Koleksi
Petua ini adalah rujukan dari pelbagai media cetak dan elektronik.
Keberkesanannya belum diketahui secara saintifik. Oleh itu, kami tidak
akan bertanggung-jawab jika petua-petua ini memberi kesan sampingan
semasa/setelah mengamalkannya.
Semoga kita mendapat manafaat bersama dalam mengamalkan petua-petua ini.
Merawat
demam campak.
Ambil beberapa helai daun pokok semambu
yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang
telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehinggarasa miang berkurangan.
(p/s : Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu
kering).
Khasiat kapur sirih
Kapur sirih memang banyak gunanya selain dari untuk membuat kuih-muih, lontong
ataupun untuk makan sirih. Disini ditunjukkan beberapa panduan yang baik untuk
menggunakan kapur itu.
Pulihkan
kulit melecur.
Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal
pada bahagian kulit yang melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan
sehingga kulit mengelupas dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala.
Anak-anak kencing malam
Jika anak anda selalu saja kencing malam, cubalah jangan memberinya minum bila
hampir waktu tidur atau latihlah ia bangun bila merasa hampir hendak kencing.
Sekiranya caranya tidak berjaya ibu-ibu boleh gunakan minyak zaitun yang
disuamkan dan kemudian sapu dibahagian ari-arinya. Cubalah beberapa malam. Jika
tidak ada minyak ini gantikan dengan halba yang dipanaskan, balut dengan kain
dan tuan di ari-arinya.
Menormalkan suhu badan.
Anda dinasihatkan jangan minum minuman yang
sejuk. Amalkan meminum air suam sekiranya dahaga
Menghilangkan parut
Untuk menghilangkan parut-parut yang menampakkan kesan buruk pada kulit muka
atau dibadan, bolehlah anda mencuba petua ini. Jika anda menggunakan kayu api
untuk memasak makanan, (terutama di desa-desa) kayu api yang sedang menyala itu
akan mengeluarkan buih dihujung yang tidak terbakar itu. Buih yang terdapat
pada kayu api itu, hendaklah diambil dan disapukan kepada parut-parut yang
terdapat dianggota badan anda. Lakukan beberapa kali.
Pulihkan bengkak di kaki.
Ambil segenggam asam jawa dan kapur, ramas
dengan sedikit air. Kemudian letakkan/sapukan pada kaki atau tangan yang
terseliuh
Menghilangkan bau badan
Caranya mudah saja, ambil beberapa helai daun pandan, tumbuk hingga lumat dan
ambil airnya. Masukkan sedikit kapur sirih ke dalam air daun pandan tadi dan
kacau rata-rata. Kemudian sapukan air daun pandan ini perlahan-lahan keseluruh
badan dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. Seelok-eloknya lakukan sebelum
kita mandi. InsyaAllah bau badan akan hilang. Untuk menghilangkan bau dipakaian
pula, memadai dengan merendamkan sahaja pakaian ke dalam air daun pandan tadi.
Cara merendamnya adalah sama seperti kita merendam kain dengan air sabun
biasa, InsyaAllah bau dipakaian juga akan hilang. Selain dari menghilangkan
bau, cara ini juga dapat mewangikan badan dan pakaian kita.
Menghilangkan bau badan.
Ambil beberapa batang pokok kantan yang segar. Potong batangnya pendek-pendek
dan tumbuk sehingga lumat. Rebus sehingga mendidih dan air rebusan itu
dijadikan air mandian
Hilangkan batuk
Anda dapat menghilangkan batuk dengan hanya menggunakan beberapa helai daun
pucuk ubi kayu, sedikit kapur sirih dan sedikit air. Bahan-bahan ini digaul dan
dihancurkan sehingga lumat. Bila sudah kekuningan sapukan disekeliling leher
atau tekak anda. Amalkan selalu setiap kali anda diserang batuk-batuk. Perlu
diingatkan petua ini hanya untuk batuk yang bermula dari gatal-gatal tekak
iaitu batuk ringan. Jika batuk anda didapati begitu serius adalah lebih elok
meminta nasihat doktor
Mari hapuskan kelemumur.
Ambil beberapa biji buah mengkudu masak,
basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil
digosok-gosok. Amalkan seminggu dua (2) kali sebelum mandi.
