Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

PERISYTIHARAN
 

 

 

 

 

 

PENUBUHAN MALAYSIA
 

 

 

 

 

 

Text Box:                                                                
 
                                                                                                                                                                           
                                                                      

. Pada hari ini dalam tahun 1963 seiring dengan dentuman 101 das tembakan meriam dan teriakan "MERDEKA", Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kelahiran sebuah negara baru kepada seluruh dunia iaitu Malaysia. Stadium Merdeka yang dibanjiri oleh 30,000  rakyat Malaysia telah bergema kembali dengan laungan semangat rakyat seperti 6 tahun yang lalu dalam tahun 1957 ketika Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya. Upacara membaca Deklarasi Penubuhan Malaysia itu telah dilakukan di hadapan DYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor-gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Antara yang turut serta dalam upacara itu ialah tiga orang pemimpin dari tiga buah negara yang baharu di dalam Persekutuan Malaysia iaitu Lee Kuan Yew, Donald Stephens dan Stephen Kalong Ningkan. Upacara ini juga  telah dihadiri oleh Kabinet, anggota-anggota diplomat asing di Kuala Lumpur serta wakil-wakil dari kerajaan yang telah dijemput khas.
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Text Box: NEXT NEXTBevel: HOMEPAGE