|
Nama Biasa : Durian
Nama Saintifik : Durio zibethinus Murr
Famili : Bombaceae
Asal
Durian adalah dipercayai berasal dari Gugusan Pulau-pulau Melayu. Spesis
lain yang terdapat di Malaysia dari genus Durio dan buahnya boleh dimakan
adalah termasuk Durio oxyleyanus, D. graveolens, D. dulcis dan D. kutenjensis.
Kawasan Utama Tanaman
Durian didapati ditanam di semua kawasan di Malaysia dan kawasan utama
penanaman secara komersial ialah di Perak, Kedah, Kelantan dan Pahang.
Kandungan Zat Makanan
Komposisi nutrien dalam durian adalah seperti berikut:
|
Nutrien
|
Unit/100
g bybm
|
| Tenaga |
153 kcal
|
| Karbohidrat |
27 g
|
| Kalsium |
40mg
|
| Zat Besi |
1.9 mg
|
| Vit. A (Carotene) |
150 mg
|
| Vitamin B1 |
0.1 mg
|
| Vitamin B2 |
0.13 mg
|
| Vitamin C |
23.3 mg
|
| Lemak |
3.4 g
|
| Protein |
2.7 g
|
Kegunaan
Di Malaysia, durian merupakan buah yang paling popular untuk dimakan segar
dan telah buah yang sangat digemari oleh pengguna.
Buah durian boleh dimasak menjadi lempok, jam dan tempoyak. Buah durian
juga boleh diproses dijadikan serbuk.
Percubaan telah dibuat untuk mengeksport durian dalam bentuk sejukbeku.
BOTANI
TANAMAN
Pokok
Pokok durian boleh mencapai ketinggian sehingga 40 m. Manakala di bawah
penanaman secara komersial, pokok lazimnya mencapai ketinggian di antara
12 20 m dan keluasan kanopi di antara 19 - 12 m.
Daun
Daun durian berbentuk bujur (oblong) berukuran 6 12 cm panjang
dan 2 4 cm lebar. Permukaan atas daun berwarna hijau, berkilat
sementara permukaan bawahnya berwarna keperangan dan diselaputi dengan
sisik-sisik halus.
Bunga
Terdapat di antara 20 60 kuntum bunga hermafrodit keluar dari tangkai
pendek ( corymbose ) yang juga keluar dari dahan-dahan ( cauliflorous
). Bunganya besar, 5 7 cm panjang, berwarna putih berkrim.
Buah
Buah durian berbentuk bulat hingga lonjong. Warnanya dari hijau hingga
hijau keperangan. Kulitnya berduri dan tajam. Buahnya berpangsa-pangsa
di antara 5 atau 6 pangsa yang setiapnya mempunyai 1 5 ulas biji
yang diselaputi dengan isi seperti kastad yang biasanya berwarna di antara
kuning susu hingga oren.
Biji
Kebiasaannya biji berbentuk ovat. Keadaan biji lazimnya penuh dan separuh
penuh. Terdapat juga biji yang kesep.
KULTIVAR
/ KLON
Jabatan Pertanian telah mendaftar lebih daripada 190 klon durian sejak
1934. Sehingga kini hanya 7 klon sahaja yang disyorkan untuk penanaman
secara komersial di semenanjung Malaysia. Diantara klon-klon yang disyorkan
adalah D24, D99, D123, D145, D158, D159 dan D169. Berikut adalah perbezaan
ciri-ciri klon yang disyorkan.
| Ciri-ciri |
D 24
|
D 99
|
D 123
|
D 145
|
D 158
|
D 159
|
| Pokok |
Cepat membesar,sangat sensitif kpd kemarau pada awal pertumbuhan |
Jenis dwarf tetapi tahan lasak |
Sederhana cepat membesar tetapi tahan lasak |
Pertumbuhan sederhana cergas |
Pertumbuhan sederhana cergas dan lasak |
Pertumbuhan sederhana cergas dan lasak |
| Buah |
(gambar)
Buah berbentuk bujur, hijau hingga hijau keperangan. Saiz sederhana
besar, purata 1.5 kg per buah |
(gambar)
Buah berbentuk bulat, berwarna hijau kelabu hingga keperangan. Saiz
sederhana besar 1.8 kg
|
(gambar)
Buah berbentuk oblong, berwarna hijau kelabu hingga hijau keperangan,
Buah besar, purata berat 2.2 3.5 kg
|
Berbentuk agak bulat. Berwarna hijau dan bersaiz sederhana (1.4
kg) |
Berbentuk agak bujur. Warna hijau. Bersaiz sederhana hingga besar
(1.5-2.5 kg) |
Berbentuk oblong. Warna hijau kelabu. Saiz besar (3.5 kg) |
| Isi (Aril) |
Berwarna kuning susu hingga kuning, bertekstur halus, tebal dan pejal.