Mengelakkan kulit berparut
selepas bersalin
Dalam masa tiga hari pertama selepas bersalin, sapukan perut dengan kunyit
hidup yang ditumbuk halus bersama garam. Barutlah perut seperti biasa. Pada
hari keempat sehinggalah selepas pantang, sapukan perut dengan air asam jawa
yang telah dimasak dengan cuka. Barutlah perut seperti biasa. Jika anda
mengamalkan ini dengan tekun nescaya perut anda tidak akan kelihatan
pecah-pecah ataupun berparut
Menghilangkan bau badan
Dengan hanya menggunakan beberapa helai daun sirih, anda dapat menghilangkan
bau peluh dibadan anda yang merimaskan diri anda sepanjang hari. Caranya
sebelum anda mandi gosoklah badan anda (keseluruhan) dengan beberapa helai daun
sirih. Tentukan dibahagian sudut anggota badan anda dapat digosokkan dengan
baik. Selepas itu barulah anda bersihkan badan dan terus mandi. Hasilnya badan
anda tidak akan berbau peluh lagi walaupun pada suatu waktu badan anda terlalu
banyak mengeluarkan peluh. Bagaimana pun amalkan dua tiga kali dalam sebulan.
Menghilangkan panau.
Ambil lengkuas sebesar ibu kaki, dibuang
kulit arinya dan dicuci bersih. Kemudian tumbuk sehingga hancur lalu dibungkus
dengan kain perca dan diikat kemas-kemas. Gosokkan pada kulit berpanau.
Melegakan tekak akibat batuk
Asam jawa bukan sahaja amat berguna bagi masakan ia juga boleh dijadikan ubat
penawar bagi melegakan tekak yang pedih dan suara yang serak akibat batuk. Caranya
ambil sedikit air asam jawa yang telah dibancuh dengan air suam-suam kuku,
bancuh bersama sedikit gula dan masukkan kedalam botol kemudian tutup
rapat-rapat. Rendamkan botol yang berisi air asam jawa yang pekat tadi kedalam
air selama satu malam. Keesokan harinya, minumlah, mudah-mudahan tekak anda
akan merasa lega dan suara tidak lagi serak.
Meredakan batuk.
Minum secamca besar madu lebah dicampur
dengan limau nipis tiga (3) kali sehari.
Menghitamkan alis mata
Mula-mula anda ambil 10 biji cengkih yang telah kering dan tua lalu dibakar
hingga menjadi arang. Kemudian cengkih itu ditumbok hingga halus, setelah halus
tuangkan ke dalam botol yang telah diisi dengan minyak buah keras. Apabila
kedua-duanya telah bercampur rata sapukan kepada kedua-dua bahagian alis mata
anda dengan hujung jari dari hujung hingga ke pangkalnya, rata tapi tipis...
Lakukan begini hingga selama dua minggu berturut-turut, pasti hasilnya
memuaskan. Dan akan jelas kelihatan alis mata anda hitam dan cantik.
Mengubati penyakit jantung.
Ambil kuning telur daripada sebiji telur
(sebaik-baiknya telur ayam kampung) dan campurkan dengan dua sudu besar madu
lebah asli. Minum campuran itu sekurang-kurangnya sekali sehari. Insya-Allah
kesannya dapat dilihat dalam tempoh 3-4 bulan.
Kuku mencengkam
Sakit pada ibu jari kaki akibat cengkaman kuku masih dapat diatasi. Jika anda
menghadapi masalah untuk mengatasi cengkaman kuku yang menyakitkan itu, ketika
memotong kuku janganlah dikorek tepinya lagi. Apa yang boleh anda lakukan cuba
belah kuku ibu jari anda disebelah tengah anggaran sikit sahaja untuk
mengelakkan kuku terus tumbuh ditepi tetapi tumbuh ditengah tempat anda
membelahnya. Jika keadaan kuku anda menjadi buruk seperti sudah bengkak dan
menanah, jangan dibelah kuku itu dahulu tetapi cuba merawatnya hingga sembuh.
Caranya bungkus ibu jari kaki itu dengan inai yang sudah ditumbuk lumat,
amalkan sehingga sembuh.
Merawat darah tinggi.
Ambil seikat daun kucai dan ditumbuk
halus-halus atau lumat, kemudian diperah hingga mengeluarkan air. Air itulah
yang harus diminum setiap pagi. Amalkan meminumnya selama satu bulan
Merawat Kudis
Kudis merupakan penyakit yang sering diidapi oleh anak-anak. Selain daripada
ditubuh badan anak-anak juga ada yang mengidap kudis dikepala. Untuk
merawatnya, ambil beberapa helai pucuk daun keriang, sedikit daun ribu-ribu,
mata kunyit dan beras, giling hingga lumat berserta sedikit air. Kemudian
sapukan bahan ini pada kudis-kudis itu.
Menghilangkan jerawat batu.
Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama
bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan
campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu.
Insya-Allah jerawat batu anda akan hilang.
