Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
EKSPERIMEN PERSONALITI

Di tangga sekolah, anda terserempak dengan 3 orang pelajar yang sedang berbual-bual, apakah yang dicakapkan mereka?

(A) membincang tentang ke mana hendak mereka pergi pada waktu malam.

(B) membincang tentang pelajaran sekolah.

(C) membincang tentang kenaikan pangkat atau pesaraan guru-guru tertentu.

(D) membincang tentang cara-cara persatuan mereka mengumpul wang.

(E) saling menolak tanggungjawab dan bertelagah.

(F) bergosip tentang murid perempuan.

   - Anda seorang yang murah hati, amanah dan sentiasa sibuk dengan urusan pejabat atau pelajaran. Sekiranya anda dimarah oleh guru atau menemui kegagalan, anada akan hilang keyakinan terhadap diri anda sehingga mempengaruhi keadaan diri anda keseluruhannya.

B    - Anda selalu menuntut kebenaran sesuatu hal. Anda tidak cenderung menunjukkan perasaan anda sama ada perasaan gembira atau sedih. Anda akan berusaha dengan sepenuh hati apabila menghadapi cabaran. Anda merupakan golongan yang berusaha secara diam-diam untuk mencapai kejayaan.

   - Anda pandai menyesuaikan diri dan mempunyai tekad yang kuat. Anda kelihatan sebagai seorang yang tegas tetapi sebenarnya anda seorang yang lemah lembut. Anda mempunyai banyak peluang untuk menunjukkan kehandalan anda. Anda tidak begitu pemurah dari segi kewangan tetapi anda pandai membuat pelaburan.

   - Anda merupakan seorang yang panas baran dan mengikut perasaan. Anda sentiasa risau dan takut kesunyian. Anda mempunyai minat dalam pelbagai bidang dan berfikiran kreatif.

E    - Anda takut dirunsingkan dan bersikap negatif. Anda sentiasa tentang perkara yang remeh-temeh sehingga timbulnya perasaan kurang yakin pada diri anda. Walaupun anda telah menjalankan sesuatu tugas dengan sepenuh hati, tetapi anda sentiasa risau jikalau ada orang yang tidak puas hati dengan usaha anda. Anda malas untuk berinteraksi dengan orang lain dan sentiasa bermusuhan dengan orang lain.

   - Anda seorang yang tabah dan berupaya bertindak sendiri. Apabila menghadapi perkara yang tidak begitu menyenangkan, anda tidak akan menunjukkan perasaan anda dan menunjukkan muka yang muram sahaja. Anda suka pergi ke sana sini dan sentiasa menunjukkan kehebatan anda dalam saat-saat yang genting.

     Dipetik dari
~Cahaya Sin Chew~
 
 
 
 
 
 
Welcome
Biodata Saya
Sajak
My Idol - Nicholas Tse