Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

KUMPULAN GENDANG SERI ANDALAS

PENGENALAN


Seni bermain gendang merupakan salah satu unsur kebudayaan Melayu yang telah wujud sejak zaman-berzaman. Dikatakan mempunyai susur-galur dari Tanah Parsi dan dibawa masuk melalui era perdagangan lewat kurun ke 14 oleh pedagang-pedagang dari negara-negara Arab dan India. Namun begitu ianya telah disesuaikan dengan dan kehendak setempat lantas ‘mendaging’ dalam batang tubuh orang Melayu.

Fungsi dan kewujudan gendang telah digabungkan dengan beberapa peralatan tradisi lain menghasilkan satu bunyian yang mantap dan harmoni lantas dipersembahkan hatta sehingga duduk berdiam diperbatasan sultan dan raja-raja. Disamping ianya juga telah menjadi permainan muzik rakyat dan mutkahir ini dikenali sebagai Muzik Silat Baku.

Kini, permainan gendang silat ini telah melalui arus kemodenan muzik zaman kini. Lagu-lagu rakyat telah mula mendapat perhatian para penggiat seni ini. Berbagai-bagai jenis genre lagu telah dapat dimainkan. Maka, persembahan dimajlis-majlis perkahwinan telah mula menambat hati masyarakat setempat. Tidak seperti dahulu yang mana permainan ini hanya dimainkan apabila ada majlis-majlis tertentu sahaja seperti khatam silat dan berarak raja.


Email: gendangseriandalas@yahoo.com