 yang mengajar ko dulu, tibe2 dok satu bilik miting sesama dengan ko. Terpaksa la jadik jakun jap. HUuhu..

Ari ni lak tadik dah pindah barang masuk bilik sendiri. Waaaa (rasa kagum). Kalau tempat lama aku dapat meja dengan kerusi jer - tu pun staff lain sebok nak duduk kat situ jugak. Kat UKM, aku bukan dapat meja dan kerusi SENDIRI malah aku dapat bilik sorang2 (air-con individual) , line tepon, line internet, meja PC, kabinet tah berapa banyak tah, malah 2 kerusi untuk guest!


11 Jun 2006

Hm. 11 Jun.

Engkau yang aku rindu
Engkau bertakhta di hatiku..

Selamat hari jadi ibu...

Tahun ni, alhamdulillah Din sempat jumpe Ibu pada tarikh ni.. :)


Tadik baru jer gi faq. Sajer usha-usha.

Nampak gaya, aku macam bakal jadi penyelaras NV1024.

Human Physiology. Subjek 1st year.

Macam aku dapat C+ jer subjek tu dulu. Hahaahhaahaa..


6 Jun 2006

::Seputar Indonesia::


1810. Waktu Mesia.
1710. Waktu Indonesia Barat.

Setelah sepuluh hari. Berbackpacking. Akhirnyer kembali ke Malaysia.

Kuala Lumpur. Surabaya. Makassar. Maros. Surabaya. Probolinggo. Cemoro Lawang. Bromo-Tengger-Semeru National Park. Jogjakarta. Bandung. Jakarta.

Untuk pertama kali berbackpacking, aku rase sangat la puas hati. Ada masa yang nevous breakdown di Surabaya. Rasa macam nak balik Mesia time tu gak.

Ada hari aku jumpe orang paling sial dalam dunia (kena tipu dekat terminal Purabaya, Surabaya).

Esoknye aku jumpe orang paling baik dalam dunia (Thanks Mas Rudy, hotel Bromo Permai, Cemoro Lawang).

Ada hari aku sesak napas dengan asap, traffik jam (Surabaya lagi!)

Dan ada hari aku melihat view paling spectacular yang memang takkan jumpa di Mesia (sunrise di Gunung Bromo).

Ada hari aku tidor di katil empuk, lengkap dengan satu2nyer toilet berflush yang aku jumpe sepanjang di Indonesia (thanks to Hazwan, tumpangkan di pondok Asri, Bandung).

Dann.. ada hari aku tidur dlam keadaan paling tak selesa langsung (dalam van trip Probolinggo-Jogjakarta; dalam ketapi ekspres Lodaya trip Jogjakarta-Bandung; dekat musolla Airport Soekarno-Hatta, Jakarta).

Malam tadi tido kat airport. Satu, nak jimat duit; dua, nak kena naik katebang kol 0555 ke Kuala Lumpur. Huhu.

Nanti aku akan sambung epic journey nie dengan lengkap. Dengan gambar2.

Sekarang aku penat. Melangkah pon tak larat.

Wassalam.


26 Mei 2006

So. Hari nie 26 Mei. Semalam is officially my last day in Menara. Haha.

Banyak benda yang nak dikenang sebenarnya. Dan banyak benda yang malas aku nak kenang dah.

Sekarang, aku dalam posisi perubahan. Perubahan ke suatu fasa terbaru dalam hidup aku. Academia.

Haha. Tapi rase macam takut lak memikirkan bende nih - slaving myself to UKM, which probably to my entire life (literally, sampai pencen la tu).

Anyway yang penting, aku akan meng-enjoy-kan diri ke Indonesia start esok. mintak2 la tak mati kat sane. Aku semalam siap beli nasik lemak kat akak yang aku tak suke tu, takut2 aku mati nanti tak sempat lak nak merasa nasik lemak dia lagi.. Huhu.

Surabaya here I come!


Masa aku tengah taip entry nie, Zali tepon aku. Yati MC. Anum cuti. So tinggal dia sorang-sorang kerja. And mintak tolong aku masuk kerja.

Haha. Sorriiiiii..... :p


24 Mei 2006

So. Hari ni dah 24 Mei. Dan aku masih kerje.

I know, I know. Aritu aku tulih aku bakal berenti 18 or 19 haribulan.

Tapi lepas aku congak-congak balik, sangat la merugikan tindakan tu. Sebab kalo aku berenti 18 or 19 tu, aku dikira just kerja 22 jer bulan nie (campur annual leave) dan gaji aku akan kurang RM600 lebey.

Banyak tu. Banyak giler tuuuu!

So terpaksarela la aku bekerja lagi.. So maybe ari ni last. Or esok. Haha. Tah bile sebenar-benarnyer aku nak berenti pun tak tau. Tapi kalo ikutkan jadual kerja sekarang nie, gaji aku just potong untuk 3 hari jer la. Dalam RM200 lebey sket. Ok la.

Kadang2 rasa sayang gak nak tinggalkan kerja. Tu yang kadang2 berbelah bagi tu. Tapi disebabkan pagi tadi ada satu Waja bodoh yang sesuka hati parking tengah jalan dekat dengan tempat kerja aku, terus aku rasa berbulu aje. Terus terlintas dalah kepala hotak aku: "Heeiii si bodoh nie..... Tak sabar dah aku nak berenti!"

Ekceli kat tempat aku nie memang dipenuhi oleh orang2 yang bodo sket. Parking sesuka ati, keluar parking sesuka ati, tak belajar bagi signal.. Semua ada. I dunno if these behaviour is related to the low income majority group or not. Tapi aku tengok yang bawak Lexus pun bangang gak. Tak tau la kan.

OKay la. Aku ekceli tengah kerja nie. Tadi tido jap kat surau lepas solat. Pastu kuar gi CC lak, padahal cakap nak gi lunch (walaupun aku dah lunch sebenarnyer kol doblas tadik. Haha).

Wassalam.


18 Mei 2006

::The Amazing Race 9: Hippies Rule! ::


Sesape sini minat Amazing Race? Angkat kaki!

Haha. Tadik aku baru abih nengok Amazing Race 9 dekat AXN. 2 jam jantung aku beat non stop. Err mesti la jantung beat non stop kan, kut tak arwah la aku ye tak?

So the race is over - and my fav team wins! Haha! BJ & Tyler - hippies rule!

cbs.com/primetime/amazing_race9

Episode 11: Bangkok, Thailand. Eating Thai after school favourite, stir fried crickets and grasshoppers. Yeash.

Haha. Time aku tulis nih, official website Amazing Race 9 pun belum update lagi pasal winning nih. Thank God Bj & Tyler menang, sebab aku memang benci giler kat Eric & Jeremy yang dapat 2nd place tu. Nak berstrategi, tipu flight ke ape, fine. Tapi tak payah la sampai kutuk2 depan (episode 9, Perth, Australia). Selamber je derang.

So after 60,000 miles. Journey US-Brazil-Russia-Germany-Italy- Greece-Oman-Australia-Thailand-Japan-back to US. Masa last roadblock, derang kena susun bendera2 tempat diorang dah gi sepanjang race nih. Ikut turutan. I was like, oh c'mon, aku pun ingat semua tempat yang korang pergi ikut turutan. Bendera semua aku kenal. Oman je tak. Masa kat sini la Eric & Jeremy made the biggest mistake - salah bendera. Haha.

So is it cool to be hippies?

Can I be a hippy?

Ooouuuhhh...


15 Mei 2006

Adoi.
Abih duit pakcik RM200 repair keter.

Tapi OK la. Puas ati la. Senyap jer enjin keter aku. Kut tak bunyik gerghh gerghh macam kerbau nak mati jer. Tanak la pertikai harga tu. Tanak la jadik mamat ikan tongkol RM45 tu. Kalau tanak, cakap la tanak awal-awal kan? Nih tak, sibuk bising2 carik glamer. Huh.

So sebab duit dah melayang RM200, kena plan balik bajet nak balik kampung nih. Aku repair keter sebab ingat nak jalan jauh, sekali lepas repair ni mau aku tak balik kampung langsung. Huhu.


