Beras
dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama-sama serai dan kunyit dan
cekur.
CARA
MENGHIDANG
Sendukkan
nasi ke dalam pinggan. Letakkan sedikit sambal kelapa, sambal ikan, cili
padi jeruk, tumis budu @ belacan
diakhiri dengan ulam. Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama
lauk-lauk yang sesuai seperti solok
lada, telur masin, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, keropok goreng,
daging bakar, ayam bakar dan juga ikan goreng celup tepung.
Hidangan ini boleh juga dihidangkan bersama lauk-lauk kegemaran yang lain seperti
rendang, ayam masak merah, kurma, kerutuk dan lain-lain lauk kegemaran.
SAMBAL
KELAPA
Bahan-bahan
:
½
biji kelapa parut
1
camca the garam
2
camca besar gula
sedikit
gula
5
biji bawang merah, ditumbuk lumat
sehiris
halia, ditumbuk lumat
10
biji lada hitam, ditumbuk lumat
Cara-caranya:-
Campurkan
kesemua bahan dan disangai atas api kecil sehingga agak kering.
Kemudian ditumbuk halus tetapi jangan sampai pecah minyak.
SAMBAL
IKAN
Bahan-bahan
:
5
ekor ikan kembung, dibakar dan diambil isinya
5
biji bawang merah
sehiris
halia
Cara-caranya:-
Tumbuk
bawang merah, halia, garam dan sedkit gula. Masukkan isi ikan dan Tumbuk
lagi sehingga hancur. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam kuali dan Sangai
hingga kering.
CILI
PADI JERUK
Bahan-bahan
:
Cili
padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai.
Campurkan
1 camcateh garam
2
sudu besar gula dan ½ cawan cuka.
Perapkan
selama 2 jam, kemudian dikisar tapi jangan terlalu lumat.
TUMIS
BUDU @ BELACAN (salah satu saja..)
Bahan-bahan
:
1
senduk budu @ 2 inci belacan, dibakar
5
biji cili kering
5
biji bawang merah ditumbuk
2
biji bawang putih
sehiris
halia
1
batang serai, dititik
Sedikit
gula merah dan serbuk perasa, jika suka
½
biji kelapa, ambil santan anggaran 2 cawan
2
sudu air asam jawa
Cara-caranya:-
Didihkan
santan hingga pecah minyak dan pekat. Masukkan bahan-bahan tumbuk, budu @
belacan, serai, gula merah dan air asam
jawa.
Masak lagi hingga pekat dan agak kering. Sesuaikan rasa dan angkat.
ULAM-ULAMAN - kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh.
2
helai daun kunyit
5
helai daun cekur
1
tangkai bunga halia @ kunyit - jika ada
10
tangkai daun kesum
5
tangkai daun selasih/kemangi
2
batang kangkung
5
batang kacang panjang
1
kuntum bunga kantan
½
biji timun
1
biji bawang besar
5
biji bawang putih jeruk
1
mangkuk kecil taugeh, dibuang ekornya
SOLOK
LADA (Cara pertama)
Bahan-bahan
:
10
biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji
½
biji kelapa parut putih
5
biji bawang merah
sehiris
halia
2
ekor ikan kembung, ambil isinya sahaja
sedikit
garam, gula dan serbuk perasa
¼
cawan santan pekat
Cara-caranya:-
Tumbuk
bawang dan halia hingga lumat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan
akhir sekali ikan.
Tumbuk
lagi hingga lumat. Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.
Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi. Susunkan ke dalam
periuk. Tuangkan santan pekat dan rebus hingga kering.
SOLOK
LADA (Cara kedua)
Bahan-bahan
:
10
biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji
½
biji kelapa parut putih
5
biji bawang merah
Sehiris
halia
2
ekor ikan kembung, ambil isinya sahaja
Sedikit
garam, gula dan serbuk perasa
¼
cawan santan pekat
Cara-caranya:-
Tumbuk
bawang dan halia hingga lumat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan
akhir sekali ikan.
Tumbuk
lagi hingga lumat. Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.
Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi.
Susunkan ke dalam periuk. Tuangkan santan pekat dan rebus hingga kering.
IKAN
GORENG CELUP TEPUNG
Bahan-bahan
:
5
ekor ikan, dibersihkan dan tos
½
cawan tpung beras
Sedikit
air kapur, sedikit serbuk kunyit dan garam secukup rasa serta
minyak untuk menggoreng
Cara-caranya:-
Bancuh
tepung beras bersama air kaput, serbuk kunyit, garam dan air
secukupnya.
Pekat cairnya seperti menggoreng pisang. Panaskan minyak. Celupkan ikan ke
dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.
SELAMAT
MENCUBA
PS
: Hidangan nasi kerabu lebih sedap sekiranya dihidangkan dengan budu
mentah begitu saja dengan memerahkan sedikit limau nipis ke dalam budu
tersebut dan tak perlu lagi menggunakan tumis budu atau belacan. Jika suka
menggunakan kedua-duanya pun tak menjadi masalah..