Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

Syarikat Bersekutu:

Talent Prestige Sdn Bhd

Litras Enterprise Sdn Bhd

Para Penaja Laman Ini:

 

 

 

Ikan Tiga Rasa

 

Bahan-Bahannya:

500 gm ikan bawal hitam - dicuci dgn garam dan asam

4 sudu besar tepung gandum

2 sudu besar tepung jagung

˝ sudu kecil serbuk lada sulah

300 ml minyak sawit

 

Bahan Bahan Sos

2 sudu besar halia - dicincang

1 sudu besar bawang putih - dicincang

3 sudu besar sos tomato

2 sudu besar sos tiram

3 sudu besar sos cili

˝ sudu kecil minyak bijan

200 ml air

1 sudu besar bancuhan tepung jagung

3 sudu besar minyak

 

Bahan - Bahan Hiasan

3 tangkai daun ketumbar

2 tangkai cili merah - dibuang biji dan dicincang kasar

 

Cara Memasak:

1.Panaskan minyak masak.

2.Campurkan kedua-dua jenis tepung, sadurkan serbuk lada sulah bersama ikan.

3.Sadurkan ikan bersama tepung dan goreng sehingga masak dan toskan minyaknya.

4.Panaskan 3 sudu besar minyak masak dan tumis halis dan bawang putih, layukan

   sahaja.

5.Masukkan air, kecilkan api, renehkan buat seketika. Campurkan tiga

   jenis sos dan masukkan ke dalam kuali kemudian kacau rata.

6.Masukkan minyak bijan dan bancuhan tepung jagung dan kacau cepat.

7.Hidangkan ikan dengan sos dan taburkan hirisan daun ketumbar

   dan cili merah.

 

Laman Utama  |  Pelan Lokasi  Menu  |  Kelab Kereta  |  Konsep Modifikasi  |  Hubungi Kami  |  Buku Pelawat

© HakciptaTerpelihara 2005  |  Ulam Raja Enterprise Sdn Bhd  |  Restoran Kereta® (Previously known as Restoran Hijau)