Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

(22) KISAH NABI KHIDIR MENJADI HAMBA

Dikisahkan dalam satu riwayat tatkala Nabi Khidir berjalan-jalan di pasar maka datang seorang budak menghampirinya sambil berkata:"Wahai tuan bersedekahkan kamu semuga Allah s.w.t. memberkahimu." apaabila Nabi Khidir mendengar kata-kata budak itu maka ia pun berkata:"Aku memang percaya bahawa sesuatu yang kehendaki oleh Allah s.w.t. akan tetap terjadi, tapi apa yang boleh aku tolong kamu, sebab aku tidak mempunyai apa-apa untuk memberikan kepadamu".Berkata budak itu lagi:"Aku minta padamu "BIWAJHILLAH", sedekahlah padaku kerana aku melihat wajahmu baik, oleh itu aku mengharapkan berkatmu."

Apabila Nabi Khidir mendengar budak itu berkata""BIWAJHILLAH"maka ia pun berkata:"Aku beriman kepada Allah s.w.t. dan aku tidak mempunyai suatu apa-apa pun melain diriku ini saja, Kalau kamu mahu boleh kamu jualkan diriku ini sebagai hamba".Berkata budak itu:"Apakah ini hal yang baik?".Nabi khidir berkata:"Kamu telah minta kepadaku dengan menyebut nama Allah yang Maha Agung dan aku tidak dapat mengecewakan kamu demi mengharapkan keredhaan Tuhanku (BIWAJHILLAH),oleh itu kamu juallah aku sebagai hamba."

Kemudian budak itu pun membawa Nabi Khidir ke pasar dan dijual dengan harga 400 dirham, Nabi Khidir pun tinggal dengan majikan barunya, setelah sekian lama Nabi Khidir tinggal dengan majikan barunya, ia rasa tidak puas hati sebab majikan barunya tidak menyuruh ia membuat apa-apa kerja, maka suatu hari Nabi Khidir berkata kepada majikannya:"Tuan, tuan telah membeli saya dengan 400 dirham, saya telah menjadi hamba tuan, oleh itu tuan suruhlah saya buat apa saja kerja".Sebaik saja majikannya mendengar kata-kata Nabi Khidir itu maka ia pun berkata:"kamu sudah tua, aku khuatir kalau-kalau kerja itu akan membebankan kamu "Berkata Nabi Khidir:"Tiada sesuatu yang akan membebankanku."

Lalu majikannya pun berkata:"Kalau begitu pindahkan batu-batu itu".Sambil menunjukkan kepada suatu tempat yang mana mempunyai batu-batu yang paling banyak dan dikatakan dalam riwayat tersebut, kiranya batu-batu itu hendak dipindahkan ianya memerlukan sekurang-kurangnya 6 orang, itu pun tidak mungkin akan dapat menghabiskannya dalam tempoh sehari.

Setelah memberitahu pada Nabi Khidir apa yang harus dia buat, maka majikannya pun keluar kerana ada urusannya lain, Nabi Khidir pun memindahkan batu-batu tersebut ke satu tempat yang diberitahu oleh majikannya, apabila majikannya kembali ia agak terperanjat kerana Nabi Khidir telah menyiapkan kerjanya dengan begitu cepat sambil ia berkata:"Kamu telah melakukan pekerjaan kamu dengan baik sekali, sungguh aku tidak menyangkaa kamu mempunyai kekuatan yang luar biasa."

Suatu hari majikan Nabi Khidir memberitahunya bahawa ia mempunyai kerja yang mana akan masa yang lama untuk ia kembali, maka ia pun amanahkan keluarga dan hartanya untuk dijaga oleh Nabi Khidir.Nabi Khidir berkata:"Tuan, suruhlah saya buat sesuatu kerja"Berkata majikannya:"Aku tidak mahu menyusahkan kamu",Nabi Khidir berkata lagi:"Tidak ada yang akan menyuasahkan saya." Majikannya pun berkata:"Kalau begitu, kamu aturlah batu merah untuk buat rumah".Setelah majikannya mengarahkan apa yang perlu dibuat maka sepanjang pemergian majikanya, Nabi Khidir pun mengaturlah batu merah tersebut sehingga menjadi sebuah rumah. Setelah majikannya kembali ia agak terkejut dengan apa yang dilihatnya dan berkata:"Aku bertanya kepaadamu,Biwajhillah siapaakah kamu ini? dan sebab apa kamu boleh berbuat sedemikian?"Nabi Khidir berkata:"Tuan telah bertanya padaku Biwajhillah dan sebab Biwajhillah juga yang telah menjadikan aku sebagai budak dan dengarlah pengakuanku, aku sebenar adalah Khidir yang mana tuan pernah mendengar namanya."

Nabi Khidir menceritakan peristiwa yang dilalui:"Pada suatu hari seorang budak miskin telah datang kepadaku, ia meminta sedekah Biwajhillah kepada ku dan aku katakan padanya bahawa aku tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan padanya, maka ia pun meminta dengan Biwajhillah, maka aku serahkan diriku kepadanya dan kini ku katakan kepadamu bahawa siapa yang meminta dengan nama Biwajhillah, lalu menolak orang yang memintanya, padahal ia dapat memberinya maka ia akan mengadap pada hari kiamat nanti dengan tiada daging dan nafasnya tersesak-sesak."

Kemudian berkata majikannya:"Aku beriman kepada Allah s.w.t. dan telah menyusahkan kamu wahai Nabi Allah, kalaulah aku tahu dari mula tak akan sampai begini." Berkata Nabi Khidir:"Tak mengapa, kamu adalah orang baik".Berkata majikannya lagi:"Wahai Nabi Allah, aku sedia merdekakan kamu".Berkata Nabi Khidir:"Aku suka merdeka untuk bebas beribadat kepada Tuhanku".Kemudian Nabi Khidir pun dimerdekakan.

Setelah dimerdekakan Nabi Khidir pun berdoa:"Allhamdulillah Alladzi Autsaqani fil ubudiyyat, tsumma najjani minha (segala puji bagi Allah yang mengikat aku dalam perhambaab, kemudian menyelamatkan aku daripadanya."

Sekian