Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

                                                   Merisik

Merisik ialah cara untuk mengetahui sama ada si gadis sudah berpunya atau belum. Rombongan merisik biasanya dibuat oleh saudara atau keluarga terdekat. Seandainya pihak atau keluarga gadis bersetuju, maka perundingan akan dibuat untuk menentukan hari pertunangan. Di sini sebentuk cincin belah rotan akan diberi sebagai tanda persetujuan.

Pada masa dahulu, merisik tidak dilakukan oleh keluarga lelaki tersebut apatah lagi yang empunya diri. Ia akan dilakukan oleh orang lain yang mungkin jiran kepada keluarga gadis itu.

 

Bagi upacara merisik wakil dari pihak lelaki akan pergi ke rumah si gadis untuk membuang-buang cakap.

Kedatangan ini tidak rasmi. Ia lebih mirip menziarahi kawan atau jiran.

Sambil menghadapi juadah, disindirkan sedikit hasrat kunjungan itu. Ini untuk meninjau-ninjau lebih dahulu tindak balas ibu bapa si gadis. Biasanya ketika ini ibu bapa si gadis tidak mahu berjanji apa-apa. Sekembalinya pihak teruna, kedua-dua belah pihak akan menyiasat latar belakang masing-masing. Jika ada cacat celanya atau sesuatu yang tidak berkenan mana-mana pihak boleh menolak atau berundur

 

Biasanya, gadis yang menjadi pilihan adalah mereka yang pandai memasak, tahu menjahit dan sulam-menyulam, bagaimanapun rupa paras bukanlah sesuatu yang dititikberatkan.