Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Hari ini:
Waktu Tempatan:

  • AGENDA: Penajaan Kumpulan Subculture oleh Converse dan pengenalan album baru 'Retrofungus'
  • TEMPAT: Kompleks Sogo, Kuala Lumpur
  • TARIKH: 14 Mei 2002

  •    Subculture sedang bertukar-tukar dokumen perjanjian dengan wakil syarikat Converse

        This Online news updated everyday.
        Copyright © 2002 www.myartis.com.
        All Rights Reserved.

    myartis stat  Send EMAIL to: my@rtis.com

     





     
    SUBCULTURE KEMBALI
    DENGAN RETROFUNGUS

        Orang lama dalam muzik urban, Subculture kini kembali dengan album ketiga mereka berjudul 'Retrofungus' yang terbit pada Februari 2002 lalu. Dengan kekuatan anggota lama seperti Azreen (vokal, gitar), Ismir (bass), Faoh (anggota baru - gitar) dan Shahrin (pemain drum), Retrofungus yang mengandungi 12 buah lagu dijangka mendapat tempat di hati peminat kumpulan tersebut.

       Subculture yang ditubuhkan pada 1991, merupakan kumpulan muzik paling awal mengenalkan muzik underground. Ketika mula-mula diperkenalkan, Subculture telah bergabung dengan beberapa kumpulan muzik terkenal seperti Carburetor Dung dan Spiral Kinetic Circus bagi menerbitkan sebuah album kompilasi terhebat sebelum terus mengorak langkah dengan album Love Anda Hate (1994) yang terjual hampir 20,000 unit.

       Berdasarkan pencapaian tersebut, Converse iaitu sebuah syarikat pembekal pakaian dan kasut terkenal telah bersetuju menaja Subculture selama setahun bermula 14 Mei 2002. Dengan termeterainya perjanjian tersebut, Converse dan Subculture akan bekerjasama dalam pelbagai aturcara termasuk road tour yang bakal diadakan pada bulan Julai nanti.

       "Sebenarnya kami telah memakai jenama Converse sejak berpuluh tahun lalu. Sebab itu bila syarikat tersebut menawarkan penajaan, kami terus terima tanpa berfikir panjang kerana kami tahu akan mutu barangan yang mereka keluarkan.

       "Memang sebelum ini kami hanya mendapat penajaan daripada AirAsia sahaja bagi penerbangan ke mana-mana, namun dengan penajaan terbaru ini... ia seolah-olah memberi semangat baru kepada kami untuk terus berjuang muzik rock 'n' roll," ujar Azreen mewakili Subculture.


    | PRINT | KEMBALI |