13 Mei 2006

So. Today. 13th of May.

Hmmm.. When will I be quitting my current job? The 18th? 19th? So that'll be this Thursday. Or Friday.
Time seems to be slipping away too fast.

Honestly, I don't hate my job. Well, how can I hate it when it pays you so much? When it pays you ridicolous amount of money? (Ridicolous in a sense when compared to my other friends of different courses. Heck, some don't even have a decent job till now. Sigh.)

But there's one thing to bare in mind. There's a hell BIG difference between not hating and being happy with your job.

My current job, in private practice, lets me deal with people who have lots of money (or they thought that way), getting their vision improved and pay with what they have for the service. It is like hell dealing with some of these people. Always talking like they know more about the optical theory and know more about the how to make everything done in a zap. Both traits lead to my headache!

They talk, order, express their anger like they have all the money in the world, and I believe my bank accounts have more amount of money then most of them! B**ch.

In a few days I'll leave behind all these. My new job - pays lower but I believe I can cope with it. Hope it'll be a job that I don't hate and I am going to be happy with it.

So now - just stand with it for a few days. Then I am heading to a vacation of a lifetime..

Dah. Penat la plak cakap omputeh.

Geram betul aku dengan customer bodoh tadi. Nak aje aku terajang. Eiii nak citer pun aku rasa geram.. Sesuka hat je nak mengarah orang gitu gini. Name je penah keje kedai spek. Konon pandai sangat la tu. Tak salah aku kerja dia sekarang ni macam kerja2 graduan menganggur je. Haha.

Huh.

Wassalam. Geram aku.


11 Mei 2006

Ahhh apdet jugak akhirnyerrrr......

Dah lame aku nagk ngapdet sebenarnyer. Tapi mula la pendrive aku rosak.. Naseb baik aku ada backup file2 HTML jernel nih. Kut tak ilang gitu jer mau nangih sebaldi aku.

Well memacam jadik sebenarnyer. Semalam aku dah gi buat medical check up untuk entri aku ke kerja baru.

Kerja baru? Haha itu la dierr... Aku kini bakal bergelar Tutor DA41 @ UKM. Muahahaha. Dapat jugak akhirnyer. Ye la kalo tak dapat saje jer. Ponek dah den bekojar ke sano ke mari memintak'eh. So maybe aku akan start in June. Ekceli bukan maybe pun, memang dah soheh tarikh dia tapi aku tanak declare dulu kat sinie.

Hmm. Keje UKM. Jadi tutor. Sambung belajar. masters 2 tahun. PhD 3 tahun. sumer2 sekalik 5 tahun. Ayah aku congak, pastu dia tanyer, "Abih biler ko nak kawen?".

Huhu. Soalan maut siottt. Keje baru aku nie at least 0.5k kurang dari ape yang aku dapat sekarang. Tapi takpe la. Mase jadi tutor je. Esok2 aku dapat prof baru masyuk sket. Tapi kena plan gak la, wat part time optometris kat private. Pengsan aku kalo cuti banyak sangat tak tau nak wat mende lak nanti. Eleh, time aku kerja private, tau lak bising public holiday kena kerja. Piirahh Izud!

So by 20th aku akan berenti. Balik kampung kejap. Pastu dah rancang satu trip agung.. Backpacking ke Indonesia. According to de plan, aku akan fly dari KL to Surabaya, then to Makassar, travel to Tana Toraja, then back to Surabaya.

Pastu gi hiking kat Gunung Bromo, balik ke Surabaya then to Jogjakarta, see the Indian Ocean for the first time dekat Parangtriris. Next to Bandung and final stop - Jakarta. The best part is, aku pergi backpacking. No travel tours, no travel packages, nothing. Just ikut gerak hati (and guidebook dari Lonely Planet. Very helpful and very the informative.)

OK la. Sekarang aku nak tumpu pada kerja dulu. Tak berenti lagi masa so kena la kerja betul2 ye tak. Pasni pun aku ingat nak wat facelift kat jernel nih. Seswai sket dengan pertukaran fasa baru dalam hidup aku nih.

Wassalam.


11 April 2006

Aku baru balik dari Langkawi.
Bercuti 4 hari 3 malam. Dengan famili Kak Ama, Kak Intan, Abg Ipin, Cik Rosli. 17 orang semuanyer.

Aku ingat nak lari dari masalah kejer.

G Langkawi ni pun, masalah kerja masih menghantui.
Henset berdering sana, berdering sini.
Tensen aku.

I hate my job.


28 Mac 2006

Sh*it. I'm terribly pissed off.

Stupid punyer kedai komputer. Extremely stupid. Aku soh format laptop aku and buat backup sekali. Tak tau la budak bodo mane dia suruh reformat laptop aku.

In the end, 80% dari document aku ilang. Including tesis aku. Dan gambar2 aku masa undergrad, spanning 3 years' time.

Ahhhh tensen betoi!!

I've lost my thesis, and 3 years of my life.

Bodo punyer EKN Tech.

Aku bakar kedai ko nanti.


21 Mac 2006

::Interbiu Part 2 ::


Alright. Dah soheh.

Dah soheh aku bertukar kerja. Soon. Huhu..

Tadik aku ada interbiu kat Bangi. Untuk jawatan tutor dengan sambung Masters-PhD abroad. Dengan TNC. Prof Datuk Dr Wahid bin Shamsuddin (penat hafal name TNC aku nih!). Tu la time belajar sikit pun tak amik tau. Mentang2 la dok kampus cawangan.. Buat derrkk je dengan orang kat Bangi ye.. Hehe.

Aritu sebenarnyer dah interbiu dengan Dekan kat fakulti aku. Kali nih intrbiu dengan salah sorang orang besar UKM la pulak ye tak. AKu dapat surat aritu, interbiu ari nih, 21 Mac 1006, jam 10.15 pagi.

Mule2 sampai Bangi tadi tercangak2 jugak kejap. Interbiu dekat tingkat 6, Bangunan Canselori. Bangunan Canselori? Macam pernah dengarrr je. Aku bukannyer familiar sangat. Sekali termasuk kat Fakulti Pengajian Islam sebolah tu naye jer. Jaln punyer jalan pun jumperr laa. Sekali tengok direktori, tingkat 6 tu tingkat paling atas sekali kat bangunan tu. Kira memang tempat orang2 besar UKM la.. Cuak kejap aku time naik kat tempat Datuk-Datuk tu. Nasib tak pensan jer, sebab sempat kontrol ensem kat pakgad depan tu..

Aku sampai tepat kol seploh suku. Ada la lima nam orang dalam bilik menunggu tu. Biasa la, cakap jer seploh suku. Time aku sampai tu, orang yang turn pukul seploh pun tak masuk lagi. Penat jer aku punctual.

Biasa la, bila dah intrbiu, konpem la orang2 yang dah lepas tu jadi mangsa pertanyaan. TNC tanye ape? Tanye pasal virus selsema burung la, ape yang kuar kat muka depan Utusan Mesia semalam la.. Mampos. Aku dah la tak baca sokkabar semalam. Takkan nak jawab "Saya tak baca Utusan.." (muke sedih) pulak kan..

Tapi OK la. Time turn aku kena interbiu tu tak susah sangat la. Tak se-hard yang diexpect. Maybe sebab aku the only male staff that will be in the Jabatan bila dia hire aku. TNC sendirik cakap, dengan yang lain candidate tu dia tanya sebab diorang nak keje dengan UKM, dengan aku TNC cakap dia memang nak tarik aku keje dengan UKM. Bunyik macam paksa aku keje pun ader.

So in the end - aku dapat. Yup. Aku dapat. Position as tutor. Master's Programme plus PhD. Dekan soh gi Amsterdam (alasan - belanje murah berbanding dekat UK. Cet!)


So kat sini dilema aku.

3 hari lepas ada kuar kat sokabar - MAS cadet pilot.

Time aku tengok jer iklan tu, terus aku terfikir - This is what I should have been doing in the first place!

Haha. Multiple personality aku dah datang. Aku tau betapa susahnyer aku berusaha nak dapatkan peluang sambung Master nie. Berulang alik ke KL berkali-kali, hantar borang sana sini. Last-last disebabkan oleh one piece of iklan, aku jadik lupa semua tu.

