Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Skip to Content

@@alt@@

@@alt2@@
 

myPoem

 

 

Kadangkala, saya gemar menulis puisi di masa lapang. Namun, aktiviti ini bukanlah menjadi kemestian, sebaliknya hanya dilakukan pada masa lapang. Harap dengan perkongsian yang sedikit ini, dapat membuka minda anda semua ke arah hidup yang lebih dinamik...:)

 
   
 

 

Betapa telah terpinggir

Pada kehidupan yang bermakna

Terkadang keliru

dengan diri

Namun jangan pula kau terpedaya

dengan tipu helah mereka

Ketahuilah,

Zuhud dan jihad

Jiwa penguat jasad

Akal penentu sifat!

 

 

                               20 Januari 2000

                               1.07 a.m.

                               bilik 215, upm

 
   

 

 

 

 

Intan dan permata

Mata yang berkaca

Jiwa yang gelora

(hati berkata),

 

Berpaut pada khayalan sebuah

kehidupan

Impian yang terus menjadi

angan-angan

Sedang hati rapuh tanpa

Pedoman

 

                              21 Januari 2000

                              12.23 p.m.

                              bilik 215, upm

 
   
 

 

Bukan mudah menggapai impian

Bukan mudah menjadikannya kenyataan

 

Namun,

tidak sukar pula untuk meranapkan impian

Membiarkan ia berlalu,

hanyut ditelan zaman

 

Pujangga pernah berpesan

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,

Bersakit-sakit dahulu,

Bersenang-lenang kemudian!

 

 

                              20 Januari 2000

                              8.25 p.m.

                              bilik 215, upm

 
   
 

 

Berlalulah sudah sebuah kehidupan

Tersesat pula pada

perjalanan yang menyesakkan

Tersedarkah aku

pada pencarian yang bermakna

Atau sekadar hanya

melepas batuk di tangga?

 

6 Februari Y2K

5.01 p.m.

just-seen

 
   
 

 

Dari dulu ku perhatikan

lembah gersang itu

Yang makin kurang tarikannya

 

Tapi baru kini kusedari

Tindakanmu bukan berpaksi cemburu

Jauh sekali berlandaskan nafsu

 

Perjalanan penuh ranjau duri ini

Kau harungi dengan tabah hati

Namun, dalam diam diri,

Kau pendam hasrat nurani

Jauh di sudut hati insani

 

Sedarlah dari lamunan

Kita di sini hanya utusan

Menumpang teduh di bumi Tuhan

Amal dan bakti sebagai bekalan

di hari perhitungan

 

23 Februari Y2K

2.00 a.m.

215 - kolej 10, upm

 
   
 
 

Hati yang luka-parah

Jiwa yang hancur-musnah

Gelodak jiwa yang keluh-kesah

Terkadang terlintas

Pada pandangan mata tuli

Namun,

mata hati merungkai realiti

Hakikat kehidupan insani

Kenapa aku

Terdampar di daerah sepi ini

dengan amalan yang

hanya seinci?

24 Februari Y2K

1.44 a.m.

215 - kolej 10

 
   
 

 

Selain itu, saya turut menulis sebuah madah yang saya garap secara spontan beberapa tahun lalu. Mari kita menghayatinya bersama-sama. Klik pada link di bawah untuk membacanya..