Supaya gigi terlihat lebih
putih
Ada satu cara untuk memulihkan gigi anda iaitu dengan menggunakan garam halus
sahaja. Mula-mula ambil garam halus sebanyak 1 sudu campurkan dengan titisan
air tapi ingat jangan terlalu banyak memadai lembab saja memudahkan anda
mencoleknya. Kemudian gosoklah garam tadi pada gigi anda. Sebaik-baiknya
gunakan berus gigi yang rapat, beruslah berulang kali dan ulangi selama satu
hingga dua minggu. Hasil yang anda perolehi ialah mendapat deretan gigi yang
putih bagaikan mutiara.
Hapuskan pecah-pecah telapak
kaki.
Ambil buah betik yang masih muda dan potong
hingga keluar getah. Kaki yang pecah-pecah itu hendaklah dibersihkan dahulu.
Kemudian barulah digosok sama rata dengan menggunakan getah betik. Biarlah
getah betik itu kering supaya meresap pada kaki yang pecah. Selepas itu barulah
dicuci dengan air bersih. Ulangi cara ini beberapa kali dan dengan izin Allah
tapak kaki anda akan menjadi lebih baik. Pecahan pada telapak kaki anda akan
hilang.
Ubat sakit gigi
Caranya paling mudah iaitu dengan mengambil buah tomato muda kemudian dibelah
dua, setelah itu masukkan tomato tadi sebahagian kecil kedalam gigi anda yang
sakit. Seandainya gigi anda dimakan ulat pasti ulatnya akan keluar dengan
sendirinya. Dan tidak lama kemudian berkumur-kumurlah bila terasa sembuh. Jika petua
ini sesuai pasti anda tidak akan diulangi sakit gigi lagi.
Masalah cirit-birit
Bagi mereka yang mengalami cirit-birit,
bolehlah mengamalkan makan pucuk jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu
itu di dalam air panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada
pucuk jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Insyaallah perut
tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula
Menyembuhkan gusi bengkak
Jika anda diserang penyakit gusi bengkak tentulah ianya mendatangkan masalah
kepada kesihatan anda, bukan sahaja susah untuk makan minum, tetapi juga
menyukarkan anda untuk berbual. Sakit gusi bengkak ini memang menyakitkan
kadang-kadang lebih sakit dari sakit gigi. Disini diberikan beberapa panduan
atau petua untuk anda ikuti jika menghadapi masalah ini. Apa yang anda perlu
lakukan ialah mengambil sebiji cili hijau kemudian bakarlah dia sampai panas,
setelah panas sapukan kepada gusi anda yang bengkak tadi beberapa kali. Jika
dibuat beberapa kali pasti sakitnya akan berkurangan dan mudah-mudahan dia akan
cepat sembuh. Dan yang pastinya anda akan cepat sembuh semula.
Pulihkan sakit tekak.
Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu
mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar
hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air
sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah
tekak anda akan sembuh seperti sediakala.
Sakit
kepala
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis.
Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan
bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur
hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam
sehari dua Insya Allah akan beransur baik.
rambut
1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk
itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan.
Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai
itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada
rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala.Setelah lebih
kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang˛nya seminggu
sekali.
2. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil
beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah
tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa.Pada setiap pagi,
sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci
rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak
perubahannya.
Menghilangkan parut
jerawat
Cara : Potong kentang(bukan French Fries) secara nipis-nipis, jangan basuh dan
tekapkan pada parut-parut tersebut.Biarkan sehingga kering. Cuci muka dengan
air suam. Selamat mencuba.
Hilangkan karat pada
gigi
Cara untuk menghilangkan karat dari gigi adalah dengan dengan mengambil biji
asam jawa, kemudian gorengkan tanpa minyak lalu ditumbuk hingga halus. ambil
debunya dan gosokkan pada gigi dengan kain atau berus gigi.Lakukan setiaphari
dan InsyaAllah anda akan dapat melihat kesannya.
Legakan Sakit kepala
Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara mengambil daun lemuni hijau lebih
kurang sekilogram dan dimasukkan kedalam sarung bantal. Kemudian tidurlah
diatasnya selama dua tiga hari. InsyaAllah sakit kepala anda akan berkurangan
dan anda akan berasa segar.
Kurangkan kadar
kolestrol
Perah sedikit lemon dan campurkan dengan secamca teh minyak zaitun. Amalkan
meminumnya dua atau tiga hari sekali atau setiap kali mengmbil makanan
berkolestrol tinggi. InsyaAllah kesannya akan dapat dirasai dalam masa
seminggu.Ia juga dapat menghilangkan pembentukan selulit.
Kulit Berkedut
Ambil sebatang lobak merah , bersihkan dan parut, setelah itu campurkan sebiji
kuning telur dan secamca besar tepung jagung. Bahan ini dikacau hingg sebati ,
setelah itu bolehlah dilumurkan pada kulit muka. Lakukan sekali sehari pada
waktu malam. Cucilah muka ketika hendak tidur dengan air suam. Amalkan Selalu
insyaallah berkesan.
