Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Home | Back |


MENGIKUT RENTAK PUAKA

     Aku memang tidak pernah teringin tinggal diasrama kerana macam-macam cerita yang aku dengar dari kawan-kawan. Namun ketika hampir menduduki sijil pelajaran malaysia(SPM), Ibu mendesak aku kesana. Katanya disana aku akan lebih berdisiplin Malam pertama aku sudah tidak boleh tidur. Puas aku berpusing ke kana dan ke kiri tetapi aku rasa rimas. Tiba-tiba teras ingin ke tandas . Aku cuba kejutkan rakan di sebelah, Namun dia tidur mati!. Aku seram tetapi kemudian aku terdengar bunyi tapak kaki seseorang di koridor. Ha! nasib baik ada teman, fikir ku lalu aku berlari ke pintu tampa berfikir panjang. Aku terdengar bunyi air paip dan mempercepatkan langkah ku. Sebaik aku melintasi bilik air itu, tiba-tiba ia senyap. Baru aku perasan pintunya tidak berkunci dan tangan aku menolak daun pintu. Kering! lantaninya kering. tidak ada air! habis, Apa yang aku dengar? aku berpusing dan berlari kebilik tanpa memikirkan perut yang senak.kerana dentuman pintu, semua rakan sebilik terjaga. Mereka terpinga-pinga memandang ku.Aku ceritakan kejadian yang aku lihat.
     "Kak Ina tu......Dia memang selalu mandi malam"kata seorang rakan ku.Aku menggeleng-menggeleng kepala kerana mataku jelas melihat lantai yang kering. Tiba-tiba pintu nilik di ketuk. Kami terdiam. Pintu dibuka, rupa-rupanya Kak Ina. Dia bertanya kenapa kami tidak tidur? setelah mendengar cerita kami, disuruhnya kami tidur. Katanya, dia baru keluar dari bilik air. Tetapi tiada apa-apa yang pelik disitu. Suatu malam kerana bosan study, kami duduk bercerita, cerita punya cerita sampai kisah malam aku ternampak hantu dulu. Mereka ketawa berdekah-dekah sehingga aku marah. "Kau orang tak percaya?nantilah aku buktikan,"Bentakku dan serentak itu terdengar bunyi tapak kaki yang menghentak kuat di dalam bilik kami . Bunyi itu semakin dekat dengan katil kami. Ku lihat kawan-kawan ku semuanya pucat.Masing masing terdiam. Tiba-tiba aku naik marah. Aku melompat turun dan menjerit:"Hoi, KAlua berani tunjukkan muka kau!" Aku terasa di awang-awang dan hanya mendengar bunyitapak kaki tadi. ku ikut rentaknya. Apabila tersedar, aku berada di rumah. Bila aku balik? Ibu memberitahu aku pengsan sebaik sahaja melompat turun dari katil dan tidak sedarkan diri dua hari

Cerita;
Ayu Noratika
Sabah


KORBAN KEMALANGAN MAUT DATANG KE RUMAH KU


     Malam itu aku sendirian di rumah. Ibu dan ayah ke rumah makcik kerana anaknya akan bernikah pada malam itu. Aku enggan pergi dengan alasan hendak mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan sudah hampir.Sebelum pergi, ibu memberitahu dia pulang lewat . Dia juga berpesan agar aku mengunci semua pintu dan tingkap.Sebaik saja mereka pergi, aku segera mengunci pintu dan tingkap. Kemudian aku mula mengulang kaji pelajaran.Sedang mentelaah, hujan turun dengan lebatnya diselangi kilat sabung-menyabung. Jam menunjukkan pukul11.30 malam. Aku dilanda ketakutan. Aku menyesal kerana kerana menolak pelawaan ibu dan ayah tadi. Untuk untuk menghilangkan rasa takut, aku membaca ayat kursi dan beberapa ayat al-Quran yang lain. Akhirnya aku menutup lampu danmengambil keputusan untuk tidur. Baru saja merebahkan badan, aku terdengar dentuman yang sangat kuat. Untuk menyedapkan hati, aku membuat andaian itu adalah bunyi petir. Kemudian aku terdengar pula pintu rumah diketuk orang. Apabila dibuka, tiada sesiapa di luar. Aku tutup semula tetapi ketukan berbunyi lagi.Sebaik saja pintu dibuka, alangkah terkejutnya aku apabila melihat seorang wanita berlumuran darah sedang mendukung bayi yang pecah kepalanya. Wajahnya amat menakutkan. Dia seolah-olah berada dalam kesakitan dan inginkan bantuan aku. Tubuhku mengeletar dan akhirnya aku rebah tidak sedarkan diri. Sayup-sayup aku terdengar suara ibu. Ibu menceritakan ada satu kemalangan ngeri lebih kurang satu kilometer dari rumah yang mengorbankan seorang wanita dan anaknya. Terdiam aku mendengar cerita mereka. Namun, aku bersyukur tidak ada perkara buruk yang menimpa. Aku berjanji tidak akan tinggal sendirian lagi di rumah pada waktu malam.



Cerita;
Ila
Seremban



Sila ke Muka Depan Untuk Mengisi Guestbook Saya



HOME