Tahlah. Mungkin apa aku nak jadi selama ni dah di-deprive dari kecik. Asyik ikut kehendak pasaran dan semasa sampai kita lupa apa sebenarnya yang kita nak.

So semalam aku dah hantar borang application untu Mas cadet pilot tu. Kalo dia panggil interbiu, aku gi jer. Ye la , decision of what I am gonna be is still in my hands, right?

Buleh aku aku masuk Persatuan Optometris Berpaling Tadah ye tak? Tak salah aku ada sorang senior aku yang masuk Malaysian Top Host (alah, belajar tak abis, tapi dalam tv mengaku 'Pakar Penglihatan' - podah!). Dah la drop out mas 2nd year lari ikut boypren.

Sorang dak batch aku dah dikesan nak bukak kedai buku/kedai bunga. Sorang lagi nak jadik journalist/cikgu tadika! Join the group la aku.

So lepas nie, boleh la korang panggil aku Dr Izzud, or Captain Izzud.. Kita tunggu dan lihat prkembangan selanjutnyer..

Wassalam...


12 Mac 2006

to: wani_pemalu (azwani.blogdrive.com)
ye la aku hapdet la nihhh

There are a few things that bother me.

Why do things that we hold so dear seems to be slipping away?

The more we hold on to it, the further it slips away from us..

Can't imagine how happy I was back then.

Guess not everything nice lasts, does it?


Aku tak tau ape mentaliti orang2 kat tempat aku ni. Aku rase la, diorang lagi sayang duit dari kesihatan penglihatan (err.. itu kot nak terjemah 'vision health'.. hentam jee..)

Tak paham aku. Sayang duit sangat. Dah la duit orang sini tak banyak banyak cengkadak lak.. Oppss kan dah terlaser..

Ok la. Aku nak citer dulu. Pasal amblyopia . Baca: em-be-la-yo-pi-ya. Makna lain dia lazy eye.

Sign dia biasanya vision sorang tu reduce tanpa sebab2 macam penyakit ke, tetibe je takleh dapat vision 6/6 walopun dibetulkan bagai nak gile dengan spek or contact lens.

Biasanya jadi kalo vision kita dideprived atau dihalang, so kiter nyer neuron kat retina tu tak dapat stimulus or cahaya yang cukup untuk development dia. Bende nie kalo tak dikesan or diberi terapi sebelum umur 10-11 tahun, biasanya vision budak tu akan kekal teruk sebab nanti dia nyer saraf dah tak respon pada sebarang terapi yang kita bagi.

Nak dijadikan citer, aku cek la sorang budak nih. Dan memang konpem dia amblyopic. Dan atas kapasiti sebagai seorang optometris, aku bagitau la kat parents dia aku nyer diagnosis dengan treatment plan. Aku bagitau, terapi kena wat immediately since budak tu dah dekat seblas tahun.

Sejam lebih aku bentang aku nyer treatment plan. Aku bagi patch free, sesi terapi susulan free, dengan consultation free. Mak dia cuma perlu bayar harga spek jer. RM210.

Sekali mak dia cakap ape? Frankly speaking, saya memang customer regular kat Mu*tiara. Untuk frame dengan lenses, dia boleh bagi Rm100 jer,"

Aku panas dah. Aku jawab balik, Frankly speaking la kak, saya yakin dia tak boleh bagi segala terapi, treatment plan tu semua dekat anak akak. Lagipun harga kita masuk kos treatment dengan therapy sekali,"

Last2 tak jadi buat. Aku hangin satu badan dah.. Aku rase macam orang bodoh. Ape dia ingat aku nie buat social work? Suka2 ati datang, buang masa aku sejam lebih cek mata 2 anak ko, cek mata laki ko, pastu ko suka2 ati blah gitu je? Alah, orang Mu*tiara tu pun aku konpem tak penah dengar pekataan amblyopia pun! Lagi nak bising. Laki keje kat Arab Saudi, umah ada maid tapi kedekut nak mampus.

Kalau la budak tu takde problem, ko takde duit nak makan aku buleh la konsider lagi. Tapi ye ye dah dengar aku nyer treatment plan, last2 tak jadi sape tak hangin ye tak. Aku rasa macam nak langgar ke pompuan tu. Laki dia lak senyap je. Cube la bersuara sikit. Lagipun untuk vision anak ko jugak. Lantak la. Biar sampai ke tua la anak ko dengan vision 20/50.

Ahh nak marah betul pakcik!!


3 Mac 2006

Pagi tadi aku tengah sibuk siapkan stock take. Biasa la awal bulan kan. Sekali, kak Anum handed over satu package untuk aku.

University of Bradford: Postgraduate Application and Prospectus.

Masa aku terima package tu, memang aku rase gumbira sangat. Rase macam nak melompat je. Sepanjang hari tadik, aku buat stock take sambil ushar2 prospectus tu.

Rase macam tak sabar nak berenti kerja. Nak sambung blaja. Nak blah dari work collegue yang menensenkan aku.

Petang pulak si Sela HR tepon dari HQ. Dia tanye aku nyer intention untuk sambung blaja. Aik, HQ kate takpelah, diorang accept la aku nyer notis bertarikh early Februari aritu. So by May, aku buleh resign. Sebabnyer aku nak berenti sebab nak sambung blaja, bukannyer dapat offer dari kompeni lain.

Kat sini aku dah macam stuck sket. Tetapi jadik kesian pulak dengan HQ (huh??) Tu la yang aku pelik tu. Aritu bukan main lagi nak blah, sampai antar 3 notis nak berenti, punyerla semangat. Alih2 macam kesian pulak. Ye la, pada aku sebab utama aku amik tindakan drastik nak berenti nie pun sebab kes aku gaduh dengan Yati tu. AKu rase macam dah takleh dok sebumbung dengan dia dah.

Haha. Nie bile orang dah bagi green light nak berenti, bleh lak nak ragu-ragu. Bleh lak nak kesian kat kompeni ye.. Apparaa..

Tadik pulak aku browse folder my pictures aku.Ada la ganbar2 masa aku undergrad dulu, saat2 abis final exam yang sangat la menakutkan dan me-tidaklena-kan. Sadis betul time tu. Pastu ada lak gambar2 masa mula2 join kompeni aku, first day aku keje, first day dekat Taman Tun, first day dekat Senawang.. And, my first pay slip..

Owhh terharu la pulak sekejap.

Tah la. Aku nie memang jenis gitu kot. Selalu attach kan diri aku dekat satu2 tempat yang aku ada. No matter how much aku hate satu2 particular place, aku mesti akan rase macam nak jer ada kat sana balik..

Well, we never know what we have till it's gone, right?


OK. Enough merepek.

Yang kat atas tu tulisan aku malam tadik. Biasa la, aku, ada MULTIPLE PERSONALITY la katakan.

Aku bangun tido pagi tadi, terus fikir - ahh to hell with all of the above. If orang lain nak stuck kat kompeni tu, fine. Good for you. Untuk aku, aku nak blah. Wahahahaahahaa... (gelak orang jahat)

Ye la. If ko punyer future dah lies ahead of you, takkan nak choose to ignore it ye tak. Aku selama ni pun dah too much been thinking about other people. Ponek dah pakcik memenangkan orang lain. Ye la orang kata kalo kita buat orang hepi, kita pun akan hepi jugak.

Tapi buat orang hepi tak sama dengan buat something semata-mata kerana orang tu nak kita buat kan? (Err buleh paham tak ayat aku nie?)

Tomei: mana satu yg ko nk buat ni ijud

Haha. Tu la Tomei, aku pun rase macam aku banyak merepek dalam blog aku 2,3 menjak nie. Tak mengembangkan minda langsung. Keje aku tu kot.. Asyik tensen jer semanjang. Tu yang tetiba jadi gila kejap, drive sensorang pergi Kelantan aritu.

Pakcik gilo!

Wassalam. :)


28 Februari 2006

MINYAK NAIK LAGIK!

Aku ingat nak simpan kete kat umah je. Naik moto pulak. Takpun jalan kaki jer.