Sakit Gigi
Ambil sebatang serai dan titik bahagian hujungnya.Salai seketika diatas api dan
sewaktu masih suam , gigit pada tempat sakit. InsyaAllah sakit akan
berkurangan.
Senggugut
Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk
halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan
hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. InsyaAllah mujarab.
Petua Menghentikan
Pendarahan
Ambil tembakau rokok dan tekapkan pada bahagian yang berdarah. Waktu
menekapkannya pada luka hindarkan dari terkena air. Hasilnya , insyaAllah darah
akan berhenti mengalir dan luka tidak lagi terasa sakit.
Turunkan suhu Badan
Bayi
Gunakan 3 jari tangan anda (ibu jari , telunjuk dan jari hantu), baca bismillah
dan selawat 3 kali. Masukkan 3 jari tersebut kedalam beras. Genggam dan
lepaskan beras dari genggaman kedalam secawan air masak. Biarkan beras yang
melekat pada ketiga jari itu, dan makan beras tersebut. Gunakan air yang
bercampur dengan beras tadi untuk disapukan kebadan bayi. InsyaAllah suhu
badanbayi akan berkurangan.
Menjadikan wajah
berseri
Kebiasaannya setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum wanita. Anda
tidak perlukan modal yg besar. Basuh beras dan tuskan airnya. Goreng tanpa
minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk. Simpan di dalam
botol. Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan air limau
nipis. Gosok pada muka dan biarkan kering. Setelah itu cuci muka hingga bersih.
Merawat bengkak usus
Penyakit bengkak usus jika dibiarkan amat merbahaya. Jika anda ingin
merawatnya, potong sebuku kunyit hidup (dimesin), sedikit garam, sedikit gula
merah dan sedikit perahan air limau nipis. Campurkan semua bahan didalam
segelas air suam dan diminum. Amalkanlah.
Menghilangkan jerawat
batu
Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan muka terutama
bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil beras, tumbuk hingga halus dan
campurkan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur tiga kali seminggu.
Insyaallah jerawat batu anda akan hilang.
Rawatan jika terkena
minyak atau air panas
Ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua bahan tadi di
tempat yg terkena minyak atau air panas. Sebelum itu berselawatlah keatas Nabi
S.A.W sebanyak 3 kali.
Mengelakkan gula
dimasuki semut
Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan gula. Insyaallah semut akan
lari.
Menghilangkan demam
campak
Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi minum air
kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air).
Melegakan selsema bayi
Ambil sebiji kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian sapukan pada batang
hidung bayi anda. Insyaallah jika selalu diamalkan, hidung bayi anda tidak akan
tersumbat dan dia akan tidur nyenyak.
Menghilangkan parut
luka
Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita. Usahlah
bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi kentang dan kukus
dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut
tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan
sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.
Merawat penyakit buasir
Kebanyakkan kaum lelaki mengalami masalah ini. Cara untuk mengatasinya ialah
ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna kuning, bakar atau panaskan
hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian yang sakit. Lakukan berulang kali
sehingga berasa selesa.
Mengatasi bayi demam
selepas disuntik
Bagi ibu yang mempunyai anak dan sering demam setiap kali disuntik, bolehlah
mencuba petua ini. Selepas anak anda disuntik, sapukan bawang kecil yang
dipotong pada tempat yang disuntik. Seeloknya bawang tersebut hendaklah dibawa
setiap kali anda keklinik. Insyaallah dengan cara ini dapat mengatasi demam
anak.
Menghilangkan gatal
getah keladi
Sebelum menyiang keladi pastikan tangan tidak basah. Lumurkan beberapa keping
asam keping (asam gelugur) pada tangan. Insyaallah tangan tidak gatal lagi.
Seperkara lagi semasa menyiang keladi iaitu semasa menanggalkan kulit nipis
dibahagian luarnya, janganlah batang keladi direndam dengan air. Setelah siap
kesemuanya, barulah dibasuh bersih dan masukkan bersama beberapa keping asam
gelugur jika masih terdapat kegatalan.
Memudahkan bayi buang
air besar
Jika bayi anda sukar buang air besar, cubalah ambil sedikit asam jawa dan gaul
atau ramas dengan sedikit air biarkan ia agak pekat kemudian sapulah pada
bahagian ubun-ubun bayi anda juga pada pusatnya. Cubalah petua ini dan amalkan
setiap hari. Insyaallah bayi anda tiada masalah sebu perut.
Cara merawat penyakit
panau
Jika anda ada panau, tentu memalukan. Apatah lagi jika panau ketara pada muka.
