Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

(09) KISAH SEORANG BAPA YANG CUBA MENEBUS KESALAHAN ANAKNYA YANG BERZINA DENGAN 100 KAMBING

Dari Abu Hurairah dan Zaid bin Khalid r.a. berkata ada 2 orang yang pergi mengadu kepada Nabi s.a.w. dan berkata:" Ya Rasulullah s.a.w. putuskanlah masalah kami dengan berpandukan kitab Allah s.w.t." Kemudian sabda Rasulullah s.a.w :" Katakanlah masalah kamu itu," lalu berkata orang pertama: "Sebenarnya puteraku berkerja sebagai pelayan di rumah orang ini, lalu puteraku telah berzina dengan isterinya, maka orang ramai memberitahuku bahawa puteraku harus dihukum rejam, oleh itu aku tebus hukuman itu dengan 100 ekor kambing dan seorang budak perempuan. Kemudian aku bertanya kepada para ilmu, lalu mereka berkata bahawa puteraku cuma perlu dikenakan dera 100 kali dan diasingkan selama satu tahun, sedang isterinya ini dikenakan hukuman rejam."

lalu Nabi s.a.w. bersabda:" Demi Allah yang jiwaku ditangannya, akan kuputuskan masalah kamu berdua ini dengan berpandukan kitab Allah, adapun kambing yang 100 dan budak perempuan itu hendaklah dipulangkan semula pada pemilik asalnya dan puteramu itu akan dikenakan hukuman dera sebanyak 100 kali dan diasingkan selama satu taahun."

Kemudian Rasulullah s.a.w. menyuruh Unais al-Aslami:"Wahai Unais pergilah kamu ke rumah orang yang kedua ini dan tanya isterinya sama ada ia melakukan zina, kalau ia mengakuinya maka rejamlah ia.."Setelah Unais berjumpa dengan isteri orang yang kedua itu dan isterinya mengaku akan perbuatanya maka wanitaa itu pun direjam.

SEKIAN