Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Kesusasteraan Melayu STPM
CERPEN- Dalam Kabus

Oleh : Salleh Long - SMKTAM 

 PERSOALAN
tentang kehidupan keluarga melayu yang hampir terlupa akan budaya bangsanya sendiri. Hal ini dapat dilihat daripada cara makan dan makanan yang dimakan, panggilan nama seperti mummy(Munah), papa(Mazlan), sally(Salmah), minyak wangi yang dipakai, bermain tenis, mencium pipi suami di hadapan anaknya, dan cara berpakaian serta hiasan rumah. Papa juga dikatakan sering ketawa seperti ‘orang besar-besar’ dan memanggil isterinya ‘darling’. Keadaan ini brlaku kaerana dipengaruhi oleh majikan mereka yang berbangsa amerika. Keadaan ini berlaku juga kepada kebanyakan penduduk di situ.

Dipaparkan juga persoalan sebuah keluarga yang tidak pandai merancang ekonomi rumah tangga. Ini kerana keluarga papa dikatakan tetap hidup dalam keadaan serba mewah walaupun keadaan tidak sesuai. Papa sudah menganggur sejak lombong ditutup  namun mereka masih makan sirloin steak, dan membeli pakaian yang mahal2 serta barang2 yang tidak perlu seperti minyak wangi.

Sebelum itupun mereka hidup secara mewah walaupun papa hanya seorang buruh biasa di tanah bekas lombong itu. Anaknya pernah meminta wang daripada papa untuk membeli jeans, dan baju buatan luar negeri, sedangkan anaknya mendapat biasiswa untuk belajar.anaknya juga memakai minyak wangi yang mahal-mahal seperti isterinya juga.

MESEJ- orang melayu mudah terpengaruh dengan budaya asing terutamanya budaya Inggeris.
 

. PERWATAKAN
Papa (Mazlan)
-seorang ayah yang bertanggung jawab dan kasih akan anak-anaknya
-berjaya mendidik anaknya yang sulung hingga dapat belajar ke luar negeri dan anak perempuan nya  berada di tingkatan 6 rendah
-tidak mahu berbual tentang masalahnya ketika di hadapan anak perempuannya kerana berasa tidak sepatutnya anaknya itu turut berasa satu bebanan.
-pernah menjadi nelayan
-menyanjung tinggi orang inggeris kerana sanggup menyediakan tempat tinggal yang sangat selesa kepada pekerja lombong seperti dia walaupun dia hanya seorang buruh biasa. Dia juga memuji orang inggeris amerika kerana memberikan gaji yang lumayan serta khidmat kebajikan yang menarik.
-seorang yang taat menunaikan sembahyang. Di gambarkan Papa sentiasa bangun awal untuk bersembahyang subuh sebelum berjogging untuk mengeluarkan peluh.
-seorang yang jujur dan tidak tamak. Hal ini jelas kerana Papa memberitahu mandur Hassan dan orang ramai yang tinggal di situ bahawa dia telah menemui batu serpentin.



Dalam Kabus    Dosa Pejuang    Kasih Sayang     Kinabalu    Mayat
Nenek   Pasir Pekan    Socius    Wajahku
 
 
NOVEL
CERPEN
SAJAK
DRAMA

HOME