Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

(34) KISAH KAAB BIN MALIK BERSAMA RAKAN-RAKANNYA DIHUKUM OLEH RASULULLAH S.A.W. SEBAB TIDAK IKUT SERTA DALAM PEPERANGAN TABUK.

Kaab bin Malik menceritakan tentang dirinya ketika ia tidak ikut serta bersama Rasulullah s.a.w. Dalam perang tabuk.Kaab berkata:” Aku tidak pernah tertinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w. setiap kali pergi dalam peperangan yang mana Rasulullah menjadi ketua, kecuali dalam peperangan Taabuk. Selain dari itu aku juga memang pernah tertinggal dalam peperangan Badar, tetapi tidak seseorangpun yang dapat disalahkan bila aku tertinggal ketika itu kerana di waktu itu Rasulullah s.a.w. pergi dengan maksud hendak mencegah khalifah Quraisy. Tetapi Allah swt. Telah menghadapakan mereka dengan musuh tanpa diduga terlebih dahulu. Dan aku telah bai at bersama Rasulullah s.a.w. pada malam Aqabah, di mana kami telah bersumpah setia untuk Islam dan kami tidak suka sekiranya Bai at Aqabah itu ditukar dengan perang Badar.Meskipun Peperangan Badar lebih terkenal dari Aqabah di kalangan orang ramai.

Cerita mengenai aku tertinggal di waktu Rasulullah s.a.w. bertolak ke medan perang ialah: “Sebenarnya pada hari itu aku belum pernah merasakan kesihatanku yang begitu sihat dan kuat. Rasulullah s.a.w. merencanakan penyerangannya pada musim panas terik serta menempuh perjalanan yang jauh dengan menghadapi jumlah musuh yang begitu ramai.Oleh itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan kepada kaum muslimin tugas berat yang akan mereka hadapi dan Rasulullah s.a.w. menasihatkan mereka agar bersiap=siap dengan bersungguh-sungguh menghadapi peperangan tersebut.

Rasulullah s.a.w. juga memberitahu mereka sasaran yang hendak dituju, kaum muslimin di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. ketika itu cukup banyak tetapi tidak ada  suatu daftar yang mencatitkan nama dan jumlah mereka itu kerana apabila seseorang itu ingin ikut perang, hal ini telah menjadi kebiasaan.Kerana mereka mengira bahawa Rasulullah s.a.w. tidak akan mengetahuinya , selagi tidak ada wahyu memberitahu beliau. Rasulullah s.a.w. mengadakan penyerangan dalam peperangan itu dalam musim buah-buahan . Sebenarnya hatiku sangat suka hendak pergi berperang.Rasulullah s.a.w. dan kaum muslimin telah bersiap sedia untuk berangkat ke medan perang. Aku merancang untuk bersama-sama mereka esok pagi. Sebaik saja aku pulang  ternyata aku tidak dapat berbuat apa-apa, sambil itu aku berkata dalam hatiku,”Aku sanggup menyelesaikannya di waktu itu.”

Ternyata hal itu  berlanjutan sedemikian rupa, sedangkan orang-orang lain telah bersiap-siap . Keesokann harinya di waktu subuh Rasulullah s.,a.w. dan kaum muslimin berangkat pagi-pagi lagi, sedangkan aku belum lagi berkemas, sebab itu aku segera pulang untuk berkemas, tetapi apabila aku sampai di rumah aku tidak dapat berbuat apa-apa, sehingga semua paasukan berangkat.Aku bermaksud untuk mengikuti mereka, tetapi apa boleh buat yang demikian itu tidak ditakdirkan Allah swt. ke atasku.

Ketika aku mulai berkemas dan hendak bertolak untuk menyusul Rasulullah s.a.w. alangkah hampanya aku kerana tiada seorang pun sahabat-sahabatku yang kelihatan, kecuali orang-orang munafik dan orang-orang lemah yang telah dimaafkan oleh Allah swt. sebab tidak ikut perang.

Rasulullah s.a.w. tidak menyebut nama ku sehingga sampai ke Tabuk.Setelah sampai ke Tabuk, Rasulullah s.a.w.  duduk ditengah-tengah kaum muslimin, kemudian beliau memulakan pertanyaan.”Kaab bin Malik membuat kerja apa?”.Lalu seorang lelaki dari Bani Salamah menjawab soalan baginda:”Ya Rasulullah s.a.w. ! dia tak datang sebab sangat sayang pada kain selimutnya”.Mu az bin Jabal berkata:”Kata-kata mu itu sungguh jahat sekali, demi Allah ya Rasulullah s.a.w.! setahu kami Kaab adalah orang yang baik.”