Rasanya manis, sedikit pahit, beraroma kuat dan berflavor |
Berwarna sangat kuning.Isinya bertekstur halus dan tebal. Manis
dan beraroma sederhana. |
Berwarna sangat kuning, tebal dan bertekstur halus. Manis, beraroma
baik dan sedap |
Berwarna kuning hingga oren. Tebal dan bertekstur pejal. Manis dan
mempunyai aroma yang kuat dan sedap |
Berwarna kuning pucat hingga kuning. Isinya tebal dan bertekstur
halus.Manis, beraroma dan sedap |
Berwarna kuning pucat. Isinya tebal dan bertekstur halus. Manis
dan aroma sederhana kuat |
| Keseluruhan |
Kualiti buah sangat baik. Hasil tinggi dan konsisten (50-150 buah/pok/tah.)
bagi pokok berumur 10-15 tahun. Sesuai ditanam di hampir semua kawasan
di Semenanjung Malaysia. Kecuali di kawasan yang mempunyai kemarau
yang panjang |
Kualiti buah sederhana baik. Hasil konsisten (30-120 buah /pok/tah)
bagi umur 10-15 tahun. |
Kualiti buah baik. Hasilnya tinggi dikawasan yang mempunyai musim
kering yang nyata (2590 buah /pokok/tahun) |
Kualiti buah sangat baik. Pokok matang berhasil 65 buah/pok/tah.
Banyak ditanam di Pahang |
Kualiti sangat baik di kawasan kering yang nyata. Ditanam di Kedah
|
Kualiti buah baik di kawasan yang mempunyai musim kemarau yang nyata.
Buat masa ini didapati ditanam di Kedah dan Kelantan |
KEPERLUAN
ASAS TANAMAN
Cuaca
Tanaman durian sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai hujan di antara
1800 mm 4000 mm setahun dan suhu di antara 27 35 C. Mempunyai
musim kering di antara 2 8 minggu untuk menggalakan proses pembungaan,
terpulang kepada klon.
Tanah
Tanaman durian boleh hidup dengan baik di tanah berpasir hingga lom berpasir.yang
mempunyai saliran yang baik. Kawasan tanah yang sesuai adalah siri Rengam,
Jerangau, Kangkong, dan Selangor. Kawasan yang beralun, kecerunan 6-12
degree dan di lereng bukit adalah sangat sesuai untuk penanaman durian.
Zon Agro-iklim
Kombinasi Klon:
Secara amnya adalah disyorkan 3 5 klon durian ditanam secara komersial
bagi menggalakkan pendebungaan bersilang dan untuk memudahkan perancangan
pasaran. Ini akan merangkumi 50-70% klon utama, 20-50% dari klon yang
dapat membantu dalam proses pendebungaan dan 5 20% dari klon pilihan
iaitu klon tempatan.
AMALAN
KULTUR
Bahan Tanaman
Pokok durian dibiak secara tampang melalui cantuman mata tunas atau baji.
Di Malaysia, cara yang biasa digunakan ialah dengan menyediakan anak pokok
didalam polibeg yang seterusnya dicantum dan dibesarkan sehingga mencapai
spesifikasi yang ditetapkan
(Malaysian Standard). Bagi bahan tanaman lanjutan (APM) pokok cantuman
dijaga sehingga mencapai ketinggian 1 1.5 m di tapak semaian sebelum
dipindah ke ladang. Bahan ini digunakan bagi mengurangkan tahap kematian
diladang. Cantuman ladang boleh juga diamalkan terutama dikawasan yang
curam dimana anak biji ditanam terus ke ladang dan dicantum apabila sesuai.
Jarak Tanaman
Sistem penanaman yang lazimnya digunakan ialah sistem empat segi tepat
iaitu 10 X 10 m (100 pokok/ha) atau 12 X 12m ( 69 pokok/ha). Menanam secara
kontur pada jarak 10 m digunakan bagi kawasan curam.
Penanaman
Lubang berukuran 0.6 m X 0.6 m X 0.6 m digali dan dibiarkan selama 2
4 minggu. Sebanyak 5 10 kg bahan organik berserta 200 g CIRP dimasukkan
kedalam lubang tanaman dan digaul rata. Anak pokok ditanam di tengah lubang,
ditimbus dan dipadatkan pada pangkalnya.
Pemangkasan
Pemangkasan yang betul adalah penting bagi menggalakan pokok durian berbunga
awal dan mengeluarkan hasil yang tinggi.