3 posen pulak tu seliter. RM1.91 for every litre. Meaning, whatever you spend for your minyak, you get only a little over half the value in ringgit.

Dah la bonus dapat tak sampai sebulan. In fact tak sampai setengah bulan pun. Pijon nyer bonus hampir triple aku punyer.

Cilanat punye menara.

Pandai2 la ko carik orang bile aku dah berenti nanti.


22 Februari 2006 I dunno what has happened.

Suddenly, he has lost the mood. Suddenly.

So, fulfilling what he wants, I sent him back just now. When I got back, I realised he has took everything away.

Everything. Books. Clothes. Souveniers. Etc.

He almost took the iron. I knew, because it was not plugged to the wall socket. It was his of course, but maybe he thought I might be needing it.

So, there he goes. He said he'd come back, but now I am unsure about that.

I've been wondering these few days. What have I done wrong? Did I mistreat my friends? Am I a bad friend?

For this to happen to one friend, well, maybe it could or could not be my sole fault.

But for this to happen to another friend, it makes me think dat I am really the bad guy here.

Am I too demanding? Expecting too much from my friends?

To the extend that they've got fed up and tired of me?

I've tried my best to be a better best friend.

I cooked. Prepared breakfast. Lunch. Dinner. Bought groceries. Took to movies. Bought top-up ticket. Made my house a cozy place to live in.

Never knew what has gone wrong, though.

Did I try too much?

Sigh.


21 Februari 2006

Pening kepale otak aku.

OK la, citer dier camni. Aku dah dapat surat temuduga dari UKM. Lusa, dengan dekan.

Memang satu matlamat aku nak further stadi pun. Buleh gi obersea. Tapi kan, dah abih nanti, kener kerjer dengan UKM. UKM kampus KUALA LUMPUR..

KL? Huhu malehnyer.. Aku rase macam malas gile babet la kalo nak idup kat KL. Aku tanye gak kak Julinda, tapi dia habaq mai kata takpa la, asai dapat sambung belajaq..

Kebetulan pulak, aku calling2 kengkawan aku yang dah dapat kerja as Pegawai Optometri dekat spital kerajaan. Citer2 diorang tu macam bestt jer. Terus menyebabkan aku berkobar pulak nak join government hospital.

Ini yang lagi memeningkan kepala aku lagi nie.

Tadi aku isi borang kat spa.gov.my. Bile tengok tangga gaji pegawai optometri, terbeliak kejap.. Adehh.. Merudum nih dati kerja kat private. Tapi tak kesah la, aku memang dah naik menyampah kerja kat private pun..

So sekarang nie aku tak tau - nak under UKM atau join gov spital?

Spital sounds fun. Tapi salary kecik sket la.

Under UKM - takkan sebab malas dok KL aku nak turn down offer further stadi + jadi academician (baca: pensyarah!) kot?

Poning palo den!


5 Februari 2006

::My New Life Planning - lagi! ::


Okeh. Aku ada plan hidup yang baru. Real baru.

Susulan aku nak berenti kerja dari Menara, aku apply jadi tutor kat UKM. Plan asal, aku jadi tutor, bulan 7 lebih kurang, aku akan sambung aku nyer Masters degree.

Plan baru. Aku tetap akan apply jadi tutor.
Tapi aku mungkin aku nak tangguh Masters aku ke tahun depan.
Aku ingat nak gi haji dulu la.

Haji Ijud. Nice what? (^ ^)

Tadi sebenarnyer aku gi lepak umah Kak Mah, sepupu aku. Kak Intan ada sekali. Kitorang biasa la, bile dah berjumper start la prungprang prungprang berceriter. Keluar abih sumer gosip2 panas famili haji Nordin.. Ekeke..

So aku citer la planning future aku aku Kak Mah. Dan di pun mengeluarkan la idea nak gi haji tu. So aku terpikir, best jugak idea agung tu. Lagipun ayah aku yang terchenta tu memang nak gi aji pun lpas dia pencen bulan depan. So buleh le aku tumpang 5,6 kaki kan. Daripada dia ngabihkan duit dia tak tentu hala, baik dia angkut sekali anak bongsu ni ye tak? Hehe.

So maknenye sekarang aku kena la lebih berbaik dengan stepmom aku, buleh dia menyokong pemergian aku nie sekali. Tapi takdelah, bukannye sebab nak gi haji aku baru nak berbaik dengan dia. Sekarang nie pun aku dah rasa buleh get along better dengan dia dari dulu.. Especially lepas dia masak ikan sepat masak lemak dengan nenas yang melecurkan nafsu makan aku aritu.. Hehe.

Haritu pulak, Prof Mazidah talipon aku. Tekejut aku mase tue, bile dia kta dia Ketua Fakulti Sains Kesihatan UIA. Dia kata OK la, UIA memang betul2 perlukan orang. Dia cakap interview lagi 3 weeks dekat UIA Gombak. Hmmm...

Alhamdulillah la, walaupun aku nak berenti dari tempat kerja aku skarang, at least ada 2 peluang lain dah menanti. Walaupun gaji aku kat tempat baru lebih kurang SEPARUH dari gaji aku sekarang, aku rase aku akan lebih hepi, insya Allah. Aku risau gak nie, HQ tak tepon2 aku balik pasal aku nyer notis berenti tu. Setau aku, aku la pekerja kesayangan kompeni aku tu.. Cheeewah! Takkan la diorang sesenang nak lepas seorang optometris blah ye tak. Tahtah si Nursela HR tu buang aku nyer notis tak, takut nak bagitau Director.. Haha weird aasumption tul..

OK la. Gudluck kepada diri aku sendirik ye.

Wassalam.


27 Januari 2005

Aku baru courier kan notis 3 bulan resignation ke HQ.

Haha. Dah la nak berenti, guna khidmat kompeni pulak tu.

Dah consult dengan Kak Eti tadi. Kak Eti ni ekceli dulu training sama2 dengan aku, tapi dia baru berenti aritu sebab dapat ofer kerja spital. Dia pun bagi laa tips macamane nak menghadapi pujuk rayu HR bila diorang bace surat aku nanti.

Sebelum tu dah bincang jugak dengan Dr Haliza, lecturer aku. Mase aku bincang kat tepon tu, siap boy courier tu tunggu depan aku lagi, tunggu nak pick up surat tu. Ye la, menghantar surat tu, bermakna aku telah men-diverge-kan future aku.

Diverging my life pathway. So the surat is a medium yang akan mengubah arah haluan hidup dan masa depan.

Takpela. Dr Haliza pun kate, if you have really thought over it, then proceed. I believe this is the best for your future, insya Allah..

Insya Allah. Dan notis telah diserahkan pada budak courier tu. Estimated notis to sampai: esok.

Celine Dion pun ada nyanyik: When you want it the most, there's no easy way out... Kan?


Oh ye. Result semifinal Australian Open.

Marcos Baghdatis dah masuk final, kalahkan #4 David Nalbandian.
Jumpe dengan #1, Roger Federer. Maria Sharapova, #4; yang tergile2 kat aku tu, kalah dengan Justine Henin-Hardenne.
Kim Clijsters #2, kalah dengan Amelie Mauresmo.

Tak sabar nak tunggu final Ahad nie. Nasebaik aku cuti. :)


26 Januari 2005

::New King of Cyprus. Well, almost... ::


Aku sekarang nie seorang avid tennis fan. Aku pon tatau kenapa. Semangat pulak aku ikut Australian Open 2006 nie. Haha agak'eh dah umah dekat dengan tempat keje, makin menjadi2 aku melangut depan tibi.

Bukan setakat tengok, dengan poster, trading cards, tshirt, wristband semua aku buat online order. Mampuih aku nak bayar kedit kad bulan nie.. Huhu..

australianopen.com

Yup.. The MAY be crowned King of Cyprus. Marcus Baghdatis.

One tendency aku, dari aku kekecik lagi adalah aku paling suka kalau underdog menang satu2 competition. Rase puas hati sangat. Dan, itu banyak berlaku mase Australian Open kali nie.