Kaab seterusnya bercerita lagi:”Apabila aku mendengar berita Rasulullah s.a.w. telah berangkat dari Tabuk hendak balik ke Madinah, maka timbullah rasa takutku kerana kesalahan aku tidak turut serta dalam peperangan tersebut. Oleh itu aku berusaha mencari alasan supaya aku terhindar  dari kemarahan baginda, lalu  meminta pendapat dari kaum keluargaku  tetapi setelah aku mendengar bahawa Rasulullah s.a.w. telah tiba,maka  hilanglah segala ingatanku untuk memberi alasan kepada baginda.Aku tahu bahawa aku tidak  mungkin akan terlepas dari hukuman yang akan dikenakan terhadap kesalahanku itu. Oleh itu aku bertekad untuk berterus-terang atas kesalahanku itu.

Rasulullah s.a.w. tiba pada waktu subuh. Seperti biasa  apabila beliau tiba dari sesuatu perjalanan jauh beliau akan mengerjakan solat dua rakaat di masjid kemudian beliau duduk di tengah-tengah orang ramai.Ketika itu datanglah orang-orang yang tidak turut serta dalam perang mengemukakan alasan-alasan mereka kepada baginda dan bersumpah .Kesemua mereka berjumlah seramai 80 orang. Rasulullah s.a.w. menerima alasan-alasan mereka yang bersumpah itu apabila Rasulullah s.a.w. mendapati kebenaran mereka dan memohon ampon bagi mereka, sedangkan hal-hal yang tersembunyi atau yang mereka rahsiakan itu beliau serahkan Allah swt.

Kini tibalah giliranku,ketika aku memberi salam kepada baginda, baginda menerima membalas salamku dengan senyuman kecut, yakni senyum kemarahan . Lalu beliau berkata:”Mari sini”. Aku menghampiri baginda dan duduk dihadapan baginda.kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya”Wahai Kaab bin Malik, kenapa kamu tidak turut serta dalam peperangan , bukankah kamu telah membeli kenderaan?”Aku pon menjawab soalan baginda : “Ya Rasulullah s.a.w., demi Allah, sekiranya aku berhadapan dengan orang selain anda  dari penduduk bumi ini, sudah tentu aku akan mencari alasan supaya terkeluar dari kemarahan, tetapi demi Allah aku tahu benar jika aku berkata bohong mungkin anda akan menerimanya, tetapi aku sangat takut kepada Allah swt.. Dan jika aku berkata benar kepada anda, tentu anda akan marah kepada ku. Namun aku masih mengharapkan kemaafan dari Allah swt. Demi Allah aku tidak menghadapi apa sakit atau suatu apa-apa pun ,bahkan aku belum pernah rasa sihat sebagaimana aku rasa sebelum ini, yang mana aku tidak turut serta dalam perang bersama anda”.

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:”betulkah begitu? Oleh itu pergilah kamu sehingga Allah SWT. Putuskan perkaramu.” Setelah aku mendengar ucapan Rasulullah s.a.w. maka aku pun bangun dan beberapa orang dari Bani Salamah turut bangun bersama-sama denganku dan mengikutiku, lalu mereka katakan kepadaku:” Demi Allah! Kami tahu bahawa kamu belum pernah salah walau sekalipun sebelum ini.Mengapa kamu tidak minta maaf saja dari Rasulullah s.a.w., sebagaimana orang-orang lain buat dan sudah tentu  kamu akan diampuni oleh Allah swt. Dengan berkat doa baginda Rasulullah s.a.w.”

Lalu aku berkata:”Demi Allah! Mereka selalu menyalahkan aku sehingga aku berniat untuk berjumpa kembali dengan Rasulullah s.a.w. untuk menarik balik kata-kataku,” aku bertanya kepada mereka :” Adakah orang lain menerima  hukuman seperti aku ?”. Mereka berkata:” Ada! Iaitu dua orang yang mengaku bersalah seperti kamu, lalu keduanya mendapat keputusan seperti kamu.”

Aku bertanya mereka lagi:”Siapakah mereka itu?” nama mereka ialah Murrah bin Rabiah Al Amiri dan Hilal Umaiyah Al Waqifi”. Ujar mereka. Mereka katakan kepadaku bahawa mereka berdua adalah orang-orang salih yang turut dalam peperangan Badar dan orang-orang yang bagus untuk dijadikkan teladan.Sebaik saja mereka menerangkan hal kedua  orang itu maka aku pun beredar.Kata kaab bahawa Rasulullah s.a.w. telah melarang kaum muslimin berkata-kata dengan kami bertiga yang tidak ikut berperang dalam perang Tabuk. Disebabkan itu maka orang ramai menjauhi kami, aku merasa sebagai orang asing dalam negeri aku tinggal.