Sistem pemangkasan yang terlibat adalah seperti berikut:-
i) Cantasan bagi membentuk batang utama.
ii) Membentuk cabang seawal yang boleh bagi menggalakkan penghasilan awal.
iii) Cantasan pengurusan bagi mengekalkan pokok sentiasa subur dan produktif.
iv) Cantasan untuk mengurangkan ketinggian pada masa dan keadaan yang
sesuai.
Pembajaan
Program pembajaan yang disyorkan bagi pokok durian adalah seperti berikut:-
|
Peringkat
|
Umur Pokok (Tahun)
|
Jenis Baja
|
Kadar (kg/pk/tahun)
|
Masa Aplikasi
|
| Vegetatif |
0 |
CIRP
Bahan Organan |
0.2
5-10 |
Semasa menanam. |
1
2
3
4
5 |
15:15:15
or
15:15:6:4
Bahan Organan 0.5
|
0.5
1.0
2.0
3.0
24 kg |
4 kali setahun (terutama awal musim hujan)
3 kali setahun selepas merumput |
| Penghasilan |
67
810
11 ke atas |
12:12:17:2+TE
or
13:13:20:2+TE
Bahan Organan |
6
7
8
510 kg
|
3 kali setahun seperti berikut:-
i) ¼ drpd jumlah 12 bulan sebelum berbunga.
ii) ¼ drpd jumlah pada peringkat awal berputik.
iii) ½ drpd jumlah selepas pungut hasil. |
Pengurusan Air
Pokok durian hendaklah diberi air pada musim kemarau supaya pertumbuhan
tidak terbantut terutama D24 yang sangat sensitif dengan keadaan kemarau.
Pengairan titis atau perencis mikro boleh digunakan untuk menyiram.
KAWALAN
PEROSAK
Penyakit
Penyakit- penyakit utama bagi dokong adalah seperti berikut:-
|
Penyakit
|
Simptom
|
Kawalan
|
Kanker batang
(Phytophthora palmivora) |
Lelehan berwarna coklat keluar dari nekrosis dipangkal batang dan
juga boleh menyerang dahan dan akar. Daun yang diserang menjadi coklat
dan mati |
Kikis kulit batang yang dijangkiti dan sapu dengan bahan aktif metalaksil
(Ridomil) atau fosetil aluminium ( Aliette) |
Hawar daun
(Rhizoctonia solani) |
Daun yang dijangkiti menjadi perang dan gugur |
Guna racun kulat benomyl 0.03% a.i. |
Cendawan angin
(Corticum salmonicolor) |
Ranting yang dijangkiti dipenohi dengan maicilia merah jambu Jangkitan
terok daun akan gugur dan ranting akan mati |
Guna racun kulat berkuprum seperti copper oxychloride a.i. 0.1%. |
Kulapok Hitam
(Meliola sp.) |
Kulat hitam ini meliputi permukaan daun dan buah dan boleh mengganggu
proses fotosintesis pada daun dan pada buah kelihatan kotor dan
tidak menarik
|
Guna racun kulat maneb @ 0.1 % a.i. Guna white oil untuk
mengawal thrips. |
Kawalan Serangga
Serangga utama tanaman durian adalah seperti berikut:-
|
Serangga
|
Simptom
|
Kawalan
|
| Mudaria Pengorek buah (Mudaria magniplaga) |
Serangga dewasa bertelur pada buah muda hingga matang. Larva akanmemakan
isi dan mengorek hingga ke biji sebelum korek keluar untuk menjadi
pupa |
Dimethoate a.i. 0.1%. |
Monogatus Pengorek buah
(Monogatus punctiferalis) |
Menyerang kudup bunga,putik buah dan buah yang sedang membesar.
Ulat ini memakan bahagian kulit sahaja. Kesan serangan boleh dilihat
dengan adanya gumpalan tahi berwarna perang dicelah-celah duri |
Dimethoate a.i. 0.1%. |
Teritip
(Pectenococus sp.) |
Pokok yang diserang menjadi pudar dan akan diselaputi oleh kulapuk
hitam. Daun menjadi kering dan layu dan terus mati. |
Seperti diatasSeperti diatas |
Koya
(Mealy bugs) |
Menyerang daun dan bunga tetapi tidak serius. |
Sembur dengan white oilpada bahagian yang diserang. |
Kumbang platypus
(Platypus capulatus Chap) |
Pokok yang diserang akan kelihatan layu.Di batang pokok akan kelihatan
lubang-lubang halus yang banyak dan terdapat habuk yang dikeluarkan
dari lubang tersebut. |
Bahagian batang yang diserang perlu disapu dengan racun jenis sistemik
seperti azodrin, rogor dan tamaron. |
Pengorek batang
(Batocera gultata dan Zeuzera coffeae) |
Menyerang ranting dahan tetapi tidak serius |
Suntik dengan dimethoate. |
Mamalia Perosak
Perosak lain yang memberi kesan terhadap hasil termasuk tupai dan monyet.