Serena & Venus Williams.
Andy Roddick. Pilihan kedua, tapi kalah dengan pemain bukan pilihan langsung, si Marcos tue. Roger Federer, #1 dunia pun menang tipis 3-2 jer dengan Tommy Haas. Lindsay Davenport. Kalah jugakkkk.. Huhu.. Lleyton Hewitt. Awal out.

Sebelum aku kuar tadik aku tengah tengok Marcus Baghdatis lawan semifinal dengan pilihan keempat, David Nalbandian. Nalbandian leads 2-0. But this Marcos, the man who plays with adrenaline, kejar. Keeeeeeejar, sampai kedudukan dah jadi 2-2. Hahaha.

Tadi last set. Marcos lead 5-4. Satu game ada 6 point ye adik-adik. So maknenye si Marcos yang tekde harapan tu dah kejar DAN lead. Amazing kan tennis nie?

Siaran ni live. Tengah semangat tengok, sekali... UJAN!!

Even commentator tu kata, if it rains in New York, then it's normal dis time of the year. If it rains in England, in Wimbledon, it always rains there.

But here, in Melbourne! Where they have the most expensive tennis facilities in the world, and they can't even close the roof to avoid the rain!

OK, sekarang aku nak balik. Nak sambung tengok.

Bubbye!


25 Januari 2005

::The Butterfly Effect ::


The butterfly effect. I like that movie.
You should watch it sometimes.

Pemangkin #1.
Kejadian aku gaduh dengan Yati.
Rujuk catatan 22 januari 2006.
Really big gaduh.

Pemangkin #2.
Jiha mesej aku 1 hari selepas itu.
Izud, ko tgk x dlm Mingguan Mesia. UKM kuar
ofer untuk masters. Tarikh tutup 28hb, ambilan
julai 2006. Ko xnk apply ke?

Tadi aku gi activate aku nyer removable braces nie. Terus aku consult lecturer aku.

Aku dah amik borang tutor tadi. Kena hantar segera sebab interbiu bulan Februari.

Dr Haliza kate, takpe la amik tutor awal. Familiarise kan balik dengan suasana klinik. Nanti bile dah ready, you can make up your mind what field you really want to do. What place you want to do it, either locally or overseas.

Bradford UK, UNSW Aussie, etc, etc.

10 minit lepas bincang2 tu, ayah call aku. Dia cakap orang UIA call dia, suruh call sane balik.

Cik Norsyam call aku.
Dari Department of Optometry and Visual Sciences,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Aku dah dapatkan sample resignation letter tadik.

So I guess all things have some sort of hikmah behind them, right?

So nak mintak pendapat sumorang:

Is this the right thing for me?

Tinggalkan komen ek.

Wassalam dulu...


22 Januari 2006

Aku baru je gaduh dengan si Yati tadik.
Lagi.

Yati nie staff aku, by the way. Harhar.

Dis is ekceli de first time I feel sangat2 la puas lepas gaduh dengan orang. Apasal tah. Yati ni ekceli baran sket. Aku pun baran la tapi pendam2 je. Biasa la, bila ada isu, meletup la pelagi..

Mana la aku tak bengang. Udah aku beli sokabar, dicontengnye pulak gambor Martina Hingis yang aku nak simpan tu. Bengang la aku pelagi. Aku soh dia beli sokabar baru. Dia baling duit RM2 kat aku soh beli baru. Aku baling balik, cakap aku tak hingin dua hinggit dia.

Aku nie stail kalo marah, senyap dulu pastu tarik muncung seribu. Lantak la depan sape pun.

Yati ni pulak kalo marah, hempas2 barang. Pastu marah macam menyalak2 bukit. Biasa la orang mulut besar. Memang b*ngang sket.

Aku marah Yati. Aku muncung depan customer dia. Dia tak puas hati, dia hempas barang kat belakang lepas customer tu blah. Aku marah balik. Ingat harta mak bapak dia ke kat bilik dispensing tu nak hempas-hempas.

Aku marah dia, dia marah aku balik. Ape lagi bergegar satu kedai dengan maki hamun. Aku rasa aku ok lagi, tapi dia la bangang. Aku suruh ganti sokabar, ko kecoh pehal.

Siap ayat sedap dia, "Mentang2 la ko store manager, gaji ko besar, ko buleh buat ape ko suka?!" Tot tet tot tet tot tet membebel.

So what?! Memang aku store manager. Gaji aku sampai RM3k, ape masalah ko pulak? Abih marah ko je nak kire? Marah aku tak payah? Kire nasib baik la ko masuk lewat selama ni aku tak penah repot kat HQ. Korang staff kedai buat masalah aku pandang sebelah mata je. Lagi nak bising macam chillake.

Ko menjerit depan aku, aku buleh take it lagi. Paling kuat pun tadi, aku tunjuk jari tengah fu*ck je kat dia. Tak kuar pun perkataan lucah dari mulut aku. Tapi Yati bangang tu dengan segala perkataan hamjadah keluar.

Ko marah, mencarut kat aku, aku buleh terima.

Kau mencarut babitkan arwah ibu aku, itu dah melampau. Seriously melampau. Aku diam. Aku took it as if I was the coolest person ever.

Tapi aku nak si bangang tu tau, itu kesalahan yang aku takkan maafkan. Kalau ko nak, ko gi sendiri kubur ibu aku mintak ampun.

Aha! Ada satu term baru untuk si Yati bangang tu.

Heinous bitch!

Betul la kate Johan sebelum nie. Ekceli, kite tak perlu layan sangat orang2 yang tak educated macam nie.

Buang masa and tenaga.

By the way Yati, don't forget that you are still a bitch!

Maafkan aku, pembaca blog sekalian.
Wassalam.


12 Januari 2006

Haii adik-adikk!!! Harhar.

Selamat Hari Raya Idul Adha.
Selamat Tahun Baru.
Selamat bersekolah. (untuk Tomei saje.. Kuikui..)

OK. Lame tak updet. Banyak nak citer nie.

Memula, malam sebelum tahun baru. Aku eksiden (lagi!). Malam tu, aku dengan Jide nak balik PD. Kitorang baru lepas basuh umah sewa.

Oh ye... Aku dah dapat umah sewa sekarang. Tompek tue namo dio Mata*hari Heights. Tak menjadi cecita aku nak umah kat tetempat yang lebih elit.. Rerupanyer duit aku jugak yang guna buat bayar deposit! Ayah aku guna duit simpanan aku rupenyer.. Cet! Cet! Nasib baik dia bagi guna lori mase nak pindah umah aritu.. Tak jadik nak marah. Huhu.

Aku nie namer jer nak dok bujang, tapi perkakas umah macam orang dah kawen! Lengkap dengan katil double, dapur, microwave, tong gas, meja makan, tivi, astro, peti sejuk, mesin basuh segala. Takpe la, senang idup aku sket. Idup bujang dengan kelengkapan orang dah kawen.. Wahaha..

OK, berbalik pada citer eksiden tadik. Dekat trapik light mase dekat Pekan Lukut tu, mase aku tengah seronot2 speed, nak dijadikan citer, ada la dua ekor kucing mangkuk hamjadah comel bermain2 di tengah jalan.. So atas kapasiti seorang pencinta haiwan, aku pun brek lah dengan penuh emergencynyer...

Jide: Izud, keta belakang... Nada dia cool jer.

Dentum! Oppss..
Dan dentum! lagi

Jam 1.15 pagi. KEte aku kena langgar kat bontot dengan satu satria cine, belakang ada satu lagi satria tapi melayu bawak.. Huhu.

Dipendekkan citer, kitorang ingat nak setel luar. Cine tu cakap aku la yang salah. "Haiya... Lu lain kali mau brek, kena tengok belakang dulu maa.. Lagipun itu kucing saja, langgar pun takpa. Kalau olang ka lintas, bulih la lu brek tiba2.." Dia cakap, takpe la sama2 salah, samne2 tanggung. Aku belikan bumper + bonet keter diorang, diorang tanggung kos cat sendirik.

Ade ke patut. RM600 diorang soh aku bayor. Tu belum aku nyer nak repair bumper lagi. Ingat aku bangang ke ape. Dah ko langgar belakang aku, sure konpem ko yang salah. Mane punye rule la dia pakai, aku lak yang kena bayor. Last2 dah dekat pukul 3 pagi, cine tu cakap takpela, esok jumpe kat woksyop, tengok tokey tu estimate beraper aku kena bayar.