Aku menerima hukuman ini selama 50 hari, kedua teman yang senasib dengan ku hanya tinggal berkurung dalam rumah sambil menangis, disebabkan aku lebih muda dari mereka maka aku tetap keluar seperti biasa, aku pergi sembahyang berjemaah dan pergi ke pasar walaupun tidak ada seorangpun yang mahu bercakap dengan aku. Walau apapun aku tetap berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dan memberi salam ketika beliau berada dalam majlis taklim, yakni selepas sembahyang.Aku bertanya daalam hatiku adakah beliau menjawab salamku atau pun tidak, seterusnya aku pun menunaikan sembahyang dekat dengan beliau.Sebaik saja selesai sembahyang beliau melihatku dan apabila aku melihat beliau, maka beliau memaling muka dariku.

Setelah begitu lama berlalu maka pada suatu hari aku pergi ke rumah Abu Qatadah, anak saudara sepupuku dan dia adalah orang yang sangat sayang pada ku aku memberi saalam padanya.Tetapi demi Allah dia tidak mahu menjawab salamku, lalu aku berkata kepadanya:”Ya, Abu Qatadah! Aku hendak bertanya kepadamu, tidakkah kamu tahu bahawa aku tetap mencintai Allah dan Rasulnya”?.Dia hanya berdiam diri, lalu ia berkata:” Allah dan Rasulnya lebih tahu.” Aku tidak tahu hendak berkata apa-apa lagi selain dari menangis dan aku pun pulang terus ke rumah.

Pada suatu hari sedang aaku berjalaan-jalan di pasar seorang petani penduduk Syam yang sering menjual makanan di Madinah bertanya:”Siapakah yang dapat menunjukkan kepada ku Kaab bin Malik,” maka orang ramai pun menunjukkan ke arahku, lalu petani itu datang kepadaku dan memberikan surat yang berasal dari Raja Ghassan. Aku memang pandai membaca dan menulis, maka aku pun membacakan surat yang berbunyi:”Amma ba du.” Kami mendengar khabar bahawa anda telah dipulau oleh sahabat-sahabat anda, Allah swt. tidak akan membuat anda terhina dalam negeri dan tidak pula tersia-sia, oleh itu jumpalah kami, kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda.” Sebaik saja aku selesai membaca surat tersebut, lalu aku  katakan:”Ini adalah satu ujian juga.” Lalu aku mencari api dan ku bakar  surat tersebut, setelah 40 hari berlalu maka wahyu pun turun semula kepada Rasulullah s.a.w.

Maka datanglah seorang utusan beliau kepada ku sambil berkata:”Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan kamu supaya menjauhi isterimu”.Oleh sebab ucapannya aku kurang faham maka aku pun bertanya:”Adakah aku harus menceraikan isteriku”. Kemudian ia berkata:”Bukan! Kamu hanya dikehendaki menjauhi isterimu saja”.Setelah aku mendengar penjelasan orang itu maka aku pun menyuruh isteriku balik ke rumah orang tuanya sehingga Allah memberikan keputusan terhadap perkaraku ini.

Kedua sahabatku juga menerima keputusan yang sama melalui dua orang wakil , Isteri Hilal bin Umaiyah telah pergi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dan berkata: “Ya Rasulullah! Hilal bin Umaiyah sudah tua dia akan susah kalau dia tidak ada khadam (pelayan), bolehkah saya menjadi pelayannya.”Rasulullah s.a.w. bersabda:”Tidak mengapa, asalkan dia tidak mendekati mu.” Kemudian berkata isteri Hilal:”Demi Allah! Dia tidak mempunyai keinginan apa-apa. Bahkan demi Allah dia selalu menangis saja sejak menerima hukuman sampai ke hari ini.”

Selepas dari peristiwa itu sebahagian dari kaum keluargaku menyuruh aku meminta izin dari Rasulullah s.a.w. mengenai isteriku, kata mereka kemungkinan Rasulullah s.a.w. akan memberi izin sebagaimana isteri Hilal bin Umaiyah diberi izin melayani Hilal, tapi aku tetap mengatakan bahawa aku tidak akan meminta izin kepada beliau untuk isteriku.Kemudian setelah selesai sembahyang subuh, diawal pagi setelah berlalu hari yang kelima puluh aku memikirkan nasib kami, sesuai dengan apa yang diperingatkan Allah swt. Kepada kami, di mana bumi terasa sempit dengan segala kelapangan yang ada, tiba-tiba terdengar olehku suara memanggil dengan sekuat-kuatnya:”Ya Kaab bin Malik! Bergembiralah!”.Aku segera sujud syukur kepada Allah swt. Kerana aku yakin kelapangan telah tiba.

Rasulullah s.a.w. telah memberitahu orang ramai bahawa Allah swt. Telah menerima taubat kami ketika sembahyang subuh.Maka banyaklah orang yang datang mengucap selamat kepadaku dan sesudah itu mereka pergi kepada sahabatku, diantara mereka ada yang berlari-lari dan ada yang berkenderaan untuk memberitahu mereka tentang berita gembira itu.