Cuba petua ini. Ambil sepotong halia, tumbuk lumat kemudian tempelkan pada tempat
berpanau. Insyaallah anda akan perolehi hasilnya.
Merawat cirit-birit dan
menghilangkannya
Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan pucuk jambu
batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam air panas bersama sedikit
garam untuk membersih kekotoran pada pucuk jambu itu. Setelah agak layu,
bolehlah terus dimakan. Insyaallah perut tidak lagi sakit dan usus-usus
berfungsi dengan baik semula.
Menghentikan hidung
berdarah
Cuaca terlalu panas boleh mendatangkan kemudharatan. Antaranya, berlaku
pendarahan melalui hidung. Untuk menghentikan segera pendarahan, ambil sehelai
daun sirih, gulung hingga kecil dan sumbatkan ke dalam hidung yg berdarah.
Insyaallah darah akan cepat berhenti.
Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke
dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan
hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai
kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali
setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau
pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
Melicin dan Memerahkan
Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak,lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh
muka. Biarkan mengering selama 20 minit.Bilas dengan air bersih. Amalkan
seminggu 2/3 kali.
Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan
terlebih dahulu atau dilumatkan.Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air
sedikit.Kacau rata dan jangan terlalu cair..Selepas itu,sapukan ke muka dan
biarkan ia kering.Kemudian basuh.Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit
muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...
Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu).
Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam
daging tersebut.Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu
akan beransur pulih.
Menyembuhkan Demam
Ambillah segenggam daun betik. Tumbuklah hingga halus dan saring airnya dengan
sehelai kain (diperah dan ambil patinya). Kemudian air pati itu diminum.
Insya-Allah, dalam jangka masa 12 jam kita akan merasa perubahannya.
Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah
mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum
mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah
anda.Selamat mencuba.
Selsema
Ambil buah asam limau nipis lalu diperah ke dalam air teh (tanpa gula dan susu)
yang panas/suam lalu diminum atau minumlah air rebusan pokok kadok/sirih duduk.
Untuk bayi ambil tiga helai daun sirih. Sebiji limau nipis,dibelah,diperah dan
ditapiskan airnya. Ramuan-ramuan air limau nipis yang bercampur daun sirih pada
dada dan leher bayi.
Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus.
Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana
tiada gangguan.Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah
tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.
Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau
kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.
Mata bengkak
Mata bengkak biasanya disebabkan oleh lebihan air pada bahagian mata. Ia di
sebabkan oleh kekurangan tidur, stress atau keliling mata berlemak. Oleh kerana
itu anda perlu berikah perhatian lebih kepada kesihatan mata. Anda boleh
mengelakkan masalah ini. Misalnya, pastikan makan malam tiga jam sebelum tidur.
Hindari juga minum dengan banyak. Krim malam juga boleh menjadi punca masalah
ini. Teliti krim malam anda. Pastikan formula krim malam anda tidak terlalu
berat. Rehatkan mata anda dengan uncang teh yang basah. Letakkannya di
tengah-tengah mata dan biarkannya sehingga kering. Asid tannic dalam teh dapat
berfungsi sebagai astringent. Senaman mata juga penting. Caranya, lirikkan mata
anda ke beberapa arah berbeza. Lakukannya dengan kerap. Latihan ini berfungsi
untuk merehatkan otot mata dan membantu mengurangi cairan.
Badan Ringan Dan
Bertenaga
Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada
hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan
menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan
pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air
suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada
seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air
bersih.Lakukan selama dua minggu.
Merawat Kulit Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu dicampurkan bersama
sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu
dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.
Mengatasi semut masuk
dalam telinga
Kadang-kadang ada antara anak anda atau anak-anak jiran yang telinganya
dimasuki oleh serangga seperti semut yang sukar untuk dikeluarkan. Biasanya
keadaan ini berlaku apabila bangun dari tidur ataupun suka bermain
disemak-semak, khususnya pada anak lelaki. Mengeluarkan semut tersebut memang
satu perkara yang paling menyulitkan sekali, semakin dicungkil untuk
dikeluarkan semakin dalam masuknya dan makin menyakitkan. Sebenarnya ada satu
cara yang paling baik untuk dilakukan biasanya dilakukan oleh kebanyakan orang
tua-tua. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mengambil kapur sirih
sebaik-baiknya yang lembut yang telah banyak terendam dengan air. Sapukanlah
kapur sirih tadi pada sekeliling telinga anak anda bahagian luar telinganya
sahaja. Biarkan seketika pasti semutnya akan keluar dengan sendirinya. Inilah
dia petua orang tua-tua.
Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata.
Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik
Rambut merah dan
bercabang
Jika anda mendapati rambut anda merah dan bercabang, janganlah merasa runsing,
sebaliknya cubalah mengubatinya sendiri. Caranya terlalu mudah dengan
menggunakan bahan-bahan yang mudah dan murah didapati. Anda hanya perlu ambil
air dari rebusan kangkung tadi dan didinginkan dan tiris dia dari daunnya. Kemudian
anda ambil air daun tadi dan cucuklah atau siramkan kepada rambut anda yang
telahpun dicuci bersih. Lakukanlah setiap hari sambil rambut tadi
diramas-ramaskan dengan air daun kangkung itu. Hasilnya anda akan mendapati
rambut anda yang merah dan bercabang itu akan segera menjadi hitam dan sihat.
Menghilangkan Parut
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn
terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga
kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia
amat berkesan utk menghilangkan parut.
Khasiat bawang
1. pening kepala:
potong 2 ulas bawang putih dan telan
bersama sedikit air. sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.
2. lemah otot:
ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu unta
setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.
3. demam selsema:
makan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari.
dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang
putih.
4. susah hadam:
rebus bawang merah bersama kulitnya. kemudian kupas bawang itu. bawang itu
haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim
sapuan roti. amalkan selalu.
Kalau kaki dimakan air
Mula-mula anda ambillah gambir yang telah anda tumbuk halus kemudian campurkan
dengan minyak kelapa, kacau biar sebati dan sapukanlah kepada bahagian kaki
anda yang tadal dan pedih itu. Buatlah selalu, pasti rasa sakitnya akan hilang
tidak berapa hari kemudian.
Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya
dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah.
Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda.
Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut
sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.
Susah buang air besar
Jika anda menghadapi masalah sukar buang air besar setiap pagi cuba amalkan
panduan ini, ia mungkin boleh memberikan bantuan kepada anda jika didapati
sesuai dengan tubuh anda. Caranya amat mudah iaitu minum air kopi pahit yang
tidak diberi gula sedikitpun, tetapi anda campurkan sedikit garam pada kopi
tadi. Sesudah dibancuh pekat anda minumlah sebaik-baiknya pada waktu malam
mahupun pagi. Amalkan pasti anda akan buang air dengan mudah dan lancar sekali.
Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan
raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi
Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Merawat Senggugut
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam.
Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah,
senggugut akan hilang.
Alergi pagi
Setengah orang baik lelaki mahupun wanita ada antaranya menghadapi masalah bila
bangun pagi selalu bersin yang sukar untuk diberhentikan. Maksudnya bersin
tidak pernah berlaku sekali dua sahaja, sebaliknya beberapa kali hingga
menimbulkan masalah pada anda. Untuk mengatasi masalah ini terlalu mudah iaitu
dengan memasukkan air dingin (sejuk) kedalam hidung anda. Kemudian anda
tumpahkan keluar semula. Ulangi beberapa kali nescaya bersin anda akan hilang.
Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan
seluruh badan
Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.
Rambut Lebat
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih.Selawat 3 kali
Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut
Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu
panas.Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
Sembuhkan kurap
Kurap adalah satu penyakit yang tidak bahaya, tetapi memalukan. Sungguhpun
dizaman moden ini sudah tidak begitu ramai orang yang mengidap penyakit ini,
namun masih ada orang yang tidak berdaya untuk mengelaknya. Disini akan
diperturunkan satu cara tradisi dalam menghapuskan penyakit kurap. Iaitu dengan
menggunakan kapur sirih bersama kunyit hidup yang telah ditumbuk lumat. Lepas
itu lumurlah ke tempat yang ditumbuhi kurap tadi.
Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan
getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa
kali.Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.
Mengempiskan Perut
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu
pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin
(bengkung) Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut
sahaja,amalkan setiap malam.
Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di
samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan
sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.
Hilangkan bengkak
Banyak petua atau cara hendak mengubati penyakit bengkak-bengkak dikaki atau
tangan (bukan biri-biri). Setengah petua tidak serasi dengan penyakit tersebut.
Bagi mereka yang sudah banyak mencuba beberapa petua tradisi untuk mengubati
penyakit tersebut, tetapi tidak juga sembuh-sembuh, cubalah pula satu lagi
petua tradisi seperti dibawah.
Setakat ini petua ini begitu menjadi dan didapati begitu sesuai untuk penyakit
tersebut. Ambilkan daun betik dan rebus sehingga mendidih. Kemudian, campurkan
garam secukup rasa. Minumlah air tersebut satu gelas tiap-tiap hari dalam masa
dua minggu. Bengkak-bengkak di kaki dan tangan anda akan kembali surut tanpa
meninggalkan sebarang kesan.
Menghasilkan Kulit
Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan
.