Hehe silap besar la. Konpem la esoknyer aku bawak ayah aku. Jangan memain dengan den ni ha. Sekali potogtaper, ketua trapik semua aku angkut. Apek woksyop yang malam tu sibuk estimate RM300, tetibe terus mengaku kat ayah aku yang dia balik awal, ape pun tak campur mase discussion kitorang.. Hehe takut ko.

So in the end, diorang kena saman RM300 sorang.
Aku claim insurans diorang untuk repair keter aku.
Dan aku menyedari betapa nikmatnyer menggunakan kuasa yang ada pada orang2 sekeliling aku.. Haha.

Huih, tp tu pun cuak gak. Aku memula ingat nak tukar nombor, takut kena ugut ke apa ke kan. Siap bertekad taknak singgah Port Dickson lagi dengan keter aku. Buatnyer kene langgar ke, tak ke pasal. Ahh tapi selamber jer sekarang nihh...

::Eksiden part II ::


Oh ye. Aku tak sempat pun dok umah sewa tu dengan Jide. Jumaat lepas, dia eksiden. Naik moto dengan kawan dia si Sengal (ape punye name daa.. patut la eksiden)

Aku dekat Midvalley mase tu dan dah pukul 6. JIde kena admitted kat HUKM. So paham2 je la, dari Bangsar nak ke Cheras, di waktu rush hour sumorang kuar pejabat. Patah kaki aku asyik tekan clutch je. Nasib baik keter aku takleh kuar sayap ke, kut tak dah lame dah aku terbang.

Jem. Ujan. Banjir kilat. Ada kete eksiden. Paling happening, aku salah jalan.

Termasuk area Pudu. Ye la, dah biasa aku gi Cheras ikut satu jalan jer, sekali diorang tutup jalan tu, melilau aku carik. Elok2 nak sampai kol 6, kol 7.10 baru sampai.

Dislocated joint kat siku. Ade wrist fracture. Leluka kat tangan dengan kaki.

Kol 8 baru dapat masuk wad emergency tu, tu pun aku curik masuk mase nurse tu tak nampak. Sian gak la tengok dia. Mase dia tengoh tidor sebab bius tu, bleh nampak mengalir2 air mate dia. Sakit la tu kot.. Ishh camner la kalo aku eksiden ye.

Ekceli dengan si Jide nie, aku respek sangat kat dia. Aku see dia as seorang yang sangat tabah, hardworking, and sangat meng-value frenship. Sanggup bersusah payah untuk orang lain.

Dan, bile benda macam nie jadi pada dia, aku rase macam sangat tak adil. Kadang2 tertanye, kenapa banyak sangat ujian untuk dia. Dari dulu lagi. Padahal aku nie, yang aku rase banyak kekurangan mentally and spiritually nie tak pulak.

Tapi biasa la kan, kita muhasabah diri.
Allah uji kita sebab Allah sayang kita.
Lebih banyak ujian, insya Allah lebih banyak ganjaran Dia nanti kan?

OK la. Nanti aku sambung lagi. Dah penat ni haa. Lagipun aku cube nak kontek Jide 2,3 hari nie tak dapat. Dia pun dah balik Klate untuk wat operation kat sane.

Wassalam dulu....


28 Disember 2005

Apa habaq adik-adik.. Berjumpa kita lagi naaa... Sorilah ye. Sori kepada jernel aku, sori kepada diri sendiri dan orang-orang yang ternanti-nanti aku mengapdet bende alah nie.. Wahh teraser macam selebriti pulak.. Kuikui..

Tau tak, bile aku bukak file jernel nih, cubaan terakhir aku nak ngapdet adalah pada 8 Disember aritu.. Fuiyooo aku amik mase duploh ari baru dapat nak online semula. Tu la, dulu time belajo buleh jer sesenang nak ngapdet. Antara 2 paper yang selang sejam pun, sempat aku ngapdet lagi. Tapi bile dah berkerjaya nih, mase tu memang jadik packed sket. Tapi takpe, komputer opis aku bakal dipasang Streamyx tak lamer lagi..

Dan bakal aku salahgunakan tak lama lagi juga.. Wahahaha tanduk sudah kuar..

Ekceli banyak yang aku nak citer. Citer pasal trip aku ke Pantai timur raye aritu, trip aku ke Utara meredah banjir, pasal aku yang kini dalam proses memakai braces (ya, braces! Dan aku bakal menjadi lebih encem! Jangan tak tau... hehe..).

Sekarang nie gak aku dalam proses nak pindah umah. Ayah nak pencen dah, so umah 2 tingkat 5 bilik yang aku duduk sorang2 kat PD tu terpakse la dikosongkan... Kebetulan pulak kawan aku si Jide dapat kerje kat Mantin, so aku ajak ler dier jadik housemate aku. 2 orang jer sudah, takyah reramai.. Karang buat semak jer.

Semalam ayah aku call.

+:Takde pun kat rumah pagi tadi. Gi kerja awal ker?
-: Taklah. Malam tadi tido kat kedai.
+:Ooo ye ke. Umah sewa dapat dah?
-:Ader la 2,3 buah yang tengah carik. Tapi tak decide lagi laaa.
+:Dah dapat nanti bagitau la ayah. Nanti nak bayar deposit bagitau ayah.
-:(Dalam hati: yahuuu!!!)Eh takpelah. Nanti gaji masuk buleh la Din bayar. Sini deposit pun 1+1 jer..
+:Takpe. Nanti bagitau jer ayah. Nak pindah nanti, cakap jer nanti ayah sediakan orang dengan lori..

Wahaha.. Dah ayah aku nak bayar deposit, terpakser la aku amik yang memahal sket. Umah kat Lavender Heights ke.. Kuikui. Tapi betul gak, bak kater Zali, daripada ayah aku ngabihkan duit kat stepmom aku, baiklah dia ngabihkan kan anak last dier nie ye. Lagipun aper salahnyer kan, current salary ayah aku nie pun hampir dua kali gaji aku..

Harhar. Lavender Heights, here I come!!

Okeyla. Kene balik keje nie. Staff aku baru jer sebuk2 tepon. Takleh tengok aku curi tulang senang sket. Hehe.

Nanti sambung lagi naaaa..

Wassalam.


29 November 2005 @ 28 Syawal 1426

LAme tak ngupdate.
Biasa la. Bizi. Malas pun ada sesikit.

Tapi bebaru nie, aku mengalami acute depression. Lagi.

Entahle. Aku pun kadang-kadang tak paham. Nak kate aku sentiasa susah hati tak jugak. This few weeks, aku betul-betul enjoy dengan life aku.

Pergi sane, pergi sini. Gi shoping. Tengok wayang. Dengan semua experience yang best-best jer la.

And it only took one incident to erase all the good times.

Nasib baik aku dah OK sket 2,3 hari nie.

Susah betul hidup dengan 2 personaliti nih. Hehe.
Terasa macam selebriti pulak.. =)


17 November 2005 @ 16 Syawal 1426

Raye aritu, aku pusing satu Malaya.

Pergi Perak, Kelantan, Terengganu. Balik ikut Pahang. KEter takde hal. Langsung takde problem.

Aku sampai PD jam 7 pagi. Tengari aku kuar Seremban. Pukul 4 petang, nak balik PD. Sekali...

BERDENTUM EKSIDEN!!!

Hehe.. (Dalam hati - adusss...)

::Too much choices ::


Faculty of Allied Health Sciences,
International ISlamic University,
Kuantan.

Pusat Pengajian Sains Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
Kubang Kerian.

Perak Royal College of Medicine,
Ipoh.

Wait for me.


1 November 2005 @ 28 Ramadhan 1426

::Selamat Haghi Ghayo!! ::


Diulang, selamat haghi ghayo!!! Hehe.

Tak tau la kenaper sekarang nih raser hepi semacam jer. Tapi, kejap jer dah nak raye kan? Dah la nie first time aku beraya sebagai teruna di alam kerjaya. Wahwahwah ayat.. Aku yang menaip nie pun rase nak muntah, inikan pulak korang yang baca ye tak?