Ini boleh di kawal dengan menjerat dan menembak.
Kawalan Rumpai
Bersihkan kawasan keliling pokok pada peringkat awal pertumbuhan dengan
menggunakan cangkul atau sabit. Sungkupan adalah disyorkan bagi mengurangkan
pertumbuhan rumpai di keliling pokok dan juga kelembapan dikekalkan. Rumpai
di antara barisan dikawal dengan bahan kimia atau dengan menanam kacang
penutup bumi.
KEMATANGAN
DAN PENUAIAN HASIL
Kematangan
Pokok durian yang ditanam dari benih cantuman biasanya mengeluarkan hasil
pada tahun ke enam selepas ditanam walaupun kadangkala ada pokok yang
boleh mengeluarkan hasil pada umur 4 atau 5 tahun selepas menanam. Pokok
dari benih anak biji pula mengeluarkan hasil selepas 7 10 tahun
menanam.
Hasil
Hasil pada peringkat awal pengeluaran adalah tidak menentu dan rendah
( 10 60 buah sepokok) dan boleh meningkat kepada 50 100
buah/pokok pada umur 10 tahun. Pokok durian yang menjangkau umur 20 tahun
atau lebih boleh mengeluarkan hasil sehingga 100 200 buah sepokok
semusim. Walau bagaimanapun hasil berubah dari tahun ketahun mengikut
keadaan cuaca.
Musim Buah
Pokok durian mengeluarkan hasil yang tidak menentu, iaitu pengeluaran
yang tinggi pada satu tahun dan berkurangan pada tahun berikutnya. Di
bahagian utara seperti Kedah, Perlis dan Penang. Musim utama ialah dari
bulan April hingga Julai sementara dibahagian selatan ialah pada bulan
Jun hingga September. Di setengah kawasan dimana terdapatnya musim kemarau
pada pertengahan tahun musim berbuah akan jatuh pada hujung tahun iaitu
bulan November hingga Januari.
Pokok dokong memerlukan musim kering yang jelas ( 3 - 4 minggu ) untuk
pengeluaran bunga. Hujan pada waktu itu boleh memberi kesan kepada pembentukan
buah.
Penjarangan Buah
Setiap tampok bunga hanya dibiarkan putik buah membesar supaya buah dapat
membembesar dengan sempurna.
Pendebungaan Berbantu
Pada keadaan biasa dimana beberapa campuran klon ditanam di sesuatu kawasan
pendebungaan berbantu tidak diperlukan memandangkan bilangan buah yang
keluar adalah tinggi. Jika sekiranya terdapat dimana pada awal penghasilan
hanya terdapat kekurangan bunga maka pendebungaan berbantu boleh diamalkan.
Penuaian
Di Malaysia amalan yang biasa ialah dengan membiarkan buah jatuh ketanah
bagi mendapat buah yang matang (optimum) untuk dimakan segar.
Buah durian boleh juga dipetik dengan memotong buah apabila mencapai peringkat
matang melalui beberapa kaedah dan dibiarkan tangkainya jatuh sebelum
digunakan.
PENGENDALIAN DAN PENYIMPANAN
Penyimpanan
Buah durian yang luruh ketanah apabila sudah masak boleh disimpan diantara
1 4 hari pada suhu ambien (28 °C) mengikut klon. Suhu yang
rendah (5 10C) boleh memanjangkan tempoh penyimpanan ke 2
4 minggu.
Buah durian yang hampir matang sepenuhnya hendaklah disimpan pada suhu
yang lebih tinggi (15°C) bagi mengelakkan kesan sejukbeku. Pada suhu
ambien buah-buah ini boleh disimpan diantara 1 2 minggu terpulang
kepada peringkat kematangan semasa memotong.
EKONOMI
PENGELUARAN
Jumlah kos pengeluaran sehektar bagi 25 tahun ( dengan D24 sebagai klon
utama) ialah RM 90,000.00.
Berdasarkan kepada harga diladang sebanyak RM4.00/kg,
- NPV (Nilai Kini Bersih) pada 10% ialah RM130,000.00
- IRR ( Kadar Pulangan Modal) ialah 35% dan
- B/C ( Nisbah Faedah Kos) pada 10% ialah 5.3.
|