Aku pergi mengadap Rasulullah s.a.w. di waktu itu setiap orang yang berjumpa dengan ku mengucap selamat kerana taubat kami telah diterima oleh Allah swt. Aku masuk ke dalam masjid dan aku dapati Rasulullah s.a.w. sedang duduk dikelilingi para sahabat.Thalhah bin Ubaidillah dengan segera bangun berlari mendapatkan aku dan salam sambil mengucap selamat.Demi Allah tidak seorangpun orang Quraisy yang berlari selain darinya, setelah aku memberi salam pada Rasulullah s.a.w. maka dengan muka yang berseri Rasulullah berkata:”Bergembiralah kamu dengan kebaikan yang kamu terima hari ini, yang mana kamu belum pernah terima sejak kamu lahir.”

Lalu aku bertanya Rasulullah s.a.w.:”Adakah kebaikan itu datang dari anda atau dari Allah swt..” Rasulullah s.a.w. pun berkata:”Ia adalah dari Allah swt.”Kebiasaan Rasulullah, apabila beliau gembira maka wajah beliau akan bercahaya bagaikan bulan, kamu memang tahu benar akan hal itu.Setelah aku duduk di hadapan beliau, lalu aku berkata:”Ya Rasulullah s.a.w. Oleh kerana Allah swt. Telah menerima taubat aku, maka aku hendak sedekahkan hartaku kepada Allah dan Rasulnya”. Sebaik saja aku berkata,maka Rasulullah s.a.w. berkata:”Simpanlah setengah dari hartamu itu, sebab itu lebih baik.”Aku pun berkata:”Baik ya Rasulullah s.a.w. akan aku simpan harta yang aku perolihi di Khaibar.”Setelah itu aku bertanya lagi :”Ya Rasulullah s.a.w. Allah swt. Mengampuni aku sebab aku berkata benar dan mulai sekarang aku tidak akan berkata-kata melainkan yang benar saja.”

Demi Allah aku berjanji tidak akan bercakap bohong, aku berdoa kepada Allah swt. Semuga aku dipeliharanya sepanjang hayatku.Maka turunlah ayat 117-119 surah Taubah seperti berikut: Sesungguhnya Allah swt. Telah menerima taubat nabi, orang-orang Muhajirin dan orang Anshar yang mengikutnya di waktu kesusahan.Setelah hampir tergelincir hati satu golongan di antara mereka, kemudian Allah menerima taubat mereka. Sesungguhnya dia penuh kasihan dan penyayang kepada mereka.

(Begitu juga Allah menerima taubat) tiga orang yang tinggal (tidak pergi berperang) sehingga ketika telah sempit bumi yang luas bagi mereka dan telah sempit pula diri mereka sendiri, lalu menyangka bahawa tiada tempat berlindung dari (siksa) Allah selain kepadanya.Kemudian Allah menerima taubat mereka, supaya mereka bertaubat. Sesungguhnya Allah penerima taubat lagi penyanyang, hai orang-orang yang beriman takutlah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.

Berkata Kaab: Demi Allah! Belum pernah aku merasakan nikmat pada diriku sejak aku masuk Islam, yang lebih besar daripada ketika aju berkata benar terhadap Rasulullah s.a.w. Kalaulah aku berdusta kepada Rasulullah s.a.w.  suadah tentulah aku celakalah aku seperti orang-orang yang pernah berdusta, sebagaimana firman Allah swt. Dalam surah At-Taubah ayat 95:”Mereka akan bersumpah dengan Allah, terhadapmu, bila kamu kembali kepada mereka, supaya kamu berpaling daripada mereka (membiarkan).Sebab itu berpalinglah kamu daripada mereka, sesungguhnya mereka itu keji dan tempat mereka dalam Neraka Jahanam, sebagai balasan apa-apa yang telah mereka usahakan.

Dan dalam surah At.Taubah ayat ke 96 Allah swt. Berfirman:”Mereka bersumpah terhadapmu, supaya kamu suka kepada mereka.Jika kamu suka kepada mereka sesungguhnya Allah tidak suka kepada mereka.Sesungguhnya Allah tidak suka kepada kaum yang fasik itu.”Kaab bercerita lagi:” Seterusnya kami tertinggal, maksudnya tertinggal taubat dari mereka-merika yang telah diterima taubatnya oleh Rasulullah s.a.w. secara lahir (sedangkan batinnya terserah kepada Allah swt.) serta dimohon ampun oleh beliau kepada Allah Taala.Sedangkan terhadap kamu bertiga Rasulullah s.a.w. menangguhkannya sehingga datang keputusan Allah swt. Itulah yang dimaksud dengan firman Allah swt.:”Dan tiga orang yang tertinggal (ayat 118), bukan tertinggal tidak ikut perang, tetapi penerimaan taubat kami ditangguhkan.”

SEKIAN.