MEMBINA LAMAN WEB

 

 LANGKAH PERTAMA

Langkah pertama,anda hendaklah mendapatkan tapak/web untuk membina laman. Tapak laman percuma banyak didapati dan anda boleh memilih mana-mana tapak yang anda suka atau inginkan.Antaranya ialah:

 

LANGKAH KEDUA
 

Setelah memperolehi tapak laman, anda perlukan tutorial HTML bagi membuat laman/homepage dengan menggunakan tag HTML.Penguasaan kadeah HTML akan memberikan lebih daya kreativiti pada laman anda. Terdapat banyak tutorial di dalam internet,anda boleh memilih mana-mana tutorial yang disenaraikan di bawah ini:

LANGKAH KETIGA
Warna adalah satu keperluan, dan yang pasti,warna adalah pemancar ilham kepada para pengunjung untuk menikmati laman anda.Warna dalam laman menggunakan kod tersendiri(hex),jadi untuk memudahkan anda memilih warna sama ada untuk latarbelakang, jadual, frames dan sebagainya,sila klik mana-mana yang anda mahu mendapatkan panduan warna:

 

LANGKAH KEEMPAT
 

Laman anda memerlukan beberapa sisipan tambahan seperti CGI dan Java Scripts - Counters(pembilang), Guestbooks(Buku Pelawat), Mail To Forms, dan sebagainya.




LANGKAH KELIMA
 

Tidak lengkap jika laman yang dibina tidak dimasukkan latarbelakang(backgrounds),Bullet,Icons dan sebagainya.Anda boleh mencuba laman-laman berikut untuk memperoleh latarbelakang(backgrounds),Bullet,Icons, sama ada untuk laman personal, syarikat atau anak-anak.

LANGKAH KEENAM
Memasukkan lagu(muzik)latar seperti memberi mood kepada laman anda apabila dikunjungi.Jika anda berhasrat untuk memasukkan muzik latar,dapatkan panduannya di bawah ini:

 

LANGKAH TERAKHIR
 

Apabila anda berjaya menyiapkan laman anda,langkah seterusnya anda lakukan ialah mengiklankan laman ke semua enjin pencari(search engine) seperti yang saya senaraikan di bawah ini.Tujuannya supaya laman(homepage)anda akan mudah ditemui oleh pengguna enjin pencari dan seterusnya melawat laman anda!

Add Me!
Submit your page to 34 popular sites for free, using one form!