Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

                                                   

          

 

SEJARAH KEMERDEKAAN
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Text Box:                                                    
                                                    

     Pada tahun 1946,Datuk Onn Jaafar telah menubuhkan satu kongres bagi semua kumpulan dan pertubuhan politik Melayu di Tanah Melayu.Kongres ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada Mac 1946.Dalam kongres tersebut,satu kata sepakat telah dicapai bagi membentuk sebuah parti politik sebagai wakil seluruh orang-orang Melayu di seluruh Semenanjung.Hasilnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah dibentuk.Bermula dari situ satu usaha ke arah memperjuangkan kemerdekaan Malaya telah tercetus dan akhirnya ke arah pembentukkan negara Malaysia.Dengan beberapa baris pejuang yang berjiwa kentalyang antaranya terdiri dari Datuk Onn Jaafar,Tunku Abdul Rahman,Tun Abdul Razak, dan Tun hussien Onn, maka pada 31 Ogos 1957 negara tercinta Malaysia telah menyaksikan satu detik bersejarah dengan penurunan bendera Union Jack di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai tanda berakhirnya sebuah penjajahan British di Tanah Melayu. 
     Tanah Melayu telah menerima pengisytiharaan kemerdekaannya tepat pada detik pertama pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor,kuala Lumpur,bagi menandakan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia.Laungan “MERDEKA” telah dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama keesokan harinya tepat 9.30 pagi di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


                                                                                                                                                                                          

 

 

 

 

 

 

 

                                                                                                      

 

 

 

 

Bevel: HOMEPAGE