Hmm.. First time berpuasa kat Menara. (Menara tu name kompeni aku, jangan buat tak tau pulak.. Oooo..) Kalau dulu, aku puasa dengan famili. Form 4 tak merasa dengan kawan, form 5 mase amik SPM. Sekarang, dengan opis met pulak. Mesti aku rindu punyer, pukul doblas dah bincang dengan Kak Anum menu berbuka, jelajah satu-satu bazaar Ramadhan, beli ayam golek time ujan lebat aritu (abih lencun baju!)..

Tapi satu jer yang kureng. Aku rase Ramadhan kali ni yang paling kurang aku terawih. Abih tu, dah keje sampai kol 10. Memang la orang kate buleh buat sensorang, tapi kalau dah sampai umah pun pukul 11, 12, memang ingat tilam jer la. Sejadah memang dipandang sipi-sipi jer la.

Time bulan posa nie la nak berebut ayam dengan Yati, berebu kuih dengan Zali. Tah bile la lagi nak merasa suasana macam nie. Dengan si Zali ngan Anum tak abih2 bertekak. Kalau panjang umur, insya Allah dapat ketemu Ramadhan lagi dengan orang2 yang samer. Selalu sangat orang ingatkan aku, jangan kenangkan sangat masa lau.. Abih nak buat camner, dah aku nie memang sentimental banget. The cherisher, savourer of every moment la katakan..

Ari nie ari last aku kerja sebelum cuti raye seminggu. Kompeni tak bagi amik lebih 6 hari - ahh pedulik hape aku!! Tadi pukul 6.30, kitorang pakat-pakat tukar baju raya dan selamber badak jer tutup kedai gi bukak posa. Makan la seafood. Dengan kapasiti sebagai sorang store manager, aku pun bermurah hati la belanjer staff aku makan. Sekali biler bil - RM109.00!! Pengsan pakcik!! Kalo aku tau tadi, dah lame aku menyamar sakit perut, sekaligus melarikan diri je dari kedai tu. Biar diorang yang kena bayar. Tapi takpela, sekali sekala - walaupun dalam hati dan poket aku berlubang akibat terbakarrrr... Sabar je lee..

Ok la. Enough merepek.

Selamat hari raya.

Maaf zahir dan batin.

Buat semua yang kenal dan tak kenal aku.

Dan aku maafkan siapa yang tak balas kad raya aku. (dalam hati - cissssss). Hehe.

Wassalam.


26 Oktober 2005 @ 22 Ramadhan 1426

::Nur Syahadah.. ::


Orang kate, hidup di dunia ni pinjam-pinjaman. Takde yang kekal kat dunia nie. Yes, itu betul.

Pada setiap kematian itu, pasti ada insan lain yang akan lahir sebagai pengganti. Tanggal 10 Oktober aritu, ada kematian.

Lesen aku mati! Dan aku hanya sedar 3 hari lepas tu! Hehe.. Dengan selambanya poei tompek kojo den bawak keto takdo lesen. 25 km lak tu. Betapo terernyo den mase tu.. Ekeke..

Tanggal 10 Oktober tu gak, ada sorang baby girl baru lahir.. Kak Farah sekali sudah beranaklah. Siap kena induce lagi sebab overdue. Sebenarnyer anak sedare si Johan, takde kena mengena dengan aku pun. Sajer jer tumpang seronot. Yerla, anak sedare sendirik lahir tak dapat nak tengok, terpakse tengok anak sedare orang lain ker lah.


Nurul Izzah! Selamat datang ke dunia!


Tengok.. Siap sebakul hadiah lagi..

Haritu kan, aku keluar gi bazaar Ramadhan kat Paroi dengan Yati. Si Yati ni mak orang, merangkap staff aku. Rule kompeni aku hanye sorang jer bleh kuar beli bukak posa,tu pun lepas kol 6.

Tapi aku terpikir - ahh pedulik hape aku!! Hehe. Pukul 5.30 dah kuar. Yerla, kat Paroi tu antara bazaar yang happening kat Seremban. Gi lelambat karang, tinggal meja, kerusi dengan payung je karang. Selamber jer kuar ngan bini orang. Si Yati tu punya laki, siap pernah jeles lagi dekat salah orang staff aku si Izar tu sebab baik sangat dengan Yati. Tetambah lak aku nie yang seploh kali laki good looking dari Izar tu.. Hehe. Laki dia askar lak tu. Di-ambush-nyer aku dengan M16 dia nanti, bazaar ke mana, payung bazaar ke mane pulak karang..

OK. Enough melalut. Maser tengah jenjalan tu,aku nampak la bapak-bapak orang, tengah bawak anak-anak diorang jenjalan tengok juadah. Ada yang dukung, ada yang pimpin tangan.. Comel jer tengok..

Dan secara spontan aku cakap kat Yati, "Eh Yati.. Aku nak kawen la.. Teringin nak bawak anak aku jenjalan macam tu. Comel la pulak aku tengok,"

Si Yati bantai gelak. Giler-giler punye gelak la. Tak hengat punyer gelak. Balik kedai, dia citer kat staff lain. Kena gelak lagi! Hawau betul! Hehe.. Takpe ko Yati..

Tapi kan,ku terpikir balik.. Mase akumula-mula set up jurnal nie, aku ada tulis a few impian aku. Antaranye, nak gi umrah atau haji sebelum umur aku 30. Aku nak travel gi Europe. Aku nak join MERCY. Aku nak bina famili sendiri and nak anak-anak panggil aku Abi..

Pergi umrah sebelum 30, alhamdulillah dah tercapai. Yang aku nak highlight, tang 'Abi' tu.. Hehe.. Insya Allah..

Any elligible candidates out there?

Wassalam..


25 Oktober 2005 @ 21 Ramadhan 1426

:: Fuhhh!!! ::


Ahhh... Akhirnya lepas keje straight 5 hari, bercuti jugak akhirnyer aku.. hahaha.. Mungkin orang cakap, "Alah.. Normal la kerja 5 hari.. Apparaa.." Memang la normal. Abih kalo dah kerja sampai 12, 13 jam sehari, 5 hari straight tak ke bengkok dibuatnyer.

Semalam aku dapat mesej dari Jide. Aku betau dia, yang aku dekat kol 11 malam baru balik.

Dia reply, "Wah.. kijo kuat nampak. Nak kumpul duit kawin ko?"

Hehe. Banyak la nak kawen. Aku pun tak tau kenape dua tiga menjak nie sumorang sebok soh aku kawen. Calon pun takder, camner la teruna encem lagi suci macam aku nie nak kawen ye tak..

Tadik salah sorang director kompeni aku, incik zarem siap tanyer lagi, "Eh Ijud, ko dah tunang kan? Bile nak kawen?"

"Memandai jer cik Zarem nih. Maner ader,"

"Abih si Wani bagitau aku ko dah tunang?"

Ciss aku dah agak musti Wani (Wani Opto, takde kene mengena dengan Wani UUM tau) yang menyebarkan kabar angin nih. "Alah cik Zarem, Biasa la Wani tue. Dia tu keciwa dengan dengan saye sebenarnyer cik zarem,"

Wakaka. Amik ko Wani!

Tapi yer la. Bebaru nie, tak salah aku ada 7 hari berturut-turut orang ingat aku dah kawen. Orang kedai sebelah pun selame nie mati2 ingat aku dah kawen! Customer aku lagi. Siap tanyer pasal "orang rumah" aku, sihat ke tak.. Appara.. Tapi kan, kalo dah hari2 orang ingat aku dah kawen, maner la esok2 tup-tup.. Kawenn.... Hehe. Jangan kena tangkap basah sudahhh..

