Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Koleksi Petua Dari Majalah

 

 

1. BAWANG PUTIH CEGAH ULAT . Kini ramai orang menggunakan bahan baja atau ubatan ramu pada pokok yang bermasalah ulat. Tumbuk bawang putih tiga atau empat ulas dan campurkan air sabun secamca besar. Kemudian campur minyak masak secamca. Semburkan campuran ini pada pokok. Selamat mencuba CEPAT DAN RINGKAS Puding sejuk dan agar-agar kadang-kadang lambat membeku jika terlebih airnya. Untuk mempercepatkan pembekuan, loyang perlu disejukkan di dalam peti sejuk tingkat teratas. Apabila cukup sejuk, isikan agar-agar di dalamnya. Pasti hasilnya mat memuaskan.

 

2. KULIT MUKA KEMBALI BERMAYA Tumbuk beberapa helai daun kubis dan perah airnya. Campurkan sedikit air dan secamca besar madu. Kemudian sapu ramuan ini pada leher dan muka. Pakai seperti pupur. Biarkan lebih kurang 15 minit, kemudian cuci dengan kapas menggunakan air suam. Hasilnya, kulit tegang, lembap,lembut segar serta licin. Amal 3-4 kali sebulan, anda akan memiliki kulit wajah cantik bermaya.

 

3. AYAM TIDAK HANYIR LAGI Mereka yang gemar makan ayam, pasti tahu cara menghilangkan hanyir. Ayam dipotong dan dibersihkan, diperap beberapa minit dengan garam, asam jawa dan sedikit tepung gandum. Kemudian cuci bersih. Bubuh garam dan kunyit seperti biasa atau ramuan mengikit selera. Hasilnya ayam bertambah garing dan lazat.

 

4. KAIN BATIK TIDAK LUNTUR Untuk mengelak kain batik daripada luntur warnanya dan mudah pudar, eloklah menggunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan nampak baru. Caranya: Ambil beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Setelah itu bolehlah dicuci seperti biasa. Pakaian itu pasti tidak akan luntur lagi.

 

5. TOMATO DAN EPAL LICINKAN KULIT Bagi anda yang kulit berminyak dan berjerawat serta berparut pada muka, cubalah petua mudah ini: Parut epal atai tomato yang cukup masak untuk dijadikan pembersih kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Kandungan gelatin pada tomato boleh menghilangkan kehitaman dan parut yang baru dan muda. Biarkan 20 minit. Selepas itu, cuci dengan air suam. Lakukan berulang kali dan anda akan dapati hasilnya memuaskan.

 

6. RAMPING TANPA SEBARANG BELANJA Bagaimana hendak kurus tanpa sebarang belanja, senaman dan ubat-ubatan? Cara paling senang, melalui displin. Displinkan diri ketika makan - jangan makan terlampau laju. Pastikan setiap suapan 40 kali kunyahan. Juga diingatkan: jangan sekali-kali makan berulam air. Selain mengelakkan perut daripada buncit, ia juga dapat menghindarkan sakit pinggang.

 

7. MEWANGIKAN RAMBUT Ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi yang ditumbuk lumat. Sapukan ke kepala pada sebelah petang sebelum dicuci sebelum tidur boleh mewangikan rambut dan mencegah uban.

 

8. MENGHALAU LIPAS Masukkan beberapa helai daun limau purut kedalam almari maju atau almari pinggan mangkuk..insya Allah lipas akan lari dan daun limau purut menghasilkan aroma yg wangi......selamat mencuba...

 

9. MENGHILANG KESAN KARAT PADA BESI Untuk menghilangkan kesan karat pada besi... yelah... kalau ada benda-benda cam sudu antik ker, aper-aper jerlah benda yang diperbuat dari besi dan dah karat tapi sayang nak buang.... camnie caranya... -Ambil sedikit cuka dan dicampurkan dengan garam. -Larutkan kedua-dua bahan ini ke dalam sebekas air. -Kemudian rendamkanlah barang yang telah karat itu ke dalam larutan air tadi. -Biarkan semalaman. InsyaAllah kesan karat pada besi akan beransur-ansur hilang. Selamatlah barang-barang yang dah berkarat itu daripada dibuang begitu sahaja. Selamat mencuba.... Hilangkan bau

 

10. NASI HANGIT kalau nasi yang kita tanak tu hangit.. jangan buang... membazir.. cuba amalkan antara 3 petua nie... -Pertama : -basuh cili kering dalam dua tiga tangkai... jangan dipotong.. -masukkan terus ke dalam nasi tersebut... biarkan seketika, -InsyaAllah nasi tak berbau.. (P/S: Jangan takut... tak rasa pedas nyer nasi tu.. sebab tak dipotong) -Kedua... -kalau bau hangitnya tidak terlalu kuat, letakkan garam di atas tudung periuk dan InsyaAllah, takder bau hangit tu... -Ketiga kalau kat rumah tu ada daun pisang, letakkannya menutupi permukaan atas nasi... biarkan sejenak.... InsyaAllah

 

11. HILANG KESAN PARUT JEWAWAT Caranya... ambil kayu manis... dengan menggunakan sedikit air.. asahkannya di permukaan kasar (Contoh: permukaan belakang pasu/ batu tumbuk). -Selepas itu, sapukannya di parut-parut jerawat. Amalkan setiap malam, InsyaAllah kesannya akan hilang.

 

12. TANGGALKAN KESAN COKLAT GETAH PADA KAIN baju atau seluar yang terkena coklat getah panaskan dengan iron dengan suhu yang paling tinggi. -alih-alihkan kertas itu insyaallah kesan coklat getah akan tertanggal.jadi anda tidak perlu buang baju yang terkena coklat getah. selamat mencuba

 

13. SENANG MENGANTUK caranya ....makan madu lebah dengan minum air kopi .Dalam masa 16 minit sahaja anda akan merasa kesan ngantuknya. Memang sukar dipercaya tapi cubalah...

 

14. MENGHILANGKAN BAU DURIAN cara nak hilangkan bau durian pada tangan tu senang aje.. kite ambik kulit durian, yang bahagian belakang kulit (bahagian yang berduri) tu diletak di bawah paip air. -basuhkan tangan dengan air yang mengalir melalui kulit tadi. Maka hilanglah bau durian yang melekat pada tangan tadi

 

15. MENGHALUSKAN KULIT MUKA : Tentu anda tidak puas hati jika kulit muka kelihatan kasar. Jangan susah hati. Apa yang anda perlu lakukan ialah -panaskan susu segar (atau susu tepung yang dibancuh) hingga mendidih -Kemudian angkat dan sejukkannya. -sapukan pada bahagian muka dan biarkan ia kering. -Selepas itu barulah bersihkan muka dengan air suam. -Amalkan terutamanya pada sebelah malam sebelum tidur. Insya-Allah kulit muka anda menjadi lebih halus dan lembut.