Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!



   APA ITU TAEKWONDO?

Latest Site News!


Taekwondo (13108 bytes)

Number of visitors:

Hosted by SiteGadgets Free!






spacer

spacer
Apakah Taekwondo?
Taekwondo ialah nama bagi sejenis seni mempertahankan diri yang kini bertukar menjadi sejenis sukan moden antarabangsa. Taekwondo mula berkembang di Korea sejak lebih 20 abad yang lalu. Ciri asas Taekwondo ialah pertempuran tanpa senjata dengan menggunakan tangan dan kaki untuk menentang lawan.

Semua tindakan dalam Taekwondo adalah berdasarkan kepada semangat untuk bertahan, kerana Taekwondo dibentuk daripada corak pertahanan terhadap serangan musuh. Pada zaman dahulu, manusia menjalani cara hidup yang mudah dan kurang kecergasan fizikal dan ini menyebabkan badan mereka menjadi bongkok apabila dewasa. Taekwondo akan memainkan peranan dalam memperbaiki kesihatan dan kecergasan fizikal mereka yang telah mempelajarinya.

Kepercayaan terhadap sukan ini ialah bahawa mereka yang mempelajari sukan ini akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Dari aspek teknikal mereka telah membentuk teknik-teknik tertentu dengan menggunakan anggota badan sebagai senjata. Seseorang itu akan berupaya menyerang dan mengalahkan lawan dengan menggunakan tangan, penumbuk, siku, lutut, kaki mahupun bahagian-bahagian tubuh badan yang lain.

Apa yang menarik tentang seni beladiri ini ialah ia merupakan sejenis sukan kombat yang tidak hanya hebat dari segi keseniannya, malahan dapat mengeratkan silatulrahim di kalangan atlitnya. Keyakinan diri menyebabkan seseorang itu murah hati terhadap mereka yang lebih lemah. Mereka berupaya berdiri seiringan dengan sesiapa sahaja dari mana-mana pihak. Akan tetapi, kod etikanya melarang para pelatihnya menyalahgunakan seni beladiri tersebut tanpa alasan. Latihan dalam Taekwondo membuatkan seseorang individu itu tidak angkuh dalam kelakuannya. Sikap tidak angkuh dan murah hati adalah nilai-nilai asas yang berdasarkan keyakinan diri.

Dengan ini, jelas bahawa badan yang sihat menjadikan seseorang itu sihat dan cergas. Keyakinan dari aspek inilah yang membawa manafaat kepada kehidupan individu, keluarga, jiran dan seterusnya negaranya. `Poomse` Taekwondo merangkumi pelbagai langkah, yang setiap satunya mempunyai sifat yang berbeza tetapi mempunyai perkaitan antara satu sama lain. `Poomse` adalah merangkumi 2 dozen langkah yang saling berkait. Menangkis, menumbuk, menujah dan menendang adalah antara komponen di dalamnya. Ianya akan dipersembahkan dengan menggunakan tangan, penumbuk dan kaki ke kawasan badan yang tertentu. Langkah-langkah akan berubah secara tersusun dari kekuda depan, kekuda belakang, kekuda pendek, kekuda kucing dan sebagainya bergantung kepada situasinya. `Poomse yang paling asas ialah `Palgye-I-VIII`, `Taeguk I-VIII`, 'Koryo`, `Kumgang`, `Taeback`, `Pyongwon`, `Shipjin`, `Chunkwon`, `Hansoon` dan `Ilyeo`.

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, Taekwondo telah menjadi satu sukan amatur moden. Ia telah menjadi sukan moden dunia tetapi masih mengekalkan semangat dan nilai pertahanan semulajadi. Ia telah mula dimasukkan ke dalam aktiviti kokurikulum sekolah. Ia menjadi komponen penting dalam latihan ketenteraan.


spacer


spiral


View our Guestbook!

Sign our Guestbook!
Peraturan pertandingan Taekwondo WTF telah dibuat melalui Seminar Referee Antarabangsa (IR) yang telah diadakan sebanyak 29 kali dan juga oleh IR Refresher yang diadakan sebanyak 2 kali. WTF sedang cuba mempromosikan pembangunannya melalui pengesanan elektronik dan sistem perniagaan yang fleksibel.

Pakaian seragam Taekwondo dikira tidak mahal walaupun bernilai tinggi. Ia telah direka bentuk agar bersesuaian dengan pergerakan badan. Ia berwarna putih kerana dipercayai warna putih mengambarkan kesucian dan dipercayai merupakan warna asas bagi semua warna-warna yang lain. Ia juga dikatakan sebagai mampu menyerap apa jua bentuk pembelajaran. Para pelatih perlu melalui tahap-tahap tali pinggang yang telah ditetapkan. Tali pinggang mengikut tahap ialah hitam, merah-hitam, merah, biru, hijau, kuning dan putih yang setiap satunya menunjukkan tahap penguasaan seseorang itu dalam Taekwondo.

home | members | schedule | events | snapshotsTaekwondo philosophy | Sparring strategy | Sajak oleh Tok Guru | Control your mind(BM)

© Copyright 2001. All rights reserved. Contact: hungheykwun   Powered by Free Site Templates