Profile Diri Saya




Nama sebenar aku nie ialah Ruslizam bin Mahani. Nama glamor pulak Chef Niejam. Nama Chef Niejam nie aku create untuk nickname aku dalam Alamak Chatroom. Kalau korang masuk dalam Alamak dan terperasan nickname Chef Niejam tu....akulah tu sapa lagi...korang tegur-tegurlah. Bolehlah kita sering berkenalan...ye tak? Nama Chef Niejam nie bukanlah bermakna aku nie kerja sebagai tukang masak. Tapi sebagai tukang makan tu...bolehlah agaknya. Nak kata aku nie pandai masak tak juga...cuma sikit-sikit bolehlah..sekadar nak makan sendiri. Sedap ke tak sedap ke...sendiri tanggung. Aku sebenarnya berasal dari Kampung Sri Pasir, Sri Medan, Batu Pahat, Johor. Sekolah rendah pun kat kampung yang sama, cuma sekolah menengah jer jauh sikit...kat pekan Sri Medan...kira-kira 3 batu dari rumah aku. Kira jauh la tu...ye tak? Oleh sebab kampung aku dah naik benci kat aku agaknya sebab terlalu lama tak berhijrah ke luar kampung, maka sebaik sahaja lepas SPM aku keluarlah dari kampung. Aku melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya. Kat sana aku mengambil jurusan sains dan mengkhusus dalam bidang Biokimia. Sekarang aku dah lama keluar UM dan sekarang berkhidmat di Lembaga Getah Malaysia sebagai Pegawai Penyelidik.