Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

(29) KISAH NABI YUNUS DITELAN IKAN PAUS.

Nabi Yunus bin Matta adalah seorang Nabi yang diutus oleh Allah swt. Untuk berdakwah disebuah tempat yang bernama Niwana, Nabi Yunus adalah seorang pendatang dari tempat lain yang datang ke Niwana semata-mata atas perintah Allah swt. Untuk berdakwah pada penghuni Niwana. Nabi Yunus mendapati penduduk Niwana adalah terdiri dari mereka yang sangat jauh dari menyembah Allah swt. Mereka menyembah berhala dan menyekutukan Allah swt.

Nabi Yunus mengajar mereka tentang tauhid dan iman, Nabi Yunus memberi nasihat kepada mereka tentang kebodohan mereka yang menyembah berhala-berhala yang mereka bentuk sendiri dan menyembahnya. Nabi Yunus memberi mereka pengajaran bahawa menyembah berhala adalah perbuatan sia-sia, sebab berhala itu adalah batu yang mana ia tetap batu dan tidak dapat memberi apa-apa manfaat, ia juga tidak dapat bergerak atau berkata-kata.

Nabi Yunus juga memberi nasihat pada mereka supaya mereka menyembah Allah swt. Yang telah menciptakan mereka dan pada Allah sajalah yang harus mereka sembah. Oleh kerana ajaran yang dibawa oleh Nabi Yunus itu suatu ajaran baru, maka tidak ramailah yang mahu menerimanya, mereka lebih suka menyembah berhala-berhala yang disembah oleh datuk nenek mereka secara turun-temurun. Walau pun Nabi Yunus memberi nasihat tapi mereka tetap berkeras dengan kata:"Ini adalah Tuhan kami (Yakni berhala-berhala), datuk nenek kami telah lama menyembah Tuhan-Tuhan kami dan kami tetap tidak akan berganjak dari meninggalkan agama kami."

Kemudian Nabi Yunus berkata:"Aku hanya menyampaikan apa yang Allah swt. Telah menyuruh aku sampaikan kepada kamu semua, oleh itu kamu berimanlah dan tauhidlah menurut agama yang aku bawa sebagai amanat Allah swt. Yang wajib aku sampaikan kepada kamu semua." Berkata Nabi Yunus lagi:"Aku ini hanyalah pesuruh yang mana Allah swt. Telah perintahkan kepadaku supaya menyelamatkan kamu semua dari lembah kesesatan dan lembah kegelapan serta menyinarkan kepada kamu semua tentang agama yang suci lagi bersih lagi murni dan membersihkan hati-hati kamu semua dari kufur dan syirik, demi untuk kebaikan kamu semua di dunia dan di akhirat."

Walaupun Nabi Yunus telah memberi mereka nasihat serta pengajaran supaya mereka kembali ke pangkal jalan, namun mereka tetap berkeras kepala sehingga mereka berkata:"Walau apa sekali pun kamu katakan kepada kami, kami tetap tidak akan berganjak dari agama kami dan kami juga tidak takut walau apapun ancaman yang kamu katakan dan kalau mahu cubalah datangkan ancaman itu kepada kami, kalau kamu memang orang yang benar."

Setelah Nabi Yunus melihat keadaan mereka yang tidak mahu menerima peringatannya itu, maka Nabi Yunus pun meninggalkan Niwana dengan rasa yang amat marah. Nabi Yunus pun meminta doa kepada Allah swt. Supaya mereka yang keras kepala itu menerima hukuman yang sewajarnya.

Sejak Nabi Yunus meninggalkan mereka, mereka semakin gelisah melihatkan perubahan yang berlaku di Niwana, mereka melihat Niwana mengalami kegelapan, binatang pemeliharaan mereka juga seperti tidak tenteram dan ditambah pula dengan angin yang kuat berserta dengan guruh yang mengegarkan. Dengan berlakunya perkara-perkara ini maka tahulah mereka bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Yunus itu adalah ajaran yang benar dan bukan suatu ajaran yang direka-reka, akhirnya mereka menyesal dan mereka keluar beramai-ramai dari kota pergi ke bukit lalu mereka meminta ampon dan rahmat dari Allah swt. Agar mereka dijauhkan dari sebarang malapetaka. Allah swt. Maha mengetahui akan hambanya yang benar-benar menyesal dan benar-benar memohon ampon darinya, maka Allah swt pun menerima permintaan mereka, lalu Niwana yang bergelap itu pun bertukar menjadi cerah, binatang ternakan mereka semuanya tidak lagi dalam ketakutan dan mereka semuanya kembali tenang.

