Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
There would be an applet here if your browser supported Java.
  Dikendalikan Oleh: Haris Fadzli Awang
 
MENU UTAMA
Laman Utama
Teknik Belajar
Motivasi Belajar
UPSR
PMR
SPM
Laman Web Sekolah
Tanya Cikgu
Bilik Perbincangan
Buku Tetamu
Rencana Ilmiah
Pusat Tuisyen
Tuisyen Di Rumah
PAUTAN LAIN
NOTA SAINS PMR
Tingkatan Satu
1. Bab 1 [ Klik ]
2. Bab 2 [ Klik ]
3. Bab 3 [ Klik ]
4. Bab 4 [ Klik ]
5. Bab 5 [ Klik ]
6. Bab 6 [ Klik ]

Tingkatan Dua
1. Bab 1 [ Klik ]
2. Bab 2 [ Klik ]
3. Bab 3 [ Klik ]
4. Bab 4 [ Klik ]
5. Bab 5 [ Klik ]

Tingkatan Tiga
1. Bab 1 [ Klik ]
2. Bab 2 [ Klik ]
3. Bab 3 [ Klik ]
4. Bab 4 [ Klik ]

DOWNLOAD
Jadual Bahan Uji [ Klik ]
Gambar Buruj [ Klik ]
Jadual Peperiksaan 2001

NOTA ISTILAH
Sains
Sains ialah suatu susunan ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada kajian (penyelidikan) yang sistematik berkaitan sesuatu fenomena dalam alam sekitar yang menghairankan manusia.

Proses Sains
Proses sains ialah langkah-langkah tertentu yang teratur dan sistematik di dalam menjalankan sesuatu kajian (eksperimen)

Teknologi
Teknologi ialah penggunaan atau aplikasi ilmu pengetahuan oleh manusia yang berasaskan sains bagi memudahkan aktiviti-aktiviti hidup sehariannya.

SOALAN SISIPAN


Soalan 1
Di antara berikut, yang manakah merupakan kemahiran proses sains

  1. Meramal
  2. Membuat hipotesis
  3. Membuat Kesimpulan
A. I, II, dan III
B. I dan II
C. II, dan III
D. I sahaja

Soalan 2
Sumbangan teknologi terkini dalam kehidupan seharian manusia ialah:
A. Baju sejuk dan internet
B. Komputer dan komuter
C. Mentol dan Sel kering
D. Kereta kebal dan Satelit

Soalan 3
Apakah sains?

  1. Penemuan terkini yang diperolehi hasil penelitian yang mendalam mengenai sesuatu fenomena
  2. Ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada kajian yang sistematik mengenai sesuatu fenomena yang menghairankan manusia
  3. Langkah-langkah teratur dan sistematik
  4. Penghasilan alat-alatan yang dapat memudahkan kehidupan seharian manusia

TINGKATAN 1: MEMPERKENALKAN SAINS
Pengertian Sains dan Teknologi
Pengertian Sains
Sains ialah suatu susunan ilmu pengetahuan yang diperolehi daripada kajian (penyelidikan) yang sistematik berkaitan sesuatu fenomena dalam alam sekitar yang menghairankan manusia.

Kajian dilakukan untuk mendapatkan bukti-bukti untuk menentusahkan kebenaran sesuatu hipotesis (andaian) yang dibuat. Ciri-ciri kajian ialah:

  1. Sistematik - mempunyai urutan (langkah-langkah)
  2. Logikal - Penyelidikan mestilah logik
  3. Emperikal - Data kajian boleh diperolehi secara realiti dan bukannya abstrak.
  4. Reduktif - Prosedur analisa digunakan untuk membuat rumusan bagi memahami sesuatu hubungan yang wujud
  5. Boleh diulangi - Pengkaji lain boleh mengulangi semula kajian tersebut
  6. Boleh dipindahkan - Data kajian boleh dipindah dari seorang pengkaji kepada pengkaji yang lain

Bagi menjalankan kajian sains, beberapa langkah tertentu perlulah diikuti. Langkah-langkah ini ialah:

  1. Pernyataan Masalah
  2. Membuat Andaian (Hipotesis)
  3. Mengumpul Data
  4. Merekodkan Data
  5. Menganalisis dan mentafsir Data
  6. Membuat inferens dan perbincangan
  7. Membuat kesimpulan
  8. Komunikasi

Langkah-langkah kajian di atas di namakan Proses Sains.

Pernyataan Masalah
Sesuatu fenomena yang berlaku pastinya akan menghasilkan pelbagai persoalan atau masalah kepada pengkaji. Persoalan atau masalah ini perlulah dinyatakan dengan jelas dan mestilah boleh dikaji.

