Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

(18) KISAH SITI FATIMAH R.A. MENANGIS APABILA ORANG YAHUDI HENDAK MELIHAT JUBAH RASULULLAH S.A.W.(AYAHNYA)

Ibnu Abbas r.a berkata, di Negeri Syam ada seorang Yahudi yang membaca kitab taurat pada hari sabtu.Dalam bacaannya maka sampailah pada ayat yang menyebut akan sifat-sifat Nabi muhammad s.a.w..Sifat-sifat Rasulullah s.a.w. itu diterangkan dalam 4 lembaran lalu orang Yahudi itu pun memotong akan ayat tersebut dan dia membakarnya.Kemudian pada minggu berikutnya pada hari sabtu, orang Yahudi itu membaca lagi kitab tauratnya, kali ini ia menjumpai 12 lembaran tentang sifat-sifat Rasulullah s.a.w., lalu ia berkata:"Kalau aku potong habis pun, semua isi kitab taurat mengambarkan sifat-sifat Rasulullah s.a.w.".Kemudian orang Yahudi itu pun pergi mendapatkan kawan-kawannya lalu bertanya:"Siapakah Muhammad s.a.w. itu?".Berkata kawan-kawannya:"Nabi Muhammad s.a.w. itu penipu lebih baik kamu jangan melihat dan jangan sampai dia melihat kamu".Setelah mendengar keterangan kawan-kawannya maka berkata orang Yahudi itu:"Wahai kawan-kawanku, demi kitab Taurat yang diturunkan kepada Musa, janganlah kamu semua melarang aku dari menziarahi Nabi Muhammad s.a.w.".

Oleh sebab orang Yahudi itu sangat-sangat hendak mengetahui tentang Nabi Muhammad s.a.w. maka ia pun bertolak ke Madinah, apabila sampai di kota Madinah, ia bertemu dengan Salman r.a. Oleh kerana Salman r.a. kelihatan tampan, maka orang Yahudi itu menyangka ia adalah Nabi Muhammad s.a.w., padahal Nabi Muhammad s.aw. telah wafat tiga hari yang lepas.Setelah Salman r.a. mendengar kata-kata Yahudi itu, maka menangislah Salman r.a. sambil berkata:"Aku hanya hamba sahayanya saja."Lalu Salman r.a. berfikir dalam hatinya:"kalau aaku katakan Rasulullah s.a.w. telah meninggal dunia dia pasti akan balik.Dan kalau aku katakan Rasulullah s.a.w. masih hidup, aku telah berdusta."Setelah berfikir Salman r.a. pun berkata:"Marilah tuan, kita berjumpa dengan sahabat-sahabat saya."

Salman r.a. pun membawa orang Yahudi itu ke Masjid, sampai di masjid para sahabat masih bersedih dengan peninggalan Rasulullah s.a.w Ketika Salman r.a. membawa orang Yahudi itu masuk ke masjid, lalu orang Yahudi itu pun berkata:"Assalaamu alaika ya Muhammad." Orang Yahudi itu menyangka Rasulullah s.a.w. masih hidup. Apabila para sahabat mendengar ucapan orang Yahudi itu, maka banyaklah yang menangis sehingga bertanya para sahabat:"Siapakah kamu? yang telah membangkitkan kesedihan kami kembali, adakah kamu orang Gharib, apakah kamu tidak tahu bahaawa Rasulullah s.a.w. baru tiga haari wafat." Sebaik saja orang Yahudi itu mendengar penjelasan dari paraa sahabat maka berkatalah ia:"Alangkah malangnya aku, alangkah sia-sianya perjalananku".Berkata orang Yahudi itu lagi:"Adakah Ali disini yang dapat menerangkan sifat Nabi Muhammad s.a.w.Kebetulan Ali r.a. berada dikalangan para sahabat dan Ali r.a. berkata:"Ya, Ali ada disini."Berkata orang Yahudi itu, adakah kamu Ali!" Ali r.a. mengakui dan berkata orang Yahudi itu:"Saya telah mendapat nama kamu dalam Taurat."

Kemudian Ali r.a. pun menerangkan tentang Rasulullah s.a.w. katanya:"Rasulullah s.a.w. tidaklah terlampau tinggi dan tidaklah terlampau pendek, kepala beliau bulat, dahi beliau lebar,bola mata beliau tebal alisnya,Kalau beliau ketawa kalau beliau ketawa akan keluar cahaya dari sela-sela giginya, beliau berbulu dada, cantik tapak tangannya, langkah beliau lebar dan diantara kedua bahu beliau ada tanda khatamun nubuwwah."

Setelah mendengar keterangan dari Ali r.a. maka orang Yahudi itu pun berkata:"Wahai Ali!, memang benar apa yang kamu kata itu."Kemudian berkata orang Yahudi itu lagi:"Itulah sifat-sifat Nabi Muhammad s.a.w. dalam kitab taurat".Bertanya orang Yahudi itu:"Apakah ada lagi baju yang dipakai oleh beliau?".Ali r.a. berkata "Ya, masih ada lagi." Ali r.a. pun mengarahkan Salman r.a. pergi ke rumahnya untuk mengambil baju yang dipakai oleh Rasulullah s.a.w.(Jubah).

Setelah Salman r.a. sampai di rumah Siti Fatimah maka ia pun berkata:"Wahai tempat kebanggaan pada Nabi, wahai keindahan pada wali".Pada waktu itu Al-Hassan dan Al-Hussin sedang menangis, Salman r.a. mengetuk pintu dan Siti Fatimah r.a. bertanya:"Siapakah yang mengetuk pintu rumah orang-orang yatim?"Salman r.a. memperkenalkan dirinya dan menyampaikan pesanan dari Ali r.a..

Apabila Siti Fatimah r.a. mendengar kata-kata Salman maka menangislah Siti Fatimah sambil berkata:"Siapakah yang akan memakai jubah ayahku?".Salman r.a. pun menceritakan hal orang Yahudi itu dari mula hingga akhir, setelah itu Siti Fatimah pun mengeluarkan Jubah Rasulullah s.a.w. yang mempunyai 7 tampal, yang ditampal dengan tali serat kurma.Sebaik sahaja Salman r.a. menerima Jubah tersebut maka ia pun kembali kepada Ali r.a. dan memberikan kepadanya.Lalu Ali r.a. pun menyerahkan kepada orang Yahudi itu, orang Yahudi itu pun mencium, dan berkata:"Alangkah harumnya."

Kemudian orang Yahudi itu pergi ke makam Rasulullah s.a.w. Lalu ia melihat ke langit sambil berkata:"Ya ,Allah aku percaya bahawa engkau adalah tunggal, maha Esa, tidak berhajat dan selalu dihajatkan dan aku percaya yang berada dalam makam ini adalah kekasihmu dan utusanmu dak aku percaya tentang semua yang diajarkan.Ya Allah, jika engkau menerima Islamku, maka ambillah rohku sekarang juga, maka tiba-tiba matilah ia, lalu Ali r.a. pun mandikan orang itu dan dikebumikan di Baq il Ghargad.

Sekian

S