Akhirnya mereka semua kembali dengan bersyukur kepada Allah swt. Yang telah menyelamatkan mereka dari bahaya malapetaka. Nabi Yunus telah meninggalkan Niwana membawa diri tanpa tujuan, ia naik bukit turun bukit, naik gunung turun gunung dan akhirnya ia sampai ia di pantai, kebetulan ia melihat bahawa sebuah kapal hendak belayar, maka ia menghampiri pemilik kapal itu untuk turut serta belayar bersamanya.Setelah diberi keizinan maka Nabi Yunus pun menumpang kapal tersebut.

Dalam pelayaran kapal yang ditumpangi oleh Nabi Yunus itu telah dilanda ribut taufan yang kuat, oleh itu ketua kapal telah memutuskan supaya barang yang dibawa hendaklah dikurangkan, ini termasuklah penghuni kapal juga.Satu pengundian pun dibuat, dalam undian tersebut Nabi Yunus telah dipilih sebagai orang yang harus dibuang ke laut. Oleh sebab Nabi Yunus adalah orang yang sangat dihormati dan disanjung dalam kapal tersebut, maka mereka mengadakan pemilihan sekali lagi, kali kedua pun nama Nabi Yunus juga yang terpilih. Maka mereka mengundi sekali lagi akhirnya Nabi Yunus tahu bahawa ianya ialah kehendak Allah swt. Nabi Yunus memikirkan kesalahannya kerana meninggalkan Niwana tanpa mendapat persetujuan dari Allah swt. Ia fikir keputusan undi itu adalah disebabkan untuk menebus dosa yang telah dilakukan. Nabi Yunus beristikarah mengenang sejenak, tanpa ragu-ragu Nabi Yunus pun terjun ke dalam laut yang sedang menganas. Ketika Nabi Yunus sedang melawan gelombang air, makaa Allah swt. Mewahyukan kepada seekor ikan paus supaya menelan Nabi Yunus hidup-hidup , maka ikan paus yang muncul itu pun menelan Nabi Yunus hidup-hidup dan menyimpan dalam perutnya tanpa ada apa-apa cacat celanya.

Nabi Yunus berada dalam perut ikan paus meminta doa kepada Allah swt. Supaya mengampuni dosa yang telah dilakukan. Lalu Nabi Yunus membaca doa:"LAA ILAAHA ILLAA ANTA SUBHAANAKA INNI KUNTU MINADHDHAALIMIN FASTAJABNAA LAHUU WANAJ JAINAAHU MINAL GHAMMI, WAKADZAALIKA NUN-JIL MUKMINIIN." (Tidak ada Tuhan yang benar disembah hanya engkau ya Allah, maha suci engkau aku adalah orang yang membuat zalim atas diriku), maka kami perkenankan permintaannya dan kami lepaskan dia dari kedukaan, demikianlah kami selamatkan orang-orang yang beriman.

Rasulullah saw. Telah bersabda:"Nama Tuhan yang mulia, siapa yang berdoa dengan nama itu akan diperkenankan doanya.Siapa yang meminta dengan nama itu akan diberi ia apa yang diucapkan oleh Nabi Yunus a.s. dalam perut ikan nun. Firman Allah swt." Jika tidak kerana dia (Nabi Yunus) daripada orang yang selalu mengucapkan tasbih, nescaya tidaklah ia dapat keluar dari perut ikan sampai hari kiamat."

Setelah beberapa lama Nabi Yunus berada dalam perut ikan paus, maka dengan kehendak Allah swt. Ikan paus itu pun melemparjan Nabi Yunus ke darat, di tempat Nabi Yunus dilemparkan itu, Allah swt. Menghidupkan pokok labu yang dapat Nabi Yunus bernaung dibawahnya dan dapat pula ia makan buah tersebut hingga kelihatan segar kembali.Ada pun di waktu Nabi Yunus dilempar ke darat keadaannya adalah letih.

Setelah Nabi Yunus berasa segar kembali seperti biasa, maka Allah swt. Telah memerintahkannya supaya kembali semula ke Niwana, apabila Nabi Yunus telah sampai ke Niwana ia merasa amat terkejut apabila beratus ribu orang menunggu kepulangannya dan mereka meminta supaya mereka diajar untuk menyempurnakan iman dan Akidah mereka, Nabi Yunus juga terasa sangat hairan apabila melihat Niwana yang mana satu masa dulu mereka itu semuanya terdiri dari orang-orang yang degil yang tidak mahu menerima ajarannya sebaliknya mereka itu lebih suka menyembah batu berhala tapi kini Niwana telah bertukar, tidak ada lagi batu-batu berhala. Kini hidup mereka dan mati mereka semata-mata kerana Allah swt.

Kisah Nabi Yunus ini ada diceritakaan dalam al_Quran dalam surah Yunus ayat 98 dalam surah al-Anbiya ayat 87 & 88 dan surah ash-Shaffat ayat 139 hingga ayat 148.

Sekian.