Membuat Hipotesis
Berdasarkan kepada persoalan atau masalah tersebut, pengkaji perlulah mengemukakan andaian awal atau kesimpulan awal kepada pelbagai persoalan yang ditimbulkan. Andaian atau kesimpulan awal ini tidak semestinya benar. Bagi mendapatkan kebenaran kepada andaian atau kesimpulan awal tadi, eksperimen perlu dibuat untuk mendapatkan bukti-bukti bagi menyokong andaian atau kesimpulan awal ini. Andaian atau kesimpulan awal ini dinamakan hipotesis.

Mengumpul Data
Tujuan mengumpul data adalah untuk mendapatkan bukti bagi menyokong atau menolak sesuatu hipotesis. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mengumpul data. Bagaimanapun, kaedah yang biasa digunakan di sekolah ialah kaedah pemerhatian.

Merekod Data
Data yang diperolehi melalui kaedah pemerhatian (atau kaedah lain) perlulah direkodkan dalam bentuk yang sesuai supaya pengkaji mudah difahami atau diolah semula. Biasanya data-data yang diperolehi direkodkan dalam bentuk jadual.

Menganalisis dan mentafsir data
Data-data yang telah dijadualkan (atau direkod dalam bentuk tertentu) perlulah diolah supaya mudah ditafsirkan. Kaedah yang biasa digunakan untuk mengolah data ialah kaedah statistik. Pengolahan data secara statistik kini boleh dilakukan dengan menggunakan komputer melalui perisian-perisian tertentu seperti SAS, SPSS, Statgraphics dan sebagainya.

Membuat Inferens dan perbincangan
Data yang telah diperoleh dan diolah akan dibincangkan. Perbincangan turut menimbangkan ketepatan data, sebab-sebab data yang tidak tepat diperolehi dan sebagainya. Ini dinamakan inferens. Perbincangan juga melibatkan kaedah kajian, alat kajian dan sebagainya. Hasil kajian juga turut dikaitkan dengan teori-teori lain yang sedia ada.

Membuat Kesimpulan
Berdasarkan kepada inferens dan hasil perbincangan, kesimpulan dibuat sama ada untuk menerima atau menolak sesuatu hipotesis kajian.

Komunikasi
Hasil kajian yang diperolehi perlulah disebarkan kepada masyarakat atau kumpulan-kumpulan tertentu. Biasanya kaedah menyebarkan maklumat ditulis di dalam jurnal bidang kajian tersebut. Ia juga boleh disebarkan melalui televisyen, internet dan sebagainya.

Sains sentiasa berkembang kerana pelbagai fenomena baru sentiasa muncul. Oleh itu, pelbagai kajian dilakukan dan menghasilkan banyak penemuan-penemuan yang baru.

Hasil daripada ilmu pengetahuan sains ini membolehkan manusia memahami alam sekitar dan pengaruhnya kepada kehidupan manusia supaya dapat menjamin kehidupan manusia yang lebih selesa dan bahagia.

Pengertian Teknologi
Teknologi ialah penggunaan atau aplikasi ilmu pengetahuan oleh manusia yang berasaskan sains bagi memudahkan aktiviti-aktiviti hidup sehariannya. Sumbangan teknologi dalam kehidupan manusia ialah:

  1. Memudah dan mempercepatkan kerja - contohnya mesin pengisar padi, jentolak, jentera-jentera dan sebagainya
  2. Memudahkan penghantaran maklumat - komputer, internet, telefon bimbit, mesin faks dan sebagainya
  3. Memudahkan pergerakan - komuter, LRT, kapal terbang, kereta
  4. Meningkatkan produktiviti - penghasilan benih-benih pertanian yang lebih tahan penyakit dan cepat matang
  5. Meningkatkan taraf kesihatan - penghasilan ubat-ubat baru, pengklonan haiwan dan sebagainya

Bidang-bidang yang melibatkan teknologi antaranya ialah:

  1. Bidang perubatan - sinar-X untuk mengesan penyakit, pembedahan menggunakan laser, pengimejan magnet resonans dan sebagainya
  2. Bidang pendidikan - Projektor LCD, persembahan slaid berkomputer dan sebagainya
  3. Bidang ketenteraan - jet-jet pejuang yang pantas, pengesanan kekuatan musuh menggunakan satelit dan sebagainya
  4. Bidang Keselamatan - alat-alat yang boleh meramal malapetaka seperti gempa bumi, taufan dan sebagainya
  5. Bidang Perindustrian - penggunaan robot di dalam kilang-kilang
  6. Bidang Pertanian - Jentera-jentera pertanian, penghasilan baka dan benih-benih baru yang lebih tahan penyakit
  7. Bidang Perniagaan - Pembelian barang melalui internet