Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Pahlawan

Petang ini,
Petang ini sayembara sang guruh membara
Dengan petir, dan hujan umpama senjata
Tempikan guruh lantas hentikan musuhnya
Pohon dipanah petir menyembah bumi segera
Insan dibasahi hujan mencari tuduhan
Bagai rintangan gerimis kehidupan 
Berlimpahan sejuta satu dugaan
Jiwa terus ditakhluki kedukaan
Berjuang jua walau kepenatan
Dengan destinasi yang hanya harapan

Malam, 
Malam bermula cerah diterkam
Guruh makin semacam geram
Panah petir tikam-menikam
Hujan menjunam bumi tenggelam
Malapetaka hukuman alam
Bumi mula terasa suram
Diselubungi kegelapan malam
Bagai tamat harapan terpendam

Esok,
Esok hari nadi harapan
Esok hari fajar  bersinaran
Membawa erti mula kehidupan
Membawa erti tibaan harapan
Menyeri jiwa penuh semangat
Menyeri jiwa azam menghangat
Membawa tuah insan bersemangat
Membawa tuah harapan diikat
Dibungkus sekali bersama tekad
Dibungkus sekali ketiadaan had

Langkah
Langkah bergegaran sang pahlawan
Mentertawakan segala kedukaan
Yang tiada kemampuan membunuh harapan
Walau serangan tiada batasan
Akan ku terus berhadapan
Jiwaku bagai jiwa pahlawan
Sentiasa setia pada harapan
Apa jua halangan kehidupan
Tetap ku langkah menuju harapan
Kerana ku sentiasa sedia untuk berlawan
Akulah Pahlawan.

ęChauw Proom Wichit. Hak Cipta terpelihara