Copyright 2002-2005 All Rights Reserved.
Create your own web pages in minutes...
Syarat-Syarat Kemasukan
Ke SMAASZA
OBJEKTIF
1.Mendidik pelajar ke jalan yang diredhai Allah dengan kekuatan Iman, Amal dan Takwa.
2. Melahirkan pelajar yang cintakan kecemerlangan ilmu, kemurnian akhlak dan keluhuran peribadi ke arah pembangunan muslim yang berkualiti.
3. Melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam semua bidang sesuai dengan perkembangan pendidikan semasa.
4. Melahirkan pelajar lulusan pendakwah dan memahami agama dari sumber yang asal.
PENDAHULUAN
Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin adalah salah satu Institusi Pendidikan Berasrama Penuh yang terletak di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Ia merupakan Pusat Pengajian yang mengandungi dua aliran pengajian iaitu Aliran Sains dan Aliran Thanawi. Dalam konteks ini akan dapat melahirkan para tenaga professional dan pendakwah.