Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Kesusasteraan Melayu STPM
Novel -Empangan

Oleh : Salleh Long - SMKTAM 

PLOT

Peringkat pengenalan

Peringkat pengenalan dalam novel Empangan melibatkan peristiwa J bersiap-siap untuk kembali ke tanah air dari Amerika hinggalah J selamat sampai ke Kampung Paya dan mengetahui tentang pembinaan empangan di hulu Sungai Titian Terus yang pada pendapatnya akan mendatangkan kesan buruk terhadap alam sekitar dan manusia. J menentang pembinaan empangan itu. Peringkat pengenalan dimasukkan dalam prolog,bab1,2, dan 3.

Peringkat Perkembangan

Peringkat perkembangan telah dimasukkan dalam bab4 hingga bab10. Dalam peringkat ini pengarang mengambil kesempatan untuk memperkenalkan beberapa watak lagi kepada pembaca; kebanyakannya watak-watak sampingan sama ada yang berperanan atau tidak berperanan seperti Badak, imam kelawai, Haji Azman Nordin, dan sebagainya. Peranan cerita warisan juga lebih jelas dalam peringkat ini. Di samping itu, pengarang telah memasukkan unsur konflik iaitu antara J dengan Nira Hitam berkaitan dengan peristiwa pembinaan empangan, penubuhan SKKP, dan pembinaan lebuh raya. Pelbagai taktik jahat telah digunakan oleh Nira Hitam untuk menghalang J tetapi tidak berjaya. J juga berkonflik dengan Badak kerana perbuatan membakar keretanya. Konflik yang dimasukkan itu telah menimbulkan ketegangan demi ketegangan. Antara yang jelas ialah ketegangan dalam peristiwa perbicaraan antara J dengan Badak yang berakhir dengan pergaduhan antara penyokong-penyokong suku masing-masing dan bapa Badak iaitu Onton  telah tidak dapat mengawal perasaan lalu mengamuk. Seterusnya J berkonflik dengan Daun Nadim apabila sahabat karibnya itu memihak kepada Nira Hitam. Ditonjolkan juga konflik dalaman apabila J berkonflik dengan dirinya sendiri iaitu sama ada akan terus menentang Nira Hitam atau meneruskan niat asalnya iaitu untuk membuat penyelidikannya. Pada peringkat ini juga pengarang telah memasukkan unsur-unsur suspens misalnya ketika J termakan racun. Timbul tanda tanya di hati pembaca sama ada penyakit J akan sembuh atau adakah racun itu akan menyebabkan J meninggal dunia. Unsur suspens juga jelas dalam peristiwa perkahwinan J. Ini kerana terdapat dua percubaan menggagalkan rombongan peminangan J itu. Lagipun terdapat perbuatan  mensabotaj perkahwinan itu dengan mencuri dan mengkhianati barang-barang keperluan untuk mengadakan  majlis kenduri tersebut.Unsur suspens yang tidak dapat dielakkan ialah sama ada J akan berjaya menghalang Nira Hitam daripada terus menjalankan projeknya serta menindas penduduk tempatan.

Peringkat Kemuncak

Peringkat ini ditonjolkan dalam bab 10. Ketika itu J berada di Kampung Sunyian untuk majlis perkahwinannya. Tiba-tiba kedengaran bunyi letupan yang sangat kuat. Letupan itu rupa-rupanya berpunca daripada empangan yang pecah. Beberapa pengikut Nira Hitam yang sedang berkelah di situ bertempiaran lari dan ada yang cedera namun tidak ada sesiapa yang kehilangan nyawa.

Peringkat Penyelesaian

Peringkat ini terdapat pada peringkat terakhir iaitu Bab11 yang dinyatakan dalam bentuk epilog. Kampung Paya dikatakan telah ditenggelami air,lumpur, serta pasir kerana banjir besar telah berlaku akibat pecahnya empangan Titianterus. Banjir tersebut telah memusnahkan tumbuh-tumbuhan yang ada serta kediaman penduduk-penduduk. Yang terselamat ialah penduduk Kampung Sunyian dari gunung. Bagi J, mimpinya ketika dia di Amerika dan ketika dia di Kampung Paya itu memang benar-benar berlaku. Selepas itu J meneruskan penulisan disertasinya.


    Sinopsis   Watak    Tema    Persoalan    Gambaran    Teknik    Plot    Soalan

 
NOVEL
CERPEN
SAJAK
DRAMA

HOME