Oh yer,, Cakap pasal kawen, kawan siber yang aku tak penah jumper muker, si TOMEI dah kawen.. Nie yang beta murka nie. First, dia tak reply kad raye aku tahun lepas. Tapi aku dengan setia nie la yang ngantar kad rayer kad dia lagik tahun nie. Second sebab nak marah nie, dia kawen tak betau.. Huhu.. Patut la lamer tak ngupdate. Kawin rerupenyer. Kut tak buleh la den mai tengok dia kawen.. Huhu

Aku ingat nak cilok gambar kawen dari site dia. pastu tak jadik. Pastu aku pikir, ahh tak kire. Nak cilok jugak!!


tomei kawen! (aku bile lagi! :p)

Wokey la. Nak balik dah la. Dah kol 11 nie. Bile pulak aku nak sampai PD nanti. Sok sambung kot..

Wassalam.


8 Oktober 2005 @ 4 Ramadhan 1426

:: Sometime before Subuh ::


Tet tet tet ne ne net... (bunyik SMS)

+: I need prozac right now

-: Ko nape nie.Pagi-pagi lagi dah.. Ko ok ke?

+: Tah lah. Benda yang buat susah hati betul2 depan mate. Hanya boleh dengar dan lihat. Terpakser temmpuh sepanjang mlm..

-: Biasa la. Semlm aku bukak posa dgn pakwe aku. Dia bantai borak dgn kwn2 dia mcm aku x wujud jer. Hangin betul

+: Mesti xbestkan. Bile ko jumpe someone, dia asyik citer pasal orang lain jer. Tetiber ko terpikir.. 'So dat is y dia buat tak tau kat aku selamer nie..'

-: Biasa la tu. Lelaki mmg camtu. Lgpun yang dia borak tu dengan besfren dia

Diam kejap. Pastu sambung balik.

-: Memang la susah ati. Kau, aku, sitinurhaliza pun tak terkecuali. Dengan Allah je kite tenang. Aku terfikir yang aku nie jahat tp knp Allah selalu bg peluang. Sbbny Allah Maha Mengetahui. Ape kite buat baliknye pd Die juge. Ok ek. Take k


Prozac.
A common prescription anti-depressant drug, it is classed as a selective serotonin reuptake inhibitor, or SSRI, which functionally means that it increases the levels of serotonin in the body.

It stimulates the mood of a depressed patient.

Side effects include lethargy, confusion, flushing, sweating and muscle spasms. Overdose can cause damage to red blood cells, breathing problems and kidney damage.


Poh Yen ada bagitau aku, men are actually very insecure and emotionally weaker than women. Men needs to be pampered, and it is not surprising that there are men who succed in the corporate world but failed it comes to personal relationship.

Yup, aku memang raser aku emotionally weaker. Well, in a sense that I need attention since there is none right now.

I am insecure.


4 Oktober 2005 @ 30 Syaaban 1426

:: Mukaddimah ::


There is something that I read over the internet:

Ada yang best kat negeri Sembilan ni. Walau kau letak hatta sekor lembu sekali pun jadik calon B*N kat kawasan majoriti Melayu, konpem lembu tu menang!

Much the same goes for pilihan raya kampus kat IPTA baru-baru nie. Kalau ko letak lembu jadik calon Aspirasi kat mane2 seat pun, lembu tu akan menang jugak.

Ye lah.. Kesian kat pentadbiran yang very the desperate tu.

Aku bersyukur sekarang. Sebabnye, aku turut menghadapi situasi (pentadbiran) bodoh tu zaman aku belajar dulu. Over and obvious sangat kebodohan dan ke-desperate-annyer. Tu la, elok baik-baik aku undi merah masa 1st year, terus aku tukar undi aku untuk 2 pilihanraya berikutnyer. Hey, aku dah abih belajar - dan aku dah kerja private sector - pedulik hape aku!

Encik pengetua dan felo, dulu saya tak undi Aspirasi awak! Hahaha! Dan Aspirasi kalah kat kawasan undian saya! Wakakaakaka


:: Berlabuhnya senja Syaaban,
berakhirnya penantian Ramadhan ::


Ramadhan datang lagi!

Emm.. Kejap jer ek mase berlalu. Tengok-tengok dah datang satu lagi Ramadhan yang dirindui.. :)

Seperti biasa, bila datangnyer bulan-bulan (bukan datang bulan yang lagi satu tu tau!) macam Ramadhan nie, aku selalunyer akan pasang niat. Biasalah. Nak jadi hamba Allah yang lebih taat. Yang lebih baik. Biasa la, sumorang camtu kan.

Ramadhan 1426. Titik perubahan? Insya Allah.

Risau aku. Umrah di bulan Jamadilakhir 1426 pun hampir-hampir wear off kesannyer few weeks lepas balik Mesia... Nauzubillah.. Huhu.

Setahun lepas, umah aku dekat Bahau. Tahun nie dekat PD pulak.
Tahun lepas, belajar lagi. Tahun nie, dah kejer. Sampai malam lak tu. Susah la nak terawih jemaah macam nie. Nak Harap buat sensorang.. Hmphh, macam payah jer.. Kurang feel kot?

So, Ramadhan 1426: turning point untuk berubah. Turning point lagi!

Well.. Harapnyer berjaya.

Baju raye dah siap! Hehe.

Wassalam


1 Oktober 2005

:: Konvo!! ::


Dah lime belas ari tak nulis kat sini. Saje jer berentikan kejap, onlinekan citer umrah aku. Skalik tengok macam takde responnn jerr.. Rase tersisih la pulak.. Huhu.

Ok la. Sekarang kiter beralih pulak ke suatu story. Majlis Konvokesyen UKM ke 33. Satu lagi peralihan aku ke fasa yabg baru dalam idop. Chewwah ayat...

Dah konvo pun terasa macam takbesh jer. Macam something missing jer dalam life aku as mahasiswa dulu.. Kuikui.. Appara Ijud...

Aku sebenarnyer lepak kat kolej sehari sebelum tue. Dah plan nak kluar kolej pukul 6.30 pagi sebab takut jem kat area Bangi. Kononnyer plan la sebab dah nak kena sampai 7.30. Sampai berbelas-belas kali aku terjaga, punyerla takut tak terbangun kan. Naseb baik tak tertido dalam dewan maser ucapan tue.. Hehe. Rasernyer TNC tu macam berucap dengan lantai jer. Mane taknyer, dia berucap, kitorang buat port sendirik kat bawah. Pungpangpungpang berceriter.

Haha.. Yang beshnyer, dalam buku senarai penerima skrol tu, ada senarai pemenang hadiah khas. Sekali maser dalam dewan tu, Aiman sudah bagitau sama aku lah: "Eh.. apsal namer ko ader dalam nie Ijud?" Sekali tengok: Wahahahahahaahaaaa

HADIAH OCULUS BOSTON GP

Hadiah ini diberikan kepada pelajar pascasiswazah Ijazah Sarjanamuda Optometri yang mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan praktikal kanta sentuh dan mendapat markah purata tertinggi dalam kursus-kursus berkaitan kanta sentuh. Pemenang akan menerima hadiah dalam bentuk wang tunai RM1000 serta sijil kecemerlangan.

MOHD IJUD!!!!

Wahahahahahaahahahaahahahahahahaahahahahahaha. Penat!

Riaknyer beta!!! Hehe. Papehal pun, alhamdulillah..

Mase kuar tu, biaser la time amik-amik gambor. Maser nih dah tak kire panas ke hape dah. Dengan jubah, topi, kot, tie segala. Dah la jubah kaler pink! Appara.. Eleh okey aper. Rasulullah pun suker pink. Kaler fevret lah. Nie ayat menyedapkan ati. Tapi nie fakta betul tau. Nabi memang suker pink aper :>

Yang kurengg bestnyer, budak course aku konvo dalam 3 sidang yang berlainan. Aku kener sidang yang first. Cisss.. Tak dapek den nak baling-baling topi dengan kengkawan den. Bebudak farmasi ader la baling-baling topi. Siap lempar-lempar orang lagi. Aku request diorang lempar aku, tapi kene rejek.. Huhu..

Konvo. Dapat skrol. Dapat gambar atas pentas.

Hmmm.. So what's next?

Currently I'm eyeing my chances. Better ones that I am having right now. Kalo big boss tau plan aku nak berenti and further studi tak tau la dia bagi ke tak .Dah la aku under kontrak.. Huhu.

Whatever it is, my life is my choices.

Right?

Wassalam.