Buang sampah dimata
Pernahkah mata anda dimasuki sampah atau habuk. Jika ini terjadi tentunya mata
anda terasa pedih atau kesat sehingga menganggu penglihatan anda. Kadang kadang
jika ini terlalu serius, mata anda akan menjadi merah dan bengkak-bengkak. Bila
berkeadaan begini apakah tindakan anda?. Mengikut petua, anda disyorkan
mencampurkan beberapa butir garam kedalam air suam-suam panas. Seelok-eloknya
isikan air kedalam besen. Cecahkan muka anda kedalam air dan kenyit
berulang-ulang sehingga mata anda terasa ringan. InsyaAllah sampah atau
habuk yang terlekat pada mata anda akan hilang kedalam air.
Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara
yang senang untuk mengatasi senggugut .
1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama
banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara
nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong
lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia
lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan
berturut-turut .
Menegangkan Kulit Muka
Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di
dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada
wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci
sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.
Menyegarkan Mata Gatal
dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia
dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya
rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda
akan merasai perubahannya.
Mengempiskan Perut
Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok
paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.
Mengelak perut buncit
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah
selesai makan. Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini
dapat mengelakkan perut buncit.
Menyegarkan Mata
Ambil timun yg telah dihiris. Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa
ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.
Menaikkan Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga.Bilas
dengan air bersih setelah sepuluh minit.
Merawat Panau
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau.
InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.
Mengelak Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan
kisarkan hingga hancur.
Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah
anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan
jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih
berembun .
Mengurangkan penyakit
kencing manis
Selain dari menerima rawatan doktor bagi merawat penyakit kencing manis anda
juga bolehlah menggunakan lobak putih yang telah diparut halus. Kemudian
embunkan semalaman atau disimpan didalam peti sejuk. Minumlah parutan lobak
yang dicampurkan dengan air gula batu bersama-sama ampasnya. Amalkan cara ini
selalu, insyaAllah penyakit anda akan sembuh. Petua ini juga elok diamalkan
bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak untuk memperbanyakkan air susu.
Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya.Campur dgn
sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati.Minum dua kali sehari. Amalkan
sehingga mencapai berat badan ideal
Bagi ibu yang
mengandung
Bagi wanita yang hamil selalunya akan mengalami mabuk, dan muntah-muntah. Untuk
mengatasi masalah ini, ambillah tujuh tangkai pucuk kecil jambu batu (jambu
biawas) dan tumbuk dengan sedikit garam. Bila sudah lumat, campurkan dengan
segelas air suam dan biarkan ia hening. Bila sudah hening bolehlah diminum. Ini
perlu diamalkan selama tiga (3) hari berturut-turut, iaitu pada tiap-tiap pagi.
Menghilangkan Parut di
Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit
air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di
bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin.Lama-kelamaan, parut akan
beransur hilang.Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam
dan jerawat di wajah.
Melangsingkan badan
Tumbuk 5 biji buah delima yang masih muda hingga lumat. Campurkan bahan itu
dengan air suam-suam kuku dan sedikit garam. Kemudian tapis bancuhan itu hingga
mendapat kira-kira 1 gelas. Minumlah campuran ini sekali sehari pada waktu
pagi. Lakukan setiap pagi sehingga seminggu. Selang beberapa lama, berat badan
anda pasti turun dengan sendirinya. Tubuh anda akan menjadi langsing. Satu
peringatan, jangan terlalu banyak minum air ini kerana badan anda akan menjadi
kurus kering nanti.
Mengelak Keguguran
Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala
seeloknya pada waktu malam.
Merawat penyakit
buasir.
Cara untuk mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna
kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada bahagian yang
sakit. Lakukan berulang kali sehingga berasa selesa.
Semoga Anda Sihat
Mungkin anda pernah mendengar atau membaca kata-kata istilah MEDITASI DAN
KOSENTRASI yang membawa erti dalam bahasa kita, lebih kurang ialah: Penghayalan
dan penghayatan untuk mencapai sesuatu melalui alam ghaib.
Dan ada
pula yang mengatakan satu daripada pelajaran ilmu kebatinan, kerana ia lebih
menumpukan pergerakan tubuh badan yang digerakkan oleh kekuatan dalam hati
sanubari seseorang disamping mental yang kukuh. Kerana mengikut pelajaran ini,
hanya bagi mereka yang mempunyai kekuatan mental dan pemusatan pemikiran yang
jitu saja dapat menguasai, kalau tidak akan sia-sia saja mengikuti pelajaran
yang akan disampaikan melalui ruangan ini.
Ia bukan ilmu sihir,
bukan juga silap mata, tetapi setiap diri manusia itu mempunyai magnet dan
elektrik yang dapat memancarkan keajaibannya untuk penyembuhan dan memberikan
tubuh badan jadi sihat dan kuat.
