Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

(30) KISAH WAHYU PERTAMA YANG DITERIMA OLEH RASULULLAH S.A.W.

Dari Aisyah, ummul mukmin r.a. berkata:”Rasulullah s.a.w. berkhulwat seorang diri di gua Hira, maka disini beliau beribadat beberapa lama. Setelah habis bekal yang dibawa, Rasulullah akan  kembali kepada Khadijah yakni isteri baginda. Demikianlah baginda sentiasa berulang setiap kali habis bekalan makanan yang dibawa, sehingga datanglah sesuatu yang haq sedangkan disaat itu beliau berada di gua Hira.

Tiba-tiba datanglah kepada beliau seorang malaikat lalu berkata:”bacalah oleh mu wahai Muhammad!” maka Rasulullah pun berkata:” Aku tidak tahu membaca”.Malaikat Jibrail a.s. pun memegang tubuh Rasulullah dan menyelimut beliau, sehingga beliau rasa sangat lelah, kemudian dilepaskan baginda. Jibrail a.s. berkata lagi:”Bacalah oleh mu ya Muhammad.” Rasulullah pun berkata:”Aku tidak tahu membaca.Jibrail memegang tubuh baginda sekali lagi dan menyelimut sehingga baginda rasa lelah dan kemudiannya Jibrail a.s. melepaskan baginda sambil berkata :”Bacalah oleh mu wahai Muhammaed”. Rasulullah pun  menjawab:”Aku tidak tahu membaca”. Malaikat Jibrail sekali lagi memeluk baginda dan menyelimutnya sehingga baginda merasa lelah, kemudian Malaikat Jibrail melepaskan baginda dan berkata:”Iqra bismi rabbikal ladzi khalaq.Khalaqal insaan min alaq.Iqra wa  rabbukal akram.”(Bacalah oleh mu dan Tuhanmu itu adalah maha mulia).

Setelah Rasulullah menerima wahyu pertama dari malaikat Jibrail a.s. maka baginda pun membawa wahyu tersebut ke rumah Khadijah dengan perasaan berdebar-debar, apabila Rasulullah s.a.w. sampai di rumah maka baginda pun menyuruh Khadijah menyelimut baginda, lalu Khadijah menyelimut baginda sehingga hilang rasa takut baginda. Semua peristiwa yang berlaku itu Rasulullah juga memberitahu Khadijah r.a. bahawa beliau rasa takut kalau-kalau terjadi sesuatu yang tidak diingini, kemudian Khadijah menasihati beliau dengan berkata:” Sekali-kali tidak akan terjadi hal-hal yang tidak diingini, oleh itu usahlah takut. Demi Allah tidaklah Allah itu akan memberi kehinaan kepada anda buat selama-lamanya. Demi Allah, sesungguhnya anda betul-betul mempersambungkan kekeluargaan dan anda juga suka menanggung beban orang yang sedang dalam kesusahan anda juga memberikan pertolongan kepada orang yang tidak mempunyai hasil, anda amat gemar sekali menghormati tetamu dan memberi bantuan terhadap berbagai bencana yang haq, yakni anda pasti akan mengadakan pembelaan jikalau ada hal-hal yang benar menghadapi bencana kerana dibuat tidak adil oleh orang yang berbuat sewenang-wenang.”

Setelah Khadijah r.a. memberi nasihat kepada baginda Rasulullah s.a.w. maka Khadijah r.a. pun membawa Rasulullah s.a.w. ke tempat Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, iaitu anak pak cik Khadijah r.a. Waraqah ialah seorang yang memeluk agama Nasrani di waktu zaman Jahiliyah dan sangat pintar menulis kitab injil dalam bahasa Nasrani sepanjang yang dikehendaki Allah mengenai apa yang ditulisnya itu. Waraqah ialah seorang yang sudah tua, ia telah menjadi buta sewaktu Khadijah datang berjumpa dengannya.

Apabila Khadijah berhadapan dengan Waraqah maka ia pun berkata kepada:”Wahai anak pakcikku , cubalah kamu dengar berita yang hendak disampaikan oleh anak saudaramu ini, yakni Rasulullah s.a.w.”

Lalu Waraqah pun bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: Rasulullah s.a.w. pun menceritakan peristiwa yang berlaku itu. Setelah Waraqah mendengar segala yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. maka Waraqah pun berkata:” Yang kamu katakan itu ialah Namus, yakni Malaikat yang pernah diturunkan oleh Allah swt. Kepada Nabi Musa a.s.” Kemudian Waraqah pun mengeluh sambil berkata:”Sayangnya aku, kalaulah aku masih muda dan juga kalaulah aku masih hidup di waktu anda akan diusir oleh kaum anda, aku akan memberikan pertolongan kepada anda dengan pertolongan yang dapat diberikan.”

Setelah mendengar kata-kata Waraqah itu maka Rasulullah s.a.w. pun bertanya Waraqah:”Apakah kaumku akan mengusirku nanti?” “Ya tiada seorang pun yang  datang sebagaimana yang anda datang dengan membawa ajaran itu, melainkan ia akan memusuhi oleh kaumnya sendiri.” Tidak lama kemudian Waraqah pun wafat dan wahyu pun terhentilah buat sementara waktu.

Sekian.