Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

(08) 10 PESANAN ALLAH S.W.T. KEPADA NABI MUSA A.S

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabar bin Abdillah r.a berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:"Allah s.w.t. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah 10 bab iaitu:

1. Wahai Musa jangan menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, sebab Aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin.

2. taatlah kepadaku dan kedua orang tuamu, nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akanKu lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik, kemudian Aku pindahkan kamu ke alam lebih baik.

3. Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak, nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murkaKu ke dalam api neraka.

4. Jangan sekali-kali sumpah dengan namaKu dalam dusta atau durhaka, sebab Aku akan membersihkan orang yang telah mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-namaKu.

5. Jangan hasad dengki dan iri haati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang lain, sebab penghasut itu musuh nikamatKu, menolak kehendak Ku dan membenci kepada pembahagian yang aku berikan kepada hamba-hambaku. Dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada Aku.

6. Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.

7. Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu, sebab nescaya Aku tutup wajahKu daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadamu.

8. Jangan menyembelih kurban untuk selain dariKu sebab Aku tidak menerima kurban kecuaali yang disebutkan namaKu dan ikhlas untukKu.

9. Cintailah terhadapsesama manusia, sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.

10.Jadikan hari sabtu itu hari untuk beribadat kepadaku dan hiburkan anak keluargamu".

Kemudian Rsulullah s.a.w. bersabda lagi: "Sesungguhnya Allah s.w.t. menjadikan hari sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah s.w.t. memilih hari Jumaat sebagai hari raya untukku."