Ia tidak boleh
digunakan untuk trujuan jahat atau cuba menguji kebolehan orang lain, ia hanya
satu cara untuk menjaga kesihatan tubuh badan seseorang kerana semakin kita
bertambah umur, semakin kurang tenaga dan kesihatan kita, justeru itu untuk
terus sihat kenalah kita mengatur hidup dan mengamalkan sesuatu ilmu yang boleh
menambahkan kekuatan tubuh, biarlah kita hidup yang dihidupkan dan bukan
sebagai hidup-hidupan.
Kejayaan
atau tidaknya pelajaran ini anda ikuti, adalah tergantung pada keyakinan, tekun
dan mengamalkan mengikut peraturan yang diterangkan disini.
Apakah
persediaan yang perlu anda kendalikan? Jawabnya, tidak ada apa-apa yang
diperlukan, hanya kesungguhan dan meneruskan pelajaran ini tanpa di selang
seli. Sekali kita lakukan, kemudian berhenti, bila teringat baru nak buat
latihan, kalau macam ini akan sia-sia sajalah pelajaran yang anda ikuti. Cuba
dan latihlah hingga berjaya, kalau ada sesuatu yang kurang faham, sila hubungi
kami, Semuga Anda Sihat.
Untuk
permulaan ini cubalah yang mudah dan senang difahami, kerana latihan ini sangat
berguna untuk meneruskan lagi latihan-latihan yang lebih sukar, sebagai asasnya
ia perlu dipelajari dengan teliti agar tidak keliru.
Sebagai
asas latihan ia memerlukan ketekunan dan penuh kesabaran ibarat menebuk ruyung
mahukan sagunya. Untuk ini kita perlu mempelajari bagaimana cara untuk
mengambil ASABAT atau Prana yang membangunkan tenaga dalam sebagai kekuatan
batin dalam diri kita sendiri.
Asabat
banyak terdapat di alam ini, terutama dalam udara, lebih-lebih lagi cahaya
matahari. Kerana itulah kita mencari Asabat untuk mendapatkan kesaktiannya
melalui pernafasan dan pandangan MATA ke arah matahari yang menjadi sumber
Asabat.
Cara untuk
latihan ini ialah: Dengan duduk bersila, tenangkan fikiran, kaki jangan
dilipatkan seperti duduk bersila biasa, bebaskan sahaja jangan bertindih antara
satu sama lain. Tangan letakkan dikedua-dua lutut pun dengan secara bebas,
jangan tekan atau kaku - rilek sahaja.
Badan
hendaklah duduk tegak dan lurus. Pejamkan mata, kendurkan semua urat saraf,
fikiran terus tenang jangan mengingatkan sesuatu melainkan Allah.
Ketika itu
hilangkan semua fikiran yang negatif atau sesuatu yang menganggu fikiran,
tenang setenang-tenangnya. Tumpuan hanya kepada Allah. Sesudah tenang,
mulakanlah menarik nafas secara teratur atau berirama sekiranya fikiran masih
kusut atau belum tenang jangan lakukan kerana sia-sia saja membuat latihan.
Setelah
semuanya tenang dan nafas teratur ikutilah arahan ini:
nadi kita.
denyutan
nadi.
Hembuslah
nafas keluar biarlah secara teratur mengikut latihan dengan waktu yang telah
ditentukan secara halus.
Jangan
dipaksa kalau berlatih. Sebaik-baik latihan tarik nafas ini kalau dapat biarlah
waktu pagi antara pukul lima atau enam pagi, kira-kira lima belas minit selama
lebih kurang tiga minggu.
Tempat
untuk latihan ialah tempat terbuka atau diruang rumah yang banyak jendela,
ataupun dihalaman rumah belakang, sebaik-baiknya kawasan yang dikelilingi
warna-warna daun atau tumbuh-tumbuhan yang menghijau.
2.
Jalan darah akan mengalir dengan lancar, fikiran akan dapat berfungsi dengan
baik
serta mempunyai wajah yang gilang gemilang, kelihatan lebih muda.
3.
Menyimpan lebih banyak tenaga sakti atau elektrik yang disebut Asabat atau
Prana.
4.
Timbul rasa percayakan diri sendiri lebih yakin kalau dibandingkan dengan
sebelum
anda
menjalani latihan ini.
5.
Tenaga kundalini dapat hidup atau dikejutkan dalam diri melalui latihan ini.
6.
Jiwa bertambah tenang dan pancaindera yang keenam dapat berfungsi.
Sehingga bertemu lagi, diucapkan selamat mencuba semuga berhasil hendaknya