Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!



   TAEKWONDO HARI INI

Latest Site News!


Taekwondo (13108 bytes)

Number of visitors:

Hosted by SiteGadgets Free!






spacer

spacer
Taekwondo Pada Hari Ini
Hasil liberasi Korea daripada jajahan kolonial Jepun, orang-orang Korea mula menyedari kepentingan seni mempertahankan diri dan permainan rakyat mereka yang menyebabkan mereka popular. Song Duk-Ki, seorang tokoh taekkyondo telah menganjurkan satu demonstrasi seni tersebut untuk tontonan presiden pertama Republik Korea, Presiden Syngman Rhee semasa upacara menyambut hari lahir beliau. Ini telah membezakan seni mempertahankan diri Taekwondo yang sebenar daripada seni mempertahankan diri Karate yang diperkenalkan oleh orang-orang Jepun.

Pakar seni mempertahankan diri mula mengembangkan pengaruh Taekwondo di seluruh negara. Selepas penghujung Peperangan Korea (1950-1953), Taekwondo dipopularkan di kalangan pemegang tali pinggang hitam di dalam negara yang menghasilkan kira-kira 2000 tokoh Taekwondo pada masa itu.

Pada tahun 1971, Taekwondo dipilih sebagai satu seni mempertahankan diri yang rasmi sementara pada tahun 1972, Kukkiwon dijumpai sebagai pusat gimnasium dan juga sebagai tempat untuk mengadakan pelbagai kejohanan Taekwondo. Setahun kemudian, pada Mei 1973, Pertubuhan Taekwondo Dunia wujud yang mempunyai 108 negara sebagai ahli pada ketika itu.


spacer


spiral


View our Guestbook!

Sign our Guestbook!
Pada tahun1974, Taekwondo dimasukkan dalam Asian Games sebagai satu sukan yang rasmi. Pada 1975, Taekwondo diterima sebagai satu sukan yang rasmi oleh AAU ( U.S. Amateur Athletes Union ). Dan juga dimasukkan dalam GAISF ( General Assosiation Of International Sports Federation ) diikuti dengan pemerimaan sebagai satu acara sukan yang rasmi oleh CISM ( International Council of Military Sports ) pada tahun1976. Pada 1979, Presiden Pertubuhan Taekwondo Dunia (WTF) telah dipilih sebagai pengerusi Pertubuhan Sukan Bukan Olimpik Dunia.

WTF diiktiraf oleh IOC pada 1980 yang menjadikan Taekwondo sebagai satu sukan olimpik. Selepas itu, pengambilan Taekwondo sebagai satu sukan yang rasmi diikuti oleh Kejohanan Dunia (1981), Kejohanan Pan Amerika (1986) dan akhirnya oleh Olympiad 2000 yang akan dianjurkan di Australia.

home | members | schedule | events | snapshotsTaekwondo philosophy | Sparring strategy | Sajak oleh Tok Guru | Control your mind(BM)

Copyright 2001. All rights reserved. Contact: hungheykwun   Powered by Free Site Templates