Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

Petua-Petua

 

Petua-Petua

Cara Memilih Daging 

Cara Melembutkan Daging

Hilangkan Bau Daging 

Petua Memilih Ikan Yang baik

Elak Beras Berkutu

Cara Kupas Ubi Kentang

Jernihkan Minyak Yang Sudah Digunakan

Jika anda mempunyai resipi atau petua warisan Melayu dan ingin berkongsi dengan rakan-rakan yang lain sila hantar kepada kami dengan menggunakan email atau mengisi borang di sini: 

Borang

 

Cara Memilih Daging

  • Pilih daging lembu yang baru disembelih (cara Islam bagi yang beragama Islam)
  • Jika membeli daging import, jangan terus di simpan didalam peti sejuk, sebaliknya gantung daging untuk tujuan melembutkan serat-serat ototnya terlebih dahulu. Kemudian simpan dalam bahagian paling sejuk didalam peti sejuk. Pastikan daging dimasak, tidak lebih tiga hari daripada tarikh membeli.
    Daging digantung terlebih dahulu untuk tujuan melembutkannya. Contohnya, perhatikan daging-daging bagi tujuan eksport khasnya diluar negara. Daging akan digantung dalam bilik khas dalam jangka masa tertentu. Ia bertujuan meredakan kembali ketegangan serat otot lembu yang kejang akibat "ketakutan" ketika disembelih. Bagaimanapun mengikut hukum islam, terdapat bacaan dan cara penyembelihan tertentu yang mencegah daging menjadi liat.
  • Sekiranya membeli daging beku, pengguna tidak dapat menikmati kesegaran dan perisa semula jadi daging. Sebaliknya daging menjadi kering & liat. Ini disebabkan kehilangan air pada daging apabila proses melembutkannya dijalankan. Justeru itu, anda dinasihatkan mendapatkan daging segar yang baru disembelih untuk menjamin keenakannya apabila dimasak.

Balik Atas

Cara Melembutkan Daging

Bagaimanapun daging yang liat masih boleh dilembutkan dengan pelbagai cara. Tetapi ingat, sebelum diperap atau direbus, biarkan daging setongkol untuk mengekalkan kandungan air didalamnya. Jangan dipotong-potong atau dikerat kebahagian yg lebih kecil kerana daging akan kecut dan hilang air dalam jumlah yang banyak.

    Melembutkan daging secara tradisi.

  • Mengikut secara tradisi, sediakan sebiji betik atau nenas muda untuk daging lebih kurang 3 kilo. Kisar nenas atau betik. Perapkan bahan tersebut dengan daging tadi dan simpan selama sejam. Selepas itu, bersihkan daging dan bolihlah dipotong mengikut citarasa masing-masing.
  • Cara kedua, potong buah betik atau nenas. Kemudian rebus bersama dengan daging hingga mendidih. Angkat dan asingkan kedua-dua bahan tersebut. Setelah sejuk bolihlah dipotong mengikut kegemaran masing-masing.

    Melembutkan daging secara moden.

  • Rebus daging bersama-sama pati santan kelapa hingga mendidih. Untuk sekilo daging, gunakan sebiji kelapa. Selain mengempuk, daging juga lebih berasa lemak dan enak kerana telah diserap santan kedalamnya.
Terdapat cara lain melembut daging, kini menggunakan serbuk yang diperbuat daripada betik dan nenas yang bolih didapati disesetengah pasar raya

Balik Atas

Hilangkan Bau Daging

  • Cara pertama, dengan menggunakan tepung gandum, ataupun dengan perahan air asam limau nipis atau asam jawa. Selepas daging dipotong, masukkan sesenduk tepung dan gaul rata-rata. Biarkan 10 minit dan bersihkan daging semula.
Jika menggunakan teknik melembutkan daging dengan buah betik atau buah nenas, anda bukan ashaja mengempukkannya tetapi bau hanyir daging turut hilang.

Balik Atas

Petua Memilih Ikan Yang baik

Terdapat beberapa petua bagaimana mahu memilih ikan yang baik dan segar :

  1. Pastikan mata ikan terang dan warna hitam pada bola matanya tidak bercampur.

  2. Sisik ikan tidak banyak gugur.

  3. Tidak terdapat luka pada ikan berkenaan.

  4. Warna insangnya masih dilapisi lendir asli.

  5. Badannya tidak berbau.

Balik Atas

 

Elak Beras Berkutu

 

 

Terdapat tiga cara iaitu dengan menyimpan beberapa helai daun limau purut didalam beras atau menyimpannya dengan beberapa helai daun belimbing yang dibersihkan dan dikeringkan

terlebih dahulu.  Atau anda boleh letakkan 3 atau 6 tangkai cili kering.

 

Balik Atas

 

Kupas Ubi Kentang

 

Rendam kentang di dalam air garam pada sebelah malam,  kemudian pada keesokan harinya kupaslah kentang berkenaan dengan tangan.  Anda akan dapati kulit kentang dengan mudah akan terpisah dari isinya.

 

Balik Atas

 

Jernihkan Minyak Yang Sudah Digunakan

Selalunya minyak yang telah digunakan, agak kotor dengan keladak dana tentunya sayang untuk dibuang.  Jadi untuk menjernihkan kembali minyak berkenaan, goreng kentang yang telah dipotong dadu dengan minyak itu.  Setelah masak, angkat kentang dan segala kekotoran minyak

itu akan terlekat pada kentang berkenaan.  Hasilnya minyak akan kembali jernih dan boleh digunakan untuk menggoreng makanan lain.

Balik Atas

Balik

Depan